Wednesday 25 January 2012

Budak Kampung Celop

perkara-perkara di bawah membuktikan bahawa aku ni budak kampung celup = budak bandar baru nak berjinak-jinak jadi gadis desa. ceh. insiden2 hari ini :-


( scene 1 )
tatkala aku tengah termenung kat tangga jamban. ada 3 ekor ayam jantan gebu datang mengokok depan aku.


+ haih, ada jugak yang kena sembelih buat ayam golek ni kang!
- yang along dengki sangat dengan ayam2 tu kenapa?
+ dorang ni memekak la bu!
- kau je yang tak biasa dengar. ada  keayam tu dikata memekak.
+ okay fine. :(




( scene 2 )
aku nampak ada 5 tangkai panjang buah bulat2 atas meja.


+ eeee. comelnye langsat ni!!
- bukan langsat la. rambai..
+ langsat la tuk.
- ish budak ni. atuk yang pegi ambik kat kebun tadi.
+ oh yeke.. hehe. sory22. along makan ek?
- makan la. sedap. telan je biji2 tu sekali. kulit tu buleh buek masak gulai.
+ ehh, mane boleh. nanti tumbuh pokok dalam perut! hakhak2.
- ada jugak nak kena sekeh kepala ni kang.
+ apesal along tak penah makan bende ni?
- dah along tu je kuno sangat.


hamek kau. sekali kena kuno dengan atuk aku. and kalau duduk rumah ni, dah sah sah aku jadi orang paling noob sekali. asik kena usik je dengan atuk punya teki teki. :(


+ along tau tak, benih rambai ni datang dari thailand je?
- yeke? seyes ah tuk. takkan takde kat tempat lain kot.
+ betul la. cuba carik kat mano2. takdo pun.
- iye ke ni?? ke atuk nak kencing along je ni.
+ hahahaha. betul lah. TAIKLAND. kat buah ni kita telan dengan biji sekali. keluar pun ikut taik la.
- kan along dah kata!! atuk ni..bencilah. suka kenakan along. :((


atok dengan nenek gelak tak hengak dunia bila bab nak kenakan aku.haihhhh.

No comments: