Wednesday 27 July 2011

Aku fobia tengok darah. Ya Allah.

saat ni. tangan aku masih menggigil. badan rasa seram sejuk. badan terasa lemah. dengan dua mata ni, ya Allah. ngerinya. Fobia dengan tragedi 15 tahun lepas. aku betul2 tak boleh tengok darah.


masa tu kitorang on the way nak balik kampung kat Gemas. dalam pukul 10 malam. malam raya kalau tak silap. jalan jam teruk. tetibe..ada satu motor macam RXZ laju gila..lalu sebelah kereta aku. aku cam motor tu. lelaki pakai baju hitam dengan sneakers.laju sangat smpi ayah kata " karang eksiden baru tau."


tak lama lepas tu, highway jam. jalan mcm siput. ayah kata macam ada eksiden. dekat makin dekat. entah macam mana..smpi je dekat turn kitorang nk by pass kemalangan tu, kena tahan kat polis. ayah kata teruk mayatnya. kaki putus. ttbe aku nak muntah. n aku bukak pintu, bila aku ludahkan..aku tinjau dari bawah pintu.. aku nampak mayat tu.. dengan darah depan kereta aku.


lepas tu, aku terus takut tengok darah. sebab aku still ingat rupa mayat tu sampai sekarang. sebab tu jugak, aku tak boleh jadi doktor. aku takut darah. aku fobia tengok eksiden.


tadi..aku bawak ibu pergi gemas naik van. macam biasa..aku suka bawak laju. tadi, ade satu treler nak potong aku. tapi aku tak kasi..racing punya racing..cecah 100 gak kat jalan kmpung. ibu marah aku. " karang kita yang eksiden macam mana?".."rileks lah ibu, along acah je drebar lori tu.huhu"


lepas tu, on the way nk balik, Storm depan aku ttbe je brek emergency. nasib baik aku perasan. dah la van ayah ni brek dia tak makan. serius sikit je lagi nk bercium bontot. rupanya..ada dua ambulans lalu. laju gila!!! berdesup! pegi arah segamat. ibu cakap.


+ asal sampai 2 pulak ambulans ni?
- ada org nk mati tak bu?
+ hisy. ada ke mulut ckp mcm tu.
- dah tu? sakit? bersalin?
+ klo dua ambulans, biasanya eksiden teruk.


bila sampai dekat simpang tiga Pasir Besar..ada lagi 2 ambulans dari arah Rompin. aku tak nampak lah sebab aku kan pemandu berhemah. tapi entah kenapa, ttbe aku rasa berdebar.


+ eeee, asal ada lagi ambulans ni?
- eksiden dekat Pasir Besar tak?
+ ke dari area rumah kita bu?
- ye kut. dah la simpan feldasg kelamah tu asal eksiden je mati.
+ ibu, along takut lah.


then, dekat bila lalu dekat tempat pembunuhan orang yang femes tu..ada lagi ambulans lalu. tapi ibu kata tu bukan ambulans. tapi pertahanan awam.


+ ibu, ada lagi lah!
- tu bukan ambulans. tu jpa.
+ eksiden jatuh sungai muar tak ?
- tak pun dorg kena potong pe bende ke.
+ asal along rasa semacam ni bu?
- slow sikit.
+ along bawak 60 je ni.


lepas tu..bila dah nak sampai sungai kelamah. dekat ladang sawit tu..dari jauh aku nampak ada polis jaga jalan. ada kon merah. ada lori. sumpah. aku terus rasa macam nk berhenti tepi jalan bila nampak ada 2 kereta dah tak normal. ibu kata muka aku pucat tak berdarah.


+ ibu, along tak nak bawak dah. pegi call ayah. amik kita. along tanak lalu situ!!
- jgn nk buat gila along! lalu aje.
+ tapi along takut ibu. along takut...macam ada darah banyak.
 - lalu aje. pandang depan. jangan toleh lgsung. baca apa yg patut. selawat.
+ tapi bu..along takut. along tak larat nk pegang stereng dah.
- bawak aje lah!!!!!!!!!!!!!


serius. aku tak tau macam mana aku drive lalu kawasan tu. sedar2 je dah masuk simpang rumah. ibu kata ada nampak beg sekolah budak kaler pink.kt jalan. Myvi hancur depan n senget sebelah. kereta iswara tu tayar tercabut. motor hancur sepenuhnya. serius, aku betul2 rasa mcm taknak drive dah lepas ni. aku tak sanggup nak rasa lagi sekali bila kena hentam bila kena langgar.  cukuplah sekali. aku dah lupakan pun.


bila balik rumah, kitorang recall balik. rupanya..eksiden tu tak jauh dari aku. kiranya kalau aku speed lebih sikit tadi..memang dengan aku sekali jadi magsa kemalangan. dekat selekoh tajam tu. ayah bali, dia kata Myvi tu isteri pak cik polis belakang rumah kitorang. aku tak tahu lah cmne. yg aku tau.. aku menggigil smpi sekarang.


p/s : lagi aku tak snggup kalau aku kenal mangsa tu.

2 comments:

Unknown said...

nak raya nanti mesto lagi banyak eksiden dasyat2 :( so aku kata kat FB ko tadi, ko pun drive carefully ye ! kate nak hangout same2 kat ukm nnti kan :)))

Kill said...

hahah. boleh zah. kau sewa kereta. haha