Sunday 31 July 2011

Cakak Ganu Sokmo

 haih. adin cam haram no. nak aje aku sekeh sekeh dia kalau dia muncul dari skrin henfon tu. HAHAHAHAHAHA. siap kau adin!!!! melaka tu tak jauh tawu! utara is coming la deerr.. sekarang ni tengah gigih belajar speaking trengganu. huhu. sebab apa? tak de sebab. saje nak tambah ilmu pengetahuan. kawan pun ramai jugak kat kat ganu uh. comey comey lako!


aku tak boleh ler nak cakap or buat ayat sendiri lagi. kalau sikit2 tu boleh la. sebab tak de cikgu yang boleh mengajar. haha. nanti dah okay..buleh le..


vocab ganu.


tolok                     = tolak
napok                   = nampak
depang                  = depan
panah                   = panas
rohok                    = susah gila
tahi ayam muna     = taik ayam
corok air               = rosak sebab masuk air
makang                 = makan
tembok sedah       = tembak sedas
lening                   = sekarang ni 
nok bighauk          = nak berak
kohong                 = busuk nak mampus


haha. bila aku tengok dorang speaking tgn ramai2 best ouh. lawak pulak. sengih sekor2 bila aku cuba teka n salah pulak. haha. 


p/s : sapa orang ganu eh? bleh ajar ni :)

Sehari bermantai sebelum berpuasa

masuk je dapur..mak oiiiii..semerbak bau! ada rendang ayam. rendang tok (aku pny sorg). sup tulang, lemang.. uih.. dah macam raya. sayangnya..aku tak suka lemang. HAHAHAHA.


even tak semua pak cik n mak cik aku balik.. ada family pak ngah je.. tapi cukup dah nak buat havoc rumah ni. haha. cousin aku dari family pak ngah je dah 9 org. semuanya kecik2. tahap bayi2 lagi..yang coming soon lagi..haila..camni lah bila jadi kakak sepupu paling besar. bawak sabar je la banyak2..


+ayonggg, anyun!
+ along, dik da tumpahkan ais krim!
+ along, ezzly main pisau!
+ ayongg, naik air..aus!
+ along..dik da main henfon along.


dan banyakkkkkkkk lagi! tu baru satu family..kalau lagi 3 family tu balik.. peh.. dah macam buat kenduri..nasib baik nenek ada 5 org anak je. haha tapi syok lah..kadang2 tu rasa bengang jugak sebab kejap2 kena panggil. dah kezen ramai + comel + nakal...semua ada la.. macam kak long dorg jugak masa kecik2.. haha






 ni semua half je.. yang boys semua pegi main + pegi mancing kat lubuk. tinggal anak2 dara je kat rumah. haha. haila..nanti dorg balik rumah masing2..mesti rindu gila.


p/s : makin banyak lauk..makin aku tak de mood nak makan.

Wani rindu atuk

dari pagi hujan lebat mencurah. membasahi bumi. aku tak dapat nak bukak mata langsung. aku tak dengar apa-apa bunyi. sunyi sepi. kepala berdenyut kuat. hasil kena hentak dekat dinding pagi tadi. aku pedulik apa kalau semua orang bangun. dah pukul 11 pagi. tapi aku betul-betul tak boleh bangun. sorg yang pun tak de nak carik 'kehilangan' aku. biarlah.dorang bukannya tau.

tadi, kitorang bertolak awal dari rumah wan. nak singgah kubur arwah atuk chembong dengan arwah wo jap.
aku tengok ibu dah bergenang air mata. alfatihah disedekahkan. dedaun kering dibuang. atuk. dah dua tahun atuk pergi. tapi wani rasa macam baru semalam wani duduk dengan atuk, dengar atuk cerita zaman perang, tengok atuk berzikir dekat tikar sembahyang. atuk, wani rasa menyesal sebab wani tak rapat dengan atuk sejak dari dulu. atuk, wani mintak maaf kalau masa ni wani menangis. tapi, wani betul rindu dekat atuk.

atuk, wani ingat lagi last time dulu bila atuk mintak dekat wani nak makan laksa. tapi masa tu wani tak tahu nak masak laksa atuk. wani kesian sebab tak de sapa dengar atuk mintak. atuk, wani ingat lagi bila atuk mintak tolong suruh wani papah atuk bawak keluar rumah. wani ingat lagi atuk suka makan biskut lemak cicah teh o. wani ingat lagi atuk senyum bila kitorang layan atuk borak. wani ingat lagi bila atuk kacau wan tengah masak. wani rindu atuk.

atuk, tiap tiap kali wani balik rembau, wani selalu guna cawan yang atuk suka tu. wani selalu baring dekat katil atuk selalu baring tu. wani selalu tengok tongkat kayu atuk. atuk, wani mintak maaf kalau wani jarang balik ziarah atuk. wani mintak maaf kalau wani nangis sebab rindukan atuk. wani rindukan atuk,tapi wani takde gambar atuk. cuma harapkan gambaran dalam hati aje, wani ingat muka atuk.

atuk. atuk tau tak..wani takut bila tengok atuk sakit. wani takut tengok atuk kena angkat masuk ambulans tengah malam tu. wani takut bila atuk pandang wani macam itu kali terakhir. tapi Allah panjangkan umur atuk. sebab Allah suruh wani kenal atuk sebab wani dah bazirkan berbelas2 tahun tak buat semua tu. Kadang2, wani macam terdengar atuk mengaji tengah2 malam. wani sedih sebab wani rindu atuk.

tapi..sayang wani dekat atuk tak cukup untuk menghalang takdir. Hari khamis, 6 Ogos2009. Allah ambik atuk dari wani.saat wani masih nka bergurau dengan atuk. bila wani teringin nak masakkan atuk laksa untuk raya tahun tu. wani tak sempat nak bawak atuk hantar wani masuk u. wani terkilan atuk. Atuk, masa hari pertama wani datang kuliah etnik dekat ukm , lecturer tu namanya En Hasnan. Ya Allah tuk, muka dia sebijik macam atuk. putih kulit dia..mata dia..semua.semua sama. Sejak tu, tiap2 kali wani nampak muka dia, wani macam nampak atuk.

Wani mintak maaf atuk. wani tahu atuk mungkin tak dapat baca blog wani ni. tapi wani harap atuk tahu yang wani rindukan atuk. wani rindu nak cakap omputeh dengan atuk. wani rinduuuu sangat. wani harap, masa wani grad nanti..atuk ada dekat sana. sebab wani dah janji nak tunjuk dekat atuk..wani mintak maaf sebab wani tak dapat nak jadi doktor macam apa yang wani janjikan dulu. wani tak dapat nak ubatkan atuk.

Semoga Allah tempatkan atuk dengan para muslimin yang soleh. Amin.


Friday 29 July 2011

Mr. Right :)

hawary : sahabat pulak. ni lah padahnya kalau turn shuffle on. ceh. tak mo lah tacing-tacing. mood mendung2. dah la tadi ressa : menyesal. ceh. berarak mendung kelabu pulak kang. haha. ok. itu selingan. aku nak cite pasal bende lain sebenarnya. pasal Mr. Right.


hari ni banyakkkklaa sangat pasal bende2 aneh ni kan. hahaha. sesuai la.umo dah lebih 18. nak tengok semua genre pun boleh dah. HAHA. credit to salwa ismail sebab bukak topik yang sangat open! haha. best lah weh. nanti sambung. tak habis menuntut lagi ni dari orang berpengalaman. HAHA.lepas tu, ada sorang lagi. kawan aku. dah lame tak borak dengan dia. tempat aku lepas geram mamat ni. haha.


+ selasa tu aku balik melaka amek nenek aku.
- dah tu?
+ bila nmpk papan tanda lendu, mak aku terus ajak jumpa kau. 
- haha. aku kt gemas la. adeh. melepas nak jumpa mak mentua.
+ ahaha. tulah. mak aku cakap boleh makan durian.


duh. rasa macam syok pulak kan nak jumpa mak dia?? haha. entah. aku suka jumpa orang2 tua ni. jumpa family kawan. tapi aku sendiri tak pernah bawak kawan jumpa family aku. kalau ada pun jarang. sebab aku tak nak menyusahkan sesapa. kot dorang tak selesa nanti..aku pulak yang rasa tak best.


+ kil wtpe?
- tgk citer korea.
+ citer ape?
- my princess. gila kiut. geram!
+ weh. asal sama ni?? aku pun tgh tgk ni! ep bape?
- ep 7 baru. kt dramacrazy.
+ gila. sama lagi. aku ep 9. haha
- wuddehel? jodoh dgn kau aje dari dulu! haha
+ cm tak suka je ade jodoh dgn aku....
- taklah. aku takut kau je yang tak rela. haha.
+ kalau betul, nk buat cmne. redha la.
- ye ye. aku tau. haih byk tul sama dgn kau ni. haha.


aku kira terasa macam dah lama kenal dengan dia.padahal baru aje. haha. rasa nya..naik sem baru nanti..nak serang umah dia la. saje nak test main masak2 kat rumah dia. sapa suruh gatal buat statement gila kan? ha.. amek kau! haha.


and satu lagi berita gembira! okay.. xde la gempak mana.. just..aku dah ada satu lagi kawan baru. tu je. haha. very nice pahang talking-talking lah.


+ kelly org mana? for sure bukan usa. nyanyi sikit.
- becoz of u, i never stray from the sidewalk..:)
+ boleh buat konsert kt fac lepas ni.
- as u wish. dari jawa tengah.


okay. memang yg ni guna ayat biasa..tapi yang the rest, kami berbahasa pahang sebab dia orang kuantan. haha. tengs dekat ijad sebab mengajor koi berbahasa pahang.


+ pepalih kelly. pepalih..
- apenye pepalih? cikgu bahase tak habis ajar lagi.
+ seghupenya.. teruk benor..teruk!
- damn. mengutuk aku punya loghat. haha


and satu lagi. aku suka tengok babah aku happy! hv a nice day la ye bah! haha


p/s : korea..korea..korea.. JJH!



Thursday 28 July 2011

Rindu dekat boysss kem!

aku tengah loading cerita korea sebenarnya. tapi dia lama sangatlah buffer. bosan tau tak! lepas tu..ttbe tertenung kat buku nota. aku pun selak-selak.. n guess what? haha. aku dah jumpa pantun yang budak-budak wira Kompeni Alpha kasi kat aku dulu! keh3.. 


aku ingat lagi. time tu hari sabtu. kitorang tak de khidmat sosial yang nak kena keluar ipoh or kuala kangsar. memang lepak habis lah. cuma ada riadah and kawad pagi. biasalah tu. then, masa aku tunggu member2 dorm aku pegi melantak dekat DM, aku lepak lah dekat pangkin bawah pokok rendang tu. sejuk je.. dekat tebing bukit. tengah duk khayal tu.. ade la bebudak duk kacau. tapi aku buat bodoh je.


sekali aku disergah dari belakang! ceh. mamat2 ni rupanya. haha.. aku kan kaki lepak. masa hujan je..memang sengaja lalu dekat korridor dorm wira, skodeng dorang. kah33. macam2 aksi ada.  naked tak naked, aku pedulik hape. haha. nasib baik tak kena tangkap dengan jurulatih. mamat2 ni semua la yang report dekat cikgu kelas CB pasal kes skodeng aku tuh. ceh..


antara empat-empat kompeni tu.. boys kompeni Bravo je yang aku tak ngam sangat. ada pun sekor. tu pun sebab dia memang kaki sentap aku. haram tol. tapi bila kitorang hang out KL tu, ok lah. takde lokek mana suruh mintak belanja starbucks. kah3.


tapi..paling ngam dengan wira2 Charlie. peh. market sial. masa match sukan dalam kem tu. aku main volleyball. boleh sebab nak kasi support la konon, dorang pegi buat cheers atas nama aku. semua lelaki pulak tu. damn. haha.. aku tak ingat lah mula2 dia apa.. yang aku tau last dia camni.. " kill, we loveeee uuuu". damn. dah la time tu kem komandan terpacak depan2. freee aje kena panggil suruh join dorang yang sewel tu. lepas tu aku kena jadi shoutgirl masa kembara hutan. siotttt!


haha. tapi nice lah. ok. back to story yang mula2. ha..masa aku tengah lepak tu..aku tengah reka pantun sebenarnya untuk hias dorm pakai cat. ntah cmne..dorang yang kepala kutu masuk air tu..boleh sumbang pantun pelik-jadah. hahaha..tapi comel jugak. walaupun semuanya gelap-gelap belaka. kah3..syok oh main balas2 pantun bengong dengan dorang ni. sebab wirawati boring!!!! nerdy habis!! HAHA. except...aderlah


Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh ku cari,
mana nak sama si kill seorang.


Anak itik anak ayam,
anak kera anak beruang,
anak ikan anak ketam, 
i will miss u seorang!


haha. comel tak?? gila kiut. syaza ayadi, nabil,hadi and lagi 3 ekor tu, aku kurang pasti nama dorang. :)
then, aku balas. sebab dorang yang nak sangat kan.. hamek ayat bebrunga tahap tak hengat!


Layar bahtera titipan sauh,
Rebah suasa hiasan ratu,
Biar berbatu kita menjauh,
Namun jiwa tetap bersatu.


Syair dikarang bicara pendeta,
Madah ditulis nyanyian jentayu,
Putus cahaya sinaran mata,
Sayang, aku rindu padamu.


haha. sumpahla..aku kena usik free aje lepas main balas2 pantun tu. damn. HAHAHAAHAHA. kadang2 tu ade ker main teka-teki masa dekat surau. dah la org tengah mengaji. hahaha.


damn. miss u la boys. :)

Lirik lagu special untuk Mr C++

haha. lecturer tak lecturer. kitorang pedulik hape. buat pun dah macam member. sesukati je kan nak komen macam hampeh. haha. nice lah. satu dalam sejuta kot nak jumpa uncle future prof ni.




ow ow owww
aku pening kepala
tengok muka engkau dah macam apa


ow ow oww
hati tak rela
tengok mereka bersuka ria
padahal aku bermuram durja
nak coding kau macam satu dunia.


cik Loop
mr subprogram
tolong kasi senyum
aku dah konfius


*sila nyanyi ikut rentak dangdut. bukan akustik.


zzzzz... mesti Mr Z gelakkan aku ni. termasuk dgn si Faris Kamal. guitarist utama. HAHAHA.


saja suka-suka. teringat zaman susah papa kedana . bukan tak dak duit. tapi tak dak idea nak create program. buat top up markah lab c++ 3 jam seminggu tu. HAHAHA. yang aku tak bleh blah..punyalah rajin sampai sehari tak tido dengan ummu si gadis jiran sebelah sebab nak settle tutorial.


 dari 162 error, lepas tu buat correction letak #include je..terus jadi 2 error. letak semicolon.terus boleh compute. dengan nak buat make up coding lagi. haha. akhirnya..dua2 menangis sebab berjaya buat. bangga gila sebab dapat keluar lab awal. tutorial dah hantar! kah3.


p/s : aku igt dah tak jumpa c++ lepas zaman jahiliah kt asasi. sekali, bermandi lagi dengan coding kt ukm. 

Wednesday 27 July 2011

Aku fobia tengok darah. Ya Allah.

saat ni. tangan aku masih menggigil. badan rasa seram sejuk. badan terasa lemah. dengan dua mata ni, ya Allah. ngerinya. Fobia dengan tragedi 15 tahun lepas. aku betul2 tak boleh tengok darah.


masa tu kitorang on the way nak balik kampung kat Gemas. dalam pukul 10 malam. malam raya kalau tak silap. jalan jam teruk. tetibe..ada satu motor macam RXZ laju gila..lalu sebelah kereta aku. aku cam motor tu. lelaki pakai baju hitam dengan sneakers.laju sangat smpi ayah kata " karang eksiden baru tau."


tak lama lepas tu, highway jam. jalan mcm siput. ayah kata macam ada eksiden. dekat makin dekat. entah macam mana..smpi je dekat turn kitorang nk by pass kemalangan tu, kena tahan kat polis. ayah kata teruk mayatnya. kaki putus. ttbe aku nak muntah. n aku bukak pintu, bila aku ludahkan..aku tinjau dari bawah pintu.. aku nampak mayat tu.. dengan darah depan kereta aku.


lepas tu, aku terus takut tengok darah. sebab aku still ingat rupa mayat tu sampai sekarang. sebab tu jugak, aku tak boleh jadi doktor. aku takut darah. aku fobia tengok eksiden.


tadi..aku bawak ibu pergi gemas naik van. macam biasa..aku suka bawak laju. tadi, ade satu treler nak potong aku. tapi aku tak kasi..racing punya racing..cecah 100 gak kat jalan kmpung. ibu marah aku. " karang kita yang eksiden macam mana?".."rileks lah ibu, along acah je drebar lori tu.huhu"


lepas tu, on the way nk balik, Storm depan aku ttbe je brek emergency. nasib baik aku perasan. dah la van ayah ni brek dia tak makan. serius sikit je lagi nk bercium bontot. rupanya..ada dua ambulans lalu. laju gila!!! berdesup! pegi arah segamat. ibu cakap.


+ asal sampai 2 pulak ambulans ni?
- ada org nk mati tak bu?
+ hisy. ada ke mulut ckp mcm tu.
- dah tu? sakit? bersalin?
+ klo dua ambulans, biasanya eksiden teruk.


bila sampai dekat simpang tiga Pasir Besar..ada lagi 2 ambulans dari arah Rompin. aku tak nampak lah sebab aku kan pemandu berhemah. tapi entah kenapa, ttbe aku rasa berdebar.


+ eeee, asal ada lagi ambulans ni?
- eksiden dekat Pasir Besar tak?
+ ke dari area rumah kita bu?
- ye kut. dah la simpan feldasg kelamah tu asal eksiden je mati.
+ ibu, along takut lah.


then, dekat bila lalu dekat tempat pembunuhan orang yang femes tu..ada lagi ambulans lalu. tapi ibu kata tu bukan ambulans. tapi pertahanan awam.


+ ibu, ada lagi lah!
- tu bukan ambulans. tu jpa.
+ eksiden jatuh sungai muar tak ?
- tak pun dorg kena potong pe bende ke.
+ asal along rasa semacam ni bu?
- slow sikit.
+ along bawak 60 je ni.


lepas tu..bila dah nak sampai sungai kelamah. dekat ladang sawit tu..dari jauh aku nampak ada polis jaga jalan. ada kon merah. ada lori. sumpah. aku terus rasa macam nk berhenti tepi jalan bila nampak ada 2 kereta dah tak normal. ibu kata muka aku pucat tak berdarah.


+ ibu, along tak nak bawak dah. pegi call ayah. amik kita. along tanak lalu situ!!
- jgn nk buat gila along! lalu aje.
+ tapi along takut ibu. along takut...macam ada darah banyak.
 - lalu aje. pandang depan. jangan toleh lgsung. baca apa yg patut. selawat.
+ tapi bu..along takut. along tak larat nk pegang stereng dah.
- bawak aje lah!!!!!!!!!!!!!


serius. aku tak tau macam mana aku drive lalu kawasan tu. sedar2 je dah masuk simpang rumah. ibu kata ada nampak beg sekolah budak kaler pink.kt jalan. Myvi hancur depan n senget sebelah. kereta iswara tu tayar tercabut. motor hancur sepenuhnya. serius, aku betul2 rasa mcm taknak drive dah lepas ni. aku tak sanggup nak rasa lagi sekali bila kena hentam bila kena langgar.  cukuplah sekali. aku dah lupakan pun.


bila balik rumah, kitorang recall balik. rupanya..eksiden tu tak jauh dari aku. kiranya kalau aku speed lebih sikit tadi..memang dengan aku sekali jadi magsa kemalangan. dekat selekoh tajam tu. ayah bali, dia kata Myvi tu isteri pak cik polis belakang rumah kitorang. aku tak tahu lah cmne. yg aku tau.. aku menggigil smpi sekarang.


p/s : lagi aku tak snggup kalau aku kenal mangsa tu.

puisi untuk dia

dia tak sempurna layaknya seorang putera
tapi ada sesuatu tentang dia 
sesuatu yang mampu buat semua orang jatuh cinta
senyuman dia kah?
kata-katanya kah?
atau...layanannya kah?


jangan tanya pada aku
kerna aku sendiri tak menjumpai jawapan 
cuma..dikala aku rasa kesepian
aku sering terbayang memori itu
disaat kita saling bercanda
tanpa rasa ragu dan duka


kehadiran dia tidak aku jejaki langkahnya
tetapi, aku dapat menghidu dirinya
walau aku di kutub utara
dan dia di kutub selatan
rasa itu tetap ada
apakah mungkin dia juga merasainya?


bila aku pandang langit malam
aku nampak dia berjenaka
bila aku pandang surut lautan
aku terlihat dia ada disana
bila aku menyanyi lagi
aku terdengar gemersik suaranya


aku tidak pernah sedar kewujudannya
tidak pernah mengetahui dasar dirinya
tidak aku cari gambar jasadnya
tapi aku tahu dia ada di sana
memandang aku tanpa kata


kalau aku adalah pujangga
akan ku pinta bintang berkelip sinar
agar dia tahu aku melihatnya
akan ku pujuk angin bayu bertiup
agar sampaikan salam syahdu padanya
akan ku rayu pada unggas
agar nyanyikan lagu rindu untuknya


walau dia tidak pernah tahu
puisi ini aku karang demi dia
cukuplah sekadar aku tahu
dia ada.




p/s: aku tak tahu apa motif keluar ayat jiwang memalam buta ni. maybe sebab terjumpa koleksi sajak yang aku peram masa sekolah dulu kot. haha

Tuesday 26 July 2011

Sehari menoreh duit atuk!

hehe. bunyi cm best kan best? memang best! ala.. bukan byk mana pun aku guna..tapi ada la 3 digit. kah3.


+ along, jom.
- pegi mana nek?
+ atuk ajak keluar.
- ye la pegi mana?
+ pegi beli Pizza.
- okayh!


ekceli. bukan beli pizza hut jer. mula2. pegi Pasir Besar, sebab nenek nak pegi klinik. lepas tu jalan2 kat sawah padi Londah. lepas tu pegi pekan gemas. lepas tu pegi pasaraya (kat sini yang paling banyak aku ketuk duit atuk.hehe)..lepas tu pegi kedai baju. lepas tu pegi beli Pizza Hut!. sedapppnyooooo. HAHA.


lepas tu, yang aku rasa best, bila part atuk borak dgn apek kedai tu.


+ ini sapa? anak lu ka?
- ini cucu ma..dari kecik saya jaga dia..
+ wah...manyak besar oh.. sekalang apa bikin? kilija?
- dia kecik lagi wo. muda lagi. sekolah lagii.
+ wah. sekolah lagi ka. bapa umur ini budak?
- 17 ma. kicik kan?
+ wa.. 17? muda lagi wooo.




hahah. terbaik ah atuk. free aje aku muda 3 tahun ke belakang kan. tak sia2 selama ni aku cakap baru habis sekolah. kah3.. i luv u ah atuk. :)

Baik sayang

kalau orang tengok tajuk entry ni. macam aku cakap dekat boy kan? haha. ekceli, aku shortformkan dari lagu Wali Band : Baik Baik Sayang. tu yang market terlebih tu. huhu. aku tau lagu ni memang dah lama keluar kat pasaran dunia. tapi entah kenapa..aku memang tak minat langsung. rasa macam down aje bila dengar. tapi tadi..sambil main game FREECELL yang aku dah berjaya kuasai denga terra nye.. aku dengarlah lagu2 dalam pendrive. duk shuffle lagu tu..terkeluar lagu ni. tetibe TERhayati pulak lirik dia...


Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi airmata darimu
Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang...
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku


Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku Sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan... Dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik Sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Disiang dan malammu
Baik-baik Sayang
Karna aku untukmu

 dah pernah dengar kan? of kos. aku je yang kureng sikit. haha. aku teringat. yang lagu ni antara kegemaran seseorang tu. sebab dia penah cakap..fevret. kah3. lepas tu..aku cakaplah kat dia..yang aku baru faham meaning di sebalik lagu tu. lepas tu..aku pun nak gelak. *sebabnya rahsia. hahahahahahaha.



then, kalau korang yang sama macam aku. tak faham motif lagu ni kan. meh sini aku story sikit.


"Lelaki tu tak suka perempuan tu menangis. Dia cuma nak perempuan tu ingat kat dia, hargai dia..yang selalu ada untuknya dalam tak kira apa jua keadaan. Malam ke siang ke.. lelaki tu rela korbankan segalanya demi perempuan tu. Lelaki tu akan buat semampu yang dia boleh..asalkan perempuan tu bahagia hidupnya dan ingat dekat lelaki tu"




amacam? korang rasa cmne? aku rasa... sweeet jugak mamat ni. tapi macam cinta tak kesampaian jer. dah macam cerita Kawin Masal pulak. haha. tapi endingnya aku tak tau lah. haih.. aku saje taknak komen lagu ni. kang ada orang gelakkan aku pulak. dah masuk species jiwang karat lovey-dovey bagai. hahaha.


p/s : sengih sekor2 ni. HAHAHAHAH

Untuk wira-wira saya :)

Molek dara sinaran rampai,
Terpikat sukma putra juragan,
Beribu batu jiwa bercerai,
Rindu kanda dinda surutkan.


Terbang girang si burung merbuk,
Nyanyian merdu irama dilayang,
Lapan purnama kasih dipupuk,
Hanya dirimu arjunaku sayang.


Buluh perindu hiasan tamu,
Cantik suasa sinaran kunang,
Walau semusim kita bertemu,
Citra terindah tetap kukenang.


Harum mewangi mekar selasih,
Penawar cinta hasrat nan syahdu,
Berpisah badan terputus kasih,
Namun aku setia padamu.




semua pantun2 tu, memang ciptaan aku sendiri. idea spontan masa tengah tunggu azan isyak masa dekat Kem PLKN dulu. aku kemas rak buku tadi. terjumpa buku nota PLKN. lepas tu senyum sorang2 lagi. haha. setiap rangkap pantun yang aku buat tu, ada makna tersendiri. yang khas aku cipta berdasarkan kisah kawan2 aku dekat kem. aku tak tau dorang simpan lagi ke tak yang aku copy setiap sorang tu. haha.


p/s : ada satu aku buat sambil tenung sorang wira tengah baca quran :)

10 Karakter Aku Bila Memandu

aku buat entry ni sebab aku bengang.tadi, aku carik gaduh dengan sorang driver Mazda. kau ingat kau punya kete cun, nak lawan dengan aku. ohh, kau silap. Gemas ni aku punya. dah la sesedap nenek tiri kau je nak gesel aku, lepas tu bleh blah macam tu. ohh, kau memang silap. tahniah, sebab dapat pengajaran dari aku tadi. HAHA


1) pemandu yang berhemah. aku tak suka bila org bawak speed. tapi, bila aku yang pegang stereng, 90 adalah normal di jalan kampung. berhemah kan?


2) ikut undang-undang. aku tak potong double line, aku tak langgar traffic light. tapi bila aku ride motor..semua tu dah lupa. haha.


3) suka membantu driver lain. bila ada orang nak reverse or keluar dari parking lot tapi agak-agak tak lepas, aku offer jadi pak gad. ^^. tapi bila aku punya turn, xdek sape nak tolong. :(


4) suka mendoakan orang lain. bila aku bawak steady, mesti ada orang nak potong. aku tak kisah. tapi..bila dorang potong walhal kat depan tu ada kereta or lori, aku pecut lagi laju biar tak lepas nak potong. " kau nk mati sangat kan? aku tolong ni. tak cakap tengkiu pun"


5) tak suka drive sorang. bila aku jadi driver, aku tak suka sorang2 or senyap. mesti angkut sesapa. tak pun, pasang radio kuat-kuat, kasi pecah speaker. kah3. tapi bila bawak motor, sorang lagi best. haha


6) bila bawak sesapa dalam kereta, bende wajib adalah bergosip. dan mangsanye normally adalah kawan-kawan aku. hahahah. sebab bila bergosip, jalan yang jauh tak terasa lama, tgk2 dah sampai..


7) tak suka jalan malam. dulu aku suka gerak malam. tapi sekarang susah sikit..sebab mata aku dah teruk rabun silau dia. bila ada kereta dari depan..terus tak nampak.


8) buat trick jahat. semua trick-trick jahat ketika memandu adalah ajaran atuk dan apak. harap maklum. salah satunya adalah..bila kereta belakang kita pasang lampu tinggi, rendahkan speed secara mendadak, bukan mengejut. haha


9) belum eksiden. alhamdulilah. sepanjang aku dapat lesen memandu, aku tak belum pernah lagi kemalangan. cuma, dua tahun lepas.. itupun, ayah yang drive. kejap jer fobia dia. kalau ayah tak angkat handbrake masa tu.. aku lah orang yang paling cedera parah.


10) Lesen P aku setahun je. sebab aku gabung dengan motor yang aku amek masa From 4. so, cepatlah permanent license aku. haha.


p/s : aku tak suka gmbar lesen sekarang ni.

Monday 25 July 2011

Berpantun punya pasal.

apesal la aku punya tidur asik terganggu je dari malam tadi. kejap kejap tersedar. nak feeling mimpi pun tak boleh. dah la selimut aku alang tarik. dah tu aku nak tarik selimut sapa? sampai lullaby-pillow aku pun nak disebat sekali.


 haa.. cerita pasal mimpi. ape ke motif aku mimpi Cikgu Hazlina bawak aku pergi pertandingan pantun? aku dah retired maa.. dah tu..kat sekolah paling tak bleh bla. sekolah High School Klang pulak. hahaha...teringat aku masa dulu..time pesta pantun daerah. pihak lawan tu fully all boys. so, kena banyak main 'gedik-gedik' dengan dorang. wdfk. aku baru perasan, betapa peliknya aku dulu. HAHAHAHA.


Pepohon cemara hinggapan pipit,
Duduk puteri pinang dikacip,
Duhai kekanda sekacak Brad Pitt,
Adakah angka untuk kusisip?


korang bayangkan, time tu aku dah lah pemantun termuda.. aku rasa Form3 kot. lepas tu nak kena 'ngorat' abang2 Form6. kah3. geli weh. seb bek time tu masa selingan sementara tunggu keputusan juri. kah3. biasanya memang aksi2 mendebarkan ajer dorang ni.eeeee.


yang aku heran tu kan..aku boleh pulak buat bende alah ni. kan 'karakter' aku dulu tak berapa nak normal. bende ni kan geli-geli. biasanya untuk perempuan melayu terakhir je. haha. ingat lagi masa final stage untuk peringkat kebangsaan masa darjah 6. lawan dekat Putrajaya. tidur dekat Shangri-La. memang masyuk la. tak pe..duit sekolah. haha. boleh pulak time tu kena pakai kain songket bagai..dengan lipstick what-so-ever. heels lagi. apeda. haha. kalerful.


ingat lagi masa hari mintak restu nak SPM dulu. ada cikgu ape ntah nama dia. serius aku tak ingat. dia pernah cakap.."nanti bila masuk u, cikgu nak u maintain jadi pemantun. wakil u pulak .okay?" almintakmaaflah cikgu oii. I ni sape lah pemantun pusat UKM nak amek jadi kebudayawan dorang. I ni low class jer. dah berkarat pun nak karang2 pantun dalam 60 saat tu. HAHA.


aku teringatlah..masa pegi pinang sapa ek.. dalam sedara aku jugak.. aku yang kena buat pantung pi pinang. kah33333. serius lawak. berbunga22..bangga jap. seb bek pinangan diterima. haha.


p/s : rindu zaman sekolah. kalau musim pesta pantun, sebulan tu la aku berpantun 24 jam. kah33.

Sunday 24 July 2011

Senyum sorang !

Pukul 5 pagi!! haha. motif la aku kena insomnia kan? tak reti penat ke hape?. entah. aku tak tau nak buat apa dah dengan FB n Twitter. nak baca novel pun dah malas. hobi baru, layan youtube banyak-banyak. dah tu mysoju pulak. kah3. ni semua gara-gara korea punya pasal. princess hours punya pasal. ye lah. masa sekolah dulu, dah la tgk tv ada had. sejam je sehari. 9-10 malam. tepat kul 10 masuk tido. mana nak tengok 8tv pukul 8.30? dah la time wajib Buletin Utama. memang nak kena forbidden tv ah klo aku bukak channel tu. haha.


citer pasal korea. Princess Hours tu even aku dah tengok sekali (sebab aku tak suka tengok sesuatu tu banyak kali), aku kena tengok jugak. sebab ayah dengan ibu aku dah gila citer tu! tak boleh jadi ni. so, aku pegi la layan citer korea tahun bila punya.. n of kos genre romantik comedy. kalau tak de 'comedy' tu jangan harpa aku nak tengok. haha. apa barang tengok tacing-tacing. ni tengah duk buffering kat youtube.


My Princess. ada part dalam drama ni..buat aku tersenyum sekor-sekor. malu pun ada bila teringat jenayah aku buat dekat kampus. kah33333. adush. kalau lah lecturer tu tahu...haha. tapi aku rasa dia tahu lah.. dia kan pak nujum. ah shit. aku malu gila!!! tu lah kil, poyo kau bijak pandai sangat, konon nak tunjul gentlesweet. kan dah malu. HOMAIII, mesti lecturer tu gelak habis kat aku.. SEGAN AH CMNI WEHH. haha. harap2 tak jumpa dah.


orang kata bende da lepas jangan dikenang. tapi masalahnya, bende-bende luar alam tu semua aku buat bila dalam keadaan tak sedar. mereng. main tibai jer. gila la ..menyesal nih. turun darjah ke'market'an aku. kah3..
yang penting, aku taknak jumpa dia lagi! kbai. haha

Jangan buat aku rasa macam ni doh!

+ kil, plis. aku tak paksa, tapi fikirlah keadaan aku.
- aku tak tahu nk cakap macam mana.
+ kau tak sayang aku ke?
- wdfk. mestilah.
+ dah tu? try la jadi aku, kau akan rasa.
- macam la before ni aku tak pernah frankly dgn kau.
+ aku frust menonggeh ah camni.


aku mintak maaf. tapi aku tak boleh terima lamaran kau tu. bukan aku tak fikir. tapi, aku betul2 tak boleh. dengan kweujudan 'DIA' yang aku rasa cukuplah nak kasi aku tarik kerusi kebelakang n off dari muka kau. aku tak boleh buat kerja bila ada orang yang aku tak suka. lagi-lagi orang yang pernah hampir-hampir je nak kena tengkingan pree-op-chas dikhalayak ramai.


aku kesian kat kau. aku tak rasa kena paksa pun. sebab aku tau keadaan kau. cuma. aku dah fobia. bende ni bukan kecik-kecik. aku takut sebab bende yang tak munasabah..aku dah tak kenal kau siapa. aku tak nak rosakkan sem baru aku dengan mood nak MEMAKI ORANG SESUKA HATI. sebab bila aku dah MAKI KAU. payah lah nak suruh aku mengadap kau lagi seumur hidup. tengs dekat 'abang kau' yang dah dapat cop sirim aku-benci-kau dari aku. tengs.


aku kena buat istikharah untuk bende ni. sebab aku memang dah muktamad sebenarnya tak nak masuk campur lagi 'hubungan' korang ni. setakat passing-by tu boleh la. takkan tak bertegur langsung. aku dah tak minat. nak take-off kaki dari landasan yang aku dah hilang minat. aku tak nak kata apa-apa bila kau cakap semua ni sebab 'dia'. aku dah frankly  yang dari isyak sampai subuh duk ym non-stop. kalau kau tak faham jugak hati aku...i cant saya it anymore. sorry, dude. aku tak rela lah tengok kau macam ni. kau baik. sweet. aku suka kau. tapi.. just jangan bende ni.


SORRY. tak guna dah kau pujuk aku.


p/s : malas aku nak mention orang-tu-siapa. kang aku panas tringat kat dia.

Cinta adalah kekuatan

Cinta pada Allah
Cinta pada Nabi dan Rasul
Cinta pada Malaikat
Cinta pada Ibu Bapa
Cinta pada Manusia

Cinta itu universal. jadi kalau ada orang tanya.. " awak cintakan dia?".. nak jawab macam mana? aku tulis entry ni bukan nak bagi free-talk. cuma aku rasa macam nak luahkan apa yang aku nampak. aku percaya atau tak, itu belakang citer. sebab aku bukanlah seorang manusia yang tau cinta-itu-apa. cerita ni..kisah seseorang..

Dia..lelaki biasa. tak pergi sekolah..tapi tamat Form5. dia ambil Spm. tapi tulah..apa aje yang boleh dibuat dengan spm zaman sekarang. kalau stakat kerja buruh binaan tu memang lepas lah. kerja apa yang dia tak buat? kerja yang korang pandang hina lah yang bagi rezeki dekat dia. kesian. aku nak tolong pun macam mana? setakat support n emosi tu boleh la..

PLKN? dia masuk same batch dengan aku. kumpulan kedua tahun yang sama. cuma dia dekat Mantin, aku dekat Sungai Siput. selama 15 tahun aku tak pernah cakap dengan dia even depan mata.. entah macam mana, lepas arwah ayah dia meninggal.. kitorang try to get close. alhamdulillah..semua okay.

abang dia. serupa macam tak de. baik takyah ade langsunglah. aku rasa macam nak penampor aje. tapi tau pulak buat baik dengan aku. n lepas kenduri dekat rumah dorang semalam. aku rasa macam ada satu perasaan pelik. rasa macam nak lari dari situasi. aku bukan apa. just..takut kena serang. wakakakaka. sebab apa? kau gilaaa... dorang bawak awek masing-masing datang jumpa family aku kot!!! dah tu ada pulak duk pandang2 aku. ngeri ah! aku nak tarik sapa? haha

n pasal this guy. awek dia, Kima. budak poly. tahun ni die grad. aku dah jumpa. budaknya baik. cun pulak tu. freehair ke tak freehair ke ape aku kesah. janji perangai okay. kau dah la nak masuk life aku. buat perangai tak senonoh, free aje dapat cap jempol kat dahi kau tu. kah33. sama dengan abang budak ni. rupanya, dah banyak kali balik umah aku..siap tidur lagi dah. dah dapat title 'Kak Long' pulak. peh! terbaek ah family aku. kah3..

back to story. mamat ni, dia kata dia nak berubah. Dia sendiri mintak dihantarkan pegi sekolah pondok. alhamdulillah, tuhan saje yang tahu betapa gembiranya kitorang semua. n siap dah diskus dengan awek dia si Kima tu. dia cakap dekat Apak.." dia sanggup tunggu sampai Bang Ngah habis mengaji". gila. aku rasa kagum jap. sama lah dengan Jiha, awek abang dia. sanggup tunggu 10tahun kalau Bang Long masuk juvana.

bila aku fikir2 balik. ini kot pengorbanan demi orang yang tersayang. Demi kekuatan cinta, masa yang lama dirasakan sekejap aje. punya lah baik makcik2 dua ekor ni. kira bakal biras pupu aku lah kan? haha. tapi kalau dorang tak carik lainlah. kalau pasang lain..memang susah aku nak tabik spring kat orang berkapel2 lagi pas ni. haha


Friday 22 July 2011

KURUS vs HOT

+ kill, aku dah tak makan fast food. nak kurus.
- peh. gudjob! slamat duit aku sem depan. haha
+ doakan aku tau. aku taknak kena panggil ataf dah. kau cmne?
- der, doakan aku supaya jgn kurus. dah cukup.
+ wut de....? haha


kalau kau nak tahu, aku benci kurus n tak suka tengok orang2 yg kurus. contohnya, adik aku. aku pedulik hape korang2 kat luar sana kata aku gemuk kan? sukahati aku lah. tapi..bila parents suruh. aku buat bila depan dorang je. belakang lain citer lah. HAHA. conclusionnya, harapan tinggal harapan nak tengok aku jadi kurus.


+kill, aku tgh bayangkan ko jadi kurus.
- so, aku cmne? mcm orang sakit?
+ tak, hot macam snsd. haha
- KEPALA HOTAK.
+ cun gila killlllllllllllllllll.
- taknak kawan dah cmni. kbye.


happe punya member ah? aku ingat nak bekap ayat aku! ngenggg sungguh! kalau tak mengenangkan aku tak de kawan lain selain kau..memang aku sekeh kasi mampos. tak sanggup aku nak jadi ala-ala snsd. Girls Generation babe!!!!! peh. tinggi betul angan2 member aku sorang ni.


+ plis kil, hot habis lah nnti.
- taknak. cukuplah aku low profile macam ni.
+ eleh, low lah sgt. sekarang pun dah hot.
- aku tak mintak pun jadi hot. korg yg buat aku hot.
+ ala..biarlah dorg. be ur self okay.


ayat last tu aku suka double triple fortle. aku nak je kasi flying kiss (muahmuahmuah) kat dia ni. tapi kang...pengsan pulak. kah333333. pape pun, tengskiut lah awak. kekecikan awak memang nampak comel dihati saya. HAHAHAHAHA. kau jangan nak segan terlebih dengan aku. aku sepak kang.


ayat Apak tak boleh belah masa dia sampai hari tu:
" YA ALLAH ALONG.. GEBUNYEEEE BADAN SEKARANG!!!"


happeke ayat ni? cer translet. gebu cmne tu?


p/s : Cabaran no 1 ibu tak berjaya. harap maklum.

Femes Rupanya Aku ni...

serious aku tak tau aku ni femes satu kampung. ahha! aku nak rasa kagum jap. kah33.. sejak aku berhijrah Gemas 2 tahun lepas..makin market nampaknye.. kah3. ni dah masuk kali kedua aku rasa kembang tahap tak sedar siri.


Babak pertama. ( kat Pasar Lelong kampung)
Watak2 : aku,alang, pak cik kentang spring)


+ adik ni anak siapa? (pak cik kentang spring tny alang)
- ha?
+ kalau adik yg sorg ni acik kenal la. cucu cik ayob kan? (sambil tunjuk kt aku)
- haah. mana acik tau?
+ acik selalu nmpak kau. kdg2 tu tgh amek adik sekolah.


peh. stalker aku pak cik nih. kah33333.




Babak kedua (kat kedai Nenek Semah)
Watak2  : aku, pak cik sape-entah, kawan atuk, nenek semah


*aku selaku tukang angguk dalam perbualan ni.*


+ dik, kau ni anak sapo? (pak cik sape -entah)
- lah, kau tak konar ko budak ni? cucu ayob, adik si anjang ni. (kawan atuk)
+ ohh, geng sey yo tu. tapi anak sapo? godang bonar pulak.
* dio ikut ayah eh. tinggi. dah kuargo eh bosar2.
+ oh, patutlah. atuk ngn wan eh kocik yo. mak kau kocik yo an?
- selalu budak ni kek sini. apo ko tak nampak?


peh. ni lagi stalker2 felda yang berjaya. HAHA. padahal aku duduk rumah je kot. bila pulak aku keluar umah? hoho




p/s : lepas ni aku kena beramah mesra lah dengan orang2 kampung. lagi2 sejak saham aku naik ni. just dorang tak tengok lagi aku buat keje jahat kan? hoho

Kereta.

hari ni kereta Apak buat hal. lepas ayah alihkan masa nak pegi Melaka tadi. terus tak bleh start. temperature naik mendadak ,lepas tu tak turun-turun. camne nak race pegi Kuala Pilah petang ni? dah la majlis lepas maghrib. nak naik Kancil? pergh. mau melayang kereta atuk tu. kah333. ayah kata petang karang aku yang drive van. sebab ayah penat. tak larat dari Gemas > Melaka > Gemas > Kuala Pilah > Gemas. OK LAH.


cerita pasal kereta. masa dorang duk mengacau aku tengah ready nak masak tadi, boleh pulak cakap pasal kereta. Apak lah ni..duk ajak aku mengusha kereta sampai gulai pun dah pecah santan. free aje aku kena perah kelapa balik.


+ along, apak kaya nnti, ada duit juta2 lemon..apak nak beli 10 kereta!
- boleh pinjam ah cmni. paling murah pun xpe..
+ paling murah? jaguar okay?
- peh. itu paling murah? mmg habis toreh duit ni beli jaguar. hahaha
+ along beli lah ferrari. boleh share.
- xnak. atuk tak kasi. dia suruh along beli kereta yg atuk boleh drive.
+ amik ni lah. mini cooper turbo. style tu.
- ayah pulak tak boleh naik. along pun terssangkut kepala nnti.
+dah tu?
- alphard la pak. tak pun bas. boleh pegi bercuti ramai2. HAHAHAHA




alkisah nye begitulah. padahal. Volkswagen Beetle tetap dihatiku. HAHAHAHA. Suzuki Hayabusa too!


p/s : apesal semalam aku tidur tak hengat dunia? pukul 9 dah tido?? waddefak.

Thursday 21 July 2011

macam ni lah saya

aku tau ada para stalkers yang rajen sangat terjah blog ni atas urusan tersendiri. aku tak kesah la kalau korang nak stalk balak korang ke (kot ada la dalam entry aku) , jeles dengan balak aku ke ( aku tak pedulik kalau korg nak tny sapa) , or saje nak jatuhkan populariti aku (aku tak tau pun aku ni femes orangnye. haha). sebelum apa pe aku tekankan kat sini. THIS IS MY PERSONAL BLOG. kat sini tak de GA, contest,link..or what -so-ever.


aku bukan nak diskriminasi. tapi aku cakap direct je la senang ye kasi korang faham. aku ni bukan lah peramah yang suka bermesra alam dengan semua orang. n aku juga bukanlah seorang stalker yang baik. apa yang keluar dekat dashboard aku..tulah yang aku bukak. tak de keje aku nak godek website orang tak de motif kan? macam korang. ..HAHAHA


so, buat apa aku nak mintak maaf diatas kesalahan yang aku tak buat. aku tak pernah mintak pun " i dah folo blog u, folo blog i balik tau!' .. aku okay je sape nak folo. org singgah put shout, aku balas. kalau suruh datang..aku datang. tu je. hehe. kaat blog aku juga tak de censored. tapi kalau tang mencarut-marut tu memang banyak.


satu lagi aku nak bagitau. aku ni Ketua Geng Durian. dia macam ala-ala kongsi gelap. tapi bertujuan untuk mem'bekap' kengkawan yang dalam kesusahan apabila di bahan orang. its private limited. HOHO.


p/s : aku tau ada yang terasa. HAHAHAHAHAHAHAHAHA

SURPRISEEE!

untuk kawan-kawan dan para stalkers yang lain (kalau ada). thanks to those yang dah bagi alamat rumah. yang belum. nanti saya carik awak okay. jangan nangis-nangis. dalam seminggu lagi, saya pos kan ke rumah masing-masing ye. kalau ada yang tak dapat. saya mintak maaf. mungkin kehabisan stok sebab saya tak popular mana nak order banyak-banyak kan..hoho


untuk kawan-kawan. jangan risau. saya bukan pengebom berani mati. kalau sudi...saya suka. kalau tak sudi, xpe. :) ohh ya, saya baru siapkan satu set untuk dihantar ke johor. insyaAllah, lepas ni ke utara pulak. :)


p/s : sorry ah aten, kad kawen aku tu tak cukup banyak nak hantar kat semua family kau. tolong pas mulut eh. HAHA

Kisah SEORANG LELAKI

beerkisahkan sebuah lagu.


kalau awak ada terbaca entry ni. saya say sorry dulu ya. lepas ni nak marah pun tak pe. nk explen je. sape suruh awak off fb? kan dah merana. hahahaha




masa saya bagi link tu, sumpah saya tak de niat pape pun. cuma masa tu saya tengah dengar lagu ni kat laptop. dah alang2 awak tengah on9 n macam badmood,then saya pun memang tengah bosan gila..saya suruh la awak dengar. mana la saya tau awak terasa sangat. tapi bila awak suruh saya dengar balikkan.. baru saya perasan. memang kena habis lah. hoho. sorry sorry. jangan marah.perangai setan. hoho


p/s : tapi lagu tu tacing jugak. haha

Alhamdulillah. thanks kawan.

entah macam mana. dia keluarkan satu statement ni. mula-mula aku buat bodoh. biasalah, kitorang memang suka berlawak membahan. entah macam mana. pagi tadi,masa nak kemas-kemas. aku terbukak almari. n nampak baju tu. aku tak rasa pape. cuma aku terfikir, betul ke ape yang dia cakap tu? so, aku pun google n google. ada satu bloggie ni, tajuk entry dia sebijik-sebijik macam apa yang aku nak tahu.aku baca sampai habis. pendek. tapi pengomen dia, ratus jugaklah. n ALMOST LELAKI.


bila aku fikirkan lama-lama. aku tak taulah kalau dia cakap tu tak de niat pape tapi aku just nak ucapkan terima kasih kawan. kau dah buat aku rasa sumthing hari ni. satu sebab yang selama ni aku rasa macam dumpbell. kalau aku buat pun bukan sebab sesiapa. tapi, mungkin dah sampai masanya. haha. tak sia-sia aku kena ceramah free je malam tadi. pape pun, baju tu..aku takkan pakai depan kau dah kot. haha.


p/s : motif aku nak tersengih sekor2 tengok mamat2 ni semua komen. haha

its. asyraf muslim.

wajah kau.
mengingatkan aku tentang seseorang.
dia yang telah meninggalkan kesan paling dalam.
perit rasanya bila hati terluka.

suara kau.
membawa aku pada zaman kami bersama.
di mana hari-hari terasa bercahaya.
merdunya,walau tak terdengar dek halwa,
tapi biarlah.

aku rasa,
tak mampu berkata bila mata bertentang mata nanti.
hati rasa berdebar.
tangan rasa sejuk.
badan rasa kaku.
dan biarlah hari itu tak berlaku.

cuma,




aku ter-ingat kau.


SCREEN : Kau Kesayanganku.
apesal lagu ni tacing sangat eh. haha

Celoteh Pagi

dari pagi semalam aku tak tido lagi. ni konfom lah. lepas zuhur kang aku tido tak sedar diri sampai petang. beryoutube tahap tak hengat diri. sedar2 dah pukul 5 sebab jam loceng ibu dekat bilik sebelah dah nyanyi lagu lullaby. hahaha.aku stil on9. pastu tutup lappy. bangun dari katil. pegi dapur. dengan tak cuci muka (air takde sehari ni so bertayamum kabus pagi je la)..aku pegi melahap nasi goreng yang dibungkus masa open table semalam.  serius, aku pedulik hape korang nak kata aku anak dara tak senonoh!


semua orang pelik.


+ dah cuci muka?
- belum.
+ awalnye bangun.
- nak bangun apa, tidur pun belum.
+ knp tak boleh tidur?
- sebab sibuk on9. 


wahahhaha. rasa macam satu kepuasan selepas berpuasa mengadap lappy 5 hari. acececeh. rindu jugak sebenarnye nak on9. tapi tahan diri kill! ajar diri tu degil sikit. kah3. lepas tu lepak2 tengok tv sambil tunggu budak-budak ni bangun. macam bese merepek tak sudah dengan ibu sambil gelak terbahak-bahak.


lepas tu. sambil tunggu atuk balik kitorang . tengok satu drama ni. dekat DIVA kot klo tak silap. pasal family. lepas tu tgk citer Salleh Yaakob pasal die kawen banyak. then, ntah kenapa mulut aku ni gatal sangat cakap kat nenek..


+ nek, suruh atuk carik nenek baru lah. nenek tanakkan payung emas ke?
- hahahaha. bukan sonang nak dapek payung omeh tu long oii! tak buleh sikit pun jelos.
+ xpe. nanti along tanya atuk ok.


pastu,atuk pun balik dari masjid. atuk masuk je, siap je letak kaki kat pintu grill..


+ atuk, pegi lah carik nenek lagi satu. nanti along ada dua nenek. boleh cukai banyak2.
- atuk kalau nak kawen satu laie, nak carik yang kayo. sonang buleh kikih.
+ peh. masalhnya. sini tak de mak jan kaye la tuk. sumer standard. haha
- kalau cmtu tak yah la kawen.


serius aku dah nak kena ketuk kepala hotak dengan senduk. HAHAHAHAHAHAHA.




p/s : rasa nak pegi kedah. hoho