Wednesday 30 November 2011

The kutus life

after a very long long time i didnt write anything on my lovely-geli blog ni. kekekekeke. not busy because my style : bila dah start buat satu keje tu, do it until u finish it. dont eat. dont do anything. stay on chair, on table. writing. bila keje dah siap. hoyeahhhh! time tu kau takyah tanya la betapa kematu nye ponggong aku duduk atas kerusi lelame and mata on lappy for a few nonstop hours. zzz -.-"


nothing to babling. just tengah lepak2 ni. teringat kat kaki2 kutus. and tadi tengok home fb. ada budak tulis. "keje dah siap. jom ngeteh!".


kekekeke. teringat kat jepa. he used NGETAS instead of NGETEH. haha. lawak2.


ngeteh = menge'teh'.  ( pekena teh )
mabuk-mabuk = minum-minum
zouq = *poyo pegi clubbing padahal lepak baring2 kat dataran merdeka je.




hahah. itu few words la budak2 kutu ni guna. siap tiger beer. haha. ;)


p/s : hey kutus, have a nice day. ;)

Sunday 20 November 2011

Cerita lawak tapi ;(

Pada suatu hari...




Shaheizy Sam

berkata


AWIE DALAM SEMBILU, JIWANG SIOT AKU!!


p/s : ahahahahaha. cubalah teka. ;)

Friday 18 November 2011

Hari itu tiba juga akhirnya.

hari ni jumaat yang mendung. semendung wajah dia. kami tau dia masih belum ada kekuatan, belum ada semangat dan kami faham itu. tapi akhirnya, lewat petang tadi, dalam cuaca yang tak menentu. hujan lebat di ukm....




+ esok pagi pergi kubur. jom.
- aku exam kul 11 der. after 1 bleh?
+ tanya aney ah. takut hujan ptg.
- hurm. jap.


tak lama lepas tu. tup tup. 


+ pegi petang ni.
- oraite. pukul?
+ skrg.
- jap siap.


tunggu aney datang pick up kitorang, pick up alang, menuju ke Banting. lalu jalan dalam. jalan lama ke KLIA. dalam hujan. dengan jalan bengkak bengkok. dengan batuknya. dengan selsemanya. dalam sejam, ok tak sampai sejam. dah sampai. cuma silap masuk simpang nak masuk jalan ke kubur.


ekceli senang ke kalau nak carik sebab tepi jalan raya. tapi ni pun first time kami pi. alang je dah kali kedua. so, dia jadi tourist guard kami. Oleh sebab aku berlenggang tak bawak pape pun. seb bek dah amek wudhu siap2 dari kolej. sedekahkan alfatihah and ikut je aney baca yasin sebab aku tak bawak yasin. hujan renyai mula menitik jadi lebat. tapi kami tunggu. tunggu dia habiskan bacaannya. tapi hanya Allah je tahu apa dalam hati dia.


then, balik Bangi semula. before tu, alang ajak makan kat tasik idaman. seb bek dia yang payung. makan besar ah. ape lagi. ikan siakap 3 rasa, telur bistik, tomyam, otak-otak. aksi bahan membahan tu mestilah ada even tak semeriah dulu la.dulu meriah, sebab senior kaki gosip ramai. haha. habis makan, balik ukm. tu je.


even aku tak pernah face-to face dengan arwah ni. tapi aku memang dah lama nak pi ziarah kubur dia.




p/s : bersih pusaranya sebersih wajahnya ketika hayat di dunia. may Allah bless her and may Allah help my friend too.

yeay yeay UPSR dah keluar.

masuk hari ni. dah 3 hari aku tak gi kuliah. ingat aku suka suka ke taknak pegi? nak angkat kepala pun tak larat. zzzzz. and semalam hari keluar result UPSR rupenya . kira hari berdebar jantung si Ariena Anis tu la.haha. dia menangis gila-gila babenggggggg takdapat 5A. 4A 1B. B dia English ah. ape lagi. Guru Besar pun satu, dah tau minah tu cengeng, pi sebut kat assembly watpe? kan dah hujan kat sekolah. ngeng. -.-"


even 4A pun. hadiah dia macam orang dapat result 7A. bapak banyak. kira alang ni ikut baka aku ah. time sekolah dulu, tiap-tiap hari bawak hadiah balik sebab gedik join macam2 event. sampai tak muat rumah tu dengan hadiah aku.




yg muka masam nak mampus tu lah. yang tinggi tu. yang tengah pakai baju putih.


NUR ARIENA HANIS

p/s : even selalu jadi khadam aku kalau aku ada kat umah, tapi dia tak penah merungut. gud girl lah alang. :)

Wednesday 16 November 2011

Gian and Rindu

Mohd Danish Harith and Mohd Irfan Aryan....



KAK WANI RINDU NAK MAIN OTOMAN TERBANG DENGAN KORANG

aku takde sepupu yang dah besar. belah ayah, semua stil kindergarten and baby2. like dua orang hero ni. kalau si Danish, asal aku balik, 24 hours ajak main otoman, tengok otoman kat youtube, bukak cd otoman, cerita pasal otoman, main patung otoman, dengan aku aku sekali jadi bapak otoman yang tolong otoman tiga (Danish) dengan otoman Dina (Irfan) lawan raksasa. -.-" seb bek kak wani sayang korang.

+ Danish, kenapa muka Danish tak sama dengan adik Ipan?
- Sebab Danish lagi hensem.

perasan gila budak ni. haha.

Sunday 13 November 2011

Nickname comel aku famous masuk cerpen beb!!

sila angkat tangan sapa yang tak tau nickname aku yang femes lagi macho tu? mana mana? seyes ada yang tak tau? KESIANNNNNN.. meh tengok biodata aku meh.

Nama ikut IC : Nur Aqilah Syazwani Bt Mohd Nor Bin Ahmad Bin Bujang Bin Mat Noh.
Nama manja  : Keli Klaksen (sila sebut macam orang sakit sengau)

 SIAP CAYEEEE!

haha. tak ah. orang panggil aku Kill je. camne aku dapat nama suweeet tu? lai baca hikayat princess rock n roll ni.

Masa aku duk Shah Alam dulu, orang panggil aku Aqilah. Then, masa half year darjah 1 aku pindah Klang. kat sana orang panggil aku dengan nama tu lagi. siap musuh paling aku benci : K-man, Apip, Luqman, Azim bagi nama " Gori" from Gorilla sebab aku selalu baling meja dengan kerusi kalau gaduh dengan dorang. seyes pecah n patah selalu hartabenda sekolah tu. Baju uniform aku takyah citer la. hari hari mak aku bising main macam budak lelaki. kotor yang amat amat! and nama tu melekat sampai darjah 6.

Masuk form 1. aku dah start jadi prefect. time tu sekolah sesi petang. masuk pukul 2. kitorang dah gerak dari rumah. ohh ya. time tu aku ada besfren. Ain, Amni,Azwa. plus aku, Aqilah.. jadi 4A. kekekeke. kitorang gi sekolah nek beskal. meracing gila gila punya ni. bayangkan. sepatutnya gi sekolah 10 minit, kitorang punya racing jadi 3 minit. HAHAHAHAHA. bes gila. selalu je eksiden sebab basikal aku mana ada brek sebab asik rosak. kasut aku 2 bulan je dah haus sebab brek guna kaki. Pernah je aku pegi sekolah, duty pengawas, time tu Pengarah PPD datang, aku selamber jadi MC dengan baju kotor + kain koyak sebab baru lepas jatuh time nak kejar pintu masuk jangan tutup dengan pak gad. PREFECT LAMBAT NI BEB!

Kitorang bagi nickname masing2. Amni = Am. Ain = N . Azwa = Wa. Aqilah = Qil. bende ni jadi heboh satu sekolah sampai aku form 5. almaklumlah. aku ni memang femes sikit kat sekolah. semua pertandingan aku je wakilnya. wakakakkakaa. jangan salahkan aku. korang pegi tanya cekgu2. macam dah takde orang lain. padahal 3000++ budak sekolah tu.

Then, bila pegi PLKN. kelas CB ( aku tak ingat nama panjang dia apa). kena pakai nametag. aku dapat marker. aku tulis nama aku besar2 full kertas tu. "KILL" kaler hitam merah. time tu tengah minat emo dengan gothic. memang jelingan maut ah tiap2 kali aku turun DM or padang kawad. "nama budak tu kill beb"" gila tak penah senyum sejak masuk kelas CB""bapak garang gila". tu luaran je..padahal dorang tak tau.. aku sengsara takde member sekepala. haihh.tapi lepas sebulan, aku dah jadi kamceng dengan satu kem. siap buli ouh jurulatih. almaklumlah, dah la muda, baru lepas kuar U, lelaki pulak. kah33333.

and nama tu melekat la sampai asasi and now kat UKM ni. dah tua dah aku. 20 kot. haihhh. bak kata atep: 

+ kau dah cukup pakej nak kawen dah kill ( kepala hangguk diaaaa)
- takde calon. kalau tak, aku dah suh dia datang umah pegi pinang aku.
+ menipu ah. kau takde? huh
- kau je la kawin dengan aku tep. amacam? kau bongsu, aku sulung. ohh sweetttt.
+ ngek kau kill!
- HAHAHAHAHAHA. kau taknak? takpelahh. :(


abaikan. tu hasil merepek kami berdua . gedik pegi diskus hal masa depan. hahahaha. back to tajuk. aku tengah buffer cite Libas kt youtube and tengah download cite In Time ni. sebab malas nk gi GSC . kah3. so, meanwhile aku pegi la bukak Penulisan2u and TERbaca lah satu cerpen ni. what the hell??? asal macam kisah aku je ha? campur zaman sekolah sikit, zaman asasi sikit, zaman ukm sikit. kah33. siap nama sama!!! aku bajet mesti nama writer ni Aqilah or Shakilla or wateverrrr. tak caya? lai baca ni. 

( sila klik ek )

serius aku gelak sekor2 sambil membebel sikit sebab samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. okay 60% aku rasa sama. kah333..

p/s : aku kena bising je cuti seminggu ni. mak aku kata aku ada personality problem. tak tau aku ni pompuan ke jantan. hurmmmmm :(

Thursday 10 November 2011

Orang kampong kann??

Konon nak tido pukul 1pagi. Sekali layan youtube sampai subuh. Siap bape kali daa minum teh o panas. Seb bek dapat permission membuta lepas subuh dengan syarat kena hantar atuk aku pegi hospital pukul 7.30pagi. and guess what? aku terjaga pukul 10pagi itu pun sebab kena kejut suh pi jemput nenek dekat kebun. Aku dah la penat baru lepas main kejar2 dalam mimpi tadi..




+  bangun ah. gi amek nenek kat kebun. atuk tak balik lagi.
- ha? jap nak gi toilet.
+ tayah mandi lah. kejap je pun.
- ok cuci muka je.


haha. oleh sebab mamai tu, aku dah nak gi amek motor bawah rumah ni, boleh pulak tak perasan stil dalam short dengan baju tido. wakakaka. naik balik rumah. main rembat entah seluar sapa , amek tudung ..dah macam indon. gila kalerful dari atas sampai bawah kaler lain-lain. haha. start motor, dengan tangan menggigil. mata tak leh bukak lagi..masuk gear..jalannnnnn


ikut jalan kubur, masuk hutan getah bagai..dengan mata takleh nak celik, antara nampak atau tak je. sedar sedar dah sampai kebun pun. serius aku tak sedar macam mana aku melintas jalan besar yang gila sibuk tu. then, smpai je kat nenek..


+ lahhhhhh.. apesal muka sememeh ni?
- baru bangun nek. ibu kata tayah mandi pun
+ patutlah baju macam keling. helmet mana ni?
- Allah!! serius tak sedar. seb bek takde tok anjang tadi!


haha. kena gelak je la all the way. kebun tu dengan rumah aku, agak jauh la.. kena lalu jalan besar, jalan utama bagai. dah bape banyak kes eksiden mati-mati pun aku tak tau lah..

Unmentioned Siblings

 dah doploh tahun aku hidup kat dunia ni. syukur. masih bernafas dengan sihat walafiatnya. dalam doploh tahun ni, berjuta-juta makhluk aku dah jumpa, beribu-ribu manusia aku dah nampak, beratus-ratus orang aku dah cakap, dah berpuluh-puluh insan aku berkawan, tapi..






 Many people will walk in and out our life,


   but only true friends will leave footprints in your heart.




lepas aku bloghiking kat blog Azzah J! and Gegel gua, aku pun ada stories tersendiri. setory, ceritera, gosip bout my friends. most apa yang aku nak cakap, lebih kurang sama macam Azzah. Lifes begins at 20 huh? yup. member datang and go far far away. but true friends will always there to support her/ his friends here. either kena dumped, kena spoiled, kena pranked, kena maki, she/he will be there to pampers you. Even time tu kau tengah penat gila for 2 day unsleep, even time tu kau lapar tahap saka harimau dah datang meroyan, even time tu dalam purse kau tinggal seploh hengget untuk seminggu..kalau kau betul-betul kawan baik dia, kau akan cari dia even time tu kau tak sedar kau tengah sakit demam panas teruk and tau-tau dah atas motor tengah melilau terpekik terlolong panggil nama dia. kalau aku lah jadi member kau, aku dah menangis sebab ada kawan yang sanggup bersusah-payah sebab aku.




those yang kenal aku, those yang tau kisah hidup aku.. dorang tau cara aku. aku bukanlah seorang yang pandai jaga friendship. tapi once aku ada bestfriends, aku cuba jaga sebaik mungkin. Gaduh, sensitif, tarik muka, cemburu.. tipu kalau takda dalam sesebuah friendship tu. Aku sayang kawan2 aku. Aku cuba jaga dorang sebaik mungkin. Aku cuba untuk buat dorang happy . Half of my friendship stories ada dalam blog ni. Aku tak mintak korang bagi bintang, aku tak mintak korang like, aku tak mintak korang share and aku tak mintak korang puji, tapi aku cuma nak korang baca, supaya korang hargai and belajar menyayangi friendship yang korang ada sekarang.


Korang mungkin nampak life aku, persahabatan aku macam superbmarveles, macam complete, macam perfect, macam tak de kurangnya. All sweet. but you never know guys unless you were in my shoes, her shoes, his shoes,their shoes. Korang tahu tak, betapa risaunya aku kalau dorang sakit? korang tau macam mana risaunya aku kalau dorang tengah serabut? korang tau betapa sedihnya aku kalau dorang kata dorang tak makan lagi after a day? korang tau kenapa aku sanggup teman dorang pegi mana2 even time tu aku rasa sesak? Kenapa? korang hanya akan faham bila korang rasa sendiri situasi tu.




There's no reason to love your bestfriends.
              You love them just because the way they are.




Kalau kau ada kawan, jagalah friendship yang ada tu sebaik mungkin. sebab kita tak tau, bila Allah nak tarik friendship tu dari kita. tak perlu cemburu dengan kisah aku. tak perlu rasa iri hati dengan cerita kami. sebab bukan senang aku nak dapat persahabatan ni. Banyak pahit jerih, masam manis yang kitorang dah lalui untuk capai apa yang kitorang ada sekarang. its priceless moments. 


Because..




Friendship is Rugby


" kita takkan putus kawan selagi kita pandai jaga friendship yang ada tu"
" aku takut kita dah tak macam dulu, sebab yelah, hidup ni berputar macam roda "
" dia takkan hilang sebab dia sentiasa ada dalam hati kita even dia takde depan mata "


pernah bestfriend korang cakap macam ni? aku sentiasa akan ingat sebab those are my bestfriends's words. :) you'll never get it until you understand it like us.

i just love you guys. 

p/s : midsem holiday just make us damn crazy missing each other!!

Sunday 6 November 2011

Happy Eid Qurban!

aku balik hari sabtu. pagi2 pegi lepak kajang. makan mamak, beli dunkin untuk adik-adik sebab big apple jauhh kat alamanda sana. hurmm. then, pegi KL sekejap hantar mak su pegi rumah family dia. then, patah balik Prima Saujana, duduk lepak kat Papa Rich tunggu my cousin, Asha habis kelas muzik. then, 11.30am gerak balik Rembau, Negeri Sembilan. why Rembau and not Gemas? sebab memang sejak dari tahun ayah ibu kawin lagi, kira dah 21 tahun, rutin macam ni .pagi hari pertama. raya puasa dekat Gemas, raya haji dekat Rembau. fair and square.


lalu Lekas Highway, seyes tak jam langsung. Pak Lang pun tibai 140-160km/h. dalam kereta, memekak dengan budak 2 ekor tu. what a coincidence, Party Rock Anthem bergema kat dalam kereta. wtf??? sama dengan fevret boboy2 gua laaaa! missed them already. T_T. padahal baru sehari tak jumpa. haha.s all the way tu cerita pasal rugby, lagu, members, life and blablabla.


sampai rumah je, keje aku makan makan makan. macam baru sampai dari Somalia.( sorry somalian's! :) ) this year, memang semua uncles balik rembau. Pak Teh from Jerantut. Pak Lang from Kapar. Pak Su from KL. :D. cousins semua kecik2. Danish, Irfan, Herit, Sara..yang paling sengal nya boleh aku join dengan si Herit budak 2 tahun tu main bola sepak dalam rumah. bergegar ah kena marah dengan ibu. wakakaka.


+ tu sapa herit?
- kakak..
+ yang ni?
- anyah.
+ yang tu? (point to me)
- errr err..abang.


wtfuuuuuuu!!! okay fine. semua nak tibai aku gara2 fesyen terbaru ni. zzz. ape taknya. Pak Su gila lama tenung aku dah tak cam anak sedara sendiri. Cousin2 semua taknak dekat. semua dah tak kenal!!! zz. yelah..jumpa pun setahun sekali.. yang kt jerantut tu.. dah dua tahun kot aku tak jumpa. :D


then, pagi raya. orang semua dah siap pakai baju melayu and baju kurung bagai bagai.. aku je memang buat haru. How comeeee aku lupa nak bawak baju ni? sepasang je beb. Jeans aku boleh dorang baru nak ampai n aku tinggal shorts yang aku pakai untuk tido dengan kemeja. wth!!! serius kena bahan teruk dengan mak cik2 and pkcik2! nak buat camne. pakai jugak la.. baju kemeja tu, shorts (covered denagn kain batik), pakai tudung. duduk diam2 dalam kereta. ahahaha.


sampai Gemas. sekali lagi dipanggil "abang hensem". grrrr. dah la kena bahan dengan ibu sendiri. ayah tak payah cerita la. dia menyengih je dari aku sampai semalam. then, bila cousin2 yang lain sampai.. ohh dem. time nilah aku rasa menyesal gila potong rambut!


+ pehhhhhhhhhhh kak long!..otai habis! atas bawah short!
- well, ini fasion gadis takde hati dan perasaan yang terbaru.
+ boyfren tak marah keeeee?
- buat amende dia nak marah? rambut aku kan? haha


stories. no need to explain further. sejak saat aku melangkah masuk rumah dari kat Rembau lagi. mulut aku ni potpet potpet bercerita.


+ ibu, tau tak..kawan along kan...
+ pastu kan, boleh pulak ...
+ haa... along tengok beras, teringat kat si ...


haha.serius. lawak. ibu aku toksah cerita la.. macam2 bende dia tanya. 


+ aten, apau, ijad dah balik?
+ naik apa?
+ korang okay tak kat sana?


 and blablabla..semua kot aku stories. dont worry. ada seminggu lagi aku nak bergosip. hahahahaha.


perut aku dah tersangatlah penuh. tu kat beranda dapur tu, dorang tengah baut pakatan bergosip sefamily. segala kaum kerabat ada kt dapur. duk cerita pasal motor la, gaduh la, pompuan la..macam2 la.haishhh


aku pulak dah sakit perut. makan non stop dari semalam. macam dah tak makan setahun


- Rendang ayam
- roti canai
- sup tulang kerbau
- kek coklat moist
- aiskrim
- kokocrunch
- roti serunding
- rendang daging
- lemang
- nasi impit
- cheese cake
- cupcakes
- sup tulang lembu (gearbox ouhhh)
- daging salai
- sambal sardin kaww
- buah2 jangan cerita. bettter panjat pokok lagi la. haha


HAPPY EID QURBAN GUYS!


p/s : already missing them so much. hari2 keluar sama. makan sama. mengadap muka depa. baru bape jam tak nampak batnag hidung, dah rasa lamanya masa. haha. i missed you guys. i love you. take care!