Sunday, 18 September 2011

Riang ria Open House di rumah awek

Hari ni DUA kali aku dapat jemputan melantak kat rumah Fatin Aifaa aka Aten. memang save le duit makan aku hari ni. wakakaka. fes trip aku pi berdua dengan Apau je. motor asing le. kang awek dia marah! haha. yang lain takmo folo. tak pe ah. dah orang jemput kan. tambah2 makan free. rugi tolak! haha. around kul 3 kitorang gerak. aku pi Kajai jemput Apau. terus gerak pi umah kak long Aten kat Bandar Sri Putra. [ ekceli aku pening is it bandar sri putra or putra mahkota?] tak kisah la janji jumpa rumah.


Apau takyah citer la. pemalu tahap gaban! masa kat fb jenuh la kan cakap pukul 3 tu lambat. dah lapor bagai. aku pun roger ah aten yang si Apau ni dah kebulur. sekali bila dah masuk rumah, mak aiiiii.. air pun nak suruh aku amekkan. padahal depan mata kot. MENANTU MITHALI... nak bert pun malu2 anjing. punyalah tuan rumah dah bagi permission. kah3. last2..semua bende aku yang kena. "Esok kita citer." ngeng Pau! kitorang gerak balik around kul 5.30 camtu. langit memang dah macam pulut hitam kat ketupat palas tu la. haha. alih2..laju tak laju. memang full throttle. motor bergegar.lumba dengan waja dekat highway. apau pun steady habis rempit sebab tanak kasi basah. tapi kena jugak.


elok je aku park motor, masuk bilik..berbunyi2 henfon aku.


Aten : beb, mlm t ko, pau,alang ready. dtg umah aku lagi..aney ambk.
Ijad  : malam ni aku amek ko,kte pi umah aten.


oriteeeeeee! memang jimatlah kan aku punya money money. HAHA.


aku pun tunggu punya tunggu. Ijad kat Sunway lagi, umah oblong. tadi Pau kata kat Lanchang. haih, gigih gila mamat ni test kete baru. pukul 8..pukul 9. aku dah start lapor balik. gastrik dah datang bagai.tapi ijad stil tak text bagitau nak gerak. aku pun memang malas gila nak siap kan. last2..aku tanya kat mana..dia boleh kata..


+ aku dah otw. siap ah. bagitau apau sekali.


jadah gila aneyyyyy! dah le cakap bila dah gerak. kalau aku tdo tadi? zzzz. kelam kabut aku nak mandi bagai. bajet dia punctual la. [sebab aku ni very sharp on time + punctual. so, dah terbiasa.]. haram. pukul 10 dia text aku. katanya tengah tunggu Apau siap. okay la aku rilex je la kan. tup tup..tunggu punya tunggu..10.20 dah. hai jadah gila. Apau make up pakai dress bagai ke? nak pi ronggeng umah Aten je pun. aku sabor lagi. tak pe takpe. tup tup. 


+ aku otw nak amek kau.
- pi kta blok tau. 14. kt burger. malas nak jalan jauh.
+ apau tau tak?
- tau kot.


aku pun bajet leee dorang tau. sekali..dapat call


+ kau kat mana der? aku dah sampai ni.
- mana? aku tak nampak pun?
+ kat pok gad.
- JADAH LA GILAAAA. dalam lagi.!


okay. aku tunggu. tapi tak sampai2. call Apau.


+ mana kill? kitorang kat foyer ni.
- mana? tade pun.
+ tengok le.


aku pun jalan2. aku bajet salah blok kat blok 12 la. sebab aku nampak Kancil kat situ. kan Ijad cakap kat Aten, dia pakai kancil secondhand aje. tak kisahla kan.janji dia boleh gerak. sekali penipuuuuuuuuuuu!! dah la salah blok. pi tunggu kat Blok 11. pastu naik kereta Viva baru!! jadahla. aku dah macam minah sewel carik kepala berpusing. kuang ajo!!


aku bajet kami bertiga je la. sekali pusing belakang..peh. penuh! ada lagi 2 manusia yang aku tak cam sangat. gelap. aku duk depan.ye ah. Queen kena duk depan. HAHAHA. masuk je..pehhhhhh. bau kedai bhai! bau plastik baru bukak. memang penipu kereta second! mula mula. masing2 senyap ah. Apau pun baik je. kereta sunyi. cakap macam berbisik2. last2, aku dah tak tahan..aku mulakan perbualan merepek. time tu Angah dengan Basiron [ aku petik je nama ni. haha] duk speaking pure pahang dah dengan ijad. aku pulak baru belajar basic2. so, paham pun sikit2. jaga kau jad! lepas ni..aku paham semua!!


Ijad drive memang pemandu berhemah. iye ah. dah lame tak drive kan. kejap2 ke tengah2. ke kiri balik..ke kanan. kalau dia amek lajak nak belok. mak aihhh..kena bergayut aku! main lipat sesukati dia ajaaa. bapa banyak kali kena tegur dengan Angah. even aku duk depan, aku try le jadi steady.even ada satu part tu..memang kalau lmbat brek..dummmm!! bercium la baby baru dengan baby honda kat depan tu. tak pe. aku rileks je lagi. faham2. masuk highway pun tak lari laju. kete baru kuar kedai kan. 80km/j je la.


sampai umah Aten around pukul 10 nak ke 11. borak2 dulu kat luar. dorang bert sebatang dua rokok dulu. aku masuk dengan Aten. tak lama tu baru dorang masuk.


- mana menantu kesayangan ni?
+ acik, ni Apau. menantu no 1. yang ni Ijad, menantu no 2 .yang lain2 tu nombor 3 dgn 4. HAHA


hamek kau. terpinga2 sekor2 masuk kena introduce jadi menantu. kah3. duduk pun berderet je macam mintak sedekah. haha. muka seposen + malu2 anjing. macam nak mengadap Mak Mentua. okay. memang pun. wakakakakaka. aku bukak majlis pi serang meja dulu. bak kata aten: " Ini rumah no 2 Kill. dia memang tak malu dah." hahaha. kan atennnnn? air pun la nak kena amek bagai. nak makan pun sampai berbuih kena jemput baru nak datang..padahal perut dah bunyi2. jadah sekor2!


trust me. sememangnya untung jadi orang terakhir datang open house. boleh licinkan makanan yang ada. haha.


- mee bandung
- nasi impit
- kuah kacang
- puding and cocktail
- oreo cheesecake
- ketupat palas


ohh ya. kami memang GENG TAK LAHAP SAYUR. so, semua sampah2 yang sepatutnya masuk dalam mee bandung tu. dah ignore. haha. Apau kenakan Ijad. Ijad kenakan Apau. baguslah. Angah dengan Basiron baik je. okay tipu. Angah sorang. Basiron pun naik tocang dah. muka sumpah macam Mael KKM! dengan rambut dia.haha semua jadi gila!!! padan muka sekor2 kena telan makan sampai habis. berapa kali tambah pun aku tak tau. for sure. pinggan memang berlambak. air? dah bape banyak kali refill dah. kata open house!


Aten bring out her DSLR. ahh. jadi gila lagi budak2 ni. bila part nak amek gambar.. suma tutup muka. cover dengan rambut. makan tunduk. ayu gila!!! the worse part, Ijad..boleh kan dia buat gaya mintak sedekah yang sangat tak bleh blah! hahaha. aku pun dah tak tahan la. and Basiron bleh pulak dia tiru gaya Zaid Geng Hensem punya style goyang remos. harammmmm!! haha


nak dekat 11.3+ kot. kitorang mintak diri. baby pun dah tido. family Aten pun konfom penat. aku sendiri dah letih. tapi kitorang tak balik lagi. lepak2 kat park kete. teman budak2 ni bert dulu. photoshoot sana sini. haha. bahan tu mesti ada la. around pukul 12 baru kitorang gerak balik. sebab Ijad nak balik Sunway dulu..lepas tu pegi Ayer Keroh, Melaka.amek kete satu lagi. 


dalam kereta..sekor2 macam haram. bingit! tak macam masa pergi. semua jadi nerd. senyap. duk suh Ijad buat drift dengan kereta baru. 


+ jad, teknik melongkang!!
- amek lajak jad. ni teknik devider, tarik handbrek cepat!
+ bleh ni jad. depan tu selekoh maut, bleh ready drift ni!


haha. gila la dorang. then,pegi Kajai dulu. stalk bilik Apau. hoyeahhh!! dah tau dah tau! kah3. lalu DG [Dewan Gemilang] and Ijad bukak cerita. "Kill, sini ada hantu bhai." what the hell. dah tengah malam la gila!! dorang nak stop bhai aku kat cafe. woiii. gelap la. hantar sampai blok ah. Ijad bukan tak nak..tapi dia takut nak masuk blok pompuan. baik sangat ikut arahan kolej tu buat apa. hari tu lelaki selamba je lepak lok tv pompuan.tade pape pun. HAHAA.


masa dah turunkan aku tu. sempat la buat lawak bodoh dengan Basiron. [why nama Basiron sangat banyak hari ni? haha]. dia sibuk suruh aku dengan Aten add dorang kat FB. 


+ nama sapa?
- long, kau panggil dia wani je.
* jadah la ijad!! aku kill.
- dia ni keli klaksen.
+ peh. keli klaksen! umur brape?
* 19 tahun. kau?
+ la, adik la ni.aku 24. dulu ex-student ukm. budak KTHO. kejut. dah grad.
* tipuuuuuuuu!!
+ betul la. jad, dia tak caya.
- betul la kil, budak KTHO.
* tak caye. tipuuuuuuuuuuuu jugak!
+ lah, memang lah tipu.haha
* HAMPEH.


haha. masa dorang nak gerak balik tu..sekali lagi macam haram


+ jalan baik2. nanti ada hantu. tak tau!
- banyak la kau!
+ dah dah. drive leklok. take care korang. thank you tau!


then, lenguh tangan aku. selagi kereta tak hilang, selagi nampak aku..selagi tu dorang babai macam kanak2 ribena tak cukup umur. HAHA. bak kata aten. " alololololololo..comelnye dorang." haha.





im the Queen. haha. y ijad nampak macam gurlish? haha
 new gf.curlassss gittew. i like dis pic.
awek ni la tuna rumahnya. thank you darl! haha

SEKIAN. AKU PENAT GELAK. HAHA

p/s : sorry le jad. aku tak berani nak test drive kete baru kau. terlalu baru! haha

Saturday, 17 September 2011

Kehidupan zaman riang ria. kau hado??

budak2 yang lahir pada tahun 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: -


1.  kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.


2.  kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


3.  RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....


4.  pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.


5.  main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!


6.  pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.


7.  cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
8.  bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.


9.  time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...


10. main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.


11. jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.


12. takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...


13. balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.


14. Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...


15. time waktu sekolah, org len bawak buku, kebanyakkan kite bwk keta dash, tamia pastu men dlm longkang... bwk charger g sekolah lagi... yang paling x tahan... bis satu sekolah blackout sbb charge kat plug dlm kelas....


16. Siri kartun; power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, dragonball, Gaban dan mcm lg.






 jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. huhu~ ni la baru zaman kita
 

credut to wak a.k.a hafizul faiz. my tall classmate dari sekolah rendah till sekolah menengah.


p/s:kenangan x dpt ditukr gnti=)

mahligaiku di Kolej Keris Mas

Assalamualaikum. lama sungguh kan aku tak update? haha. bukan pemalas.bukan tak de idea tapi banyakkk sangat cerita. lagi pun minggu ni kelam kabut sikit. dengan laptop rosak. pastu hantar repair. paksa abang Street IT tu buat dalam masa sehari. kekeke. lepas tu ulang-alik fakulti uruskan beberapa urusan. pegi beli barang bilik. buku. and blablabla.


ohh ya. sem ni aku menggedik mintak bilik single. pastu blok 14. paling hujung. bukan apa. privacy tu memang tip top le. :D. blok ni pun tak ramai. sume pi lari blok 10 sebab serba serbi dekat. cuma kureng la private life. kenderaan lalu lalang. 14-301. blok 14. tingkat 3 [lobi] bilik no 1. my awek punya bilik sebelah je weh. dipisahka oleh tangga. kah3. 14-329. :D thank you aten for ur help tolong aku angkut barang n kemas bilik ahad hari tu.









tema blok aku adalah kuning. felo? no komen. haha. yang penting aten menyampah. kah3. :D


saja nk buat entry. kot nanti ada yang nak pindah keris mas. aku promote la ni. aku kan pencinta kkm.<3


p/s : sian awe dapat kolej amin. dia menyumpah gila. haha. sabar tau we. sem depan tukar kkm balik. cafe ade mapley dah! wee

Friday, 9 September 2011

HAPPY BIRTHDAY KILL!

aku teringin nak sambut dengan family. tapi akhirnya..aku tiup berdua dengan adik sebab beza bape hari je T_T. Happy Besday Kill. May Allah bless you. ailebiu.










Jadual Sem 3 YANG GILA!

 aku, selaku student Tahun 2, Pengkhususan Statistik di Pusat Pengajian Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. sangat tak puas hati.


korang tengok sendiri ah. aku dah speechless ni.


 setelah aku susun dalam table.

yang bawah ni yang aku tengok dari sistem


aku rasa cam nak tercekik. hari tu aku tengok jadual aku lain. lepas raya jadi lain?? what the hell. ukm ni memang nak kena serang memanjang je kan????? AKU BENCILAH! tak bernafas aku hari isnin tau tak! direct non stop, tak de rehat, tak de lunch, tak de solat! bengongggggg gila.


p/s : aku takut minggu gugur tambah kursus nanti tak dapat daftar U2 dengan acom je. haihhh...

Thursday, 8 September 2011

Blushing blushing lah!

malam2 buta gini. dah pukul 1.45 pg dah. buta jadahnya. aku belum nak tido. jap gi nak pegi jengah dapur, ape la aku nak sahur hari ni. dah 2 hari aku puasa tak sahur.hasilnya..gastrik memang singgah beraya la..hurm. lately aku makin gigih contact budak2 sekolah. cikgu hafidz @ siva yang kawin denagan budak batch aku pun ada add. semalam kot. alhamdulillah. ada anak dah sorang. comel pulak tu. ^^


pastu tadi duk la kacau2 boy boy kat fb tu. aku kacau yang aku kenal je. kang kalau usha yang tak kenal,kata aku gedik stalker berjaya pulak. [ aku asik kacau boy aje. gel tade] dah gel sumer tanak beramah mesra dengan aku. aku buat bodo je lah kan. haha. malam ni kredit tu anep dgn lia sebab menyemarakkan suasana laptop aku yang dah beku dengan lagu jiwang karat duk mark paper Math UPSR ni. hih. sedutan episode cengkerama aku kat fb.


Anep.


+ kau nak like ke kil?
- ala, kalau kau suruh aku buat la :D
+ betul boleh like, aku buat niiii
- kau kan member aku. aku okay je :)
+ ni aku sayanggggggggg kau kil!
- eee. janganla camni. malu tau!
+ sejak bila pandai malu ni? mana kil otai dulu tu?
- sejak kau cakap sayang aku.^^
+ alaaa. baru jep tadi kan.
- tapi aku malu jugak. haha


this guy baru berani tegur aku after lepas asasi. sayang betul! kalau tak memang kamceng ah. haha.


Iylia.


+ chill la lia. jgn down okay. nanti tak comel dah. ^^
- rindu plak kt kamu. slalu senyum n kamu org prtama bgi hadiah cekelat kt aku.
+ haha. adush. malu lah camni lia. hrmm. rindu lia jugak :(
- nex time bg jam tangan pulak .hak3. bila la bleh jumpa kan?
+ tanak la jam. nk bagi baju. slalu pakai. haha. nnti suma dah grad kot.
- ala.. lau kamu bgai. hari2 aku pakai jam. qilah, jmpe nti bwk buah hati dgn suami ok?
+ euw2. anak ke? haha. lmbt lagi la.
- single ke? tak nak mencuba qilah?
+ takutlah lia. tak brani ada komitmen. kwn2 lagi best. skandal byk! haha
- dah phm kamu dah qilah. happy je slalu.jgn lmbt2 tau. aku tggu. :)
+ klo xjumpa. dgn kau jelah ek.
- insyaAllah. kalau tak disini. jumpa disyurga nanti.


masyaAllah. aku rasa rileks jeeee baca ayat last iylia tu. dia ni kategori pak lebai la. ala..kan aku de buat entry pasal orang yang panggil aku 'qilah'. hmm dia la. haha. muka dia cooling weyy. macam **Z. haha. sejuk je hati kalau usha lama2. :)

Wednesday, 7 September 2011

Sphaghetti Goreng Paria

semalam aku dah makan sphaghetti bolognese. sebab gian gila kan hari raya hari tu tak jadi nak buat sebab aku banyak keje len nak kena settle. itu pun tido pukul 5 pg. then, semalam..sanggup woo redah hujan lebat semata2 nak pergi pekan beli daging kisar dengan mee pasta tu. haha. lepas gian nak baham banyak. sumpah buncit perut semalam!


pastu tadi, aku dah tak tau nak makan apa untuk buka hari ni. aku memang tak makan nasi time buka. besenye makan around pukul 10 malam sebab nak tukar balik jadual cam kat kampus. nanti kejutan budaya pulak perut aku ni.


then, pegi dapur, check peti ais, check almari.. hoyeah. ada half lagi mee spaghetti tak bermasak. selongkar fridge ada daging kisar banyaklagi, anjing panas [hotdog] and blablabla.. masuk semua sekali. siap. Sphaghetti Goreng Paria! asal paria ? sebab masak macam paria. laju gila.pastu main campur2 tak ikut rukun.


Name  : Sphaghetti Goreng Paria
Duration : 15minit [for amatur] 10 [for pro] haha


Bahan2:
Mee Sphaghetti
3 ulas bawang kecil [ cincang]
2 ulas bawang putih [cincang]
2 sudu cili kering dah blender
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
daging kisar
hotdog
meatball
minyak
garam
ajinomoto
cheese [optional]


Cara2:
1- rebus mee sehingga kembang.letak sesudu minyak dan garam supaya mee itu tak melekat bila dah basuh.
2- tumis bawang2 cincang sampai naik bau.
3- masukkan cili dan tumis lagi sehingga garing.
4- masukkan garam dan aji.
5- masukkan sos cili dan sos tomato. kacau sebati.
6- masukkan daging,meatball dan hotdog. gaul sehingga daging tu masak.
7- masukkan mee yang dah siap dibasuh dan tos.
8- gaul2 sebati dan rasa. kalau kurang, tambah ikut suka :)
9- tabur cheese [its optional sapa tak suka]
10. siap dihidang.


aku masak memang ala-ala kampung sikit. sebab syok jadi budak kampung nih. nak pedas. sebab aku kan budak nogori. TAPI takleh pedas sangat, nanti gastrik datang menyerang.:D


kat rumah ni. memang semua kaki makan. tapi tang pasta2 ni..aku dengan alang je kaki melantak. alang tu, kalau aku masak mat saleh ni sume..konfom dia tak sentuh nasi dah lepas tu. selama ni pun dia makan nasi sesenduk je sehari. tengok ah badan dia. kurus gila!!! saiz budak darjah dua kot. padahal darjah 6. alang..alang..


p/s : member2 yang pernah rasa masakan aku cuma bapa kerat je kan. aten, apau, farah, adin, gee,ummu...masa terhad. haha

Stail stail yang boleh buat iman aku senget 270 darjah der

haih. entry ni memang ada berbau euwww euwww sikit.tipu. banyak sikit. HAHA. macam biasa, time free tengah hari buta camni, memang waktu untuk gua bloghiking lelame. and today, sugardad aku Mr. Alfonso Justin GOOGLE bagi kredit kad suh usha pasal baju melayu. muahahaha. and terus melalut ke blog blog yang hot dan sangat tak bleh blah!


aku pun terjumpa entry sekor aweks cun meletop tahap gaban ni. dia suka boifren dia pakai baju melayu full siap sampin cam dorang nak pi nikah! and apa aku kata? okay, landing first.meniarap,amek bantal pocong letak kat 'chest' [tanak cakap dada]. amek laptop letak depan muka lebih kurang 10 inci. jom baca.


STAIL LELAKI YANG BUAT HEARTBEAT AKU JADI ABNORMAL


1- pakai baju melayu teluk belanga + songkok
2- manja [ not gedik ]
3- baru lepas shave jambang [ i hate jambang. semak!]
4- pakai t-shirt berkolar and tight in seluar slack + tali pinggang
5- pakai bagpack sambil ride motor.
6- kurang bercakap tapi senyum mahallll [sombong itu sexy]
7- melarikan rambut yang basah ke belakang [perghhhh. hbeat 200km/j!]
8- cakap lepas tapi ada input dan sentap. [haha]
9- bila senyum mata jadi kecik
10- suka merajuk dengan aku


STAIL POMPUAN YANG KASI MATA AKU TAK LEPAS PANDANG


1- pakai tudung bawal, muka bulat
2- pakai t-shirt putih gambar kartun besar
3- pakai kebaya paras lutut
4- ada mata hitam besar ori and bulu mata panjang
5- senyum tutup gigi and ada dimples 
6- awek blur nampak kiut!
7- makan comot
8- guna bahasa diri 'kite'
9- bersuara kecik. [eee comelnye!]

10- yang rendah or cenonet. tomeii


aku rasa taste aku ni memang not bad kan? yang perempuan tu memang dah lame aku usha sorang ni. demm kil. haha :D



Tuesday, 6 September 2011

Omaigoddddd, ada boy buat status FB untuk aku!

Its Azraie Abd Wahab. Budak KKM. Budak Math. Budak PASUM. macam haram punya status okay!!! entah kenapa lepas blogwalking tadi.. nak usha la news feed FB. skali. aku ternampak mamat ni punya status. siap ade link fb. aku bajet chikaro dia mana pulakkan siap kata awak sweet bagai. haha. sekali... sila ZOOM GAMBAR KALAU TAK NAMPAK.




 nak tau link tu ke mana?






hahahaha. speechless aku bhai! TERKEDU. TERKEJUT. semuanya TERRRRR la. haha. keji gila perangai. kah3. tricky gila. 




dannnn


TAHNIAH SEBAB KORANG PUN KENA SEBIJIK. HAHA


p/s : penat gelak bhaiiiii! sama macam wallpost hari tu. cramp perut aku! alang..alang..HAHAHAHA

Album Raya '11

weiii. aku sebenarnya tak tau pulak begini banyak gambar.haha.hmm. ader lagi.tapi tunggu tuan-tuan punya camera upload. aku manede snap. ayah ah. aku sruh pakai snap camera bese, dia duk rakam sana sini. mana best...maaflah. aku memang tak bape nak cun sebab aku tak cun okay!


tadaaaa. nikmatilah family aku yang..errr.. berwarna warni? haha. keseluruhan gambar ni masa hari raya kedua. hmmm.


 ibu.mak su.mak lang. [ muka ibu camtu sebab aku yang kacau. XD ]
 mak ngah.ibu.alang.angah. [ ni rumah adik makngah]
 adik n ayah [ kitorang lapar gila time ni!]
 honda: apak n mak su   
ct : aku n adik
[ time ni aku kena bahan sebab kantoi selalu rempit .haha]
 mak su. apak. dik da. [ dik da is anak makngah n anak angkut apak]
 asya. aku. harith [ suka pedajal aku weyyy!]
 ayah n ibu [ fes time ayah senyum malu2. MUAHAHAHA.sorry ayah]
pak ngah. ayah. paklang [i told ya..ayah sorang pakai jeans.rock tak ?^^]

 mak lang : " smile paling kiut plisss!". [ u got it mak lang. sampai blur pic ni.]

yang atas ni adalah family sebelah ibu aku. family paklang sekamat and apak semenyih.yang bawah ni pic sebelah ayah pulak. kitorang tak ramai sebab sebelah ayah memang sikit je.lagi pun ada yang tak balik lagi time ni. credit to nabila for the picture.

before konvoi balik Melaka. [ sikit kan? wuu wuu]

dalam pic ni. wan tanak join sekali. dia ada duduk kat tepi tu. korang tau ayat sentap wan bagi apa kat kitorang? 

+ wan, jom la amek gamba. setahun sekali kot...
- tayah lah eh. korang aje lee.
+ ala wan.. jom laaa.sekali ajeee.
- sapo suka amek gmba ni mati copek!

hamek kau. haha. aku tak sempat pergi kubur arwah atuk time ni. ayah kata singgah time nak hantar aku balik ukm nanti. hmm. this one pulak gambar masa kat rumah aku. dorang kacau dodol or penganan. tiap2 raya kedua okay!

 pak lang tunjuk skill terpendam
 aku tak tau apak tengah wat ape mende ni. haha
[tengok belakang]  > otai gila nenek!!

huh. sempot uploading gambar lepas tu buat caption. haha. ade lagi. tapi kat camera pak lang kapar. hmmm. kena tunggu lagi la. gambar fes raya tade pon .harap mak lum sebab aku spoil the day. haha. mandi lambat!

and you guys mesti perasan sumthing. ayah aku cam dah tua gila kan? muahahah. sebab rambut dia whole putih kan? muahahah. this is thread dari Melaka. umur ayah baru 49 okay tahun  ni. :D

p/s : this raya memang dull. nak pic dengan kawan2.hurmm T_T

Monday, 5 September 2011

Jangan Frust kalau tak de orang nak texting kau okay!

nite sweetheart, take care h0ney, sweet dream darling, miss u. errkk nak jugak dapat wish selamat malam cam nie !! sweet bangat. hee. ♥

haha. macam gersang je member aku sorang ni. i thought dia kapel dengan boyfren dia yang dulu tu. tak tau pulak la kan..haha. dia ni almost jadi gelfren kezen aku tak tahan. taste nak muda2 cam mamat senget tu. and aku saje lah usik dia. kot si syafiq betul2 nak tolong hantar mesej cmtu supaya dia dapat tidur dengan lena malam ni. haha. [ kami insomnia malam ni!]


+ aku rasa aku pernah dapat kot. tapi macam tak cukup sweet aje. in bm. haha
- uish. bm kill? baku kot. pelik pelik. tapi boleh la dari tade.
+ ekk? sorilah aku ni tak jiwang macam capiqq the hot stuff. haha
- untunglahhhh ader orang sayang.
+ aku memang saynag semua kengkawan aku sama rata. ^^
- yg tu aku tau. kau mmg pentingkan kawan memanjang dari dulu.
+ hahahahaha. pandai!!


and story la kat aku, dia dah lame tak dapat mesej. tak de orang mesej. haha. weyy, takyah nak kecewa sangatlah. kalau kau tunggu pun tak de guna. kau yang boring. kalau gian sangat, meh bagi number fon. aku rela text kau madah2 jiwang aku tu. haha. janji kau bahagia.


texting girls : konfom 2 page text msg pun tak cukup.
texting guys : half page is enough.


hahahahahahha.


p/s : aku suka kengkawan wish "takecare" and "gudnitemoning"."nak tido dulu". haha. nampak sweet.

Sunday, 4 September 2011

Hasrat hati

still nak pumpang pumpang pasal cuti sem yang tinggal.. isnin,selasa,rabu..sabtu, 6hari je lagi. harap je lebih kurang 5 bulan cuti. planning kononnya banyak. tapi dapat buat sikit je.


Yang dah DONE.


- menuntut ilmu masak-memasak
- pergi berkubang kutip siput kat sungai
- carik port sawah padi
- menghambakan diri depan tv
- tambah lemak sekitar tubuh badan


Yang TAK DONE


- pergi picnic kat air terjun or pantai
- pergi keje
- jadi tutor budak2 ni yang nak exam
- tinggal kat Rembau
- berjenjalan ke Perak [seb bek postponed Dis ni ]
- balik Meru


hmmmmm. dah lama tak jumpa highway. haha.


p/s : tengah buat list barang2 yang nak diangkut. aku lupa letak mana!!

Terharu dorang still ingat kat aku ni T_T

awat cuti ni suma duk buat aku jadi panaih muka ja ni? pasai pa aku panaih? tok sah nak tau lah. aku baru nak masuk first step..hangpa suma dah gear 5. malu aih tengok gambaq. segan pun ada. cam tak layak ja rasa nak damping dengan hangpa2 ni suma. bagai melukut ditepian gantang!


okay, tu intro try speaking utara. amacam? ada can tak nak jadi anak orang utara? haha. tang selatan pun tak lopeh laie, ngado boto nak jadi orang jauh. hmm. hari ni hari ahad. ahad minggu depan dah jadi pemastautin ukm yang berjaya. hoho. jadi budak selangor balik. jadi budak bandar balik.


hari ni aku tengok tv dengan online aje. padahal orang lain sibuk beraya. bosan pulakkan tak de buat pape. tusha2 news feed tengok, mak aihh..member2 sekolah dulu pakat beraya umah cikgu! cun cun, ayu ayu je semua. muka suci murni. depa pakai bidang besaq besaq la ni. aku? segan aih nak cakap. haha.aku duk sentap bukan pasai pa. cuma depa tak tau , aku ni dah 2 tahun berhijrah, murtad negeri selangor. wuu wuu.. aku bukan tanak habaq kat hangpa, tapi aku pun tak sedaq yang aku dah pindah. tau tau ja dah dah pindah. pelik dak?


suma duk tanya aku, bila nak mai sana, bila nak balik sana, bila nak jumpa. hang bukan tak tau..aku pun rindu gak kat hang. tapi..hang ingat aku ni ada jet peribadi ka?  kalau ada pun..ingat minyak petrol suma murah ka nak terbang ulang-alik selangor-negeri tiap2 hari raya ni. T_T.


+ aku tak tau pun kau dah pindah qilah.
- lehh, dah tu ni mana tau aku dah pindah?
+ tiqa bagitau. kalau tak..sampai bebila tak tau.
- adoi, aku pun tak sedar la aku dah pindah.


sorry babes. nanti aku buat announcement kat depan masjid meru tu, bagi tau,,saya Nur Aqilah Syazwani, yang dulunya tinggal di Taman Sri Puteri telah berpindah ke Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan. sila jemput datang rumah untuk sesi beramah mesra menjalinkan hubungan silaturrahim. aku happy gak sebab dah jumpa member lama yang almost terputus hubungan. Farah Najihah. ^^. terharu lah dorang inagt kat aku lagiii..since form1 kot terpisah. :)


p/s : jemput bulan 3 tahun depan datang rumah aku naa ..ada kenduri sikit. tapi kira besar jugak la..sebab tumbang lembu kambing bagai.^^. aku tunang kot. HAHA

Edisi Jodoh | Nak Kawen jugak!

Selamat melangsungkan hubungan kepada semua yang bakal berhubungan. senang citer kita pendekkan ayat, selamat bertunang dan berkahwin. sampai hati tak jemput. takpeee..taku tak amek hati, cuma tacing sikit je. :(


mm. sedikit rasa tak selesa untuk orang yang bujang dan single macam aku untuk buat entry ni sebenarnya. HAHA. camni citer dia. oleh sebab hari ni kebosanan melampau. nak makan tak boleh. nak keluar panas. nak tengok tv tak best. so, kita online okay!


skodeng punya skodeng. masyaAllah! member member member sekolah aku semua pakat dah kawen bhaiii! yang tunang pun ramai. huih. kalau takat relationship tu aku tak heran pun. dorang bukan tak berpelajaran, sumer masuk u. keje baguih baguih. ye ah. dulu, sekor2 perangai macam budak tak cukup umur. lepas tu serabai nak mampus. sekali keluaq fb, gambaq dah bersarung cincin liplap liplap gitteeww. mau tak terkejut aku? naik bulu roma bhai tengok gambaq depa ni!


+ beb, apesai korang pakat tunang kawen awai ni? gigih benor!
- dah jodoh beb. wtpe lama2 kapel. parent suma dah kenal.
+ kot ye pun, habehkan le ape yg patut. korang tak rasa awai sgt ke?
- family suruh awalkan. kitorg ok je. rezeki jgn ditolak. haha
+ hampehhh.
- kau bila plak kil?
+ tggu ketua mafia bawak anak buah mai umah carik gaduh ngn bapak aku ah. haha


aku bukan nak mempersoalkan doh urusan ajal maut jodoh ni suma. you know, kita bukan gadis-melayu zaman pascamerdeka. zaman pak-mak hang dulu. dorang duk pakat nak beranak awai. nanti dapat cucu-cicit-piut-miut-kiut awai. [ aku bajet sophisticated sangat ].


aku tau ada yang duk doa aku kawen awai, sebab aku suka duk meraban bende2 ni. bajet kawen lambat. haha. tak tau ah. target after 25-27 gitew. kalau nak over pun boleh. parents kasi je. siap suh melawat negara luaq lagi. tapi tu ah. tuk nek aku ah problem. duk buat ayat sedih. haih. aku bagi depa cicit angkat sudahla kan. buat syarat. HAHAHA.


tahun 2012, tahun paling ramai member aku tunang-kawen. bak mai hantar kad la weh. camna aku nak datang usha hang kawen! 


SELAMAT BERTUNANG DAN BERKAHWIN MEMBER2 GUA!


p/s : aku amek port cuci pinggan umah depa sudah. janji aku mai kan ^^. 

Boifren ajak dating tapi....

Bala. 


+ kill !!
- bala !! kat ganu dah?
+ nope. selasa mggu dpn.
- jauh. tapi takpa ah. awek cun ramai. :(
+ alo. i syg u jugak. haha
- jgn nak berlakon sangat lah.
+ kill, nak jumpa awk. rinduuuu.
- cne?  u tepeng. i gemas. far far away. :)
+ tulah. awk jgn jeles. hari tu sy trun KL. jumpa dorang.
- nak turun KL jugak. tapi mesti dorg dah balik u masing2.
+ kill, jangan cmni. somehow kita jumpa okay?
- ok.i'll wait... dah 2 years kot.
+ janji. ini janji saya. keep it.
- dont act so sweet dear. nanti awk makan diri.^^




Hafiz.


+ apisssssss!!! ingat kite tak??
- kill ! ya Allah rindunya kat awek sorg ni.
+ tayah nak keji sangat. haha.
- bila nak balik malaysia ni?
+ hey. jadah gila. aku kat gemas je pandai!
- kill, jumpa jom. lama sangat tak tengok muka kau ni.
+ dp aku yang cun melecun ni kau tak nmpk pulak? hah
- usha dengan mata lagi best bhai. haha. pandai cakap utara ek skrg?
+ haha. baru nak belajar. kau pun. jadi org perak sekaranggg.hot!
- baguih hang. bak mai datang umah la. dah lame tak balik meru kan?
+ hmm. kem salam mak abah. ckp menantu kem salam. rindu dorang!
- bukan kau sorang je kill. dorang pun aku rasa rindu keletah kau.
+ yelah tu. nnti lah aku masuk meminang kau. bleh ji menantu kesayangan.^^




boyfriends are very important in my life. rindu. kasih sayang. cinta. i love you guys so much.

Weekend Terakhir

keji la Irine ni. sedih tau background music blog dia. T_T. mood sedikit jiwa kacau malam ni. sebab effect citer Geisha Melayu Terakhir. owww. sempat la cuci mata dengan boifren angkat si Fir AF tu. ibu minat kat dia dah. ^^. this one cannot jadi your menantu okay ibu?..lepas tu topik tak menahan kan dengan ummu. [ ummu kita tak jadilah nak buat entry tu. haha ]. dotdotdot..XD


hmm. aku dah start rasa homesick la. hari tu kecoh sangat nak balik ukm kan. bosan duk rumah la ..rindu dorang la..rindu bangi laa.. tapi sekarang aku dah rindu rumah dahhh. [serius air mata tengah bergenang]. nak tau sebab apa? sebab aku tak boleh la kalau ada orang rindu aku. aku cepat tacing. hati tisu. T_T.


teringat last cuti raya tahun lepas ke cuti ape ntah yang seminggu tu. aku ni suka manjakan adik2. dan suka bermanja juga.^^ [gedik sangatttt]. aku ngaku la. aku tidur dengan adik2 semua. empat2 orang. bukan tak de bilik lain tapi dah biasa. lagi2 dengan yang kecik tu. tidur nak sebelah aku. nak makan mesti sebelah aku. nak pegi jenjalan dengan aku. kalau gi sekolah dengan aku. 


then, bila aku dah balik ukm. sehari selepas ibu n ayah hantar aku balik. ibu call..


+ along, adik demam panas.
- hah? hari tu okay jee hantar along.
+ dia rindu along. nak tidur pakai selimut along. nak mandi pakai towel along.
- dah tu?
+ dia tanya, bila along nak balik lagi.. bila along nak telefon dia lagi..
- along nak balik rumah esok boleh bu? 


sumpah masa aku tengah call tu berjurai air mata kot. itu baru cuti seminggu. ni aku cuti 5 bulan. haih aku tak tau lah tahap ke-homesick-an tu teruk camne nanti. risau pasal banyak keje. korang maybe rasa macam bende ni remeh. tapi aku yang duduk rumah. aku terfikir..nanti aku dah balik u.. sapa nak tolong ibu lipat baju yang banyak2 tu..sapa nak dengar ibu merepek.ya. kat rumah tu ramai. tapi..aku dah biasa buat 5 bulan..lagi2 next year, angah dgn alang duduk hostel. haih.JK betul.


ibu tanya tadi. aku nak makan apa minggu ni.semua ibu masakkan. haih ibu. ibu buat along rasa macam along dah tak balik rumah dah lepas ni..sedih la. lepas tu, tadi before maghrib, lepak dengan atuk dengan nenek dekat bawah pokok rambutan sambil tunggu puding karamel tengah kukus.


+ along masak apa kat dapur tu?
- puding karamel tuk. tapi tak tau lah atuk nenek suka ke tak.
+ masak je lah along. minggu depan nak balik dah.
- hmm..
+ nanti, along kat sana, sape lagi nak masak2 macam ni..


atuk, jangan buat along tacing boleh takkk?? ni yang nak nanges ni. time tu pun dah bergenang air mata. haih hati, awat berat sangat nak balik ni? tadi pegi kedai, ade boy ni datang jumpa member dia, bagitau dia otw balik kampus. naik motor je. pakai short pulak tu. beg besar kat motor. hrmm. sayu nya. tanak balik boleh?


minggu ni duk pulun lah puasa 6. sebab sabtu depan dah gerak keluar dari negeri sembilan.hmm. tadi dorang duk bahan aku lagi.


+ ape ni along makan macam budak2?
- along under age la ibu!
+ kat ukm makan mmg camni ke? nasi campur2?
- yelah tuk. bukan campur je. dah berkalerful dah. haha
+ selalu makan dengan sapa? kat mana?
- dengan kawan2.  kat bangi jugak la. jarang makan dalam u.


aku tak bleh la. atuk nenek tengok aku makan macam lepas ni tak dapat tengok aku makan dah. tak suka tau orang tenung2 ni. lepas tu dorang belikan aku punya stok air soya, mak aiiii..berkotak2. [ sehari aku wajib minum sekotak air soya yang 1 liter tu atas sebab2 kesihatan ].


and macam2 lagi. laaa. ni yang tanak balik ukm ni..tak tau nak manja dengan sapa kat sana nanti. tak de sapa nak masakkan, takde sapa nak belanja makan2, tak de sapa nak bawak pegi jenjalan..tak de sapa nak teman tidur, tak de sapa nak buli aku dah......:'( [nampak tak air mata dah jatuh?]


p/s : hati aku dah teruk betul. muka legend hati kiut.