Tuesday 31 January 2012

Am i BIG enough in this 21?

lagi 9 bulan i'll add number 1 beside my 2 to be 21 years old. omai omai. can i turn back 10 years ago while im forgot to wear socks before going to afternoon iqra' school? haha.


21 tahun. angka yang agak mengerikan. orang kata nombor 21 is freedom number. hurm. i dont think so. bagi aku when im 21, i have more more more and more responsibility to all people around me. amanah kepada ibu ayah, siblings, family, friends, works, studies, myself and the only one, Allah.


someone told me once : bila dah masuk 20 nie, kita dah boleh tau sebenarnya kita ni macam mana. yup. apa yang kita perlukan is give time to ourselves. beri masa pada diri sendiri. duduk dengan tenang and flashback, what you've done so far in your life? apa yang kau suka dan apa yang kau tak suka. betul ke ini kehendak kau. doing nothing and just watch what people fussying around? thats what you called enjoy your life? TERPULANG. thats your choice.


bagi aku. aku sedar dan aku rasa yang semakin hari aku semakin matang. tapi perangai asal tu still ada lah. nakalnakal tu standard la. nakal tu kan menawan? hehe. in these past few months, aku terasa perubahan diri sendiri. mungkin sebab pergaulan dan juga supports family.


aku bersyukur di kelilingi orang-orang yang sangat memahami dan saaaaaaaaaaaangat baik hati. :) yes. bila fikirfikir balik. Allah tu maha adil. Dia temukan aku dengan kau yang sempoi, kau yang kepala hangin, kau yang kuat cemburu, kau yang sweet,kau yang kaya, kau yang sederhana, kau yang like my big bro and sweet sis, kau yang penyayang dan kau yang caring. sebab Allah nak aku tengok semua tu dan jangan jadi one-sided mind je.


Allah berikan aku sahabat yang perangai macam hantu supaya aku sabar, tak cepat melenting dan belajar menghormati orang lain. Aku cuba. aku cuba untuk terima semua orang. tapi aku hanyalah manusia biasa yang ada rasa benci dan meluat. Allah berikan aku teman yang lembut hati, suka mengusik supaya aku ada tempat untuk mengadu domba, tempat untuk bergurau senda sebab aku takde abang atau pun kakak macam orang lain. see, Allah tu maha Adil kan?


sepanjang aku bagi masa pada diri sendiri tanpa sibuk dengan kerja. aku perasan yang aku juga seorang workaholic.  i mean yang suka kerja kerja dan kerja. aku nampak yang aku ni suka bergaul dengan orang ramai. aku suka buat kerja luar alam. its like..i've lost a precious moment that i should gained. :( but its okay. aku anggap tu sebagai pengajaran.


aku baru tau yang family aku nak pegi holiday kat Bandung this year and i cant follow because tengah sem kot! serius rasa nak merajuk je tadi. but ayah kata.." along pergilah dengan kawan-kawan. dah besar panjang macam ni plan la jenjalan dengan dorang.". hurm. holiday dengan family and kawan lain ayahhh :((


p/s : aku dah request nak pegi picnic kat air terjun dengan dorang. harap-harap jadilah. hehe. :D

Monday 30 January 2012

Keli Afrika

nothing to do sangat hari ni. just hantar-jemput budak2 tiga orang tu pegi sekolah and mengonline kan diri. lagha-lagha. -.-". tadi masa borak2, teman ibu buat minum petang, while aku buat aiskrim malaysia bebanyak, ayah dengan pak ngah balik dari memancing. kecoh betul adik aku si Ezzly tu. then, aku pun pegi la tengok.


MAK AIIIIIIII. GEDABAK LA WEHHH. mata terbuntang, mulut ternganga. sila bayangkan sendiri kalau aku cakap ikan keli tu lagi besar dari betis aku. besar kan?? sama besar dengan baby beb! ayah kata dorang dapat 4 ekor tadi tapi pakngah terlepas dua ekor sebab tali putus. sayangnyaaa :(


punyalah eksaited aku nak tengok ikan tu kena siang. 


+ pakngah, cepatlah siang. nak tengok dalam perut tu ada pe. cepat3!!
- sabar sabar.kan sabar tu separuh dari iman.
+ ye. along tau. tapi tengok perut dia , berat macam ada emas. haha.
- kan? kalau ada emas keluar tibi la kita kan?
+ tulah pasal along suruh siang cepat. tak sabar ni. hehe


ayah beria-ia asah parang kasi tajam. tapi tak lut jugak. last2 guna kapak. mang aii, bukan emas tapi telur ikan keli tu yang banyak. dah macam taik dah aku tengok. euwwww. bagi sesapa yang stil tak tau. ikan keli, kalau kita dah putus habis pun dia masih boleh gerak2. so, jangan panik. sebab tu memang pe'el dia okay :)


hidupkan api while ayah siang ikan tu sampai bersih. kitorang nak barbie-q kan ikan ni. hehe. gila sedap la cicah air asam. lagi2 air asam tu ibu baru je berguru dengan sorang nenek dari kemboja. memang. aummmmm! syiok sampai tutup mata, jilat jari. dari mata, masuk ke mulut, turun ke hati!. haha.


+ atuk, ahad ni kita pegi tau! kita pegi reramai.
- huh. bukan takat sungai tu, lubuk batu sana tu pun atuk juara.
+ ceh, cakap besarla. nanti habuk pon tarak!
- yelah. nanti kita berkelah sekali kat situ.
+ yeay! apak balik, pakngah ada. bestnye!!


p/s : so, ikan keli sungai kelamah . watch out! i'll catch you later. aummmm! :D

Sunday 29 January 2012

Adat Bertandang to Kajang

Last minute planning sebenarnya schedule hari ni. ekceli semalam..aku memang tersangatlah letih sebab tak boleh tido. maybe sebab dah lama tak balik Rembau. so, jetlag kat situ. then, dari Rembau > Senawang > Seremban > Kuala Pilah > Gemas. then, sampai-sampai je rumah.. atuk ajak pegi Kajang hari ahad. means hari ni. and yang membuatkan mata aku bulat besor tu. " Tepat 8 pagi kita gerak ". mak aihhh. aku tak sempat nak bungkus amende pong. last2.. aku cakap kat ibu before tido yang pagi nanti aku nak kena bangun awal. sebab nak pegi panjat pokok rambutan belakang umah tu. nak bagi orang kenamaan kat ukm. haha.


stil. at 4am. aku masih tak leh tido. padahal nak kena bangun awal ni. hurm. tido2 ayam saje. and betul aku cakap. pukul 8 pagi TEPAT gerak keluar dari rumah. huarghhhhh. sumpah ngantok gila. tapi kena gagahkan bijik mata. satgi ada gak stereng ke mana, mimpi ke mana.  and pukul 11 pagi. selamat sampai Kajang. mula2 pegi Sg Sekamat. lepak sana jap. rileks hilang lenguh. then, bila abg Jebat kata dia nak pi Chini pukul 2. aku pun rushing heading to UKM. pakat mai dating depan blok je pong. lepas kasi boifren dua orang tu buah2. aku chow blah ah. 


rushing ke Sg Sekamat, pick up nenek atok, rempit ke Semenyih pulak. Apak makin teruk. badan dia dah kurus. muka merah. dah tak semangat dah nak bahan aku. aku usik dia sambil buat lawak bodoh pun, dia takde mood nak gelak. hurm. sebagai anak buah yang sweet lagi baik hati, aku rajinkan diri jap pegi KFC. sebab dah maklum sangat dah. Cadbury Black Forest dengan KFC. lagi2 cheesy wedges. dia memang takkan tolak. hehe. sanggup tuuu beratur sekian punya lama. sampai kepala lutut pun dah ketaq!


konon nak balik pukul 4-5. tapi besan nenek aku pulak datang. so, postponed gerak balik pukul 6.30. laju tak laju, drift tak drift. mata aku dah tak bleh bukak dah bila sampai Tampin. memang tawakal fisabilillah je lah harapharap sampai Gemas dengan selamat. nak suh atuk bawak, tak bleh. kaki dia sakit gaout. perut aku pulak bolehnye nak kena gastrik time2 tu pong. haih. dah atok kena ketuk makan satey sampai 30 cucuk. haha. aku letu. :)


sampai je rumah. dah tak nampak bende lain. cabut tudung, terus landing kat ibu. penat!! tapi layan je la ibu cerita pasal ayah pegi memancing dapat ikan besar betis aku siang tadi. dan..aku pun terus segar bijik mata. haha.


weekend ni dah pakat dengan ayah, atuk, pak ngah.. nak pegi menangguk ikan kat sungai besar belakang kebun sana. harap2 tak tangguk bende lain la macam dulu tu. :))


p/s : hari ni tambah ilmu lumba kereta rally. atuk gigih ajar balas dendam dekat orang yang buat spotlight kat kita! nice atuk! nice!

Friday 27 January 2012

Kuah Durian

pekerjaan rasmi aku bila cuti adalah jadi driver untuk semua orang. kadang2 dalam satu hari tu, kadang2 sampai 3-4 kali keluar kampung. membuang minyak je keje. macam semalam, aku baru je nak bermanja2 duk kat seat belakang.. sekali.." along bawak kete, atuk nak jadi boss kat belakang sensorang". cis!


sampai kat pekan nampak durian. " nenek, tetibe nak makan durian la. hehe". " ha, pusing lah, po laei. jom boli doyan." hoyeahh!! dan ikut sukahati aku je nak pusing macam orang gila tengah2 tu kan. " omang gilo cucu den ni ha." ahaha. " lek luuu. atuk, ni orang pro bawak kete la. haha". and setakat ni dah 4 orang cakap aku bawak kete macam kete rally. ijad, aten, apau and atuk. haha.


sampai rumah, nenek offer nak tolong masak kan. tapi, its okay nenek. along bukan nak makan sangat pun sebenarnye. saja nak main masak2. omputeh kata improve kan skill chef. hehe. omang sonang boto buek kuah durian ni. petik jari je boleh siap. alalalalalala. kacang je pong. 


macam aten cakap, " kita suka masak bukan sebab kita suka makan . tapi kita masak sebab kita suka tengok orang lain makan apa yang kita buat." yup. its 100% true! aku suka masak sebab aku suka cuba resepi baru. aku suka menghias makanan. tapi aku tak suka makan apa yang aku buat tu. erk. cam keling kan ayat ni. -.-"


satu biji durian
50sen gula merah
1 cawan gula pasir
sebiji santan
daun pandan


ekceli, masa aku buat ni, nenek dengan ibu taknak bagi pong sukatan sebenarnye. dah aku kena adjust sendiri sampai jadi. sedih betul. :( kena parut kelapa sendiri. perah sendiri. semua bende sendiri lah! paling tak bleh bla..komen berjelan2 dari 3 orang juri. atuk, nenek and ibu.


" kurang manis ni."
" along, apesal cair ni? terlebih santan ke hape?"
" ni dah letak daun pandan ke belom? asal takde bau pun kat luar?"


memang kucar kacir jugak lah..mana taknak kasi santan pecah. mana nak berlari masuk semak carik daun pandan. mana nak adjust sweet durian tu. haha. ni baru lah mencabar. hohohoii!! lepas penat-penat masak. ayat keramat best dari adik2 is


HURMM, SEDAPNYAAA ALONG BUAT!

alahai korang... kasi along semangat. okay. hari ni along buat mihun singapore! :)) sila kosongkan perut masing2 okay.


Thursday 26 January 2012

Brownie and Me

aku selalu berangan nak jadi brownie untuk rumah sendiri. Brownie is an angel. very hardworking angel that completing all the house chores in the blinking of eyes. macam magic. and sedar tak sedar almost 10 tahun aku dah jadi brownie tanpa aku sedar. tulah, effect join Tunas Puteri masa sekolah rendah dulu kuat sangat. aku stil ingat macam mana aku boleh berazam nak jadi brownie.


hari tu hari sabtu. hari kokurikulum kat sekolah. and dalam satu kelas ni, semuanya budak2 Tunas Puteri.


cikgu   : kamu tahu asal usul tunas puteri tu sebenarnya brownie?
studs   : ape tu cikgu?
cikgu   : brownie tu pari-pari yang datang waktu semua orang dah tido. pari2 ni buat semua kerja rumah tanpa sapa2 pun nampak. tau2 je esok pagi rumah dah kemas. sarapan dah tersedia.


and sumpah. start hari tu. aku mula latih diri jadi brownie dekat rumah sendiri. aku buat semua keje rumah bila semua orang dah tido. siang2, ibu duk membebel kat aku kata anak dara pemalas la bagai2. tapi malam2, after rumah dah gelap gulita. aku duk sapu , mop lantai. lap pinggan. kemas fridge, lipat kain and macam2 lagi la. kadang2 tu. aku saje tanya ibu esok pagi nak masak ape. sebab nanti aku dah siap hiris dah bawang, sayur bagai atas meja. tinggal goreng je. :D


macam aku cakap. sedar tak sedar. dah 10 tahun je bende tu aku buat. sampai sekarang. saat ni pun, aku duk pulun lipat baju, cuci baju. even dah pukul 2 pagi. masak air, isi air. paling gila pernah aku buat, cuci toilet pukul 4 pagi. haha. punya lah tak nak bagi semua orang bangun, aku siap sental dengan paling perlahan. siap tak de bunyi langsung! hebatkan?


and bende ni dah jadi habit. since after SPM, hobi dah bertukar dari main playstation, pomen basikal, tanam pokok tu doing house chores. dah mula minat nak belajar pegang sudip, senduk,pisau bagai. dan makin rajin cuci semua kereta padahal takde habuk pong. and yang paling payah tu.. aku dah jadi terlampau bersih. haih. problem. sampai hanger pun nak kena susun ikut warna and saiz. see, aku dah kata makin payah. terlampau perfectionist.


at least, that was one of the way that im trying to help my mom, dad and families. sebab bila duduk kat perantauan ni.. makin jauh dari family, makin jarang balik, makin banyak bende kita tak tau ape jadi kat rumah. ibu dan ayah kita takkan bagitau kita dorang penat buat keje. kita as anak, pepaham sendiri sudahla. awak dah besar. fikirlah susah senang mak ayah. jangan tau nk keluar enjoy je. :)


p/s : lagi2 bila ada adik yang mengada2 taknak buat keje bila kakak dorang ada kat rumah macam nihaaaa. demand mintak hantar gi sekolah pepagi subuh macam princess. dorang ingat along dorang ni rajin sangat ke la nak harung sejuk beku hutan nuuu?  -.-"

Wednesday 25 January 2012

Budak Kampung Celop

perkara-perkara di bawah membuktikan bahawa aku ni budak kampung celup = budak bandar baru nak berjinak-jinak jadi gadis desa. ceh. insiden2 hari ini :-


( scene 1 )
tatkala aku tengah termenung kat tangga jamban. ada 3 ekor ayam jantan gebu datang mengokok depan aku.


+ haih, ada jugak yang kena sembelih buat ayam golek ni kang!
- yang along dengki sangat dengan ayam2 tu kenapa?
+ dorang ni memekak la bu!
- kau je yang tak biasa dengar. ada  keayam tu dikata memekak.
+ okay fine. :(




( scene 2 )
aku nampak ada 5 tangkai panjang buah bulat2 atas meja.


+ eeee. comelnye langsat ni!!
- bukan langsat la. rambai..
+ langsat la tuk.
- ish budak ni. atuk yang pegi ambik kat kebun tadi.
+ oh yeke.. hehe. sory22. along makan ek?
- makan la. sedap. telan je biji2 tu sekali. kulit tu buleh buek masak gulai.
+ ehh, mane boleh. nanti tumbuh pokok dalam perut! hakhak2.
- ada jugak nak kena sekeh kepala ni kang.
+ apesal along tak penah makan bende ni?
- dah along tu je kuno sangat.


hamek kau. sekali kena kuno dengan atuk aku. and kalau duduk rumah ni, dah sah sah aku jadi orang paling noob sekali. asik kena usik je dengan atuk punya teki teki. :(


+ along tau tak, benih rambai ni datang dari thailand je?
- yeke? seyes ah tuk. takkan takde kat tempat lain kot.
+ betul la. cuba carik kat mano2. takdo pun.
- iye ke ni?? ke atuk nak kencing along je ni.
+ hahahaha. betul lah. TAIKLAND. kat buah ni kita telan dengan biji sekali. keluar pun ikut taik la.
- kan along dah kata!! atuk ni..bencilah. suka kenakan along. :((


atok dengan nenek gelak tak hengak dunia bila bab nak kenakan aku.haihhhh.

Monday 23 January 2012

Zon Memanjat

baru 2 hari 3 hari duduk rumah tapi aku dah rasa bosan. sebab takde keje nak buat. sementara sepupu2 yang kecek ni ada lagi kat sini, memang penatlah melayan. nanti esok dorang dah balik rumah masing-masing, dah bosan balik. so, aku pegilah keluar rumah, carik penyapu lidi. nekad gila nak kemas keliling rumah ni. carik penyapu punyalah payah, last2 jumpa kat nun bukit belakang rumah. tengok2 apak dengan pak ngah duk sibuklah bertinggung, memanjat pokok langsat tu.


aku sebagai anak buah yang rajin, tolong la sekali petik gugus-gugusan langsat. heaven doh! oleh sebab takde sape dah nak makan, kitorang decide nak jual je. daripada biar busuk terus baik jual. boleh makan besar malam ni. muahahaha. 


pak ngah tukang panjat sampai atas. apak tukang tadah bakul. aku tukang kutip. yang sengalnye tu, pak ngah sengaja potong yang betul2 atas kepala aku.mula-mula aku tak perasan, tapi bila dah selalu sangat buah tu jatuh tepat atas kepala aku.mana tahan. mak aiiiii.. besar gedak langsat yang jatuh tu. memang pak cik dua orang ni suka buli aku. takpe2.


then, kitorang pun bercangkung tiga orang, makan buah sambil kutip langsat masuk bakul.


aku      : pak ngah, dulu masa pak ngah jatuh patah kaki tu pokok ni ke? tak fobia pulak?
p.ngah : bukan. pokok rambutan yang kat dapur tu. aisy. pak ngah kan power. haha
aku      : eleh. power lah sangat. sampai gigi patah tu amende. cis.
apak    : along tau, dulu apak jatuh pokok rambutan jugak. masa tu ibu along tengah berak.
aku     : haaa. along tau tau. ibu ada cerita. haha. lawak gila ibu lari tak sempat cuci.
apak   :  tulah, masa tu apak kecik lagi. masa jatuh tu, muka mendarat dulu. apak cakap kat ibu.. " ateh, mata adik pocah!" padahal kebas je. haha.



lepas tu, kitorang sambung dengan macam2 cerita masa kitorang kecik dulu. dah macam biasa..aku penat la kena bahan. haih. kenangan masa kecik memang best! sampai tak sedar buah langsat dah nak habis masuk mulut kitorang bertiga. haha. mak ngah terjerit2 kat bawah panggil kitorang pun tak dengar dah.


p/s : esok misi panjat pokok rambutan pulak.

Sunday 22 January 2012

Kenduri Day 2

awal2 subuh dah kena gerak buat kerja. macam biasa, untuk tiap2 kali kenduri aku memang dapat tender kemas dalam rumah, kemas dapur, laundry, masak air, buar air. hari ni je dah 4 kali mandi and tukar baju. panas gila wehhhh. aku memang segan ah nak keluar rumah. semua orang pandang kot. ye lah, aku ni dah la jarang balik. dah tu harap maklum je lah fizikal aku yang abnormal. semua jadi kagum jap.


+ mak aii godang eh budak ni. anak sapo?
- anak timah wan. cucu ayob ngan esah.
+ apo omak kau bagi makan ni. omang bosa budak eh!
- haha. makan ikan yo wan. ikan kombong yoo. haha.
+ apo boto kau bagi anak ekau ni makan ikan yo timah?
- muaahahahaha. along tipu je la wan. dah ciptaan Allah camni.


hari ni keje aku nampak je senang tapi paling penat. tugas aku, tunggu semua orang siap masak, and time tu aku paling busy. sementara tu aku kena jaga sepupu2 aku  yang kecek-kecek. dah le mintak dukung. mintak bawak rempit pulak. haila korang, kak long ni busy. kalah perdana menteri hari ni. nak berdukung pulak. seb bek lah korang ni comel.


tahlil start kul 12 tepat. aku duk kat dapur je. almaklumlah, tiap2 kali kenduri aku tak pernah sarung baju kurung. panas dek oi! berpeluh akak ni!  aku bajet tak ramai la tetamu datang, sekali tuuuudia. sampai keluar rumah, siap tak muat! alhamdulillah, rezeki nenek dengan atuk. kitorang buat buffet je kat khemah sana. tapi masak2 stil rewang macam dulu2. 


ada satu part tu, tengah duk goreng ikan masin dalam rumah, mak lang tanya lah maksu..


+ zee, mak zee datang tak?
- datang rasanya, dorang dari melaka. kak lang?
+ mak kak lang dah on the way. kejap lagi sampai le tu.
- kira besan2 mak ni datang lah semua?
+ camtu lah nampaknya.


sekali aku duk senyap tu..


+ haa kak long, rombongan pihak lelaki sampai kul bape? berapa bas?
- ape mak ngah ni. along single lagi tau. takde pun mak mertua nak datang. 
+ laa. tak datang ke? dah tu camne ni mak ngan dengan mak lang dah lawa2 ni.
- ibuuuuu, tengok mak ngah dengan mak lang ni buli along! :(


at the end, ibu pun join venture dorang. haihh. sedihnya.


ohh ya. lauk hari ni agak banyak.


- masak cerung daging.
- pajerin terung
- gulai labu dengan sambal belacan
- masak lemak cili padi perut
- nismilan freid chicklen.
- air bandung asam masin *rasa macam yogurt.
- air kenduri (sirap)


sumpah pedas gilaaaaaaaaaaa!!! rasa nak tercirit je makan. orang semua duk kemas2 kat luar, aku busy lap kipas, mop lantai kat hall. and now, rest . tengah tunggu turn mandi. both bilik air dah fully booked! apelah naseb. :(




p/s : ngeri okay dua2 orang kezen aku yang sebaya tu semalam dah bincang dengan family nak kawin dah. last night sesi perkenalkan gelfen and boifren masing2! apelah nasib, aku lari masuk bilik pekakkan telinga. muahahaha.

Kenduri Day 1

bertolak dari rumah apak around 8.15 am and sampai Gemas around 10.45am. laju? tak pun sebab apak memang tak reti nak bawak slow. haha. rumah kitorang kampung, so memang takkan jem la. sampai je tengok kitorang la group first yang tiba. masuk bilik , tukar baju and terus buat kerja. kerja2 perempuan je la yang boleh aku buat. potong cili kering, blender kacang and so on. tak best langsung. haha." ibu, bagi la keje yang mencabar sikit. tak ekstream langsung buat bende ni." hamek kau nak mencabar sangat kan. dah kena lawan tumbuk kerisik sapa lagi cepat keluar minyak dengan Asha. muahaha.


bila malam dah dapat tender buat desert, puding bagai. pasang carpet, cuci baju. macam-macam lagi la. sumpah penat gila. tapi best. bila ramai2 macam ni of kos lah banyak lawak bodoh. dan tak lupa sesi bahan membahan. aku kena teruk gila dengan kawan nenek, i mean nenek2 kat kampung ni la. join venture dengan my family. haddoi.  ni sume gara2 masa nak kira tetamu tu.


+ along, kawan datang tak?
- tak tau ah. kalau dorang nak datang esok muncullah tu.
+ bapa orang? kitorang nak asingkan siap2 dorang punya goodies ni.
- prepare la untuk 3 buah bas. cukup la tu.
+ kau biar betull long oiii!!
- betul la.


haha. terperanjat nenek aku beb. siap nak order sekor lagi lembu tu tak tahan. lepas tu khemah yang kitorang sewa asalnya satu je.. terus jadi dua. HAHA.  aku senyap lama gak la. sampai semua orang dah habis terkejut beruk, baru aku cerita yang sebenarnya.


+ ekceli, satu kete pun belum tentu datang. muahahahaha.
- ada jugak nak kena dengan senduk ni.
+ hahaha. sorry2. along gurau je kot. kan dah lama tak jumpa. :)


rumah jadi meriah gila. full house. semua family nenek aku balik. tido jadi campur2 kat main hall. sambil tengok bola, sambil tu lah makan langsat semua. and the day is off.



p/s : jet lag bila masuk rumah. rasa mengantukkkk aje.

Tuesday 17 January 2012

Riang Ria Semerter Holiday!

aku habis paper 18 jan. itu pun acom. means esok la kan? hurmm. lepas tu tercongok dua hari kat bilik tunggu panggilan pulang ke rumah. what the fish? nak packing pun takde bende nak packing. balik rumah biasanya bawak badan dengan henfon dengan wallet je. padahal cuti sebulan tu. pedehal.muahaha.


aku balik dengan apak, hari jumaat malam. alkisahnya..aku malas nak naik ktm ke seremban lepas tu nak kena naik bas lompat-lompat sampai dua kali transit ke Gemas. dah la bas southern tu memendekkan lutut aku. kecik kot. aku kena amek dua seat baru kaki aku boleh bernafas. almaklumlah, kaki panjang. -.-"


so, petang jumaat tu nak lari ke Alamanda jap, semata2 nak beli Big Apple untuk adik-adik tersayang. *ayah dengan atuk aku yang gila makan donut kalerful ni. haha. dah jadi habit. kalau nak balik Gemas je, mesti beli oleh2. tak kisah la. donut ke, mexican bun ke mcD ke. apape jela. mesti kena bawak.selalunye aku beli Dunkin Donut le. itu pun kat Terminal One Seremban. ngeri gak orang tengok aku beli donut berkotak-kotak. haha. ye lah. tak ke naya bila aku sampai..satgi semua cousin-cousin and sedara -mara ada? mana cukup oiiii.


bertolak balik rumah Apak maybe lepas maghrib, sampai sana, letak motor, terus masuk kereta. bertolak pulang ke Gemas. hoyeah! sebab ape. malam tu dah start rewang untuk kenduri hari Ahad. kenduri aku tunang eh nikah. jemputlah datang ye semua. No 49, Felda Sungai Kelamah, Gemas, N9. kalau tak jumpa rumah, calling2. aku jemput kat bawah nun pintu masuk felda. almaklumlah, rumah aku ni ceruk. jauh dari pekan. ngeri sikit.:D kampung kannn.


haha. taklah. just kenduri kecik je. kenduri nenek dengan atuk nak pergi umrah. dorang memang tunggu aku balik masa plan nak buat kenduri ni. sebabnya kenapa tunggu aku balik? haha. ade leh. :) lepas tu, nanti ada event kat situ. Ayah, as secretary kelab yang anjurkan program tu, beriya suruh aku balik jadi MC majlis. muahaha. segan kot. dah la Adun datang. aku nak cakap ape lah pulak depan orang2 ramai ni. haih. kalau majlis universiti ke sekolah ke..biasalah.. ni public kot. haiyaaa. seb bek dapat gaji. haha.


lepas tu. aku dah plan nak gi masuk sungai, kutip siput sedut. kena tunggu bulan mengambang baru siput naik. kena tengok gak air dalam ke tak. lepas tu nak balik dusun kat Melaka. kemas-kemas dusun. jadi cikgu tusyen tak bertauliah kat adik-adik, kawan adik2, kezen2. jadi chef terhormat kat rumah. muahaha. punah le dapur ibu aku anak dara yang sorang ni balik. mesti ibu terjerit2 kan barang dia dah beralih tempat. haha.


p/s : harap2 cuti sebulan ni tak membosankan.dah la takde kawan. henfon pun taknak bunyi dah. hurmmm.

Sunday 15 January 2012

Aku Mintak Maaf Kawan

bro. aku mintak maaf. bukan suka-suka aku buat kau macam tu. tapi bersebab. dalam banyak-banyak kerenah aku, yang satu ni memang aku tak boleh nak adjust. SEKALI KAU BUAT AKU MELUAT, MENYAMPAH, RIMAS ATAU SAKIT HATI, aku mintak maaf awal-awal bro kalau lepas tu aku dah tak pandnag muka kau, banyak ignore kau. because it was my bad bad habit yang aku sendiri tak tau macam mana boleh jadi macam tu. 


dengan kau.. berat aku nak cakap tapi aku sebenarnya tak selesa. mungkin cara perkenalan kita dulu berbeza. jadi aku ingatkan cara kita bercanda-mesra akan kekal macam dulu kala. tapi ternyata aku silap. aku silap menilai kau. mungkin jugak, sebenarnya aku yang silap. silap melayan dengan ramah. aku cuma inginkan yang terbaik untuk semua kawan-kawan aku. tapi kau.. kau orang ke-5 yang aku dah tak boleh nak pandang muka secara tepat. paling lama aku pandang hanya 2 saat. DUA SAAT. aku mintak maaf. my bad, bro.


bukan niat aku nak tipu kau. aku cuma taknak kau berkecil hati, menjauhkan diri bila tahu hal yang sebenarnya. sebab kau selalu cakap. : " kau budak pandai kill, dari dulu kau budak pandai. kau masuk u. tapi tak untuk aku. aku ni nak jejak u tu pun rasa macam mimpi." aku tak nak kau kecik hati. tu je. hati aku lembut bro. sekali aku buat orang lain terluka disebabkan aku, aku yang menangis. bukan kau. tapi aku.


aku bukan kill yang kau kenal dalam kem dulu lagi. bukan lagi minah garang tak bertempat, yang tak reti nak senyum, yang suaranya volume maksimum bila bagi command. bukan lagi wirawati yang tak tau malu menari poco-poco di atas pentas, yang tebal muka jadi pengapit dengan kau masa kita main kawin-kawin dulu. aku rasa aku tau kenapa dia tinggalkan kau. kau terlalu care, bro. dan tak semua perempuan suka lelaki terlampau caring tak bertepat. termasuk aku. sebab aku rimas.


aku hanya anggap kau kawan. belum tahap kawan yang baik. sebab aku dah pun mula tinggalkan kau. maaf. my bad.

Wednesday 11 January 2012

Exam Dunia

berakhir sudah paper maut paling aku benci. Insurans Dan Takaful. ekceli, not bad pun subject ni, cuma aku yang gedik-gedik tak suka baca dan hafal fakta. reading is not my type.  berkat bantuan kak ana yang sanggup bersengkang mata hanya untuk teman aku study insurans, alhamdulillah, aku boleh jawap dengan tersenyum. sanggup tuh dia naik atas, gegar bilik aku sampai nak runtuh.. just nak cakap..


"kill, bangun!! dah pukul 1pagi. ko tak study lagi. esok kau exam insurans. lupa keeee??"

hamek kau. aku dah kata, kak ana ni garang. korang taknak percaya. ex-rumet aku kot. aku tau le. -.-". pape pun thanks la kak. haha. thanks jugak kat Jack sebab gigih balik bilik pukul 3-4 pagi sebab kesian kat aku yang dah berkerut-kerut tahan lapar. pukul 4 pagi jugak la, aku rebus maggie jadi mee bandung. 3 bungkus. makan dalam periuk nasi je. wakaka. tak senonoh gila. seb bek shela tak jadi nak shoot gambar. -.-"

pulun-punya pulun. buat past year sambil kena pelengkung dengan kak ana, shela bagai.. akhirnya, mostly 50% soklan keluar sebijik dalam paper tengah hari tadi. hoyeahhh!!! i dah sayang sikit kat u, insurans. next sem, i terpaksa tingalkan u untuk perniagaan pulak. hurm. sorry okay. u deserve better one. :)

okay enough with insurans. malam ni dah boleh rileks sebab esok petang dekat Dectar, paper Etika. yang duk suh aku buat esei pasal peribahasa Filipina bagai. huh. ngeri. tapi oleh sebab tak tau nak baca apa..so, google jawapan je la kan? *sigh. agak-agak kalau aku suh kak ana marah aku lagi cam pagi tadi, dapat tak aku jawap? haha.


p/s : seronoknya hujan turun. even tingkat 3, tapi bau fresh dia best gila tau!:D

Tuesday 10 January 2012

Dan Pedihnya Bila Kecewa.

frust. only one word can describe my feeling right now. sakit hati. geram. sedih semua ada.. tapi aku cuba cover. cuba untuk bangun balik. cuba bagi semangat dekat diri sendiri. sebab kalau bukan aku, sapa lagi nak bagi semangat kan? aku punya frust sampai aku dah tak boleh nak simpan sensorang. aku call ibu. nasib ibu cerita yang lawak-lawak. hilang sikit rasa terkilan tu. mom is the best doctor in the world. dan aku hanya ada IBU . lepas call. sejuk sikit hati. 


lepas tu, untuk nak bagi aku happyhappyhappy macam before ni, kak Ana ajak pergi pasar malam. ingat nak merempit. sekali bila aku naik bilik tukar baju, zup! hujan lebat turun. alhamdulillah, akhirnya bumi UKM terchenta ini dibasahi hujan rahmat. i love rain. bau dia..tenang. :)


nasib Jack kasi guna kereta dia. apa taknya dia punya barang je dah buat bahu aku senget sebelah. mak aii. berlumba-lumba dengan shela banyaknya. dengan char kuew tiau, sup daging, bihun sup, pau, keropok lekor, air kelapa, ayam uncle bob, bubur.. senget bahu weh! haha. tapi takpelah sekali-sekala tolong member. aku punya? rm2.50 je. itu pun nasi kerabu telur masin. muahahahahaha. kesian tak?


masuk pasar.. lengang. lengang habis! memey ah. hujan lebat kot. aku dengan kak Ana je gigih dengan berpayung bagai. aku pulak duk kena suit-suit dengan abang-pakcik2 tu. why? fes time weh, aku gi pasar pakai baju kurung. muahaha. siap basah lenjun. dengan berpayung bagai. -.-" at least, aku dah lupa lah frustrated aku tu. sampai aku cakap dengan mira..sedih gila aku.

DEMN DEMN DEMN DEMN!!

p/s : aku terlampau penat. tapi kena stay up jugak dengan mata tak bleh bukak ni. insurans perlu diteruskan. insurans. please behave yea.  aku dah tak larat dah nak frust.

Sunset @ PICC

bagus sangat bangun tido lepas asar, lepas tu baru nak lunch. pukul 5++ baru nak lunch! itu nasib baik la aku celik sebab dengar bunyi mesej masuk fon. kalau tak. mau terlajak sampai maghrib. dengan tak cuci mukanya, terus pakai tudung dan cari kedai makan. almaklumlah petang-petang mana ada kedai makan buka lagi. tapi nasib baik ada satu. habis makan je dah 6.30. lepas tu, dorang kata nak pegi Pullman. ada apa pulak senja-senja tu kan. tapi kitorang try je la naik PICC. konon senang nak hafal jalan nanti masa Lisa kawen. -.-"


how beautyyyyyyyy!!! cantik sangat. fes time naik PICC! kalau dari bawah, PICC ni macam ular tedung. tak caya? cuba korang gerak dari jambatan yang betul-betul depan PICC tu. seyes macam kepala ular tedung. turun kereta, terus panjat, duduk santai atas tembok divider. masyaAllah cantiknya. cantik sangat!! dengan matahari terbenam lagi. kaler oren okay! :)


Ijad ajar kitorang guna canon baru dia. camne nak setting-setting bagai. almaklumlah, aku ni orang kampung je. mana reti. muahahahaha. tapi sekejap saja, sebab aku kena balik study, esok paper Statistics! sayang, tunggu orang okay! malam2 kita dating ye. :)







ape motif aku letak RBcreative tu? RohaizadBakaricreative. muahaha. kasi dia bangga sikit.. takde lah. aku sesaja ke nak tambah. nampak macam pro sikit. :D


p/s : aku risau gila dengan insurans lusa ni. hurm :(

Sunday 8 January 2012

menghitung hari

menghitung hari detik demi detik 
menunggu itu kan menjemukan 
tapi ku sabar menanti jawabmu 
jawab cintamu 


jangan kau beri harapan padaku 
seperti ingin tapi tak ingin 
yg aku minta tulus hatimu 
bukan pura-pura 


reff: jangan pergi dari cintaku 
biar saja tetap denganku 
biar semua tahu adanya 
dirimu memang punyaku 


jangan kau beri harapan padaku 
seperti ingin tapi tak ingin 
yg aku minta tulus hatimu 
bukan pura-pura 


repeat reff 


belum pernah aku jatuh cinta 
sekeras ini seperti padamu 
jangan sebut aku lelaki 
bila tak bisa dapatkan engkau 
jangan sebut aku lelaki




epal untuk sunday lunch. ini pun hasil ikhsan seorang nenek dari melaka n jack.
how pity i am :(



p/s : study dekat bilik kak ana dgn shela ni best ah, dah la meja depan tingkap, bukak besor pulak, masuk angin sepoi dikala mendung hujan nak turun, dengan tak mandi lagi ni. pastu dengar lagu ni. haila. feeling habis.

Dunia Kindergarten

setelah berkurun lamanya tak jumpa boboy-boboy geng kutu rayau, malam tadi kami kumpul 4 orang. jepa,ijad,aten and aku. Niat cuma satu. nak pegi dinner. keadaan perut aku tak payah cakap la. memang menyesal gila tak jaga makan masa asasi dulu. macam biasa, kami memang ada masalah nak pilih kedai makan. mula-mula nak pegi mapley faris je paling senang. then, time tengah tunggu aten pegi toilet kat petronas tu...ada la sorang mamat tinggi ni lalu dengan awek dia depan kete kitorang..


jepa : eh, camne nak jadi tinggi ek kill?
aku  : kau pakai wedges je jepaaa..
ijad  : ha! thanks kil, aku teringin nak makan cheesy wedges.
jepa : yang kentang tu skali ney..
ijad  : kentang putar tu ape eh. ha bende tu lah.
aku  : meshed potato la der..
ijad  : haa. weehhh. kepsi jom. kepsi kepsi (dengan gaya menggoyangkan kete)
jepa : aku oraite je. kau kil?
aku  : aku on je. ikut korang ah.
jepa : cun. 3 lawan 1. aten tak leh nak reject. HAHAHA


dan pegilah kepsi. makan makan . melantak macam seminggu tak makan.lepas tu lepak kat playground depan KFC Kajang tu. borak2 .cerita pasal zaman kanak-kanak. haha. lawak. kena lempang dengan abah la. menangis la. serius, bila return to old time bila kita dah tua ni, memang lawak. sampai keluar air mata. siap ingat baju kasut warna apa daaaaaaa..


yang aku ingat lagi..aku sekolah Tadika Abim Seksyen 24, Shah Alam. SETENGAH TAHUN beb aku menangis. tiap-tiap pagi buat perangai takmo gi sekolah. sampai satu hari tu, ayah aku amek cuti semata-mata nak pujuk anak dia yang sorang ni pegi sekolah. dah la tadika selang berapa jalan je dari rumah aku. naik kete beb! tricknya : ayah aku park kereta depan tadika and balik rumah jalan kaki. alkisahnya, aku diam sebab aku tertipu. HAHAHA.


and satu hari tu, kitorang balik kampung. atuk aku bawak aku pegi berubat and lepas tu balik Shah Alam, eosk tu..aku lah orang paling tak sabar nak tunggu sekolah buka. kah3333. haih. sampai sekarang aku kena bahan pasal tadika. orang yang paling suka usik aku, of kos la ayah and apak aku. malu betul kalau dah ramai-ramai berkumpul kat kampung dengan kezen-kezen semua, pastu bukak cerita lama. haisyyyyy. :D


p/s : kenangan paling best, masa tadika 6 tahun, tadika aku ada swimming pool bentuk turtle :)

Tuesday 3 January 2012

Aku Dan Rokok

cigarette.


hidup aku dengan rokok? bila aku mula berjinak ? macam mana start jadi heavy? lu silap bro. aku bukan smoker. aku tak berding. tapi aku adalah second smoker. aku duduk di kalangan mereka yang berasap. kalau pergi mapley, kiri-kanan, depan-belakang di kelilingi jejaka-jejaki yang rata-rata kat celahan bibirnya ada sebatang kertas yang digulung berisi tembakau.


rokok.


aku kadang-kadang rasa pelik dengan perempuan, maaf pembetulan. gadis. aku rasa pelik dengan gadis-gadis yang sangat benci dengan para smoker ini. Most of them pandang seorang perokok tu banduan yang terlepas dari jail. macam dorang tu seorang perogol yang tengah counting masa untuk ngap! kau. Kemon la. dorang bukan jahat. 


berd.


HARAM? hukumnya haram? aku tak berani nak komen lebih-lebih. Sebab orang yang tak bapa nak alim macam aku ni membolehkan aku mencari musuh. haha. bagi aku lah kan..berapa banyak pun iklan, berapa banyak pun ceramah, warning, buku ilmiah bagai.. korang ingat dorang ni senang-senang ke nak berhenti? kena ada THE BEST REASON ever tau tak! kau hadiahkanlah dorang ni Niquitin selori pun, belum tentu dorang stop macam tu je. trust me. :) dan kebanyakan lelaki aku kenal..yang dulunya heavy smoker smoking berding ni ..stop because of :- " aku stop sebab dia tak suka lelaki smoke." gila power penangan minah tu. haha.


smoke.


mesti korang rasa aku ni back up smokers kan? of course la.. orang-orang kesayangan aku mostly smoke okay.  ayah, atuk, uncles, cousins semua perokok tegar. Dari kecik aku dah main dengan kotak rokok, siap reka jadi kereta mainan. until now, my boifrensssssss ( see betapa ramainya boy aku )..mostly smoker. cakap je jenama apa? nak beli kat mana? apa yang sedap? small the fishes laa..Luffman, John, Nusantara, Winston, Surya, Marlboro, Mild Seven, Pall Mall, Kent, Dunhill and macam-macam lagi la. tapi kalau aku mintak nak sekali sedut je pun (SATU JE PUNN )..dah tunjuk penumbuk beserta jelingan maut. perghh. sentap siot! haha. marah? dorang tak marah. tapi caring. kan guys ?? =D


asap.


all those..aku tak kisah dengan perokok sebab itu hak dorang. itu life dorang. its like nyawa you know. kalau ditawarkan motor 125 tapi kena stop smoking.. aku rasa dorang rela lepaskan 125 tu. haha. lepas makan, kena sebatang. masa nak drive, kena sebatang. bila nak stay up, kena sebatang. bila jiwa kacau, kena sebatang. the last choice, kalau takde rokok, dorang kena mengunyah. anything snacks :)




guys..orang yang merokok ni tak jahat. janganlah nak diskriminasi dorang sangat. why dont you put yourself in their shoes, then..feel the surrounding. :) biarkan dorang stop dengan rela, jangan paksa. 




p/s : its just selingan tulus ikhlas di dinihari. :)

Sunday 1 January 2012

Sekuntum Sajak Untuk Januari

it was a short and sweet moment. 
bila kita bercanda dan bergurau senda
dan tatkala itu..aku berkata sesuatu...


"guys, aku rasa nak bersajak tiba-tiba.."
" sukahati la kill, kau dah besor..."


here, it goes..( aku terautomatik mengarang tanpa paksa )


kalau aku bulan, kau bintangnya
kalau aku rimba, kau unggasnya
kalau aku langit, kau awannya
kalau aku siang, kau malamnya


"tapi kill, kalau aku syurga?"


kalau aku syurga, kau nerakanya.


HAHA. nice jokes LOL. the sunset are too beautiful from the platform. aku terpukau padanya sejak pertama kali ku jejakkan kaki. sepertinya aku jatuh cinta pandang pertama. smoothly. :)




:)




p/s : just a simple pyjamas party watching Head Over Heels :)

Assalamualaikum 2012

jujur aku cakap. kenapa malam terakhir 2011 tadi aku tak sedap hati? aku rasa berat hati gila. gelisah, risau. aku tak tau kenapa. tak teruja langsung nak tengok bunga api ke layan movie ke. rasa dull. mula-mula nak ignore. tapi tak boleh. perasaan tu sampai sekarang. dah 1.23 pagi 1 Januari 2012. masih terasa. 


cakap pasal tahun baru. sebenarnye since before-before ni aku tak pernah pasang azam tahun baru. tapi untuk kali ni, aku dah pasang niat dan tekad. :)


1- nak fulltime kan unit-unit and credit yang tak habis lagi.
2- cuba untuk mencari masa untuk kerap pulang jumpa family
3- mencari ilmu-ilmu sampingan :)
4- try untuk jadi lebih 'baik' dan suci. 
5- nak explore tempat orang, negeri orang. *family dah kasi greenlight!
6- rajin bekerja & take chances in everything
7- more independent and valuable.
8- lebih menjaga kesihatan (in food and lifestyle :p )
9- upupupgrade mypointer
10- bersangka baik dan ramah dengan semua orang ( most important )


kenapa dengan azam no 10 aku? lately aku rasa aku macam dah banyak mengabaikan orang sekeliling aku. i am not being snobbish but actualy , aku tak tau nak get along dengan korang except korang start dulu. tak percaya? tanya classmates and member2 aku. mula-mula je nampak sombong n bonzer. tapi lepas tu..i can be you besfren dear. :) aku senang selesa dengan semua orang. It is FACT.


ok. I already miss you 2011. really really miss you. i just dont know why.


p/s : please approach me guys. i'll give you my blinking eyes then. ;D