Sunday 10 July 2011

Dasar anak mat saleh!

roti. gara-gara aku ni sangatlah hantu roti, aku kena marah. kepalaaku dah la sakit yang amat gila. rasa nak meletup dah tempurung kepala. sampai makan minum pun aku tak tau bila nak masuk. duduk memerap dalam bilik.kasi landing baekkk punya. hari mendung jer..tapi badan aku panas macam baru keluar oven. Actifast dah telan *sebijik. itupun nak tak nak je masuk.sampai kena jolok tekak. air?hmm..sejak aku bangun tido pagi tadi secawan je masuk. tengah hari aku tak bangun makan...kenyang makan roti n fries. lepas tu.. around pukul 2 dah lelap. bila ibu ayah balik pon aku tak sedar.

Night mares. oppss.silap.. noon mares. ngeri betul aku mimpi. Saleh Yaacop masak lauk sedap2.. tapi dia masuk dalam lubang jamban yang boleh bergerak. lepas tu..kitorang sumer salah makan. *kitorang =fouziah gaos n blablabla...aku serious ni..ntah cmne boleh jadi kamceng plak dgn pelakon2 tu sumer..aku ni future actress tak?ntah la.lagi pun tu sume mimpi. lagi-lagi untuk orang yang tak bape nak betul hari ni macam aku.

Bangun pukul 6. terhuyung-hayang pegi dapur. konon nak makan.. dah ambik nasi segala bagai..*punya la membukit dah macam setahun tak makan.. elok je pulak lauk fevret aku arini..telor masak kicap. dah letak sumer. bismillahirrahmaniraahim...Allah.. terus tak jadi makan. tekak payau gila bila terbau cili padi. adoi..apesal la ibu letak cili padi plak ni..seyes memotong nafsu makan aku. last2.. nasi2 tu aku sumbat dalam tong sampah. pegi la selongkar..kot2 ada roti. fuhh seb bek ada Mr.Gardenia. kalau tak memang diet seharian lah aku. amek 2 keping,sapung planta kiri kanan.lapik 2.. ngap. makan.. tapi apesal macam tak sedap pulak ek hari ni??

pastu, tetiba atuk datang. "hai, baru nak makan? sehari sekali ke makan nasi?"..aku senyap je. kepala dah takde kekuatan nak mengangguk.lepas tu, nenek sedar aku dah bangun..mula la sesi menceramah aku....

ibu          : "malam ni makan lauk apa?"
aku         : " along tak nak makan nasi.roti pun dah cukup.kenyang."
nenek      : "kot ye pun dah jadi anak orang putih, makan la jugak sesuap nasi.."
ibu          : "xkan nak jadi macam angah. keluar masuk hospital. awak tu dah la gastrik"
aku         : "tak nak la. french fries ada. hotdog pun ada.roti ada la sikit."

pastu.. blablabla.. aku dah senyap.sepatah haram pun tak keluar dah. nak buat camne. aku ni memang dah ditakdirkan makanan ruji untuk tekak ni roti je. lagi-lagi Gardenia sahaja. agaknya hantu Mr. Gardenia ni dah goda aku jadi pelanggan setia dia. and the potpetpotpet kat dapur..still tak habis lagi.. ahh. alangkah bagusnya kalau ada kat Bangi sekarangni. boleh lari jap. Ameer Ali!

p/s : tiap2bulan angah duduk hospital coz gastrik dia teruk.masuk air segala bagai.

No comments: