Wednesday 6 July 2011

Sahabat . Aku mintak maaf

aku sebenarnya dah lama nak buat entry ni. tapi..bila jejariku yang runcing dah nak menyentuh papan keyboard yang keras macam plywood ni..dia dah tak de mood nak buat. aku nak bukak satu hikayat. aku tak kisah lah kau orang nak percaya atau tak. sebab ni kisah peribadi aku. n aku memang sangat la berharap..'dia' tak baca entry ni. aku bersyukur dia tak pernah ada blog. dan tak rajin nak bukak blog. *mood mendung dah sampai n..aku pun imbas kembali...

kau.
aku dengan kau mungkin tak serapat kau dengan dia. aku tak kisah pun. frankly. sebab aku ni bukan lah tempat mencurah perasaan yang baik. maybe macam siram jus dekat daun keladi. tapi aku kenal lah kau. perjalanan cerita kita..tak bermula dengan mudah..maka aku harap cerita ini juga tak berakhir dengan mudah. kita mungkin datang dari tempat yang berbeza, latar belakang yang berbeza, sifat yang berbeza dan itulah yang buat kita semua melengkapi antara satu sama lain.

aku ingat lagi tarikh pertama kali aku nampak muka kau. 4 July 2010. Myvi biru muda. nombor plat 'T'. muka yang aku dah label awal-awal 'mamat-perasan-kacak-bergaya'. haha. aku mintak maaf. tapi aku dah story pun benda ni dengan kau. kau pun gelak. kau depan aku. kau dengan teragak-agak nak mintak pinjam pen dengan aku.padahal..aku pun cuak dengan kau. haha. ye lah.. budak bajet kann. "awak, nak pinjam pen sekejap.saya lupa nak bawak lah". haha. aku gelak dalam hati. soft kind hearted rupenye..

aku sangka cerita kita ternoktah disitu. pertama kali dan aku fikir terakhir kali juga sebab aku tak pernah nampak kau lepas tu. cuma aku musykil..dalam tempoh itu,kadang2 aku terbayangkan kau. entah. aku konfius.ignore. dan dalam tempoh itu juga.aku kenal dengan dia. haha. rasanya dalam belog aku ni beribu kot nama dia aku attach sekali dalam entry. kau tahu sapa orangnya. aku tak pernah suspek lah..aku akan jadi rapat dengan dia macam tu sekali. sampai sekarang. we keep in touch. satu tahun. bukan jangka masa yang pendek.

sampai satu hari. aku ingat lagi. malam tu..kami berempat hampir ditimpa musibah culik. jam 3 pagi. mcD Bangi. off. sejarah hitam. malas nak cerita. kami lepak2 mcD sampai subuh. bawak laptop. on9 puas2 hati. tiba2.."weh, ni budak fac aku." n..the rest is history.aku jugak ingat tarikh tu. 30 Ogos kalau tak silap. pagi Sabtu.sebab paginya kita ada koK. hias kolej dengan bendera jadah semua. n hari tu lah..haha. kenangan antara aku dengan kau. aku bagi greenlight dekat kau suruh bonceng aku balik blok perempuan. serius lawak. hahahahahahha. macam dah kenal lama.. padahal. baru beberapa jam.

n lepas tu..kita selalu selalu selalu contact. kau dengan dia. dia dengan aku. kita besfren jarak jauh.kau fac hujung dunia. aku fac tengah kampus. mana mungkin lah selalu jumpa.sampai satu hari..kau bawak sorang lagi 'dia'. kita lepak McD. haha. pertama kali dan terakhir kalinya. ye lah. jodoh tak ada. nak buat macam mana. ada hikmah 'dia' kehilangan. aku mintak maaf kawan. tapi aku terfikir..kalau semua ni tak berlaku.. kita tak mungkin lah jadi sebahagia macam ni. tak mungkin serapat dan sebaik ini.

aku sayang semua kawan kawan aku. lebih tepat lagi. sahabat sahabat aku. equally treat. no differences. cuma..mungkin keadaan dah mengubah segalanya. salah faham terjadi dan semuanya melarat. melarat sampai teruk macam ni. aku tahu. kau bukan lah seorang yang lemah. kau mampu bangun sendiri. kau mampu handle seorang diri. sebab aku yakin..kau ada kekuatan tu. kami bukan lebihkan 'dia' dan lupakan kau. cuma..kami fikir..kau perlukan ruang lepas semuanya berlaku. kami fikir..biarlah semuanya bergerak sendiri tanpa ada salah seorang dari kita yang tunjuk haluannya.

tapi ternyata aku salah. ternyata kami salah. salah sebab biarkan kau buat tafsiran sendiri. ya.cemburu itu perlu. tapi berpadalah. aku sedar.. makin lama..makin lama.. dan makin lama..sahabat itu dah pun bertukar kepada kawan. dan tak mustahil jugak akan berubah kepada kenalan. kau tipu. aku masih ingat..kata2 kau padanya.."persahabatan kita takkan putus kalau kita pandai jaga friendship tu" . sekarang,kau nak kata kami tak pandai jaga friendship ke? entah la.. aku malas nak ulas panjang lebar.bende ni.. takkan selesai..kalau masing2 pendam dalam hati. kami bukan nak berahsia ke apa. cuma..tak nak lah jadi macam dulu. malu orang tengok kita bertekak dekat fb. malu.

sekarang. semua buat hal masing2. cuma kami bertiga masihlah contact bertanya khabar. kau? aku cuba. tapi.. tengoklah hasilnya. sepatah aku tanya.sepatah yang kau balas. aku tak kisah. tapi aku mintak maaf. sejujurnya..kau makin hilang dalam hidup aku. cuma yang lama tetap ada..sebab bekas tetap bekas dalam hati aku. kau mungkin ada sahabat baru. sahabat yang lebih memahami. ye lah. kau pun buzy. orang hebat lah katakan. aku tak cemburu. n..kadang2 tu ada rasa rindu. moga kau bahgia lah kawan. kami tak mampu. pandang dari jauh pun cukup. cuma..jangan lah bila berselisih bahu..jangankan bertegur..senyum pun tak de nak di hulur.

ye lah. bak kata orang..air yang tenang jangan disangka tak de buaya. macam tu lah.. muka kitorang yang rileks .nampak bahgia hapy go lucky.. jangan disangka lah tak de duka. cuma..simpan kemas-kemas jauhhh kat sudut hati.

p/s : betullah..aku rasa macam nak buat novel dah sekarang ni. baru puas hati.

No comments: