Saturday, 31 December 2011

Programming Student++

pejam celik pejam celik ..rupanya, almost two years since i left Pasum batch 09/10. tapi kami masih lagi contact and rapat between us. Distance may separate us, but our friendship goes on forever. :)


same to our fevret lecturer. Mr Zahurin. He still remember us! omaigod omaigod. haha. ekceli camni. tadi time aku tengah duk pulun Numerical Methods, tengok ada fb notification. Aisyah Humaira, my friend, fizikal mates masa kat Pasum dulu mention aku. haih. ko salah orang weh. bukan aku yang buat surprise untuk Mr Z. aku balik bilik tido. kan aku sakit time tu. haha. kan dah Mr Z kata aku taknak mengaku. haih. -.-"


then, kami sambung bercerita life kami dengan campus masing-masing. imbas balik kenangan kitorang masa dia  mengajar C++ dulu. haha. then, he told us that dia tengah down. sangat sangat down. ohh very kesian. tapi dia kata dia happy bila dengar ceritacerita kami dan rasa bersemangat nak cari diri dia yang hilang. haha. rindu gila kat dia lahh! last jumpa dia masa dekat Klang dulu. nampak dia naik motorbike balik dari Kapar. aku jarang text dia sebab aku takut aku ganggu dia.  and terharu gila bila dia buat statement..


You all bukan saja student fizikal saya, tapi my friend too.

its nice after a very long long time tak gossipss macam ni. padahal lecturer kot. haha. missing u mr Z :)

p/s : seronok dapat gather balik dengan member2 fizikal even kat fb je. haha

Friday, 30 December 2011

Malaikat Pelangi Cinta


this song make me calm, being comfort, being pampered. lagi feeling bila dengar lagu ni dekat buaian belakang blok 14 sambil tutup mata. and the wind blows me along with the melody. :) 

Laku Band : Malaikat Pelangi Cinta

kasih kau bagaikan pelangi
mewarnai bahtera hidupku
kau tetap terbaik untukku
kau tercantik, engkaulah cintaku

kau bagai malaikat yang selalu setia
melindungi menjaga dan mendampingiku
baik dalam susah dan senang
kau selalu ada bersamaku

reff:
setiap malammu selalu ku melindungimu
di bangun tidurmu ku ingin selalu di sampingmu
dalam tidurmu ku selalu ingin di sisimu
kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi
aku pun berjanji akan selalu menjagamu
melindungi dan berdoa untukmu
semoga apa yang kau inginkan tercapai selalu
hidupku adalah milikmu

repeat reff
hidupmu adalah hidupku
kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku
kesedihanmu adalah kesedihanku
nyawamu adalah hidupku
kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi



sunset at Pullman Lakeside Resort :)

Johan Asari

malam tadi ( ekceli pagi tadi sebab pukul 3 pagi ), while aku baru nak makan malam dengan merendam megi sampai dua bungkus ( serius aku tak pandai masak megi, selalu kena marah dengan kak ana & shela ) n makan sambil tengok cerita korea yang gila boring tu, aku dengan shela pun mengutuk la pelakonpelakon citer tu..


+ kil, kau tengok yang baju hitam tu, muka macam Apek kan?
- jadahnya. eh. ada la sikit. tang bibir kot. haha
+ hensem noo.
- serius tak! apesal la pelakon dia semua tak hensem? haih.
+ dah tu, camne lagi kau nak ni kil?
- johan asari? pehhh macho la siot!
+ haah la. Botak hensem.


and blabla. inilah jadinya kalau kitorang bukak kedai makan megi kari + nescafe. haha. Kak Ana takde. Balik rumah oleh sebab bulan purnama dia yang mengambang. kah3. *Sorry kak. sambung balik. aku cakap kat Shela yang Botak tu tak hensem, tapi macho! dan kitorang pun saling memuji Johan tu..haha


Sebabsebab Johan Asari menjadi pujaan untuk sementara ini :-


1) muka garang + ketat yang cool. *,*
2) senyuman dia yang mahal tu
3) cara jalan dia yang rockz!
4) romantik dalam garang. haha
5) tak perasan hensem
6) kalau cakap tu macam nak marah je.


cukuplah enam je. kang orang kata aku ni mabuk kepayang pulak. haha. lantakla dia nak ada scandal dengan sapa pun, tapi takat ni.. dialah paling macho even tak tough and sweet macam Aaron Aziz. kah3.


p/s : asal aku berat hati nak lepaskan 2011 ni ha? hurmmmm.

Wednesday, 28 December 2011

Dua Kakak Satu Adik

staying with the sisters. hey, study week supposed to be i staying alone at my room, right?. mengadap buku 24/7 a week. but its proved that i cant do that. haha. tidotidotido. sampai nak mandi pun rasa malas. than, semalam aku rasa homesick gila. rindu rasa nak landing,tengok tv, borakborak dengan parents. and disebabkan terlampau la teringin.. aku decide balik Sungai Sekamat, Kajang time tengah hari buta, terbakar kulit ai. -.-"


sampai rumah. berjamming dengan Asha dengan Harith. main masak-masak. lepas tu turunkan semua langsir, gelapkan rumah, pasang speaker , movie time! KL Gangster je pun. haha. balik ukm dengan basah kuyup. kena langgar dengan kereta lalu-lalang. motor rosak takmo start. and terus demam. malam tadi sumpah aku rasa panas gila. jalan pegi cafe pun sampai nak kena pegang dengan Kak Ana. tapi sebab terlampau lapar and tak boleh nak tunggu lagi. Ku gagahkan jua langkahku. Dinner with all the abangs and kakaks. *spoilnya-budak bukit Rokan tu pun ada. -.-"


balik bilik konon nak study. sekali rasa tak boleh. angkut segala barang2 pegi bilik kakak2 tu. suruh dorang tengok aku. kalau lentok je terus kejut, ajak study. and alhamdulillah. berkesan. one day ni aku berkampung kat bilik dorang. petang tadi main badminton. okay, tangan aku sangat lenguh okay. dua dua ekor boleh tahan power main. haha. gelak-gelak release tension. lepas tu lepak kat buaian sambil tunggu maghrib. and now, kami sangattttttttlaaaaahhh lapar!


kakak aku dua orang ni senget-senget belaka. kalau gelak macam pontianak. kalau gossip macam Azwan Ali. haih. kalau tak senonoh tu.. paling tak boleh blah! aku asik kena buli je dengan dorang. kena mangsa rogol dorang. siot. sesuakti je nak raba-raba aku. sedih betul. ni la yang tak best jadi budak kecik ni. *kecik la sangat. target:  habiskan OR malam ni and esok tukar subjek lain. have a gud day kill. haha.


p/s : aku boleh jadi gila hari-hari duduk dengan kakak-kakak dua orang ni. -.-"

Sunday, 25 December 2011

What A Sunday Blast!

assalamualaikum and anyeong. *terpengaruh dengan Nunu.


just get back from a long, tiring and awesome day! hanging out with bestfriends and seniors. haha. dah lame tak gelak sampai sakit-sakit perut macam tadi. kelakar gile. the stories began like this...


tengah hari tadi lunch dengan mereka. :- aten, adam, alang, paan n adilin. then, balik bilik lepas tu pegi makan lagi dengan ijad. pegi beli coolblog dekat Econsave. on the way balik kolej, aten request pegi Pullman Lakeside Putrajaya. okay then, balik bilik solat. then, kami pick up Alang dengan Adam and terus heading to Pullman. dalam kereta, haha. like what? siap buat soprano ramai-ramai!! best gila! its was a long time ago that kitorang tak hang out macam ni.


sampai kat Pullman. while Ijad, Aten n Adam pegi toilet, aku dengan Alang pegi shooting scene Izzah dengan Haris dalam citer Ombak Rindu dekat jeti. pehhh. angin dia gila best. sampai rasa nak tercabut skirt princess aku tu. * aku tak de seluar hari ni. terpaksa sarung skirt. -.-. Alang said, " kalau Alang jadi Aaron Aziz, kau Maya Karin, Aten jadi Lisa Surihani and Ijad jadi Bront Palarae." haha. tengah syok2 tutup mata, ambil feeling best kat situ, spoil la pengantin nak shoot pulak. hurm. terpaksa lah mengalah . as Adam said. " alaa. nanti kau kawen kill, amek la banyak-banyak gambar kat sini.".  


then. move pegi side lain. sampai pengurus Bar tu pandang pelik. haha. lepak-lepak kat tangga bukak Gossips. jenjalan lagi pegi tengok budak-budak and families mandi-manda. best kot!! haih. comel la dorang. tengok pengantin-pengantin. * i think its more than 3-4 couples. -.-".


then, pukul 7 kami gerak balik Bangi. pegi tuang minyak and solat kat Petronas. lepas tu pegi Alif. Abang Adam payung!!! hoyeah. thanks abang. love you. muah muah. siap nak pegi PD, Bagan Lalang semua kan. haha. order banyak-banyak. no worries. sekali sekala kan? sesi bahan-bahan itu wajib ada. dan baru je sampai ni. haaaa. seronok :)


thanks guys. u make my day. :)

Saturday, 24 December 2011

Sadis Seorang Minah Rempit

dah sabtu uolls. means? makne-nye : BERMULALAH...


- study week
- punggah segala nota dari rak
- beli pen, pensel, pemadam *M.I.A
- beli stok maggie , biskut, nescafe
- status FB, Twitter pasal formula2 studies
- bila free termenung pandang tingkap, tengok langit
- hari-hari indah bagi mereka yang pulang ke rumah 
- kesunyian melanda 360 darjah 
- wifi bapak laju gila


ahh. time untuk jadi lone ranger. forever alone! haha. awat aku tak balik macam bebudak lain? FIRST- kat rumah aku berjimba dengan family, merayau pusing kampung, melenjan kereta pi pekan. SEKEN- ibu aku kata  " takpayah balik lah, duduk je kat sana..bukan lama pun. kawan ada kan?". see, aku end up kat bilik macam ni. 


tadi pegi bengkel motor. niat nak repair motor aten. rim bengkok, tayar pancit. elok je sampai sana, mak aiii..berderet motor. tapi tak pelah, sabar kan separuh daripada iman. then, aku perasan ada seorang lelaki ni macam aku kenal. tenung punya tenung.. lehhhhhhhhhhhhhhhhhh. DR EDDIE SHAHRIL!!! muahaha. ok fine. dia pandang aku. aku pandang dia. last2. aku borak dengan aten pun tutup visor. kah3. dia naik skuter okay. skuter merah. how banyak gelak aku tengok dia ride. kah3. bapak depan gile dia duduk. haha. macam first time ride skuter. :)


then, lepas tukar sport rim aten, niat nak gi makan ayam penyet,pecal lele dekat hentian kajang. elok je aku start motor, gerak.. sampai simpang faris.. demn. motor aku rosak pulak. haih. dah tebal muka pegi bengkel tadi. haha. rupanya rantai tercabut. meanwhile tu kan..kitorang ada lah merepek sikit. haha


+ kill, kau keje bengkel ni ah. nanti senang. dapat free.
- aku memang ada terfikir pun. selalu je fikir. tapi banyak bende nak consider.
+ nanti habis kelas je, aku ngn aney datang lepak sini. boleh aney test motor.
- haah. dia nak test mana. amek je. memang kedai ni aku punya. -.-"
+ ape lagi.,apply ah. bos baik hati kot. tu tak racist.
- mau kena pelengkung ngn mak aku camni. haha. boleh tapi kena simpan rahsia ah.haha
+ pastu boleh buat duit. support life. haha


bab berangan macam ni memang best. aku memang minat bab-bab repair2 ni. tapi konfom dapat tentangan ibu ayah aku. haih. dulu, aku repair basikal. hari-hari main dengan toolbox, spanar bagai. hari-hari jugaklah ibu aku membebel bising nak tido sebab aku tukang kuat gila. haha. kalau motor, aku boleh je nak bukak tapi tak de la pro. boleh je belajar.


dah la naik dua motor. memang sengaja nak test power. biasanya lah, aku dengan aten, kalau keluar berdua tapi naik motor asing-asing  ada dua aim je - test power motor, test tunjuk skill riding. wakakakakakaka.


p/s : minah rempit nampak je keras, cool tapi dalam hati winter sonata woo. haha

Thursday, 22 December 2011

Colourful Thursday

hari ni hujan. dari subuh tadi hujan. sejuk gila sampai aku duduk bawah timbunan bantal. oleh sebab kesejukan tulah aku lena gila tido sampai almost lupa nak pegi kelas. ohh ya today is last day of classes. so, wajib pergi. Today, so many things happen. pegi kelas Accom ,redah hujan. and guess what. aku punya dress up macam keling opss. macam pelangi.| tudung-purple | tshirt-kuning | cardigan-merah | jeans-hitam | sportshoes-putihhijau   | beg-pink |..pastu masuk kelas helmet dipikul kat bahu dan susu kotak dutch lady tergantung kat mulut. amacam? pelangi tak? hehe.


then, another things yang best hari ni..setelah berminggu-minggu tak berjumpa. today, dia datang kelas pakai baju melayu kaler hijau pucuk pisang. ouch..so sweeeeeet. and paling best tu, hari ni dia presentation , meanwhile presentation tu, he's smiling and focus at me. kan fara? *tersangatlah perasan. and oleh sebab itu, all the period of that class, aku tersengih macam baru dapat bunga tulip putih,my fevret. hahahaha. dan aku pun mengambil langkah berani mati ( aku memang sentiasa bergaya,macho dan power bak kata Naz Aiman ) dengan flirt sikit kat Aaron Aziz versi FPI aku tu. wakakakaka.


part len pulak. hari ni keluar result PMR kan? my sista, angah si Mimot tu tengah berholiday trip dengan my big family kat Terengganu and Pahang, so dia postponed la amek result. dan aku pun dengan baik hati nya check untuk dia by SMS service je pun. Alhamdulillah. even tak full..just 4A 3B 1C..tapi okay what. at least along saksi angah dah study. and along yakin also i'll make sure that u'll become another chef in our family. hoyeah!! ( tepuk tangan dan tarik ke belakang ).


dan hujan masih tak berhenti. 


p/s : happy bornday abang imran. haha. *noted awek blok 10.taknak wish ke? hehe (aku jahat)

Wednesday, 21 December 2011

Hey, Nur Ariena Hanis!

Happy birthday to you. happy birthday to you , happy birthday to alang. happy birthday to you. Here, i'll make a short post to appreciate you my sista :) Along gonna be soooooooo busy and tired today due to my packpackpack-8pack working time. * berdebar okay. see, Along bangun pagi. sharp at 3 o'clock and the first thing along terfikir " hey, hari ni birthday alang! kena wish!" and because i know you were asleep, then i'll call you later okay? * along sangat jelesssss ni sebab mesti dorang celebrate besday alang kat Terengganu tu ramai-ramai kan? Makan banyak-banyak kan? shopping macam-macam kan? ohh jeles! tapi tak pe, sebab ibu kata, " ala, along dah besar, tak payah ikut ibu dah pegi mana-mana, sekarang time to enjoy dengan kawankawan, bercuti dengan kawankawan" . tapi ibu, feel dia tak sama. :(


ok. along gonna make it quick.


Dear alang,
ekceli along dah plan nak sambut besday alang dekat rumah. along nak buat special cake. along nak decorate cake macam biasa. tapi you-know, along ni sangat busy time besday alang. so sorry. but its okay, nanti along balik cuti, along payback ok? even time tu entah besday-month sapasapa pun. haha.


sekarang result sbp n mrsm belum keluar kan? along teringin sangat nak hantar korang pegi hostel nanti. tapi masalahnya.. along ada exam paper starting 3 Jan! how sad kan? nanti along balik, rumah dah sunyi, hamba abdi along dah pegi hostel, yang tinggal insan-insan yang sukaaaa buli along - adik ezzly. -.-". tapi the good thing: wifi konfom laju sebab along sorang je guna laptop. hoyeahhhh! tengoklah, along dengan ibu hari2 jadi chef. buat itu ini. haha. dont be jeles okay.


hurm. tu je kot along nak membebel. after subuh kang, along terus call even korang tengah menggigil tahan sejuk aura pantai tu. ( sakithatiii bila kenangkan korang bercuti ) and make sure, ada souvinear untuk along. kain batik one piece pliss, along baru je koyakkan another kain batik. hahahaha. have a nice holiday before masuk alam neraka kat hostel. yeeha!!


p/s : happy belated birthday to maksuzee to. sorry, along dah lame tak balik semenyih.*ekceli malas. haha. but along dah janji kan nak belanja maksu somthing nanti. haha. tunggu je laaa.

Tuesday, 20 December 2011

Alkisah Baju Kurung dan couplenya Baju Melayu

Hari ni ada one slot je kelas aku. Accom stands for Academic Communication (inglish lettew). Hari ni group I present okay. first group okay. about Birthing okay! *sangat berdebar dan malu disitu sebab aku rasa aku macam sangat berpengalaman beranak! haha. n hari ni pakai baju kurung. what kaler? kaler pink! strike pink. Ooo Emm Gii! you know, dalam kelas, depan lecturer, Mdm Huda said..


+ pakai baju kurung dah cantik..but looking down, alahh, pakai slipper toilet?
- errr. i takde kasut la madam. i ada slipper ni aje.


how pity my face.*muka comel dan kesian disini. but madam boleh gelak sengih-sengih. kalau potong markah presentation aku yang maha mantop tu, siap sound effect baby nak deliver, serius lepas ni aku gi kelas pakai heels putih tu. hurm. dah macam hari raya pulak aku tengok. full classes with all the baju kurungs and sleeves for boys. :)


the only white mini heels yang paling berani pernah aku ada. haha


and today. about baju kurung. since masuk ukm, ini adalah kali pertama aku pakai baju kurung everyday for two weeks period. kalau tak, pandang pun aku tak hingin. terperap dalam almari. haha. aku riding kot, malas gila nak sarung baju kurung. terselak sana sini. and kenapa ah, dorang macam pelik for everytime aku pakai baju kurung? sweet ke? i know i sweet n cute , kadang2 gangster. muahahaha. *perasan.


macam tadi, syam. siap buat gaya,


+ kill, kau sihat tak ni? demam ke?
- hah? pesal? muka aku pucat ke?
+ tak. apesal kau pakai baju kurung?
- hampeh syam. aku ada presentation laaaa!
+ ohh ingat dah buang tebiat. haha
- ok fine. bye!


sakit hati je aku tau. huh. lepas ni, malas ah aku nak pakai dah baju kurung. by the way, aku ada 5 pasang je dalam almari tu. cukupcukup untuk seminggu. isnin pakai biru, selasa pink, rabu krim, khamis purple, jumaat hijau. terbaik, sampai Athif dengan Faa dah tau matching kaler untuk tudung yang aku pakai for bajubaju tu. amboiii korang! Athif : " asal hari ni kau pakai tudung ni? bukan kalau baju kurung purple kau pakai tudung lilit  kaler maroon ke?" ohh atef. aku terkesima! cool guy huh! :)


para lelaki kata mereka saaaaaaangat suka tengok gadisgadis pakai baju kurung. even muka tak lawa macam Lisa Surihani, even tak gojes macam Selena Gomez, even tak ayu macam Tiz Zaqyah, asal sarung je baju kurung with plain face, kau nampak superb girls! * dalam hati, maybe sebab ni aku dipandang pelik oleh mereka. haha.


but guys. same goes to us yang pompuan ni. Lelaki tu, even tak mandi, rambut tak berGEL, baju tak iron.. tapi kalau korang pakai baju Melayu, memang tak berkelip la mata kitorang ni. in every way, kitorang akan tetap nampak korang sangat macho + gentle man okay! haha. sebab tu, tiaptiap hari jumaat, gadisgadis ramai datang kuliah. semangat nak tengok jejaka pujaan yang macho berbaju melayu. muahahahahaha. betul tak aku cakap ni wahai perempuan?


okay. stop here. i need to proceed  with my assignment.



Rambut-tan bertan-tan

currently sedang mencabar diri sendiri untuk menelan buah rambutan + dukong almost satu kotak yang coming from Gemas + Lanchang. peh. banyak gila!! ekceli camni.


tadi parents aku datang hantar lauk, cakes,rambutan n 3 ketul manggis ( awat 3 ketoii ja? ). rambutan tu banyak dia sama dengan satu guni hang tau dak!!! mak aiiii. jenuh ah. aku dalam hati : 'satgi agih2kan kasi ah bebudak ni semua. tak larat aku nak makan. kalau kolej lain nak pun aku sanggup hantar.'


then, aku pegi la bilik shela. bagi bahagian dia. tak lame lepas tu aten call, suh naik foyer, tolong angkat kotak berisi buah coming from Pahang.


+ naik foyer ah. angkat kotak. Daddy suh kasi kat alang n lain2 sume.
- banyak sangat ke?
+ berat dohhh!! pi tengok sendiri ah. aney dah sampai tu.


aku fikir takde la berat mana. naik atas, malas nak amek tudung, capai kain batik buat kerudung. yang kurang asam tu, si Ijad boleh gelak, siap kata " kau dah macam nenek kebayan! dengan baju kurung siap pakai kain batik!". ok fine!


pegi bukak bonet.. MAK AIIIIIIIII.. 2 kotak beb! DUA kotak yang full dengan buah rambutan + dukong. Ini betulbetul nak suh aku melantak ni.  jenuh aku nak angkut. campur dengan seguni yang parents aku bawak dari Gemas, totalnya sama banyak dengan 3 kotak buah. -.- banyak gila. 


then, kitorang pegi picnic kat tasik celaka. makan nasi and lauk-lauk yang ibu aku masak. ( ibu, lepas ni boleh la masak banyak lagi. kalau boleh sekawah pun takpe. -.-". so sweet makan dalam hujan kan. haha.
then balik, distribute lagi buahbuah tu ke jiran terdekat. memanjangkan sedekah orang jauh :)


pegi discussion, bawak satu plastik besau. biar budakbudak ni melantak. amacam salwa, nunu, titi, adin? puas makan satu plastik besar? haha. sorry faa, durian next sem okay :) balik bilik, tengok stil ada satu kotak lagi. hurm. bahagikan dua, aku and aten. itu pun stil banyak lagi. ape lagi. telan telan!!





ni bila dah tinggal sekotak. bagi abang2 tu sekotak, distribute kat minahminah tu sekotak, tinggal lagi sekotak.


p/s : thankyou Daddy,Ijad. thankyou ibuayah. have a safe trip to terengganu ya at 2am nanti :)

Sunday, 18 December 2011

Lawatan sambil makan ke GMI

selamat malam. mata dah mengantuk. kejap lagi aku syahid. sampai esok aku tak bangun. haha. no no no no! esok kelas full. tapi baru aku teringat, KMK batal. so ada gap pukul 12-2.15. weeee :)


hari ni KakNiza come to UKM. sebab dia join program alang kat putrajaya tu jadi future ustazah. perhhh Ustazah Niza! haha. ( mau lari balik Johor dia kang ). she stay at my room, setinggan untuk satu malam. seb bek aku ada tilam lebih. sian dia yang kurus tu, offer diri sendiri nak tido kat carpet jeee? no way! you are my guest kot. now, dia tak da. baru je keluar dengan alang pi restoren mane entah. ada date! :) *untunglah.


ohh ya. tadi lunch dengan dorang. gossips girls of course!! haha. then, tibatiba alang ajak pi rumah abang Adam kat GMI. hurm. okay gak. since KakNiza pun rindu kat Adam, n aku pun belum bertandang lagi rumah dia, alang dengan abang Jebat pulak tak makan lagi, so kitorang pun berangkat la pegi sana. Adam masak okay! haha. jadi Amerika laaa. tinggal serumah. tidurtidur ( aku ngantok gila ), tengok cite hantu, makanmakan, minum petang, gossipgossip ( lelaki pun bergosip okay! ) and tak lupa bukak rumah urut. haha


rumah urut? yup. ohh ya, Adam ni housemate kepada Paan Mia and ada dua orang lagi engineer Petronas. tapi tadi ada Paan je. yang engineer ( tak payah nak kenenkan orang sangat ye abang ) tu tak da. so, rumah tu buat cam rumah kitorang sendiri. Abang Jebat tidur atas Adam.( macam tengah berswimming pool :) ). Aku tidur biasa je la. tak de la ganas2. kang kena sebijik dengan dorang. kak Niza pulak jadi tukang urut alang. ( dia berdiri atas alang macam Maya Karin dalam citer PHSM ). kalau aku yang buat, memang patah la badan alang. haha. ( itu pun ada ura-ura nak suruh aku try diri. mati leeee. haha )


nice sangat rumah dia. besar gila. 4 bilik. 3 bilik air. dapur besar. hall besar. siap ada playground lagi! haha. nanti bosan bosan. nak duk umah abang Adam ah. haha. *orang kezen abang kannn!!! :)


p/s : saving duit aku since KakNiza ada tukang belanja. orang tengah kayooooo!!!

Malang Berbaubaubaubau

jumaat. lepas balik dari discussion kt PTSL, terus shoot , redah hujan balik kolej. Aten kate dia dah lapo. aku pun lapo. tapi kitorang decide nak pi lepas hujan berhenti. then tunggu lah sampai pukul 12++. then, aten gi amek motor kat parking bawah while aku tunggu kat foyer.


hujan dah berhenti. tapi aku ni gedik. tak perasan lantai tu licin. jalan punya jalan macam mak dattin sekali dah sampai kat hujung tangga tu.. arghhhhhhhhhhhhhhh. bokkk! jatuh bertingkattingkat. mak aiiiii. sakit weh. pinggang rasa macam nak patah. bontot rasa macam dah pecah. aku rasa nak tendang je motor yang ada kat situ kasi hilang pedih. ni kalau la si ijad  dengan jepa nampak, memang di ungkitnya kisah aku jatuh penuh ayu kat bank hari tu. haih. sampai nak jalan pun kena hold bahu jepa. fobia doh -.-"


sambung tadi. then kitorang terus pi makan. sakit tu memang tak terkira la. aku bawak motor pun dah senget sebelah. pedih menyucuk-nyucuk. nak makan pun takde mood sangat. balik bilik, check sendiri. apesal aku rasa punggung aku macam dah jatuh ah? perut aku pun senak semacam je. si Aten kata entah-entah peranakan aku dah jatuh. ohhh nooo. takmo takmo. how come aku nak pregnant nanti?? no no no no no. T_T


tak boleh tido aku jadinye weh. sampai ke subuh aku tak tido. menangung sakit. nak kena air tak boleh. nak duduk tak boleh. last2 tido meniarap. bangun pagi tengok dah ada darah. OMG!!! its not period okay! hurm. camne ni?? kuatkan hati, buat bodoh je la, even sakit gila. ( time aku tulis entry ni pun, tersangatlahh sakit. )
aku rasa melecet. melecet teruk and aku tak tau nak buat ape dah. last2 bubuh losyen baby johnson tu, sapu dengan penuh kelembutan sebab pedih weyyyyy. tang punggung jatuh tu, biaq pi lah. tapi memang sampai sekarang ni pinggang aku rasa sengalsengal ubi. rasa badan dah tak centre. tolong tolong. belum tang buasir lagi. omg!


and pukul 6 pagi aku dah call rumah. tapi cousin aku si Asha pulak angkat. katanya ibu aku hilang mana entah tak nampak pun. tak lame lepas tu, ibu aku call balik.


+ call ibu ke tadi? kenapa?
- haah. saje. along bosan.
+ aii. buang tebiat ke call pagi2 subuh ni?
- haha. tak delah. along nak story ni. along jatuh tangga malam semalam.
+ lahh. keje kau memang asik jatuh je. balik cuti pegi urut satu badan.
- ala bu. bukan along mintak pun. slipa dah botak. mata rabun. bese larr.
+ dah tu, pakai kasut. takpayah slipa2 lagi. kang pegi klinik.wajib!
- taknak ah. klinik? ahad la bu. baik tido je.
+ takde2.pegi hospital kajang. kena pegi. tak ibu call aten.
- haih. ok la fine. tapi along tak janji tau. KALAU rajin je.
+ MESTI!
- oklah bu. dah ngantok pulak tbe2. ok bai!




ape kejadah pagi2 ahad yang indah ni aku kena harung sejuk bak salji membeku semata-mata nak pegi check up kat hospital kajang? ohh tidak. spoil my mood! sorry ibu, along tak rajin. ;)

Saturday, 17 December 2011

BerClubbing at My Pop Avenue

located at Reko Sentral, My Pop Avenue ni sebenarnya tempat untuk berkaraoke. haha. ekceli dah berkurun lama abg Adam ajak pegi tebus coupon tu tapi banyak sangat hal. so, baru tadi dapat lepas gian perasan jadi penyanyi famous. haha.


pukul 1 tadi dapat call emergency abang Jebat ajak pegi karaoke dengan abang Adam. then, aku siap2, pegi lunch dulu dengan dorang. then, pukul 2 shoot keluar kolej. Asalnya, kitorang pegi bertiga sebab Aten tak dapat ikut. dia busy buat assignment. Alang pulak memang ada lunch tu, tapi dia taknak ikut sebab letih. But, atas usaha goda-menggoda, pujuk-memujuk.. dia ikut jugak. ayat dia mula-mula : " alang ikut untuk teman korang je. tapi taknak nyanyi". okay. janji ikut.


then sampai sana. memang takde orang. pelik. pelik sangat. tak de orang. kalau pegi Malaysian Idol, mak aiiii.. siap full! tapi layanan dia memang tip top la. dah macam kat hotel 5 bintang. aku bajet sejam je coupun abang Adam tu, tup tup ..amek kauuu.. TIGA JAM NOKKKKKK. memang puas gila la melalak. lebih 20 lagu kitorang bantai. haha. Adam siap gelek macam Inul. meriah gile! padahal kitorang berempat je. boleh pecah la speaker bilik tu dengar kitorang 4 ekor naik 'sheikh' layan lagu pitching tinggi. belum time Party Rock Anthem. lagi gileeeeeee!! Boyence punya joget semua keluar! dah betulbetul dalam club! haha.


First time aku dengar abang Jebat menyanyi. komen? hurmm.. not bad lah abang. haha. kesian kena amek part pompuan kan. siap pecahpecah suara  try lagu Ziana Zain. Adam Zain. perghhhh. mantop ah abang! then, ada la orang tu kan, kata letih, taknak nyanyi.. tapi dia yang nonstop sampai music dah stop pun siap feelingfeeling nyanyi lagi. hahahaha. alangalang..-.-"


Yang sorang lagi tu pulak, " abang nak nyanyi lagu yang slowslow. romantik je. taknak la yang high pitch2 ni.". sekali layan..lagu Justin Bibir, Christina Aguilera, Aerosmith. hahahaha.. siap feeling nyanyi lagu Azura tu!. Abang Jebat maintain la, boleh tahan joget. lepas tu perli pakai nyanyi lagu Nasyid. haha. yelah kitorang memang setan tadi. ;)))))


At last but not least. Sempena 24th birthday boy next week, 22Dec, aku dedicate la lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dari Imran Ajmain untuk abang Imran. haha. Happy Birthday abang Imran okay! ;) siap touching tu tak tahan! hahahahahahaha. suara aku yang elok ayu ,sopan dan gadis terus jadi kasar lepas balun bape banyak lagu dah. haih. memang lepas gian lah dengan dorang. dengan service snack yang ada wedges, fries,coke (jug ada logo ******). haha.


then, shoot pegi Econsave jap. jenjalan. teman abangabang tu shopping. last2 beli bende ape je lah -.-". tekak rasa perit gile. balik terus pegi padang tengok boboy main rugby. nasib baik tak habis lagi. and good news : he make the try! gud job baby!! haha. seb bek mood baik. tak merajuk. kalau tak kena pujuk dengan mcD. ( so demand ). abang sayang dia Jai b*** pon try. masa tu kitorang dah kat luar ukm tapi still nampak Jai bertungkus lumus buat try. yeay! satu lagi! BANDITS VS MMU. ;)


p/s : its a very nice day. thank abangsss! * bawak camera tapi lupa -.-"

Thursday, 15 December 2011

Comforting Mom : I love you ibu!

currently spending my precious little time to pamper my body on bed. hugging my biggy bear, gulingguling atas katil yang tak bapa nak besar tu instead of jumping like a monkey.* konfom patah lepas tu. -.-". Being a uni student doesnt bring me a lot of happiness when it comes to the in of semester. you know- its final exam. And here we are. Before i caught redhanded by my teammeates- do not finish the assignment, im decided to packing my time, all the time for papers, notes, stationary here and there. LOL. i feel sooooo genius right now. haha!


Im telling you the truth. Since yesterday, im thinking back home when it goes for study week because i missed home so much! Im not going to cry but i feel like something called burden-susah hati fikir between rumah or ukm. Missed my mom's cook. ohh gosh. you know what.. one day at 2 o'clock in the early morning, suddenly..i smelled my favorite dish- Gulai Ayam Masak Cili Padi with Kangkung Goreng Belacan. *telan air liur while writing this. hahaha. :)


And tadi, when i was reading Dr Halina Wordpress ( prepare for my upcoming-nervous-presentation ).. im thinking of my mom.And guess what?? kringkringkring *phone ringing.. At screen : IBU. yeay!!! ibu macam tau tau im missing her damn sooooo much!! tadi muka ketat nak mampos. takde mood nak buat keje bagai..suddenly make me have deep grin! =D. gayut dengan mak sendiri is better than gayut lelaki ajnabi. muahahahaha. *mood ustazah dah sampai.


" dah makan belum ni?" - yes. dah petang tadi, telan chapati sampai dua keping. -.-"
" tido ke. suara pelik je?" - tak la bu. orang letih. tak cukup tadi. ni duk pulun siapkan keje.
" jaga diri. jgn lupa makan. jaga kesihatan" - orait2. takdehal punya. small the fish. haha
" ikut pegi ganu tak?"- ibu spoil mood la. presentation week. assignment week. jeles lah cmni.;(
" hahahah. okay2. nanti isnin ibu datang ukm. hantar makanan" - yeay!! nak yg sedapsedap je tau!


its very a  longlonglong time tak bermanja dengan ibu. haha. kat rumah tu, kalau time gedik dah datang, macam2 la mintak. tolong tocang rambut, tolong urut kaki ( patut ke mak urut anak?. haha), suruh masak itu ini. nak beli itu ini. haih . pity my mom. sorry ibu, nanti cuti, pay back time kay? :) Have a nice trip at Terengganu.* walhal dalam hati- hurmmmmm jeles all my cousins are there! :'((




p/s : get back to work.

Wednesday, 14 December 2011

Advices

end of semester. aku tak rasa makin stress. just semangat tu makin berkobar-kobar nak jumpa final. aku rasa this sem, 'feel' cuak tu tak lah seteruk sem-sem yang lepas. Even sem ni aku amek sampai 7 subjek. yup. kepadatan tu memang terasa. aku mengaku, aku bukanlah seorang yang jenis stadi macam nak pecah kepala. hat kencang + cekang tu memang tak sesuai dianugerahkan kat aku. sekarang ni, one word yang boleh describe aku is alien.


why alien? waktu makan dah tak betul. apa yang aku nampak n ada dalam bilik, tulah aku rembat. kalau dah malas sangat nak keluar, pegi serang bilik shela n kak ana. lagi pemalas nak keluar.... bancuh la milo kadang-kadang sampai 3-4 paket satu malam. terbaek. waktu tido lagi masyuk. lepas maghrib tdo sampai tgh malam. then bangun , stay up sampai pagi. duk tenung assignment sampai tembus. kalau dah bosan. pegi la layan muvie kat youtube. pastu pegi kelas. asal ade gap kejap, tido. 


sometimes, aku rasa macam nak ada roomate. supaya makan minum aku terjaga. yelah, ada orang care. "jom makan!" " dah makan belum?" "asal tak tdo lagi ni?" " nak akak kejutkan tak karang?".. eh kak ana, i miss u lah. ;) betul. waktuwaktu 'indah' macam ni, aku rasa macam.. u know, perlukan seseorang yang lebih tua untuk bersembang. its gud if ada kakak. untunglahhh yang ada kakak. tapi sekarang ni, kakak kakak aku busy keje. so, kakak yang terdekat pun selalu balik rumah. kalau jumpa pun after midnite. 


hari ni, ada brainstorming pagipagi. hehe. its nice to feel sentap kadangkadang. because dengan cara tu, kau akan sedar which one yang kau buat salah. and thank you abang. for your words. aku tak anggap tu as 'membebel'. it just one way to helping u know..helping you back to the original point. haha. *dah hujung sem baru nak main psycho. ngok kau kill*


okay, let this two weeks be the most time i ever had to spend with my bilik and study table. nanti time study week, aku tak balik. nak betulkan waktu makan, tido, exercise*konon  and meeting people. dua minggu ni je yang jadi katak bawah tempurung sikit. kalau orang0rang roger, baru keluar bilik. haha. memang tak normal.


p/s : wahai insan-insan, sedarlah dan bangunlah. final hang nak dekat. dah back up plan belom? <sheesh>

Tuesday, 13 December 2011

Announcing : Mior Al Shiraz

dulu aku ada buat entry pasal pasummate aku yang kawen bulan satu hari tu kan? Wafa. bagi korang yang tak tau, boleh tengok entry ni. wedding wafa and mior. then, tak lama lepas dornag kawen, ada status update dari fb dorang (dorang ni kongsi fb dari zaman berchenta lagi) yang bagitau wafa dah pregnant. wow!! terbuntang mata aku tengok kau!


bulan berganti bulan, tuptup.. dua minggu lepas, wafa update status : " doktor kata belum lagi, tapi minggu depan :) ". ehh, wafa dah due ke? yang ngok nye tu, aku yang eksaited lebih. haha. yelah. wafa tu comel doh. geram aku. even alim-alim tapi nakal tu tak menahan. haha.


then, satu hari. mior (husben wafa) post gambar baby. wahhhh. wafa dah bersalin!! alahai comelnyeeeeeee. time tu, dorang tak announce lagi nama baby. semua orang duk pujuk rayu nak tau nama baby boy tu. tapi wafa and husben kata nak hold dulu sebab tak sure lagi. but baru je bape minit tadi, mior presenting officially:


MIOR AL SHIRAZ

hehe. ni mesti kes tengok citer Ayat ayat cinta, Ketika Cinta Bertasbih. kan dia punya author nama Habiburrahman El Shirazy. sedap kan nama tu? :) ni pulak gambar baby . ada banyak lagi tapi malas nak amek. ni pon credit to FB Mior Hazman Nasharudin ( husben wafa).

 alahai comelnye dia tido ^,^


 aku suka tengok laki jadi househubby. haha. cute je.


ni auntie nak panggil awak ape ek? shiraz la ye :)

To Shiraz,
 auntie ( moden sikit. haha) harap awak jadi anak yang baik. awak tau.. umi awak tu baik. abi awak auntie tak tau la sebab auntie tak kenal sangat. nanti, awak dah besar, jaga umi abi awak baikbaik ye. be the man of the family. jangan nakal sangat. jangan jadi baik sangat pulak. tak challenging la parents awak. haha. sorry sorry. selamat lahir ke dunia shiraz. sincere dari auntie kill. haha. =D


p/s : aku dah makin ngeri sejak stadi pasal beranak2 ni. siap mimpi pregnant and nak bersalin tak tahan. haih -.-"

Monday, 12 December 2011

Aku bukan lesbian

aku rasa betul lah aku ada penyakit. dah la penyakit ni berbahaya. tapi korang jangan risau sebab dia tak berjangkit. penyakit hati.


+ adin, aku tetibe rasa aku ni lesbian. -.-
- hahaha. bahaya ni kill


aku bukan ape weh. ye lah. cuba korang bandingkan situasi ni..


gadisgadis normal :
+ eeee, hensemnye mamat tu. jambu siot! comel je.
+ tengok ah stail dia. even tak hensem tapi macho tu ada!
+ kalau dapat jadi balak aku ni, mesti best! ohh indahnye dunia..


aku :
+ hensem ke? biasa je aku tengok.
+ pehhhhh, awek la siottttt. cun nak mampuih!
+ ni kalau aku laki la kan weh, memang cair habis dah niiiiiiiii


dekat ukm ni serius takde lelaki yang boleh dibuat untuk cuci mata. bosan gile. semua muka nerdynerdy. aku suka yang nakalnakal sikit sebab aku ni budak baik(sheesh ><). tapi hat pompuan tu..mak aiiiiiii, perfume je dah bau sebatu. belom ketapketupketapketup bunyi heels ke wedges ke bapa tingkat tu ( aku tak faham ape beza wedges dengan heels. cheesy wedges aku tau le -.-). 


belom gadisgadis yang pergi kuliah macam fashion show lagi. baju nak kalerful. tudung kuning, cardigan merah menyala, leggings purple, kasut sneakers. siap ada reben besar macam bapak kelawar. exception untuk aku. paling lawa aku pegi kelas pun, baju kurung yang tak bergosok. tudung yang fast n furious punya iron. n selipa jamban aku yang dah takde bunga tu. ( peristiwa jatuh kat bimb ss16 masih segar diingatan -.-).


gadisgadis ini terlalu banyak daya tarikan sampai aku pandang tak berkelip. and kalau nak cover malu sebab awek tu perasan aku usha dia macam dia tengah shirtless pun, aku cepatcepat pakai tinted chrome helmet aku tu. hehe. i just love the helmet. :)


and satu lagi. aku tak jumpa pun manamana lelaki yang boleh kasi aku pandang toleh dua kali lagi. setakat ni la. aku think positive je. maybe belom tiba masanya. sekarang ni biaq aku berfoyafoya dengan gadis yang sememangnya cun melecun, come lote, gojes bagai.. oh so awesomeeee!!. contoh : shila amzah. apesal la kau ni adorable sangat eh sayang? haha. macam barbie doll pulak i tengok u. kah3.


p/s : ya Allah, bukakan pintu hati sebenarku. :)

UKM oh UKM

dalam banyakbanyak bende, satu je yang aku suka pasal ukm : pak gad tak se'strict' u lain. kira senang ah nak keluar-masuk kampus 24 jam. cuma time gilakuasa dorang kluo, tersadai la kau kat mana-mana mapley sampai subuh. -.-"


berita buruk terbaru : aku ada hutang sampai RM88, so aku tak leh nak daftar subjek untuk sem depan. ohhhh spoil moodddddddd!!!!!!! risau aku ni. ;(


cuti 3 hari terkurung dalam bilik. berfoyafoya dengan buku-buku, subjek2. yang boleh buat tu, boleh ah. yang tak reti tu. letak tepi. hahahaha.


Statistics 2  : Tutorial and assignment n project work.
KMK           : presentation
N. Methods : Tutorial and assignment. ( maple oh maple. kejadah la )
Etika          : Assignment ( karang guna tangan tak tahan tu -.-" )
Acom         : Presentation
O.Research : Assignment


baguslah and untunglahh aku dapat group members yang sangatlaaaaaaaa baik hati. tak de la rasa susah hati. yelah, orang berbudi kita berbahasa. oleh sebab banyak yang dorang dah settlekan, aku nak kena balas dengan ape eh? teh o ais bleh? haha.


p/s : mood tengah baik beberapa hari ni. eh bukan mood aku sentiasa baik ke? :)

Sunday, 11 December 2011

Tentang Si Gadis

Sabtu. full of numbers day. rajin buat assignment. and after a  long long time no see 3 orang abang-abang aku yang senget semuanya lunch tadi, seronok pulak dapat buli yang  ' the only bujang tegar ' haha. sebab yang lagi dua orang tu mengaku dorang species maknyah aka 'nokkkkkk'. and entry ni memang SENGAJA aku post untuk dia. haha. sorry bro!! SENGAJA!!! ;)




Bro.
Seorang gadis akan tertunduk kemaluan if terserempak dengan lelaki dia suka.
Seorang awek akan datang bergesel-gesel if ternampak lelaki yang dia minat.
Seorang 'syurga cinta' akan cepat-cepat lari if terjumpa lelaki yang dia sayang.


Bro.
Gadis tu macam bunga.
Suka dibelai, dimanja tak kira masa.
Yang berbau harum bila dijaga dengan baik.
Yang layu dan kusam bila dipetik pohonnya.
Macam tu lah gadis.
Yang terbuai bila dipanggil sayang
Yang menangis bila ditinggal orang.


Bro.
Seorang gadis bila dah jatuh..
Dia boleh jadi Sheakspeare dalam sekelip mata
lagu Bintang 14 Hari dia main tiap masa
warna pink paling dia benci pun boleh jadi fevret kaler.


macam gua cakap kat lu bro,


"perempuan tak pandang rupa, tak pandang harta. tapi sekali kena ayat manis bak gula sekati, ais kat antartika tu pon boleh cair tau!"




p/s : sorrrryyy bro. papehal kita settle lua eh ;)




Thursday, 8 December 2011

Bila lelaki bercerita tentang hati dan perasaan

lately, aku busy. aku cepat letih. badan rasa penat. betul. penat sangat. pukul 10 je, kepala dah start mintak cari bantal. mintak landing atas tilam berselubung dengan blanket. ouh bestnye. aku rasa badan aku dah tak immune sekarang. haha. aku bukan nak cerita pasal routine life aku minggu ni. aku just terasa nak share life member aku. lelaki. kawan lelaki.


minggu ni kami banyak contact pasal satu urusan die dekat bangi ni. oleh sebab aku ni legend la sikit jalan2 n port2 kat BBB ni. so, aku tolong la sikit. dah bape lame tak jumpa. almost 2 tahun since aku berambos dari Kem PLKN Terkok, Sg Siput , Perak tu. bergadoh, kepala hangin, tak bertegur.. haha. lawak2. last2 rapat jugak. and i cant wait dia pindah ke Bangi lagi bape minggu je. banyak bende nak storymory.


nak dipendekkan cerita. masa kat kem dulu, mamat ni suka kat dormmate aku si Ryna. dua-dua budak KL, dua dua budak Ampang. mula2 dorang takde pape, aku bajet pak cik ni main-main dengan Ryna. aku ingat lagi bila Ryna tanya pendapat kitorang pasal this guy, aku cakap kat dia. " Ryna, kalau kau rasa dia ikhlas dengan kau, kalau kau rasa selesa dengan dia, and kau sure dia pun macam tu dengan kau, korang go-on je la". then, aku balik awal dari dorang since panggilan asasi. tau tau je dorang kapel after aku blah. tahniah je la aku ucapkan. tup2 dorang sambung study. dua2 kptm. sorang melaka. sorang bangi. and then. kitorang lost contact sebab asik tukar nombor je masing masing. kitorang panggil 'makcik' kat Ryna and 'pakcik' kat mamat ni. sebab dorang selalu bertelagah mulut kat kem.


then, bila pakcik ni contact aku balik dua tiga hari ni, kitorang pun story la life masingmasing camne. and until one point tu.


+ pak cik, kau dengan mak cik camne sekarang? stil go on?
- kau nak aku cite sekarang ke bila aku kat bangi nanti?
+ better u tell me half la. len kau sambung nanti. haha
- panjang citer dia kill. aku takut kau bosan.
+ aku kawan kau beb. macam tak biasa nanges2. haha.


then, bermula la hikayat seorang lelaki meluahkan perasaan yang dia pendam dah setahun lebih dalam hati dia sorangsorang. tak sangka, betul tekaan aku. dia memang suka Ryna dari first look. orang kata jatuh cinta pandang pertama. " kill, first time aku nampak dia. jantung aku berdenyut terok weh. kuat gila." 


 korang tahu. even aku ni kat depan laptop dalam bilik kat Kolej Keris Mas, UKM Bangi, while dia kat depan laptop dalam bilik kat Melaka sana.. aku macam dapat bayangkan muka dia yang tengah sengih2 ingat balik first time dia nampak Ryna. haha. i got u pakcik!!


dari kes dorang terpisah, dari kisah dorang kapel, contact, semua dia cerita until one day.. dia balik KL. " kill, aku ingat dia suka aku balik KL, aku punya happy jumpa dia, tapi dia bawak berita buruk untuk aku. dia kata  nak putus dengan aku"  this guy, setahu aku.. susah nak sayang n pandang perempuan, tapi ape lah nasib.. aku kesian gak kat dia sebab aku tau kisah dorang dua ni dari awal . hurm.


and story story n story lagi sampai aku tak sedar yang assignment depan mata aku dah terbang ke mana entah. aku dapat rasa dia tengah sedih sambil cerita ni. and the last word dia, " kalau kau nak tahu kill, sampai saat ni, sebenarnya aku stil tak boleh nak lupakan dia. even mulut aku kata aku tak boleh accept dia dah"


pakcik, kalau korang ada jodoh, betul jodoh korang.. one fine day, korang akan bersama jugak. ;)


p/s : gedebak jantung aku first time lelaki tell full story. peh. haha

Monday, 5 December 2011

berhikayat tentang kahwin muda.

malam ni aku nak citer panjang lebar pasal kahwin. ye, aku ni tak de la penuh ilmu di dada sampai nak berkhutbah tentang hukum hakam, adat resam kahwin-mahwin ni. its just pendapat di mata aku. tipu la kalau aku tak pernah terfikir pasal kahwin. orang sekeliling aku dah banyak cakap pasal nak kahwin. member2 sekolah ramai dah kahwin. bukak fb, (jadi stlaker jap) tengoktengok dah bercincin tunang-kawin. tak sentap jantung aku nokkk?? jeles? tak. cuma ada feeling lain sikit. haha. konfom! bukan jeles!!


tadi aku tengok status harith, classmates aku pasal kahwin muda. sebelum ni banyak je aku tengok orang post pasal kahwin2 ni. tapi baru sekarang aku rasa terpanggil nak buat post pasal kahwin. ye lah, aku kan rileks, sempoi, boboy pun tak de. member je ramai. so, memang takde can lah korangkorang ni nak dapat kad aku kawin dalam masa terdekat kan? HAHAHa.


aku rasa okay je kalau those yang nak kahwin dalam usia muda rumaja ni. cuma kena la fikir baik buruk. condotion family kau camano. diri kau tu boleh ke tak. contoh, kalau aku lah tetibe kena kahwin kan..aku akan pegi kat satu tempat contoh kat wakaf nunnn atas bukit UPM yang dalam citer lagenda budak setan tu and berfikir sedalam dalam nya pasal :


1: family.
 as anak sulung, perempuan pulak. aku mestilah terfikir. kalau aku kawin sekarang, how my family? ibu ayah aku nanti sapa nak jaga? yelah bila dah kawin, first mestilah aku kena ikot laki aku duk mana kan? kena ikut cakap dia kan? taat(pehhhh) kat die kan? pastu, adikadik aku kecik lagi. aku teringin nak belikan dorang macam2. nak hantar dorang pegi sekolah, pegi campus. nak bawak dorang keluar trip sana sini. siblings trip. eeee. mesti syok! so, aku kena fikir pulak tanggungjawab aku kat laki. dia kasi ke tak aku keluar jauh2 ni sume. haaa kan?


2: ilmu agama
memang betul, seorang suami kena bagi pendidikan agam yang cukup untuk isteri. tapi contoh (aku bukan nak doa la) tup2 aku punya laki tu mualaf ke 'kureng' ke bab2 agama ni, aku as isteri kena la ada back up plan kan? kalau tak dua-dua terhuyung hayang. dah la aku ni nakal. kejenye top up dosa. astaghfirullahalazim. shatoon yang direjam!


3: sifat and sikap
aku ni penyabar orangnya. ( bukan nk bangga la) tapi betul. kelebihan aku cuma satu, aku ni sabar. kalau aku marah, aku senyap untuk cool kan hati. kalau aku sedih, aku senyap untuk pujuk diri. *poyo tak de perasaan. lepas tu, aku ni boleh ke tak kemaskemas rumah. boleh ke tak masak. boleh ke jaga anak. nanti, time tu lah kau nak cuci baju, time tu lah anak nangis mintak susu dengan rumah tengah bersepah, tup2 laki kau hon suh bukak pintu pagar. haaa.. tak ke haru kalau kau ni species lembap??? lepas tu naik angin. haih.


4 : kewangan
orang muda zaman sekarang memang tak pikir duit dah kalau nak kahwin. aku bukan mata duitan. bukan tak fikir langsung. cuma, nanti kau dah kahwin, sewa rumah, duit belanja hari2. duit belanja pegi campus. duit minyak kete motor. duit bil2 api air top up bagai2. kalau dua2 pun ptptn  yang bela, mana nak cekau oiii??


5 : calon suami/ isteri tu sendiri
 orang lain mungkin kata kalau selalu pakai baju sama kaler, perangai sama, hobi sama tu ada jodoh yang kuat. tapi bagi aku tak. bagi aku, perkahwinan ini bermaksud saling melengkapi. ape yang aku takde, laki aku ada. apa yang laki aku tak boleh buat, aku boleh buat. its about completing the missing part. ado pahammm?? kalau dah sama, payah jugak kadang2. ;)


ada banyak je lagi kalau nak suh aku merepek and membebel pasal kahwin ni. aku tau korang pun memang suka bab2 kawin ni. kalau orang tanya aku bila nak kawin, yang aku terfikir dalam otak aku sekarang ni just..


" kalau ada lelaki datang pinang aku kat rumah, and parents and my whole family setuju, tak payah tanya aku, kalau dorang suka and setuju, aku pass. bagi aku sekarang ni, family first. kalau lelaki tu aku suka, tapi family aku tak suka, tak guna jugak aku kawin."




so, boleh la masuk meminang sekarang. kah3333333.

Wednesday, 30 November 2011

The kutus life

after a very long long time i didnt write anything on my lovely-geli blog ni. kekekekeke. not busy because my style : bila dah start buat satu keje tu, do it until u finish it. dont eat. dont do anything. stay on chair, on table. writing. bila keje dah siap. hoyeahhhh! time tu kau takyah tanya la betapa kematu nye ponggong aku duduk atas kerusi lelame and mata on lappy for a few nonstop hours. zzz -.-"


nothing to babling. just tengah lepak2 ni. teringat kat kaki2 kutus. and tadi tengok home fb. ada budak tulis. "keje dah siap. jom ngeteh!".


kekekeke. teringat kat jepa. he used NGETAS instead of NGETEH. haha. lawak2.


ngeteh = menge'teh'.  ( pekena teh )
mabuk-mabuk = minum-minum
zouq = *poyo pegi clubbing padahal lepak baring2 kat dataran merdeka je.




hahah. itu few words la budak2 kutu ni guna. siap tiger beer. haha. ;)


p/s : hey kutus, have a nice day. ;)

Sunday, 20 November 2011

Cerita lawak tapi ;(

Pada suatu hari...




Shaheizy Sam

berkata


AWIE DALAM SEMBILU, JIWANG SIOT AKU!!


p/s : ahahahahaha. cubalah teka. ;)

Friday, 18 November 2011

Hari itu tiba juga akhirnya.

hari ni jumaat yang mendung. semendung wajah dia. kami tau dia masih belum ada kekuatan, belum ada semangat dan kami faham itu. tapi akhirnya, lewat petang tadi, dalam cuaca yang tak menentu. hujan lebat di ukm....




+ esok pagi pergi kubur. jom.
- aku exam kul 11 der. after 1 bleh?
+ tanya aney ah. takut hujan ptg.
- hurm. jap.


tak lama lepas tu. tup tup. 


+ pegi petang ni.
- oraite. pukul?
+ skrg.
- jap siap.


tunggu aney datang pick up kitorang, pick up alang, menuju ke Banting. lalu jalan dalam. jalan lama ke KLIA. dalam hujan. dengan jalan bengkak bengkok. dengan batuknya. dengan selsemanya. dalam sejam, ok tak sampai sejam. dah sampai. cuma silap masuk simpang nak masuk jalan ke kubur.


ekceli senang ke kalau nak carik sebab tepi jalan raya. tapi ni pun first time kami pi. alang je dah kali kedua. so, dia jadi tourist guard kami. Oleh sebab aku berlenggang tak bawak pape pun. seb bek dah amek wudhu siap2 dari kolej. sedekahkan alfatihah and ikut je aney baca yasin sebab aku tak bawak yasin. hujan renyai mula menitik jadi lebat. tapi kami tunggu. tunggu dia habiskan bacaannya. tapi hanya Allah je tahu apa dalam hati dia.


then, balik Bangi semula. before tu, alang ajak makan kat tasik idaman. seb bek dia yang payung. makan besar ah. ape lagi. ikan siakap 3 rasa, telur bistik, tomyam, otak-otak. aksi bahan membahan tu mestilah ada even tak semeriah dulu la.dulu meriah, sebab senior kaki gosip ramai. haha. habis makan, balik ukm. tu je.


even aku tak pernah face-to face dengan arwah ni. tapi aku memang dah lama nak pi ziarah kubur dia.




p/s : bersih pusaranya sebersih wajahnya ketika hayat di dunia. may Allah bless her and may Allah help my friend too.

yeay yeay UPSR dah keluar.

masuk hari ni. dah 3 hari aku tak gi kuliah. ingat aku suka suka ke taknak pegi? nak angkat kepala pun tak larat. zzzzz. and semalam hari keluar result UPSR rupenya . kira hari berdebar jantung si Ariena Anis tu la.haha. dia menangis gila-gila babenggggggg takdapat 5A. 4A 1B. B dia English ah. ape lagi. Guru Besar pun satu, dah tau minah tu cengeng, pi sebut kat assembly watpe? kan dah hujan kat sekolah. ngeng. -.-"


even 4A pun. hadiah dia macam orang dapat result 7A. bapak banyak. kira alang ni ikut baka aku ah. time sekolah dulu, tiap-tiap hari bawak hadiah balik sebab gedik join macam2 event. sampai tak muat rumah tu dengan hadiah aku.




yg muka masam nak mampus tu lah. yang tinggi tu. yang tengah pakai baju putih.


NUR ARIENA HANIS

p/s : even selalu jadi khadam aku kalau aku ada kat umah, tapi dia tak penah merungut. gud girl lah alang. :)

Wednesday, 16 November 2011

Gian and Rindu

Mohd Danish Harith and Mohd Irfan Aryan....



KAK WANI RINDU NAK MAIN OTOMAN TERBANG DENGAN KORANG

aku takde sepupu yang dah besar. belah ayah, semua stil kindergarten and baby2. like dua orang hero ni. kalau si Danish, asal aku balik, 24 hours ajak main otoman, tengok otoman kat youtube, bukak cd otoman, cerita pasal otoman, main patung otoman, dengan aku aku sekali jadi bapak otoman yang tolong otoman tiga (Danish) dengan otoman Dina (Irfan) lawan raksasa. -.-" seb bek kak wani sayang korang.

+ Danish, kenapa muka Danish tak sama dengan adik Ipan?
- Sebab Danish lagi hensem.

perasan gila budak ni. haha.