Sunday 30 October 2011

Bila lelaki dapat calon isteri

how's your weekend? nice? haha. aku punya biasa je. nothing 'bombastik' like before sebab midsem + submit week tengah menggila. tapi aku tak buat apa pun lagi. dari hari jumaat sampai sabtu duk pulun OR lecture notes and buku tebal tu (Operational Research). then, bila aku dah tepu.. i got a call from my mom.


+ along, malam ni balik lah umah apak. atuk nenek tido sana.
- hurm. malas lah. nanti along tak buat keje.
+ takkan tak balik. kejap pun jadilah. ajak kawan.
- kawan tade. sorang je ni. ok fine org balik.


zoom. balik semenyih. stuck dalam jam nak dekat sejam lebih. Kajang..you know lah macam mana. lagi-lagi weekend. sampai rumah dah maghrib. borak2 sikit dengan nenek atuk. guess what. kurnag asam punya bapak sedara. pantang nampak muka aku pegi gelak tak berhenti. ni sumer pasal new haircut. huh. apedehal. 


then, helping my mak su kat dapur sambil gosip2 liar sambil tunggu nenek and atuk KL sampai (besan nenek aka parents mak su ). lepak lepak sambil tengok bola then chow balik UKM. sian boboy-boboy lapar sebab baby gurl dia aku bawak balik semenyih. sorry sorry. untuk menebus masalah teknikal yang tu. hamek. pick up ijad n jepa kt zaaba, pick up aten kt kkm, pick up apau kat kajai.. then, pegi carik kedai. buat kenduri . haha.


lepas makan pegi jenjalan kt putrajaya. konon nak lepak precint 9. fevret food court. tapi tutup pulak. then, heading to mamak dekat situ. order air segelas. sambil baca paper + tgk tv + bukak cerita. tang bukak cerita tu yang best.


Jepa's 


+ mak aku balik solat terawikh..pastu cakap kat aku..
- ngah. tadi mak jumpa kawan mak. anak dia sebaya dengan angah.. pandai, lawa.............(bla3). kan best kalau dapat jadi menantu.


HAHAHAHAHAHAH. sumpah lawak gila abang jep. masing-masing pecah perut gelakkan dia. lepas tu sorang lagi.


Apau's


+ hari raya hari tu, dia pegi beraya rumah sedara. then, dia nak mintak diri la tapi entah camne..abah dia masuk line
- yang ni, 2 tahun lepas konvo.kawin.


WAKAKAKAKAKKA. sumpah la sekor lagi buat lawak. mana tak nya weyy.. ni semua muka-muka legend. kawen awal ouh.. tak dapat bayang. lagi2 dorang pegi tambah scene Apau kawin paksa. siap berlakon tuh.


malam pertama.


apau tertunduk malu kat hujung katil.zrett. bunyi pintu terkuak. bini dia masuk.bini dia cakap:
- abang, jangan hisap rokok lagi.
- abang, stop main dota.


and bla bla bla.. haha


guess what apa apau cakap?


KALAU GAJI DIA LEBIH 10-12K DARI AKU, BARU AKU IKUT.  wakakaka


+ gila pau. silap- silap balik cuti midsem ni kawin terus.
- ah. silap2. aku balik cuti midsem ni dah ada anak 2 terus.
+ gila ah pauuu. cekang habis!
- kawin dengan janda anak dua. memang lee.
+ hahahaha. baik cari janda berhias pau. dah ade anak buat ape.


gila budak budak ni. hahaha.




p/s : aku happy sangat untuk minggu ni. happy gila :D

Thursday 27 October 2011

Movie : Dont Be Afraid Of The Dark

 mula-mula sumpah taknak pegi. sedang gigih bertungkus-lumus menyiapkan Statistics yang sedikit bangang. gila susah. (how come aku boleh jadi statistics student ni? =.=') and maaf to few people dengan ayat tak bape nak sedap aku bagi kat korang. *hantu stats yang dah bomohkan aku. and akhirnya, selepas tensen and sakit hati....


+ korang tgk citer ape? klo best aku folo.
- citer hantu. jom ah.
+ hurm. bleh ah.


korang tau. ni fes time aku tengok citer hantu. bak kata kamilkamil: " aku ni segan sikit dengan hantu". haha. nice kan? dorang datang pick up aku on the spot. then, gi makan dulu kt BBB. and terus gerak awal. sebab aku sekor je lagi tade tiket. 


sumpah banyak kali aku tergamang dalam cinema. citer tu tak seram tapi dia ada part yang kasi aku terkejut kaw kaw punya. gila kejam. dah la dua baris je spectators. cinema lengang kot. baris C n D je ade orang. wakakakaka. kitorang, Geng Kutu Rayau UKM aka The Kuturians sumer pi tengok cuma dua orang je tak pi. memenuhkan seat C dari hujung ke hujung. hamek. terjerit. hadoihh.. turun saham aku.


ranking aku bagi? hurmm. 3 Star sudah la. sebab aku rasa tak bape nak best sgt. biasa je jalan cerita dia. so, jangan tengok okay!


  THE POSTER

NI MAKAN DIA!! : menatang ni lah pedajal or dalang dalam muvi ni. sumpah buruk.


ok. have a nice day.

Wednesday 26 October 2011

Diwali Day

kelas hari selasa just pukul 8-10pg. dah la bangun pukul 8 .itu pun sebab adin call. kalau tak konfom semua aku tak pegi. yelah malam tu dengan gigih study beramai2 dekat cafe zubba. dah la aku sorang sesat budak fst. apedehal. kami satu malaysia.lama lama aku rasa macam aku dah murtad fst. kah3. pukul 9 aku chow pegi fssk. ada oral Accom. mmg settle cepat gila. pukul 10 pagi dah habis semua. start motor. balik bilik tido! haha.


pukul 6. after abang Duo J : Jad and Jep habis kelas and exam. depa dua kutip aku dengan aten pegi melantak dekat Al Faris. ini kali kedua untuk dorang pegi melepak Faris pada hari yang sama. stuck kt situ smpi maghrib and decide redah je hujan lebat tu. balik bilik tido lagi. what happen dekat wall The Kutus?


+ nak pegi mana cuti?
- malam raya kot, mabuk-mabuk ah.
+ penang jom
- kau gila!


aku memang tak heran lah kalau muka kitorang terpacak kat Penang. tapi alkisah nya ada problem sikit antara Geng Kutu-kutu raya yang genius ni.. kitorang keluar bertiga je after pegi makan kat Faris utk kali ketiga baut dorang. haha.kami hantar Abang Jep balik KIZ. then, kami keluar from UKM. pegi mana? we dont know. last2.. pegi tengok rumah aku kejap kat Klang. jalan-jalan pegi tengok sekolah sebab rindu. tunjuk jalan pi kat tempat Altantuya mati kena bom. Jirat cina. wakakakka. memang merepek pukul 4 pagi kot. merepek gila.


then, balik bangi. pegi lepak kedai murtabak singapore dulu kt ss 15. lepas tu balik UKM. tido. =.=


buat penat aku tanya Abang Zul and Nunu. WAKAKAKKA.

Trip Gila : Exploring Pahang Darul Makmur

maybe the date dah basi , dah jadi tempoyak, dah jadi yogurt masam. tapi aku nak buat jugak entry.


21 October 2011


around 8 am. aku dapat call dari ibu telling me that my onyen dah meninggal dunia. sumpah aku tengah mamai gila babeng. aku sambung tido balik n terjaga bila teringat aku ada kelas kul 10. siap2 sume pegi kt cafe amek baju kolej n sukem. then, berfikir dengan begitu lama. "should i hurry back hometown?"ayah kata, kalau tak boleh tak payah balik. n you know what. aku tak balik pun. badan terasa letih tengah hari tu. takde mood nak makan bagai.folo aten balik rumah kat bangi amek buku2 and barang.


Pukul 2.30 dah rushing pegi Stadium UKM. Olahraga day. im taking part on Lontar Peluru and Lempar Cakera. hujan lebat sial. sumpah lebat gila. dengan laparnya lagi. then, bila announcer cakap game tunda..aku roger aten and ijad, dorg datang pick up and rempit to mcD. sumpah lapar! my game pukul 7 baru start. main dalm hujan. and alhamdulillah. Emas for Cakera and Perak for Peluru. balik bilik. tak sempat rest pun. mandi2 and a little bit of problem. " ok jom keluar makan. korang decide. biar aku jadi khadam malam ni." for friends, i never feel tired even my energy is -0.0001%. sebab.... aku sayang dorang.


makan dekat kedai kerusi terbang heading to putrajaya. pukul 1 pagi.


+ nak pi mana pasni?
- entah.
+ pilih la. aku tak kisah. aku bawak je.
- langkawi jom? beli rokok banyak2 lepas tu balik.
+ what the fuck. teluk cempedak jom.
- serius lah?
+ aku penah ke main2 bende ni?


and here we are. pegi topup touch n go, top up minyak smpi full tank. balik ukm tukar baju and barang sikit. pegi cheras pick up tengku. then, Pahang, here we come. Bangi- Kuantan : 3-4 hours. sampai teluk cempedak dah subuh. tapi duduk 5 minit je itu pun dalam kete. memang madefaker. haha. tukar driver. im taking the seat. heading to UMP-Pekan. jumpa dengan najwa shariff, bff aten. lawatan sambil belajar kat UMP. nice gila. dia masak nasi briyani. pegi makan dekat Riverfront, tepi Sungai Pahang yang gila babeng besar tu. makan makan. lepak lepak. then, hantar najwa balik UMP. and guess what kitorang jumpa JALAN TEGAK. haha


hujan masih renyai and sometimes lebat. Now we're heading to Lanchang. rumah boboy. sangat jauh okay. gerak dari Pekan pukul 11am. sampai Lanchang pukul 2.30. pegi drive thru cuci kereta kat Temerloh dulu. Ijad bawak kami jalan-jalan tempat dia ronggeng zaman sekolah semua. then, hantar Tengku dekat rumah Ibu dulu. Ibu is ibu saudara Ijad. but kami pun dah terbiasa panggil Ibu. so sweet.haha. then,  pick up Ibu dengan Liyana balik rumah. see. ada Mummy je. Daddy keje dekat Jerantut. while Ijad pegi membuta dekat bilik. kami duk borak sakan lah mengumpat dia. Mummy bukak stories pasal dia time kecik2 dengan ablong daus, abngah naim, tengku semua. haha. Ijad warning Mummy jangan mengumpat pasal dia. wth. :)


lunch.okay lunch jadahnya pukul 4 ptg. thank you Ibu and Mummy masak lauk banyak sangat. kami ni tak reti makan banyak lauk. haha. after Lunch. around pukul 5, kejut Ijad. Mummy bawak kitorang jenjalan gi rumah Wan (nenek Ijad). makan lagi kat situ. padahal tiga-tiga ekor ni dah mengantuk gila babeng. ye lah. kitorang cakap kitorang dari Bangi. saje teman Ijad balik Pahang. haha. sorry. lepas tu turunkan depa kt umah. Ijad bawak kitorang pusing2 pekan Lanchang. its just a small town but nice. ada jambatan gantung, ada gajah sanctuary, ada sungai. best gila! kampung habis!


and we're heading back to Bangi lepas maghrib. Daddy merajuk sebab Ijad tak tunggu dia balik. Daddy beriya suruh kitorang tido sana and balik subuh Ahad. tapi Ijad degil. habislah. haha. sampai Bangi pukul  10 lebih. and dumm. terus tido.


its very gila and nice and tiring adventure unplan trip you know. haha

Sunday 23 October 2011

Announcement Gedik

hallo hallo. one two three..testing testing..okay. tuning cun. ehhem ehhem.


Dengan ini, setelah diperkenankan oleh duli yang maha mulia majlis Raja-Raja (teringat kat Tengku), saya mengisytiharkan bahawa..




GENG KUTU RAYAU SEMUA DAH TEBAS KEPALA



sekor muka nobita
sekor muka haron aziz
sekor muka adira
sekor muka emma watson


kah3.


p/s : lamanya tak hupdate eh. busy busy.:)

Aku tau dia sayang aku :)


Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.

Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia takut kepala aku sakit.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu la pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.


Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh, 
biar aku lawan untuk jodoh ini!"

Sunday 16 October 2011

Lega :)

i dont mind if ada yang terasa dengan status-status aku. aku buat dia genre 'U' . tapi kalau ada yang terasa..baguslah. aku tak payah nak confront. sebab aku tak reti nak confront n tanya + pujuk ni. ingat senang ke. lagi2 lelaki. haihhhhh.


one day, kami tak tau nak pi mana. kami pi putra.precint 9 sebab aku teringin nak makan roti john yang sedap kat food court cantik tu. best lepak situ malam-malam. even jauh sikit kalau nak pergi. kalau tak biasa gi putrajaya konfom sesat!. then, malam tu kami lepak memang lama gila kat situ. makan untuk 5 orang punya. Mee udang + mee sizzling + keropok lekor + roti john putrajaya + teh o ais 3. haha. Orang kata, kalau nak pi keluar makan tu, bawak lelaki, sorang pun jadilah. Jadi tukang penghabis makanan. hahaha.


So, bagai pucuk dicita ulam mencanak datang, memang hari tu kitorang keluar date dengan boyfren aka my boss. Aku dengan aten lahap lahap sebab satu hari tak makan. n ada baki.. apa lagi semua tolak kat depan dia. haha. Dia steady je makan slow slow. tapi air make sure kena ada teh o ais n air kosong. semua licin. Aku teringat kat alang, kalau kitorang keluar pi makan dengan dia, semua sayur + cili + bawang + nasi tak habis, hulur je kat dia.dont worry mesti tak rugi. " Korang ingat alang ni tong sampah ke?" haha. sorry alang. u manage it :)


And that nite, kitorang luah semua. Luah apa yang dah berbulan-bulan kitorang rahsiakan. Sebab tak nak berlaku 'perpisahan' but based on apa yang kitorang nampak. Things goes wrong. So, kitorang cerita semua. semuaaaaaaaaaa. aku dah lega. payah nak berahsia2 ni. tapi fikir member kan. tenkiu sebab mengerti :)

FORGET THE SPAM THINGS, MORE GOODS TO THINK
-atef-

p/s : bersyukur having more friends now. thanks sebab tolong macam2 korang korang korang semua. haha. dah tak serabut dah. 

Wednesday 12 October 2011

5th Week. Punch Bag mana?

 this is my first time sejak keluar sekolah, yang aku rasa sesak sangat. last rasa macam ni when it was a month just before sitting my SPM paper. lepas tu, sumpah aku tak pernah rasa terbeban.ko kasi lah aku keje menimbun camne pun. aku boleh rileks gelak2, skip kelas..jalan2, balik rumah bagai. but this sem. my 2nd year i degree. PERTAMA KALI beb! balik kuliah etika aku rasa macam kat bahu ni ni berat. kepala macam ada banyak benda bergantung-gantung, bergayut sana sini.


frankly, aku jenis yang sangat tersusun. aku memang serabut sikit tengok bende tak ikut position ni. even bende tu bukan keje aku, bukan aku punya, tuan punya tu pun tak suruh, aku dengan rela hati, automatik..aku akan susun n kemaskan. i dont know why. i just cant. itu baru barang2. now, i want to talk about works.


Undone matters :


Statistics 2        : Assignment n Sem Project. (programming)
KMK                 : Jurnal n Project.
Num. Methods  : Tutorial, Assignment, Project (programming)
Etika Sc. Tech  : Jurnal n Essei Phiilipine (scrap)
Accom 1          : Article, Discussion, Project ( the most damn i hate)
Ope. Rersearch: Assignment n Project. (programming)


what the hell. nampak macam senang. orang maybe kata " alah, standard lah kata budak u". damn. kau sedap cakap ikut lubang mulut, tapi kau ada rasa subject2 maut yang aku amek ni? ada? takde kan? better you shut up and blah.


im struggling those. tapi aku bukanlah manusia yang kuat bekerja. aku on je nak lepak bagai..but i paling benci..bila aku tengah rileks n blah dari bende2 alah ni.tetiba ada orang tanya.. "eh, kau dah siap?" oh damnnnn. memang aku rasa nak off fon terus.




p/s : aku tak tau nak luah kat sapa. but dear readers. thank you. n i appreciate if u tak back talking.

Monday 10 October 2011

Mr Wallpaper :)

gedik sikit. ehhemm. sukati korang lah nak cakap apa. tapi since first met aku dengan dia ni. ohhoiii. hati sejuk wehh. lagi sejuk dari mamat yang sorang tu. ahahaha. well. gedik gedik punya pasal.. dia jadi wallpaper laptop aku  :)


 right one <3
 wallpaper :)
fes time aku cair time pandang pertama kat kedai photostate kkm

nama tak tau.yg tau dia budak kkm. budak pure maths. satu pusat. yee :D

CAYAQ WEYH!!

P.S: dia ni duk blok 9 ke 8 eh? hahaha. hensem kan? sejuk hati limpa jantung weh.

Happy Birthday Nur Aqilah Syazwani :)

1 Oktober 2011. even dah lewat seminggu. rabak basi entry aku. hahaha. pedulik ah. its an appreciation to mereka2 yang celebrate my birthday. aku tak kesah pun tak celebrate. dah biasa. saja nak gedik pau orang JPA tuuu.. :) thank you awak, awak,awak..










1) thank you salwa ismail, nurina act, addin na diena for the err escaping from quizzes? haha
2) thank you kak fizah for the beijing's present :)

3) thank you for the lepaking.


THANK YOU FOR THE WISHES GUYS

P/S : tiap2 tahun aku dapat mcD dari wa. haha. next year pun tau!

Sunday 9 October 2011

Trip Gila : Round Melaka n Negeri Sembilan in one night.

7 Oktober 2011. Jumaat.


kami duk pulun buat keje. aten kena submit coding subject dia before 12am. aku pulak even due time dia ahad malam, tapi aku pun nak submit malam ni. lepas tu berkurang lah keje aku. so..pulun punya pulun, dengan tak makan nya, gastrik datang menggila campur migrain, buat jugak keje KMK tu n finally after few minutes past 12am, aku pun siap. aten pun dah submit. Aten, jom makan! laporrr. so, kitorang pukul baru nak dinner pukul 12.30 tu. kat pulau mutiara. cepat siap. haha. lepak2, then saje je la nak tanya Ijad kat mana. cara dia cakap kt aten tu macam nak ajak lepak.


+ apa plan malam ni der?
- tak de plan. tak tau lagi.
+ dtg la dulu kutip kitorang kt kkm ,the baru decide.


tup2, dah sampai aje mamat tu dengan kawan cheras dia, Tengku. aku before tu mmg dah nak collapse sebab lambat makan n migrain. tapi dah siap makan ubat ape-nama entah before ijad sampai. aku plan nak tdo la kat belakang nanti. sekali, Ijad suh drive. takpe ah. aku rasa better sikit. 


mula2 gi carik carik bank kt Unikeb tapi tutup. pegi la SS16, beli asam, beli luffman,tuang minyak bagai..gerak. tapi tak tau ke mana.


+ nak gi mana ni gila?
- entah, sukati korang lah.
+ aku bawak je.korang decide ah.
- tadi kata nak gi KLIA.
+ KLIA ada apa gilaa??
- lepak ah.


then, semua blur. tak tau nak gi mana. sampai kat roundabout...


+ jad, gi PD nak?
- aku okay je. jom ah.
+ pi Queensbay lah..
- ko seyes ah aten, aku bawak je ni..
+ oiii. tak leh2. esok kang balik bila.. 
- tua pun.. gi PD je lah nak?
+ lepak Bandar Hilir pun okay kan?
- tak kisah la..tapi selatan. jom!


keluar highway..heading to Selatan. dalam kereta memekak gila babeng. karok tahap tak hengat dunia. kepala aku pun dah baikk je kan sebab nak gi berjalan. untung keje dah siap. 


Tol Seremban/PD - Highway PD - PD.


dalam satu jam setengah. sampai le akt pantai. pukul 3 pagi. pusing2 dari hujung dunia ke hujung dunia. last2 lepak kat batu 11 je. yang ada wifi free tu. tengok langit dah siap petir2 bagai. arghhh heaven gilaaa!! ijad dengan tengku lepak dulu kat beting pasir. aku dengan aten dah serang air laut dah. main2 semua. then, join dorang lepak. dah lama sikit, Tengku pegi amek gitar kat kete. buat basking entah-pape kat situ. dengan lupa chord bagai. haha. lagu dangdut weh!! buat gila..main pasir. buat kek la..tanam2 la. main baling2 pasir la.. 


+ haih, cam bebudak la ko ngn aten ni.
- eleh, kau tu pun sama..
+ amende lah ten oii. aku rileks je..
- cer ko join Tengku main buat kek2 tu. haha


last2, aku dapat sapuan foundation pasir pantai dari Ijad. ohh damn!! hamek.. penampor aku kasi. haha. Tengku pulak memang mintak kena kejar lah dengan Aten, dia pi baling pasir kat minah tu. anginnnn!! haha. sampai Subuh la duduk kat situ. lepas tu gerak dah.kaki Ijad dah sejuk.


+ nak gi mana pulak ni? balik ukm?
- sukatilah. entah, Ijad, Teng?
+ mana2 lah kill, ikut suka ko lah. dah besar kan?
- aku on je. ni kete kau.
+ kete je aku. tapi ko yang bawak. haha
- mana ni nk pi la gilaaa??
+ tegak je ..tegak tegak..
- Bandar Hilir la kill.


wokeh..86km to go. Bandar Hilir,Melaka. hamek kau. dedor tak dedor punya jalan. masuk jalan kampung siap pusing satu Melaka lah. haha. Aten dengan Tengku dah hanyut mimpi. Ijad poyo nak cover ngntuk. pegi karok saja nak kasi bebudak ni bangun. haihhh.. bising! padan muka kena marah dengan aten. boleh pulak nak paksa2 orang makan jambu masam tu. " aku dah makan banyak , korang kena makan jugak. kalau aku cirit, kornag pun kena cirit. baru fair!" kepala hangguk diaaaaaaaaaa.


Tepat kul 8 pagi. kitorang sampai Melaka. dari PD. PD is not Melaka territory ye sayang. Port Dickson tu under Negeri Sembilan. so, tersangatlah jauh nak ke Melaka. Sejam lebih! kitorang gi lepak Pantai Klebang dulu. cuci mata, tgk orang mancing,usha awek jogging. wakakakaka. siap tido2 dulu. very naughty man lah dorang. aku paling2 pun suitttt je kat awek2 tu.


Masuk Bandaraya..tak tau nak gi mana. carik jamban dulu. bapak beku. kantung2 semua dah penuh. pegi toilet awam, kunci, pegi McD tak reti nak carik jamban. paling lawak carik kat Petronas. PEhhh..gila senak perut tahan gelak, hahha. fes time jumpa stesen minyak asing2 weh! HAHAHAHAH. siap masuk belakang kedai cina mana entah.. memang pusing2 bandar melaka. last2..gi kat A Famosa tu. amek gambar dengan muka nampak gila la sembap bangun tido + tak mandi. haha. kitorang lepak lama kat Bangunan Pengisytiharan Merdeka tu. posing gila entah pape. kiranya ni Unplan Holiday. lepas tu terus balik.


Aku tengah gigih carik signboard highway sampai kt Ayer Keroh ..tiba2 senyap. pusing2..lahhhh.. semua dah flat. aku sekor la ni?? ijad dah siap lading baik punya kat aten. haha. rugi aku tak de camera. nak capai henfon dorang tak sampai. tak pelah. aku gerak sekor2 lah. melalak kasi jangan boring. 120-130 jugak lah taram kete budak ni. dengan touch n go aku tinggal bapa hinggit,lupa nak refill. aku tembus jalan balik umah. bawak dorang masuk jalan kampung. 


Ayer Keroh- Pedas/Linggi- Senawang-Lekas-Kajang


sampai kat Seremban, barulah ada yang terjaga. matahari dah terpacak. jam dah pukul 10. memang hangit la masing2. haha.aku tak ngantuk. aku sendiri heran. tak ngantuk langsung! sampai kt Kajang, kitorang u-turn balik masuk higway nak hantar si Tengku balik hostel kat Cheras. jenjalan lagi. lepas tu baru balik Bangi. terus brekfes + lunch kat Nasi Kukus. mmg kebulr habislah. korang bayangkan..round satu Melaka + PD tanpa makan n minum. haha. Destinasi Budjet. bawak bape hinggit je. kasi lepas minyak n tol.


balik2. terus buat carwash n motorwash. tengah rajin. ekceli aku taknak tido..kang syahid tak ingat nak gi tengok boyfren sorang lagi, si Apau rugby Kajang 10side. pukul 5 kitorang gerak pi tengok. peh. seb bek dapat satu try 5-0. happy lah mamat tu. syukur kitorang sempat datang tengok. risau aku. lepas tu,,jalan2 ukm gedikk sangat. haha. pusing zaaba ,jumpa member aten budak uum. lepak jap. pastu baru balik.


its very gila unplan punya holiday. memang gila. ingat nak lepak Putrajaya je. hamek kau. jumpa pantai. at least dah tertunai yang aten nak. aku dah bawak. cuma Teluk Cempedak dengan Queensbay,ko plan ah dengan Ijad. wakakakaka.


 Tengku
 panas bontot derrrrr.haha
 MRMB's baby princess -PANTAI Klebang-
 ahah.kau pose dgn awek jambu la gila. haha
 in front of Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan 
 PD
 created by my leg yo..tertinggal 'E'

aku suka gambar ni. nmpk gugirl. kah3.


p/s : what a wonderful friends i have. thank you. i love you guys. :D

Friday 7 October 2011

A Price of a Friendship

we didnt ask a pay when you are busy ,man
we never pay when you are hungry ,man
but 
you make us have to pay when you are crying, man


my love, her love, his love towards you never meet the end
my laugh, her smile, his touch towards you always left a soul ,man
my thought, her thought, his thought never forget bout you, man
but
we dont know how are you when you far away,man


we are always standing there
we are always waiting there
we are always watching there
for you to grab us, 
burst out your feeling,man


what we want you to know
we always love you.


p/s : he said, "price tag by jessie jay..is our theme song der.always."

Thursday 6 October 2011

Gitar : Bukit Ampang

lepas balik dari Fac, aku gi cafe jap. ingat nak singgah H-Mart. tapi jajan mentos yang aku carik tu tade. then, aku nampak aten duk study dengan jepa n kamil. tak pe ah. aku tanya nak nasi tak, sume kata dah kenyang. last2, roger "sayang" yang kat Zaaba tu. sebab time2 tawadu' camni memang dia laporrr even badan dia 5 kali ganda lagi kecik dari aku. then, aku delivery lah ke Zaaba. time tu dah kul 11.30 kot.


then, aten ajak gi McD tapi tak konfom lagi. tapi roger ah klo pape. tup tup. aku masuk bilik, 'Syg' naik chat.
dia tanya esok kelas kul bapa. ni mesti sumthing goes wrong somewhere ni. aku cakap la..klo nak teman keluar boleh je.. on the spot. dia datang KKM. roger aten,roger Jepa (semuanya tak diplan langsung). kami terbang le keluar dari UKM. tepat kul 1 pg. pikir2. dah tak tau nk g mana. Penang Bridge or pantai . here we are, Bukit Ampang.


then, sampai sana, ijad ajar aten, jepa ajar aku. boleh la sikit2 dah main base. setakat ni baru tau 5 note je la. haha.( itu pun FGABCDE je). duk la nak main band bagai. padahal kitorang baru usik gitar malam ni. haha. 





p/s :terharu ah abang jep kasi pinjam gitar weekend ni. haha. thank you abang jep, ijad syg, dear aten, ailebiu :D

Uploading Marathon Entries!

anyong. okay. aku terikut dek Nunu Cokelat Celop punya trademark kpop dia.. this is very short introduction entry. saje nak lentikkan kan jari before aku buat entry berduyun-duyun direct hari ni. sebab apa? sebab esok aku freeeeeeee. wakakaka. lect sakit masuk hospital. ohh heavennnn. :D


so, waits for my upcoming diary okay!


p/s : dah lame tak hupdate sebab quite busy dengan tutorial + project application, kuliah yang pack [kononnya]. why kononnya? read my upcoming stories hell yeah! gud bye. aku nak gi kelas stats yang sejam je ni.