Monday, 31 December 2012

Senggugut and Sort Of

Before any paparazzi nak buat cerita hangat, look here, I'm very open minded in these things. Hey, lelaki patut tahu! In case of their moms, sisters, friends and of course, wifey. :) Senggugut, sesungut, period pain..sama je sume tu. Bet on me, korang mesti taknak rasa how pain they are. Rela tidur 24jam weh kalau dah kena. serious sakit! I was normal on my early period timing.

But one day, masa tu dalam science lab, Form 3. MAHA SAKIT i tell you. I'd my class under table. Halau all of my friends yang datang konon concern padahal curious, sebab masa tu rasa macam nak putus nyawa. 
Then, 2nd time kena paling teruk, masa cuti baru habis final exam first year degree. Masa tu kat rumah apak. MakSu punyalah takut sebab masa tu, aku dah macam orang tak betul menangis dalam toilet for one hour. 

And one more time masa week 13 last sem tak silap. Orang lain tengah sibuk nak pergi kelas and hantar assignment, aku absent almost seminggu terperap dalam bilik, 2 hari period pain, and terus high fever. Very bad fever. Masa tu memang tak call sapa2. Senyap je duduk bilik. Single room pulak. Memang tahan je la azab dunia tu sorang2. TT

Orang kata sakit senggugut ni macam 1/3 sakit bersalin. Sebijik macam sakit keguguran. And fyi, memang boleh bawa maut. For sure, kena jaga pemakanan. Seminggu before period tu, kena banyak minum air suam. And jangan makan nenas, air kelapa and ice. You won't to try. Trust me. Bila tengah sakit, segala yang kita buat, semua luar sedar. Janji sakit tu hilang. Peh ngilu!


Tapi tak gak weh, kadang2 time aku period macam biasa, minggu tu lah aku hyperactive. Aku lah jadi manusia paling rajin kat dunia. Gelak 24 jam. Kira tak setiap bulan la aku kena senggugut ni. Teringat dulu, kitorang keluar berempat. Aku, aten, apau dengan arwah jad. Masa tu aten period. And yes, kitorang tak pernah malu pun kalau those guys tau yg we're tengah bendera jepun. Siap buat precaution lagi. JANGAN GURAU BERLEBIHAN. hahahahahaha. sebenarnye takde pape pun.

Cuma ada satu hari ni kan, masa tu dalam kereta..

aten  : kelly, nanti singgah kedai. nak beli pad. *bisik*
aku   : ko period gak ke? boleh takde hal. *bisik*
ijad   : korang nak beli ape kat kedai malam2 ni?
aku   : sibuk je nak tau. beli roti kering jap.
ijad   :  bukan baru lepas makan ke. korang ni pelahap ke ape?
aku   : HAHAHAHA. roti kering mana boleh makan lah!
ijad   : dah tu. roti ape ni?
aku   : roti kering tu pad sayang oi.
ijad   :  cakap la kotex ke laurier ke. ceh!

buat lawak sengal! sumpah lawak masa tu. aten yang tengah kesakitan pun tak boleh tahan. aduyai.

okay. off topic. hewhew. for sure, ia sangat sakit. sangat.


Tuesday, 25 December 2012

Lelaki saya :)

Lelaki saya doesn't mean suami saya or watchuu-ting sebab aku single and takut nak available. haha. Those people tau lah kot kenapa aku takut. Okai okai. Suddenly rindu kat ayah bila baca satu blog sorang kakak ni. She was married to someone that i-think-sooo-penyejuk hati. And bukan niat dia nak compare untuk keburukan between her husband and her abah. Cuma, aku rasa macam.. eh lebih kurang jee. huhu. Tu yang tetiba rindu kat ayah tu. :)

Ayah kan, dia bukan garang tau. Jauh sekali garang. Kadang2 aku rasa ayah tu comel masa dia gelabah. And seriously aku banyak mewarisi perangai ayah. Contohnya, ayah bukan jenis suka letak barang merata, tapi once dia nak guna in urgent, tak jumpa pulak tu, memang dia gelabah lepas tu nak mengamuk. haha. Lepas tu bila dah jumpa, ibu merajuk sikit sebab ayah kata ibu yang bubuh merata padahal ayah yang mata letak kat lutut. (ayat ibu). lepas tu aku sebagai penonton setia dari awal sampai akhir, tersengih sekor2. haha.

Satu lagi, ayah bukan lah seorang yang suka memujuk. Yang ni aku pewaris tegar. Bila ayah buat ibu marah ke ibu merajuk ke, bukan dia nak pujuk balik. Siap buat hati kering lagi. Mula-mula aku tak paham gak, ibu ni dah lali ke cane ayah macam muka-takde-perasaan bila buat salah kann. But once aku dah besar ni, and since aku banyak ikut sifat ayah, baru tau kenapa ayah macam tu sebab we think.. " alaaa, nanti dia okay la tu. bila dah okay nanti gheti la nak cakap macam biasa." hahaha. So, guys.. i bukan taknak pujuk korang tau, tapi species kitorang ni memang tak reti nak pujuk. kang jadi soooo lovey-dovey action. haha

Tang kekemasan. Ayah bukan jenis cerewet. Masa kekecik dulu, aku kan pemalas nak mampus. Suka main susun-susun kusyen buat macam rumah ada bilik banyak, and lepas tu kena marah dengan ibu. Tapi ayah tak pernah marah. Dia susun balik lagi ada. Without a word okay. Tapi bila dah IPT people ni, and selaku anak sulung jugak, kemas in neat and tidy tu dah macam sebati. Let say kat dapur. Ibu marah gila kalau aku masuk dapur masa dia masak nak cepat. Sebab nanti dia tengah masak, aku kemas macam ada anak raja nak datang. Nenek? Sampai dah satu tahap , kalau aku masuk dapur.. ibu dengan nenek takkan jejak sebelah kaki pun. haha.  Yang ni memang ikut belah ayah. Sebab tengok wan lipat baju cantikk sangat dia susun kat almari. So, sampai sekarang aku dah terbiasa. Sama saiz tau!

Bab makan. Ayah sangat suka makan. And aku tau ayah suka everytime aku balik cuti sebab setiap hari aku masak macam2. Kumpul resepi tu hobi ayah dengan ibu and aku mula2 nak tolong je, last2 dah terikut sama. Tapi ayah tak suka masak. Aku rasa tak sampai 10kali lagi aku tengok ayah masak kat dapur. Mostly ibu. Cuma, bila anak dara dia dah besar2 ni. Dia suka kalau kitorang yang masak. Ibu pernah cakap, ayah tak kisah kalau along masak tak sedap janji along ikhlas nak masak. tu pun dah cukup untuk ayah. How touched. Since then, aku selalu alert apa yang ayah suka, apa yang ayah tak suka. One day, aku teringin sangat nak makan udang, tapi ayah tak boleh makan seafood nanti allergic sampai boleh bawa maut. So, aku pun tahan je even lauk tu dah ada dalam periuk. Don't ever eat depan ayah! One more, ayah tak suka makan luar. Mesti nak kitorang masak jugak. Hanya makan luar bila special occasion like his birthday je. :)

Kesabaran. Aku tau dugaan duduk dengan mertua ni sangat dahsyat. So, masa ayah decide nak pindah duduk Gemas, nak jaga atuk dengan nenek, aku terkujat gak. Sebab ayah dengan nenek, saaaaangat lah lain kepala dorang. I've a little bit risau sebab study jauh kan. I know there's something happen kat rumah, tapi ayah tak pernah cakap pape. Mula2 ibu taknak story, korek punya korek, i wonder macam mana ayah boleh bersabar sampai macam tu sekali. Ibu kata aku memang penyabar macam ayah but not in certain things. Tang sabar nak marah orang tu memang kitorang power. Sebab aku ni bukanlah jenis suka marah2 kat rumah sebenarnya. Tak pernah marah pun. Adik aku yang sorang tu mengamuk macam orang gila pun kat aku, aku buat hati kering. Tapi sentap tu mestilah ada. Cuma simpan je la dalam hati.

Kegigihan. Orang selalu kata, lelaki ni biasa lebihkan kawan dari family. Yup. Ayah pun macam tu. Dia tak pernah berkira dengan kawan dia. Antara 3 orang puteri dia, aku paling faham dia kot. Sejak 4 tahun, aku ikut pergi memancing kat laut. Pergi minum dengan kawan dia pun aku ikut. Kadang2 aku takut nak kawin sebab aku takut tak dapat jaga ayah lagi. And aku perasan, ayah cepat lepaskan aku sebab dia yakin sangat aku boleh survive in any condition. Aku perasan ayah dah biarkan aku hidup sendiri since last paper SPM dulu. And ayah is my top stalker in the world. hahaha. Ibu yang kantoikan, masa tu aku tengok muka ayah dah macam blushing sikit sebab kantoi stalk FB aku kannnn. :D

Ayah tak pernah halang aku nak buat apa. Ibu yang selalu filter kalau aku nak buat apa2 tapi keywords dia. " apape pun, along tanya ayah dulu " and the answer. " buat lah. tapi jaga diri leklok." yeay ibu kalah. hehe. Cuma sampai one part ni, aku rasa ayah dah fikirkan diri aku. Dia tak cakap direct, tapi i know through ibu. Tersedak and hilang focus jugak la pemanduan aku time tu. "along, ayah cakap, dah sampai masa along betul2 boleh sendiri. ibu ayah dah bincang, kitorang tak halang dengan sapa pun along pilih, cuma ayah cakap, dia nak jumpa dua kali je. sekali masa kenalkan diri, sekali lagi masa majlis". Time tu aku tak tau nak terharu ke menangis ke cane.

Masa tu, aku dah buat keputusan. Aku nak ibu dengan ayah sentiasa tau dengan sapa aku kawan. tak kisah lelaki or perempuan. Cuma setakat ni, aku dah kenalkan kat family , those people yang betul2 rapat macam siblings. Ayah always my hero. And i hope, my another man boleh ni. 

Alamak rindunya kat ayah. :')

Wednesday, 19 December 2012

Call You Mine

31 Mac 2012. tarikh yang takkan pernah padam dalam jiwa. titik mula aku belajar mengenal erti kehilangan,kerinduan dan kehidupan. juga erti peluang kedua yang takkan datang untuk ketiga kali.

rindu tak pernah pudar
tangis tak pernah kering
ingatan tak pernah luput
dan hari kian berlalu pergi...

Jad, sejak aku balik dari Lanchang, kenapa aku rindu kau teruk sangat?
Aku macam hilang mood, hilang semangat. Aku nak gelak pun dah takde perasaan.
Everything is worse. I need you guys back like before but i knew.. it won't.

Jad, i feel bad to my classmates. Aku tahu dorang tak rasa happy dengan aku sekarang ni. But, nothing i can do. I can't do anything. None of them. I knew they were dissappointed with me. No longer be the old me. Less social , less talk, less life, less smile. Aku takde mood je jad.

Last night Allah nak uji aku agaknye Jad. Dia bagi aku rasa rindu tahap tak tertanggung kat kau. Frankly speaks, i cried. After 10months, the worse was last night. I went a ride, I suddenly met a person on my way. He asked me why. I told him never mind. I chose your favourite drink, Teh O Ais. And Alhamdulillah, i felt better. Syukur syukur alhamdulillah. :D

Jad, i've found a very beautiful song. Such a soft one. Aku tau ni bukan taste kau. Tapi aku dedicate jugak kat kau. hehe. As if you were here..

Call You Mine - Jeff Bernatt feat Geologics

call you my own, and can I call you my lover
Call you my one and only girl 
call you my everything, call you my baby
You’re the only one who runs my world~~



KEMATIAN TAK AKAN MEMADAMKAN KENANGANKU BERSAMANYA

Saturday, 15 December 2012

Penjenayah Teraniaya

2 GSC Free Ticket. Alamanda. The Hobbit : An Unexpectable Journey.

Macam biasa. Last minute.
" roger ali tersayang. date jom. cakap aku nak tengok sangat malam ni "
" yeah. dia kata jom "

Balik KKM, duk bertapa depan laptop cara-cara nak booking seat tapi fyi la kengkawan, sekarang GSC dah takde tab 'Showtimes and Reservation'. haprak betul. Decided to shoot early sebab nak reconform availablity seats and free tickets aku tu, so pukul 11 rempit gi Alamanda. Rempit dengan kelajuan 40km/j. Penegasan di situ 40km/j SAHAJA. Romantik sangat berdua.

" kau ni kenapa macam takut nak bawak motor je sekarang? kura-kura "
" sejak jad takde memang aku bawak slow sikit. practise make perfect "

Nak dijadikan cerita, sampai lah kitorang berhamparkan red carpet depan GSC tu. Beli tiket done for 4 seats. Meanwhile tunggu Ali Masterchef datang dari dinner rugby dekat Subang, kitorang lepak la around tasik tu. Siap kena halau dengan pak gad uols. Around 12.30, Ali sampai dengan Bibah, his bestfriend. Nasib bestfriend je, kira ada can lagi nak masuk ni. kahkahkah. Lepak2 kejap cerita pasal helmet la, blender la, beli popcorn * thanks bibah blanje kiteorang*.. masuk hall.


Nak dijadikan cerita lagi, orang lain tengah khusyuk siap tayang muka serious tak berkelip mata tengah tengok screen, aku dengan Aten berdekah gelak keluar angin. * sapa yang pernah tahan nak gelak kuat-kuat sampai merah muka tau lah*. Sebab apa? Sebab kitorang tengok Bilbo The Hobbit tu macam Athif. Dengan kena bulinye. Dengan keciknye. hahaha. pastu Bilbo ni si pencuri dalam citer ni. Teringat kat Ali curi stokin dia pastu dia mengadu kat aku. hahahahaha. serius penat kiteorang tahan gelak dalam tu. Sampai berair mata. Nasib amek seat tepi. Depan pulak tu.

2.45am
Aten dah gerak kiri kanan kiri kanan, dua ekor sebelah kanan aku keras lagi pandang screen.

3.15am
Aten : " ok dah klimaks. nak habis dah ni "

3.30am
Aten : " aku syak subuh baru kita keluar cinema la kill "

3.45am

Wehoo!! pinggang meletup-letup, kaki cramp. 3jam bakhanggggggg!

Meanwhile aku queue bayar tiket, Ali dah terpengaruh dengan kitorang nak shoot Broga lepas tu. haha. Siap nak lepak mamak lagi. Siap nak follow kitorang dari belakang.

Aten : " takpe Li. korang gerak la dulu. "
Ali    : " aku risau dengan korang ni. Kill ni dah la muka bawak moto laju "
Aku  : " tadi aku tibai 40 je kot. Nanti dah sampai, aku msg ko ek "
Ali    : " makesure roger ek Kill. kena inform aku jugak. bawak leklok. slow2 "
Aku  : " ye Ali. slow je. 40km/j je. serius "

Sampai kat park motor..


Aku : " wehhh helmet aku mana????? " * pusing-pusing tengok keliling *
Aten : " ko jangan main-main kill "
Aku : " eh babi mana dah curi helmet aku ni? babiiii woi helmet aku gila!"
Aten : " slow sikit kil. org tengok kita. malu aku "
Aku : " eh babi babi babiiiii. kita nak balik camane sendukkkkkk"

Last-last kitorang decide, redah je balik UKM macam tu. tapi aku pakai helmet Aten. takkan orang belakang pakai helmet, orang depan togel. At first traffic light nampak Ali dalam kereta belah kanan. Belah kiri ada van cabuk dalamnya ada orang gila. Oleh sebab aku tak tahan panas telinga, terus pecut macam pelesit. Lupa pulak aten takde helmet kat belakang. So, as mini precaution aku suruh dia peluk aku kuat-kuat. Aku syak Ali tak terkejar dengan kitorang. 100km/j. Semua traffic light aku langgar. pukul 4 pagi oi. Memang dalam kepala otak nak sampai cepat je UKM tu.

10minit. Dengan kelajuan kuasa kuda, 4.15am kitorang sampai UKM. Sambil usha pakgad dari jauh, kepala duk pikir helah nak cari Ali. Kalau tak lepas, memang pakat tumpang Ali sampai FPI. tapi alhamdulillah, dengan keringnya, kitorang siap waving dengan pakgad tu. wuu wuu wuu~~~~. Sampai bilik, text Ali dengan gigihnya.


+ ali ktorg dh sampai dgn selamatnya. btw, thanks kerana sudi dtg memeriahkan majlis wayang pd malam ni'
- esok aku bayar.korang bwk laju gila.tak sempat nak folo
+ tadahal thn depan sem depan pun boleh bro
- eh td kau tak pakai helmet eh
+ ali long story nak cite ngn kau.nanti kita lepak kita borak pnjg ek memang kau akan berdekah! confirm!

alkisahnya kitorang dua lapar lepas aksi melarikan diri macam penjenayah tu. 2 minit kemudian, kitorang shoot Fariz Maju dengan minyak kereta kering kontang. Makan jap, tarik nafas jap, rileks kepala otak. Terus balik. Gila macam tak percaya je rasa jadi penjenayah tadi. gilaaa ahhh! Betul kerja gila. tu belum part terniat nak shoot broga lepas balik mapley. Kalau jadi, sumpah aku tak tau nak cakap apa. Ni kalau arwah jad ada, konfom kena sebijik. Belum Apau lagi, perghhh bernanah telinga dengar ayat seorang pak imam muo. Tapi nasi dah jadi bubur. helmet punya pasal la ni.

Buat si pencuri helmet,

Kau mungkin terbaca entry ni sebab kat helmet aku tu terang-terangan ada link blog aku. Kalau kau ni bodoh sangat tak reti baca lain la cerita. Macam ni la, aku nak kawtim dengan kau. Aku maafkan kau kalau kau pulangkan balik helmet tu, kalau takde tali pun aku redha, tapi helmet tu ada sentimental value. Tolonglah pulangkan. Aku janji kita boleh jadi bestfriend. Kau tak rasa aku ni baik hati ke?  Hmm. ko komen guna anon account pun takpela.


Sekian, terima kasih.


Yang benar dan ikhlas,

KILL THE MURDER.


Friday, 14 December 2012

Leak Out at UM !


Assalamualaikum readers.

UM is my history and my future. why future?? Everything started yesterday, when i went to visit them :D

Yes. aku ex-student and alumni Pusat Asasi Sains Universiti Malaya batch 2009/2010 for your information, dear reader, friends and juniors yang selalu kena tipu bila kata aku budak dip. huhu. I was one of the physical batch' Icon a.k.a Diva bak kata Mr Z, our Sc Comp lecturer. *serius tak tipu*. sebab tu bila masuk UKM, orang kenal aku tapi aku tak kenal orang and pura-pura kenal dorang. haha. I'm smiling to you guys kan bila uolss say hi to me! :)

Ok back then. So, nak di jadikan cerita...

Yesterday, after 2pm class, aku balik kolej, pick up KakAna and rushing to KTM. We're heading to UM bukan sesaje nak melepak ye kengkawan. Aku nak bawak KakAna, meet your beloved lecturer, Mr Z to collect her questionnaire for her project. Before, KakAna mintak tolong aku bagi link mana2 lecturer yang aku kenal sebab dia kena buat research dekat UM. Suddenly lah kan, aku teringat this guy. So, selaku orang tengah, aku deal lah untuk kak. Tu yang semalam gila laju aku balik kelas tu. haha

Naik KTM macam biasa la since aku ni memang hebat tang naik KTM free tak yah bayo. kekeke. Turun kat KL Sentral, dah terliuq tengok Secret Recipe, padahal sesat tak jumpa ticket kaunter LRT. Pusing punya pusing, rupanya depa dah tak guna ticket. Guna blue plastic token macam 20cent and sume pakat main touch screen je sekarang. Memang jakun gila kitorang dua. Siap boleh stop lama sebab tak reti nak scan macam mana token tu. hahahahaha. lawak gila.

I thought that was KakAna's first experience naik LRT. So, we stopped at Universiti station, take a Rapid bus heading to UM. Sambil2 tu aku jadilah tourist guard tak bergaji. Sampai je kat PASUM, dah janji nak tunggu kat ofis. Tunggu punya tunggu, nampak la my 'beloved' Mr Jedzry Fadzlin a.k.a musuh tak berapa nak ketat ai. haha. tapi segan nak tegur. haha. Then, dapat call kena pi Blok Pensyarah. Sumpah aku malas gila nak daki segala bukit, tangga nak ke sana. Tapi PASUM memang hebat. Tudiaaa gah menjulang berdiri bangunan baru PASUM. 6 tingkat tak silap ai. Auditorium dia..peh!! maju habis!

Sampai je depan bilik Mr Z. Bismillahirrahmanirahim...bukak pintu. Erk, Mr Z! makin kurus. :D hahaha. baru masuk, dah buat lawak. niat nak settlekan urusan dalam 15minit lepas tu shoot balik. Haram ye kengkawan. kat luar tu hujan lebat. Lepak punya lepak. Mr Z bagi satu project baikkk punya. Alhamdulillah, boleh senyum besar. Lepas tu ingat nak balik. Dia ajak pegi makan pulak. So, sampai la kitorang kat SS17 PJ. Around 7, aku cakap nk balik. So, dia hantar sampai LRT. Last2 stuck dalam jem. =.= Dari dalam ofis, sampai ke kedai makan, sampai dalam kereta, keje kitorang gelak..gelak..gelakk. main tipu je banyak. hahaha. Cramp perut aku. Plan nak 15 minit je pegi UM terus jadi berjam-jam. Mr Z punya pasal.

Apa projek kitorang tu? biarlah jadi rahsia. Harap2 berjaya. Doakan aku mengharunginya dengan tekad dan usaha yang tinggi. :D KakAna pun yang mula2 malu anjing dengan Mr Z, end up masuk satu kepala dengan kitorang. haha. tak boleh tahan part citer hantu hostel tu. haihh. Then, around 8.30. safely arrived UKM. Balik kolej, mandi2, siap2 and heading to Majlis Penghargaan Atlet. Bak kata sir, " saya bangga ada student macam kau ,kill. tapi dah tak ranggi and gila garang macam dulu" hahahaha.

Lepas rindu kat Mr Z and of course you, my beloved Universiti Malaya. I missed my guys, tapi tak berkesempatan :D


till then, byebye readers. :D

Thursday, 13 December 2012

Port Dickson Day 2

6.30 pagi dah turun dapur menjalankan tugas selaku tukang masak utama untuk breakfast hari ni. Bukannya susah pun, sandwich sardin dengan french toast je. Meanwhile, golongan makcik-makcik pulak tengah buat preparation untuk menu lunch and team daddy-daddy pergi ke pasar beli stuff untuk barbeque for tonight. End up dia, sampai dua kali aku kena buat breakfast sebab 10minit je dah habis. =.="""""

Packing. packing. packing. 9am kitorang gerak pergi pantai Teluk Kemang. Picnic time!! wehoo! FYI, rumah yang kitorang sewa tu bukanlah depan pantai..Sesampainya kitorang kat sana, we booked 2 units of tents yang kaler biru tu which is RM20 per day. So,takde la panas membuta mak ayah tengok anak-anak depa ni ni bermandi-manda kann. Sementara dorang unpack foods sume, aku dengan Ezzly dah masuk laut uolls. Hahaha. Lebih kurang 2 jam jugak la aku tak keluar2 dari laut tu. Bila dah cramp, baru naik darat.





But unfortunately lah kan, naik darat je aku jumpa benda best. Upacara menanam badan dalam pasir, dan mangsanya ofkos Ariena a.k.a Alang yang Kering macam plywood. Punyalah payah nak tanam minah sorang ni. Menjerit macam orang gila. Sorry lang, ibu ayah tak kata ape pun. Nasib la ek dapat kakak macam along dengan angah yang kejam. haha. 


After that, aku terasa nak naik bananananananananana boat. Paksa punya paksa, aku angkut je Angah dengan Alang naik sekali. menjerit jerit dorang. kahkahkah. aku ingat nak buat aksi superman macam Apau buat kat Pangkor dulu. tapi tak cukup berani la nak turun belakang. mau tenggelam satgi.  And oleh sebab tu, their first experience naik banana boat, i'm secretly deal dengan abang boat nak jatuh dekat tepi pantai, *padahal before ni janji dengan budak dua orang tu taknak jatuh. kahkahkah*. Time abang tu buat lap je , aku jerit.."KORANGGGG, SUME ANGKAT TANGAN!"... and..... BUSHHHHH, amek kau. kaki aku atas kepala Angah. Angah pulak jatuh atas Alang yang sekeping tu. Dayah dengan adik dia siap tarik baju Alang. hahaha. Elok je naik darat, aku kena marah la. ape lagi. hehehe.

Then, bila baju dah kering sikit, aku ajak Ibu pergi jalan-jalan around dataran. takde beli baju pun. Saja tengok-tengok. Tapi rasa gedik nak pakai lady-like ribbon hat. So, pakat pi beli satu. haha . Lepas buat window shopping tu, balik khemah and masuk laut balik sampai tengah hari.




Dan malang pun tak berbau. One of Nenek Tipah punya cucu si Athirah Amanda tu hilang! Haihh, dah kitorang take one hour jugak la buat operasi mencari dan menyelamat. Report police and call JPAM. Aku hampir je kena paksa naik bot JPAM pergi buat pengecaman mangsa hilang kat menara nunnnn pantai sebelah sana. Nasib baik jugak aku angkut camera Shela time tu and nasib baik jugak aku ada snap gambar budak tu and the only pic tu la jadi bahan utama misi pencarian si Athirah ni. =.=. Last-last, jumpa budak tu kat menara JPAM lepas ada lelaki hantar nampak budak tengah menangis bengong-bengong. Jauh gila budak tu jalan! Ni sume sebab salah pandang punya kes.

Around 2pm, kitorang balik rumah and rehat. Team daddy-daddy pulak pergi memancing sampai petang. Padahal kitoran yang pompuan sume tengah membuta dalam bilik ada aircon. peh! heaven!! Lepas bangun tido, terus buat preparation untuk barbeque. Ayah dengan pakcik Jasmin yang dapat duty kena bakar semua. Aku tukang makan je. Oh ye, rumah yang kitorang duduk ni, memang dah siap dengan tempat barbeque berbumbung. So, memang senang la nak burn up fire. takyah nak bawak jaring ke apa sume.



Lepas makan-makan, kitorang buat sesi bukak cerita hantu. =.=. Ni sume team daddy plan nak fight dengan geng makcik-makcik tu bergosip. Dorang dengki sebab geng pompuan gelak2 tengah gosip. Oleh sebab, group anak2 malas nak dengar a.k.a takut. sume pakai naik atas, baik tengok runningman ke online. haha.

Till then, what a fun time. Tomorrow will be the last day and Gemas, i'm back! :D

Saturday, 8 December 2012

Port Dickson Day 1

Assalamualaikum and a very good morning everyone.

Currently updating my beloved blog from atas katil, bilik anak dara, No 16, Taman Peranginan whatever, Maybank Bungalow, Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan. 3 Days 2 Nights unplanned holiday FOR ME. (taip slow2 takut ada yang terjaga satgi.)

Kalau ikut planned pagi tadi, after solat Jumaat, lunch dengan abang Jebat and he will send me to KTM. Itu plan. Yang tak di plan tu, around 3pm.. kitorang lunch 4 orang dekat Ayam Penyet Simpang 3 since abang mengidam sangat nak makan situ. Aku, abang Jebat, Aten and abang Adam. Should be Kakmaz join kitorang but she insisted to stay at MARDI.

Then, entah macam mana, tengah lepak borak-borak makan desert, abang Jebat postponed his programme to night, Aten punch out dari GMI, abang Adam free from classes. Send semua kereta balik, meeting point dekat KKM and..Port Dickson, here we come. Dorang decide hantar aku sampai PD. nak berjalan kat pantai katanya :D

1 hour journey by car. abang Adam pemandu berhemah gua cakap lu. hahaha. *brhemah la sangat*. Masa dalam kereta tu, aku teringat zaman muda2 dengan arwah Jad, dengan Tengku dulu. selalu buat backpacking malam2 buta pegi PD, Melaka, Teluk Cempedak macam ni. Suicide sangat. haha Sebenarnya aku rasa terkejut gak. Ingat dorang main2 masa kata nak hantar sampai sini. But my lucky one, macam ibu cakap.." bertuahnya dapat kawan2 macam diorang. .Baik betul sampai sini dihantarnya " They are mine, ibu. :D

Mula2 jenuh gak nak cari jalan masuk sampai call ayah suruh jemput. Then, masa nak masuk rumah tu pulak, abang Adam buat malu2 dia. ceh. Padahal dia tak tau, family aku tau dah semua pasal dorang. Jumpa face to face je belum. Nak makan cucuq pun malu2. Then, kitorang gerak pergi pantai kat belakang FAMA tu sebab ikut plan nak pergi memancing. Meanwhile, kita melepak ambik angin pantai la before dorang balik UKM at 7pm.

Tak lama lepas dorang gerak pulang Bangi, aku pun balik rumah tadi balik. After maghrib, first task aku > tolong siapkan dinner. Memandangkan aku pun letih, so aku cakap " apa kata kita dadar telur je. Lauk pun banyak lagi kan?" bijak kill. haha

Malam tu kitorg tak buat pape pun. Just melepak tengok tv. Oh by the way, nak cerita pasla rumah ni. 2 tingkat, 4 bilik, 1 conference room and fully furnished for RM35 per night. MURAHHHH GILAAA KAN??? haha. abang Jebat dah blink blink eyes dah tadi.

Tengah nk off laptop, aku saja la gedik tengok network coverage. Godek punya godek. tu diaaaa. wifi connected. HUAHUAHUAHUA. seronok bakhangggggggg.

now. 6.30am. nak kena turun dapuq sebab makci2 tu dah tugaskan aku malam tadi, pagi ni kena buat breakfast french toast dengan sandwich. =.="""

bye everyone. till then. sat lagi nk pi pantai. hoho

Lanchang Again

Back to last Tuesday, dapat invitation to a trip. A trip visiting him. :)

Ahad. Semalam kitorang pergi lawat kau jad. Kitorang bawa Jepa since masa hari kau pergi tu dia tak dapat ikut. Masa dia sampai kat masjid Kg Baru tu, kau dah pun dimasukkan dalam van. Kesian kat dia, takde chance dah. Kitorang gerak semalam naik kereta dia tau. Aww aww, dia nampak macho dengan kereta tu. haha.

Pukul 9, Jepa datang pick up kitorang dengan Kamil. Belum apa2 lagi dah spoil, dia reverse sampai berlanggar dengan kereta lain. Dah kemik, calar bagai magat depan tu. Lepas tu boleh buat muka kering. Alahai Jepa. Then,after pick up Azam, ingat nak gerak terus pegi Lanchang, tapi aku dah lapar, last2 semua decide pergi Fariz. Around pukul 10, kitorang move on.

Along the journey, banyak gak kitorang recall masa dulu2. Lalu kat McD Ampang yang kita terlajak tu,aku cakap je dah dekat dengan Zoo Negara. Terus dorang kata lepas balik dari Pahang kita singgah Zoo. haih. Masa dah masuk simpang nak keluar Highway Karak, teringat time tu aku, Aten dengan Alang bertiga, first time redah rumah kau unexpectedly. haha. " PAHANG, HERE I COME! " :D

Aku ikut nasihat kau yang selaluuuu kau ingatkan. " Kalau guna highway Karak, jangan drive lorong paling kanan, kat situ orang sengaja bubuh minyak. Lagi2 turun bukit." Ai ai sir! Aku tengok rilek je mamat 3 orang tu lepak kat belakang, kira aku tak merbahaya la kot. haha. Safely arrived Kg Dala around 11.30 am. Masa tu ada mak dengan ibu je. Abah dengan Naim, Tengku pergi kebun. Mak kata abah baru nak start tanam pokok getah. Lepas tu buat pondok lagi. tu yang lambat.

Then, bawak mak kau pergi beli jagung kat kedai seberang jalan tu. Kitorang nak beli, tapi Wan Lang kau tak kasi, dia suruh amek je. Dah la banyak gila! Pastu, kitorang balik rumah, ibu dengan mummy masak kat dapur. Dorang tak kasi kitorang buat pape except makan. Hahah, then, kitorang pun party buah laaa kat hall rumah.




Kau tahu jad. berterabur Jepa makan jagung. Haha. macam beby!. Azam pulak buat lawak. Ada ke makan manggis dia buang kelopak yang hijau tu. kah333. lawak la Azam ni! kepoh gila rumah kau dengan adanya 3 orang jantan ni. Lepas tu, mummy asik suruh makan durian. Durian kat kebun daddy dah start gugur. Aku dengan Jepa dah la memang tengah kepingin durian. Laju gila kitorang pi. haha. Tapi, mummy tak reti kupas. Dorang? lagi la tak reti and aku jugak la volunteer mengupas even tak bape nak reti. haha. 




banyak gila kan kitorang makan? huhu. lepas tu , Daddy pun sampai. Aku syak dia baru balik berburu la dengan Naim, Tengku sume. sebab dia bawak senapang patah. Sekali memang betul. Rezeki kitorang la dapat makan ayam denak Pahang. hoho. Jad, aku tengok daddy makin hensem sekarang ni. tapi aku tau dia rindu kat kau. Instict abah mana tak sedih tengok kawan2 arwah anaknya datang, layan macam anak sendiri pulak tu. Dah tu aku yang kena marah sebab belah durian dengan seluar jeans. tu yang aku pakai kain batik mummy. Memang kena bahan la dengan dorang. =.=



Lepas zuhur, kitorang lunch sama2 dengan daddy kau. Best gila banyak makanan. Of course our favourite Pai Ikan Patin, Pai Ikan Talapia, Gulai Udang, Masak Tempoyak Ikan Patin, Ayam Denak Goreng banyakkkk lagi la. sampaikan Kamil kekerasan perut and tak boleh bangun. HAHA. Kalau kau ada Jad...mesti lagi best and meriah :D . Aku dengan Aten masuk solat and rehat kat bilik kau. Rindu sangat kat kau Jad. Rinduuuuuuuuuuu sangat! Bilik tu dah takda apa. Mummy guna untuk solat and mengaji. Barang2 kau semua dah takda. Hurm. tapi masa tu aku boleh tahan lagi perasaan dalam hati ni.




Meanwhile Aten tolong Ibu dengan Mummy buat bubur jagung kat dapur, aku dengan yang lain pergi petik buah rambutan kat belakang bilik kau tu. Dengan kain batik tu la aku dengan Adik petik bubuh dalam plastik. Dorang? tau makan je. =.=". Lepas tu kitorang lepak kat buaian porch kereta. Jad, kereta kau dah tak macam dulu. Aku tak usik pun aku tau dah lain. Aku rindu kereta tu jad. Tapi aku tak sanggup nak pegang. Jad, even kau dengan Adik tak berapa nak ngam, tapi kitorang tau Adik rindu Ayong dia. Mummy cakap, adik duduk dekat dengan Kamil, Jep dgn Azam sebab dia rindu dekat Ayong dia. At least, dia rasa kejap abang dia ada...


After Asar, kitorang gerak pergi ziarah kau Jad. :D. Kitorang gerak dua kereta. CCW , Aten drive dengan Ibu, Mummy. Aku drive kereta Jepa dgn dorang. Jepa tanya aku kenapa aku taknak drive kereta kau. " Aku tak boleh Jep. Hati aku rasa lain." sumpah Jad. Sebak hati aku tengok Aten drive kete kau. Sampai kat kubur kau, banyak yang aku flashback masa malam kebumikan kau dulu. Sedih tak hengat bila Jepa lead Yassin untuk kau. Kitorang tak sempat nak baca tahlil sekali. Langit masa tu mendung gila. Gelap. Allah je tahu, macam mana sedihnya kitorang nak tinggalkan kau kat situ. Aku tahan air mata Jad even masa tu dah kabur dah mata. Aku taknak kau tengok kitorang macam ni.

Then, kitorang balik semula rumah kau. Mummy bungkuskan bubur jagung untuk kitorang. Daddy pergi kebun, kutip durian sebab dia kata nak bagi kitorang bawak balik UKM. Macam2 daddy pesan masa kitorang nak gerak balik tu. Tapi paling aku sedih..

" Jangan lupakan makcik, pakcik dgn arwah kat sini. Anak yang sorang tu dah takda. Selalu-selalu la datang sini ye."

Hmmmmm. 

Alhamdulillah, even jammed, dengan minyak kereta kering, macam2 la jadi. Safely arived Bangi. Then, kitorg shoot Bandar Sri Putra, hantar Aten balik amek kete. Time tu la kitorg buat Carboot Picnic. haha. 





Then, we are back to UKM. :D Alhamdulillah. semuanya sihat Jad. Tercapai gak niat aku nak bawak Jepa pergi ziarah kau kat sana. Niat aku nak jumpa family kau. Alhamdulillah, terubat rindu kat kau. 

Bersemadilah kat setenangnya kawan. i love you. Alfatihah untuk Mohd Rohaizad Mohd Bakari.

Wednesday, 28 November 2012

Rasa tu masih ada

8 months. Yes, kitorang dah janji nak tengok2 kan mak abah kau. Alhamdulillah, dorang sihat. Aku tahu, mak abah kau mungkin kata aku ni dah lupa dorang, percayalah jad, sekali pun aku tak pernah lupa kau dengan family kau. Aku bukan taknak contact, tapi aku takut. Aku takut kalau aku ni mengganggu. Aku rasa memadai kalau aten dah contact dorang. At least, dapat tau dorang sihat pun cukuplah.

Jad, sumpah sikit pun aku tak lupa. Hari-hari, dalam apa aje yang aku buat, mesti aku teringat kau. paling tidak pun, lauk yang aku tengah makan tu pun aku ingat kau. Kalau ada orang kata aku dah lupa kat kau, dia memang silap besar la. Yang silapnya, aku. :(

Satu kelemahan aku adalah aku tak reti nak appreciate orang2 sekeliling aku dengan mulut. Even orang terdekat dengan aku sekali. Bagi aku, menunggu tu lebih baik walaupun penantian tu satu penyeksaan. Macam dulu2, masa kau ada lagi. :) Kalau kau tak ajak, buat apa aku nak pegi kan? kang aku rasa macam tak tau malu pulak. taknak lah orang kata aku menyemak.

Aku bukan tak ingat. Bukan tak rindu. Tapi aku tak reti nak mulakan perhubungan tu. Aku bukan jenis selalu nak call, mesej. Jadi silent observer tu kira okay dah kan? Tapi tulah, orang tua ni lain hatinya. Nenek dengan atuk aku mula2 terasa gak dengan aku. Tapi lepas ibu aku cakap aku ni camna, terus dorang pun faham. Macam family angkat aku kat Pekan tu. Bukan aku tak ingat, tapi aku takut nak contact. Aku takut aku ni penyibuk. Nasib baik adik angkat aku yang sorang tu rajin bertanya kabar. Rajin berFB.

Jad, jepa dah lepas lesen kete dia. Kelmarin aku melepak kat ibu zain dengan kamil, azam. Haram sungguh citer dia dapat lesen. haha. Niat nak tengok 'baby' baru dia tu, tapi still dalam bengkel pulak. InsyaAllah, Ahad ni kitorang pegi Lanchang naik kereta baru dia. Tunggu kitorang datang tau jad. 4 hari je lagi :')

Semoga Allah permudahkan segalanya. Dah bape kali tangguh ni.

Saturday, 24 November 2012

Pengawas SMK MERU


tadi terjumpa blog junior sekolah. masa aku upper form, tak silap aku form5, dia form2. n time tu aku ketua biro disiplin pengawas. so, lagi garang dari sekarang ni. haha

Lagu Pengawas SMK Meru

Kami memegang janji,
Amanah yang dipikul,
Dalam menjalankan tugas,
Sebagai seorang pengawas,
Berpakaian seragam biru,
 

Bekerjasama selalu,
Membantu guru guru,
Memantapkan perilaku,
Pelajar SMK Meru,

Pegawas terus maju,
Bersama berganding bahu,
Ke arah satu tekad yang jitu,
Berwatak semangat bersatu padu,

Berdisiplin menjalankan tugas,
Berpengetahuan dalam akademik,
Tegap, mantap sentiasa tegas,
Disiplin tonggak kecemerlangan.


Ikrar Pengawas SMK Meru 

Bawasanya kami, pengawas pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, dengan ini berikrar :

Kami akan sentiasa berdisiplin, tegas, adil dan amanah terhadap tugas tugas kami.

Kami amat berbangga dengan jawatan ini dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dedikasi dan proaktif.

Kami akan berusaha bersungguh sungguh, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Kami berjanji akan menjaga imej sekolah dan menghormati guru guru, serta teladan kepada semua pelajar melalui kepimpinan yang dinamik.

Friday, 23 November 2012

Ali Masterchef

dengar citer ada orang tu tengah practise nak masuk Masterchef siri depan. Sekarang ni gigih cuba resepi2 baru. siap bawak periuk dari Kelantan!

oklah untuk pengetahun awak ye alibungalalang, kitorang masak tak guna dapur gas pun. bukan guna multicooker jugak. cuma guna mini rice cooker yang comel tu je. haha. mesti kau ingat boleh masak nasi je kan dalam tu? tak lah, dah macam2 jenis makanan dah selamat kitorang telan, hasil dari periuk nasi tu je pun. huhu.



Aku start bawak periuk nasi masa 2nd year. Mula-mula untuk panaskan lauk and masak nasi je. Lepas tu rajin sikit, buat cekodok and macam2 jenis cucur. Tu yang pagi2 ada breakfast sandwich sardin and scramble egg, bila petang balik kelas ada cucur bawang lah, cucur udang lah.

Masuk shortsem, lagi lah rajin. Bulan puasa katakan. pukul 3 pagi dah bangun masak nasi. Sebab lauk2, contoh: sambal kentang, ayam kicap tu sume kakyin dengan kakmaz bawak dari rumah. So, aku tinggal dadar telur je. Takpun, aku buat nasi goreng.

Cerita pasal nasi goreng, senang je nak buat. Ni kalau anak dara tak reti buat nasi goreng ni mmg aku tak taulah nak cakap apa. Tapi kalau aku buat, takde lah sedap pun, cukup isi perut sudah lah. huhu. Ko cincang je bawang merah, bawang putih, ikan bilis tu jadi halus, so, takyah nak blender sangat. haha. Satu lagi, cara2 nak panaskan periuk. *aku baru ajar shela semalam*. Ko kena tekan sikit lah untuk panaskan minyak dia. Ko belajar physics kan dulu? haha. sistem haudralik tak silap.


tumis dalam periuk nasi. :)

kalau kau malas nak cincang2 bawang tu sume, ada lagi senang. Beli lah perencah nasi goreng Adabi! haha. ni memang pantas gila nasi kau siap. masa zaman asasi dulu, hari2 aku masak nasi goreng guna bende ni, tapi masukkan sikit isi2 ayam yang dicarik halus, sayur2.* tu sume beli kat pasar kerinchi dgn jalan kaki 20minit*.

Masa pergi pangkor dengan arwah jad dulu, lepas kelas petang jumaat tu, terus shoot pasaraya beli fries. Aku lepak goreng fries sepaket buat bekalan makan dalam kereta. Even take time sikit. hoho. Pastu selalu gak aku goreng keropok lekor dalam tu. And latest, cubaan buat Bubur Nasi Bebola Ikan berjaya and telah selamat ditelan. Hahah. Komen positf dari shela, yana, kakmaz and nang. Dorang kata sedap.:) nanti kitorang ajar kau masak sikit2 eh.

Next plan, insyaAllah weekend ni, buat tomyam :D

So,

GOOD LUCK ALI MASTERCHEF

Saturday, 17 November 2012

Cemburu dan Putus Asa

Assalamualaikum dan salam tahun baru.

Tahun baru ni, insyaAllah, ada matlamat besar yang perlu dicapai. Lebih kepada kehidupan peribadi sebenarnya. Alhamdulillah, berkat muhasabah diri dalam beberapa hari, akhirnya terlintas juga dalam hati dan akal nurani. :)

CEMBURU.

Hidup seorang perempuan tak lengkap kalau takde rasa cemburu. Cemburu tu universal. Tapi seorang insan ni, lebih tepat seorang perempuan ni yang tak pernah kenal erti putus asa walaupun hakikatnya dia sendiri tahu orang sekeliling tak berapa nak 'accept' dia.

Cinta bertepuk sebelah tangan memang sakit. Bagi aku, kalau aku ada rasa suka kat seorang lelaki tu, tapi memang dah sah, terang-terangan dia taknak kat aku, baik blah awal2 la beb. Rasa sayang boleh return to rasa suka. Tapi bila dah ada cinta,  memang takde dah nak u-turn jadi rasa suka. Tinggal hanyut je la kalau tak boleh nak kawal. Senang citer, pandai cover sudahlah.

This girl, aku kenal baru beberapa tahun.  Mula-mula jujur aku cakap, sikit pun aku tak berkenan cara dia approach member aku ni. Tapi bila dah lama-lama tengok, kesian pun ada kat dia. Nak buat camano, soal hati ni memang tak boleh nak paksa.

Sumpah aku ingat dia dah lupa kisah dedulu kes tak berbalas ni, sebab dia sendiri cakap nak lupakan lah semua tu. Plis la, kita sesama perempuan. Orang yang kau suka tu, aku tersangatlah kenal. Dari cara kau kerling mengintai anak teruna orang tu pun, aku tau dalam hati kau macam nak meletup sebab dia tak pandang kau kan. Tapi aku rasa dia jeling sikit kat kau la. HAHAHA

Nasihat aku sebagai sesama perempuan, it takes time babe. Mungkin kalau betul kau jodoh dia, aku terpaksa redha walaupun berat sikit la. hahahah. Satu bende la aku salute kat kau even org lain taknak ngaku, kau memang tak tau nak putus asa kan? hewhew


IT'S GENERAL. DON'T TAKE HEART. OKAYY.

Sunday, 11 November 2012

Nasi Kerabu dan Kambing

Last saturday, sesudah subuh prepare balik kampung. Teman nadiah  pergi fssk, beli nasi lemak mak limah and terus shoot balik rumah Apak. Alkekdahnya, aku plan nak gerak kajang lambat sikit, dalam pukul 9 ke gitu. tapi atuk dengan nenek tu tak boleh breakfast lambat sikit. tu yang macam kelam kabut sesudah subuh siap2 tu. Pukul 5.30 aku dah mandi. haha.

Time nak breakfast tu, aku sorang je nasi kerabu. Perut ni dah makin menipis tak boleh makanan bercili, terus pedih ulu hati and dada.

Apak : " apak, cubo raso nasi korabu along tu ha. sodap!"
Atuk  : " apo bondo ekau makan tu? macam makan daun yo"
Aku   : " nasi kerabu la atuk. ade ke daun. cis. "
Atuk  : " huh. tak sodap. dah macam kambing yo makan rumput."
Aku   : " Atuk ni! nak kata along kambing latu "
Atuk  : "  dah kek umah molayan kambing, makan pun rupo kambing."

Sadis betul atuk aku ni. Nasi Kerabu dikata macam makan daun rumput. hurm.


*Apak stands for Bapak. tapi dalam family aku ni., PakSu aku, kitorg panggil apak, tapi atuk pulak, anak2 dia panggil dia apak. So, dalam rumah aku ada dua apak. eh mesti korang pening. haha.

Monday, 5 November 2012

Kita


Kita berkenalan di awal usia remaja
Membina masa indah bersama tanpa jeda
Di antara kau dan aku, wujudnya dia
Dia yang bernama rasa cinta

Pernah kau ucapkan dulu
Cinta itu bukanlah hanya engkau dan aku
Tidak untuk menyanjungku umpama ratu
Tapi ingatlah Dia yang satu

Kata kau
" Kalau bukan izinnya, 'kita' ni tiada "

Masa.
Dihitung-hitung kita terleka
Dikejar-kejar tiada nafasnya
Ditunggu-tunggu kita ditinggalnya
Akhirnya, kita yang terluka

Sunday, 4 November 2012

Marketkah Anda di Mata Mertua?

alkisahnya tadi kami berempat keluar pergi makan kat Ameer Ali. sampai je sana, terjumpa la Jepa. Oh myy jep rindunya kat kau =D. lepak jap dengan jep, then back to them. Borak punya borak, then termasuk isu keluarga mertua vs menantu. hehe. 

berikut merupakan info2 dari pakar alam rumahtangga dari Alang.

Bagi calon menantu LELAKI, korang boleh dikatakan calon menantu pilihan kalau ada ciri2 ni :

1) Lepasan universiti
2) Dah ada kerja tetap

kalau korang ada dua bende ni, dont worry be happy, nanti mesti ada family gadis2 tu mai umah pinang korang. *pengalaman member-member. =D


Bagi calon menantu PEREMPUAN, korang boleh get ready nak kawin kalau ada 3 syarat ni :

1) Berkebolehan dalam memasak
2) Super power dalam bab kemas mengemas rumah
3) Pandai interact dengan mak mertua. ( pandai bercakap, amek hati depa lee )

Ni belum test sebab takde member terdekat nak kahwin. haha. Gadis2 sekalian, practise la dari sekarang. Dibuatnya dapat mak mertua garang, tak ke berdebar tiap kali nak masak depan dorang? haha. *banyak lagi nak kena belajar ni. hurm.

So, ARE YOU READYYYY? =D

Sunday, 21 October 2012

UKM 40th Convocation

" ten, aku syak time aku nanti takde orang nak mai tengok ah. mesti family aku je."
" jangan kata kau. aku pun sama. silapsilap, keluar DECTAR, terus blah"

sadis kan kitorang? 

-5pm. Dewan Gemilang. Pesta Konvokesyen UKM.
aku dengan Aten datang sini asalnya nak melepak cuci mata je. Sekali jumpa Jebat, katanya Adam dah tunggu kat Dectar meanwhile KakMaz dah otw dari rumah. Oh my. kitorang pusing2. jumpa satu gerai jual merchandise dengan shawl. alkisahnya, minah sebelah aku tu kaki shawl. tuptup, ada jual frame comel. So, kitorang tongtong ah belikan untuk KakNiza. Just cute =D

Lepas pulun cari parking motor, kitorang bertiga gigih redah orang ramai tu cari KakNiza dengan Adam. Sorang jumpa. yang sorang lagi pulak hilang entah mana. After few minutes, nampak dah Adam mai dengan KakFizah. Tak lama tu pick up KakMaz pulak yang parking kete jauh nun. Kakyin keje. So, kuranglah quota kitorang. its okay. Dengan adanya Adam Kepoh, cukup bagi perut kitorang senak gelak banyak sangat. Lecturer lah sangat orang tua ni! Perangai tak semenggah.

Jalan sana-jalan sini. Shoot sana sini. Berpeluh gak le ketiak carik port cun. Oleh sebab time KakMaz, Adam,Kakyin, KakIqa last year tak pi pun shoot kat air terjun tu, so hari ni kitorang gigih usung semua pegi sana. haha. lantakla korang pulun macam kelawar ke apa. Sedar2 badan dah busuk je bau peluh hangit. Lenguh oi orang konvo ni! Penat nak mampus!


aku | adam | kfizah | kniza | kmaz | aten | jebat

 nampak betapa sengalnya Sir Hafidz aka Adam?

at last. Saisha Kamsaini. =D

Betapa jahatnya Adam kenakan aku. Ada ke patut dia kata:

"kill, tahun depan ko konvo, abang datang bawak kelapa macam india2 tu. Abang pecahkan untuk ko."

ditambah pulak dengan Saisha..:

" hahaha. lepas tu aku datang bawak bunga yang dorang kawin tu besar sikit dari yang hari ni la"

pastu, abang Jebat pulak masuk :

" tambah banner sekali. bubuh nama Kill besar besar."

OH MY SENIORRR!!!

nampak tak betapa nakalnya dorang?nampak tak? =.=""

"aten, next year, make sure kita dah ada steady boyfriend sorang la. at least ada orang na mai tengok kita konvo. silapsilap sorang pun takde nak datang."

Another year to go. =D

p/s : sorry abg Am . niat nak pi tengok Am konvo. tapi ada program pulak. :(

Saturday, 13 October 2012

Fake and Fault

Last night, outing with those people. Seriously, its hurts me so much. Yes, just like what you said, 

" kill, aku dianugerahkan untuk membaca wajah seseorang walaupun kau tak cerita. Tapi aku tahu, kau gelak2 selama ni depan kitorang sebab kau nak tutup semua tu kan? aku tau lah."

its not covering up that feeling bro. its about nothing i can show. kadang2, aku terasa sangat fake dengan korang. once i try to motivate myself , lonely sit thinking all of these, entah lah. i just can't figure it out. Aku ada keutamaan yang perlu aku capai sekarang ni. Aku ada tanggungjawab yang perlu aku galas dan aku tahu dengan cara apa pun, aku takkan dapat bantuan sesiapa melainkan atas usaha aku sendiri. No one can help in this condition.

Unbeatable. Unextractable.

Actually, im okay. But once you start it first, its quite challenging me to get calm. Crying doesn't solve anything but crying can help you to lose something. Kadang2, bila segalanya can't make you move on, the first thing is Allah, then..

Ibu Ayah :)

Monday, 1 October 2012

A Wish

thank you my beloved boyfriend yang sanggup beli tiket on the spot dari Perlis bila dapat tau this girl ni nak balik Klang. Then, aku cancel journey tu. Sorry lia, i didnt mean that. Aku tau kau tunggu bertahun nak suruh aku balik. But i promise, suatu hari nanti. Thanks for loving me. Thanks for the thoughtful words and wish :)

"ini wanita penah bagi cekelat kat saya..hihih

aku x penah lupe dulu...masa memori sekelas ngn qilah..haha
memang havoc giler taim tuh..n i do miss that moment. ^,^

papepon..aku doakan qilah berjaya dunia akhirat...
capai cita2..n jangn lupe asal usul kita...surga sana..hihi

qilah yg nmpak keras, tapi aku tau hatinya yg lemmmbutttt sngt.~
jauh sudut hatimu kdng2 mesti ade duka...
bersyukur jika kau masih tangis dalam hatimu..kerna itu tnda kau masih manusia...dan masih wanita...
hihi

sanah helwah dear ukhti Nur Aqilah.
u r precious one,
still in my memories. wish i could meet u n said infront of u with smile and lots of chocolate!!! >,<"



IYLIA BIN TASNIMUDDIN. Benci kau, ketua kelas! :')

Sunday, 30 September 2012

Roti Telur Ais Kosong

" awek lain mana? kata ada awek cun "
" aku lone ranger der. hidup sebatang kara "
" sadis doh hidup kau. sadis gila "

tadi kata pergi mamak. tapi kenapa hala tak ke mamak pun? aku syak kena culik dengan member sendiri ah. sekali..

"mcD takde atm doh. dalam ni tak sampai sepuluh pun. jadah nak rembat samurai "
" takpe. lejen boleh carik atm. 7E ade. rilek rilek "

kepala hangguk sekor sekor. even aku dah rembat mee sup campur downtown serdang tadi, tapi kebulur balik. aku nampak double quarter pounder, air coke lite , fries and of course cornflakes chocolate sundae =D

beratur. 5 minit kemudian..

"counter tutup. pegi sebelah eh" ok fine.

beratur. 10minit kemudian.

" samurai ade?"
" sorry kak, ada deluxe je"
" damn bros. elok turn aku je terus tukar menu breakfast"

shit. balik ke plan asal. Al Fariz maju menanti. 3 roti telur , 1 nasi lemak ayam telur mata, ais kosong 2, air suam satu. Then, bermula lah pengembaraan alam orang2 lone ranger dan insan bekerjaya. Man of the night. haha

::> malam esok kamil plan burger kukus GMI. =.="""

Saturday, 29 September 2012

Leftovers


LIFE IS LIKE A WHEEL

Aku ada kawan. Ramai kawan. Raaaaaaaaaamai sangat! But seriously, kawan dengan betul2 kawan hanya boleh dibezakan dengan mata hati. In this few months, aku boleh nampak. Mana satu 'kawan' and mana satu 'betul-betul kawan'. Kau rasa kau yang mana? =')

Nak kata aku happy dengan life yang sekarang ni..Yes! aku happy sebab aku ada ramai kawan baru. Aku ada Yuyu, Akmal, Nadiah, Ain, Fazureen, Amin, Farhana, Farid and others but still i missed the old one. Yes, hidup aku pernah dikatakan 'lagha'. Yes. it was lagha. Tapi pernah tak kau fikir, kalau aku tak lalu semua benda2 lagha tu, aku takkan pernah tahu nak betulkan masa lalu? Pernah tak kau fikir, kalau aku tak rasa semua pahit, pedih, sakit, rindu, dull, dark, damn and all of these things, aku tahu nak hargai hidup aku sendiri?

Kau tahu? Aku pernah ada keadaan bila mana aku happy sangat sangat dengan hidup aku. I have my families which are very understanding, I have my friends that are very supportive. Tapi kalau Allah dah berkehendak, sekelip mata je semua tu musnah. Sekelip mata aje.

I admit sekarang ni aku tak cukup sedia nak hadapi semua ni. Still tengah mencari kekuatan di celah semua ni. Ayah. Please be strong and keep yourself in good condition. Your daughter ni tak tenang hati fikir apa terjadi kat rumah. I am here and all of you are there. Kalau lah ada pari-pari penunai hajat, berilah aku kuasa sakti agar badanku boleh dibahagi. Ibu, please stay calm and tunggu untuk sikit masa lagi. Sikit je lagi.

Waiting. =)