Friday, 6 December 2013

Janji temu kali pertama

Erra : Yang Indah Hanya Sementara

Last week, janjitemu kitorang yang first after masing-masing dah berpecah. Sorang utara, sorang selatan, sorang tengah. Masa tu Ateng ada interview kat Rawang, Apau pulak tengah training kat Ampang for these months until March, meanwhile aku joblessss. huhu. So, we end up plan nk jumpa kat Kg Baru. Ateng's treat! hehe

Tak rasa janggal sangat even dah lama tak jumpa. Maybe sebab adala jugak interaction kat tweeter and facebook tu. Got manyt things to story. Even ateng penat ulang-alik iv dari Rawang, aku pulak sebenarnya tengah keje part time kt UPM masa tu. Tapi ape dehal. Bestfriends are more important. wahaha.

Alhamdulillah, hubungan kami masih begitu. Masing-masing ambil pengajaran dan hikmah daripada apa yang terjadi. Kitorang dah mature nak fikir baik buruk. Cerita pasal keje. Apau tengah training dekat KPJ HQ. lepas ni boleh kata pegawai it KPJ Muar la kott. haha. Ateng pulak, she said belum nak pasti sangat tapi at least ada keje kan. Tu semua rezeki. Aku? Just got news. good news tapi still 50%. InsyaAllah aku terima, sebab tak tahan mini working dari bilik!ngantuk and unsocial! haha.

Tapi kalau ada rezeki, aku harap 2nd plan aku berjaya. I want to immigrate. I want to move. Nak duduk tempat orang pulak. Plan A on progress. Doakan aku, doakan mereka. :)


Alhamdulillah. Amanat mummy dah selamat dikotakan. :D

Wednesday, 4 December 2013

A little bit down

Ella : Tinggal Tanda Tanya

Getting older, getting mature.

Aku ada amanah yang perlu dijaga. Pada keluargaku.
Aku ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Pada tuhanku, ibu bapaku, dan masyarakat.

Hanya Allah saja tahu rasa berdosanya aku. Hanya Dia yang tahu betapa kasihannya aku.
Only He knows how i felt to keep it within Him and me. Semoga aku diberi kekuatan dan semangat.

Sebagai manusia biasa, aku ada rasa sakit hati, tak puas hati. Dia kawan aku, couldnt be more than that. Mulanya, aku nak keep it and swallow. Tapi, makin lama makin tak selesa. One day, i'd chance talked with someone. Alhamdulillah, everything cleared. No more misunderstanding. Tapi, cuma satu masalahnya. I can't go back to the old me. Its hard to fake and its hard to confess.

Ada banyak benda yang aku kena keluarkan and share with someone. But i no had that 'someone'. Family? No way. Aku tak suka buat family susah hati. Bestfriend? Aku taknak kacau their own life. Tak semua orang boleh faham apa yang aku rasa, tak semua orang kenal apa yang aku cerita, tak semua orang punya masa nak dengar apa yang ingin bicara. End up dia, keep silence and smile. :)

Subhanallah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

Sunday, 24 November 2013

3 years

Adira : Dewi Cinta

Somehow, sedikit sebanyak aku rasa bersalah dengan apa yang terjadi.
Dalam berkawan ada rasa sayang tetapi bukan cinta,
Dalam berkawan ada rasa marah tapi bukan sakit hati.

I just ter-throwback a scene masa lepak dengan Dayad hari tu. Both of us really had a good talk about friendship.

Aku : Entahlah yad, after all of this, aku macam dah tak berani nak kawan rapat dengan sesiapa.
Yad : We need friend to talk with, to have fun with kil. Asal?
Aku : Aku takut sebab once aku rapat dengan someone tu, aku akan sayang sampai aku tak sanggup nak terima if anthing happen. Aku terlalu sayang.
Yad : Dah tu kau taknak kawan dengan aku ke kil?
Aku : Kau kawan aku dunia akhirat yad.


3 years and still counting.
aku sayang korang.
live happily babe even kita semua sorang utara, sorang selatan.
miss you guys badly. :')

Thursday, 8 August 2013

Handmade Baju Kurung

Pretty Ugly : Diary Seorang Lelaki

2.50am. Pagi raya. Tengah tunggu 2nd kek choc moist masak .

Tahun ni baju raya buat sendiri. Selfmade. Sebab salah sendiri. Tak tinggalkan langsung baju kurung kat rumah. Semua angkut buat pakai pegi praktikal. So, ibu bising bila nak ukur, baju sampel takde dalam almari. haha. Alkisahnya terpaksa la tunggu aku balik cuti raya.

Nak dijadikan cerita, aku dapat mintak cuti seminggu awal. Petang sabtu hari tu aku balik. Sampai rumah dah malam, lepas tu ibu cakap aku sorang je kain elok tak berpotong ukur lagi. I told ibu, : "Ibu, tahun ni nak baju kurung pahang boleh?" Ibu punya la bising, apesal tak cakap awal2? Lel, selalunya warna, corak baju along ayah yang pilih. Tahun ni senyappp je. =.=

Pastu tahun ni family aku squad orange uolsss. Pehh. Dah la aku bawak bawal plain selai je balik. Itu pun kaler kuning raja. Bolehlaa. Then, bila teringat aku ada beli shawl dengan pashmina masa pegi jalan TAR dengan dorang hari tu, tetiba je tangan ni gatal amek kunci kete. "Angah, Alang, Adik. jom ikut Along pegi Tampin. Kita nak redah Nagoya ni" So, redah la sejam perjalanan tengah hari buta tu dengan takde parking carik another kain ela buat baju kurung. Masa tu tengah sale gila babeng Nagoya. seriusssss. Nak pegi Jakel haram jauh kat Segamat.

Sempat merembat 2 jenis kain. Dua2 kaler pink. =.= Sebenarnya nak amek warna krim. Plain krim. Tapi angah kata "along macam nak beli kain buat baju nikah". Amboiii cik adik! So, aku amek la plain pink susu dengan sepasang ala2 english cotton. Then, belikan adik2 baju sorang satu, beli renda baju and zip, butang bagai. Then shoot balik.

Ibu : amboi sampai dua kain sekali??
Aku : sale gila babeng bu. Rasa macam sayang pulak lepas ni tak dan nak pi dah.
Ibu : dah tu sapa nak siapkan ni?
Aku : takpa bu. tahun ni along jahit sendiri ek. Nak belajar buat baju kurung :)
Ibu : haa bagus. senang bila dah kawen nanti. Tak botak kepala laki nak belanja mahal2 time raya .

Lolz. menyimpang terus ibu aku. haha. So, petang tu jugak aku belajar potong kain, and petang tu jugak pi hantar jahit tepi. Malam tu dah boleh jahit. Trust me, pukul 5 pagi, aku dah siap jahit badan untuk dua2 baju. Tinggal buat kain je? Terer tak ? terer tak?? haha. Bangga jugaklah dengan diri sendiri. Bukan susah pun sebenarnya.

Pastu beli getah kain , lipat2 sikit, jahit sikit, taraaaa dah siap dah Dua pasang baju kurung. hhehehehehe. *proud* . Tapi yang senang je la. Leher, tangan kaki sume klim mesin je. Tak sempat nak tulang belut, karipap sume. So, next time memang buat sendiri je lah. Takyah nak susahkan ibu lagi. Just amek ilmu menjahit sikit demi sikit. Senang untuk masa depan. hehe :)

Gambar baju tu malas nak upload. Pakai pegi keje nantilah. haha

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Friday, 2 August 2013

First Outstation

Sharifah Aini : Suasana Hari Raya

Venue : Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur
Event : Persidangan Meja Bulat Pasca PRU 13 : Belia, Pemaknaan dan Realiti.
Date : 1st August 2013

Semalam masuk ofis macam biasa. Siapkan database untuk pejabat menteri. Pukul 10 abang Epong dah kecoh suruh berangkat gi KL. Team lelaki bujang dah pergi dulu untuk setting. Aku dengan Didie ni dijadualkan pergi naik kete ofis tapi memandangkan kitorang terlampau sibuk sampai sedar2 ofis dah xde orang. Nyaris2 nak kena drive sendiri. Dah la dua2 ekor menagntuk sebab tak cukup tidur siapkan database tu. Alkisahnya berhimpit la kitorang dalam Innova tu beramai2. haha.

Kitorang tema last sampai. Around 1pm. Aku dengan Didie, Paan and KakNadya duty as pelapor atau pun setiausaha/pencatat sume tu lah. Nak kena peka gila telinga. Tangan nak menaip pun kena laju. fuhh. Ni festime aku join persidangan. Its quite boring at first sebab aku mengantuk gilaa. Lepastu dapat sebelah Paan tu pulak. aduhaiii boringggggg.

Event habis around 6.30 lepas sesi penggulungan tamat. Then, kemas2, lepas tu majlis berbuka puasa kat hotel tu jugak. Heaven standar makan bufet la. Kambing panggang, Sup tulang, Ikan patin masak tempoyak, lauk kampung sume la..Round table dengan budak2 ni lahai sakit hati. Otak sume tak centre. Sama je dengan abang2 kat Keris Mas tu =.=




sekitar persidangan

Then, kalau ikutkan kitorang balik KBS semula untuk amek kete sebab pagi tadi dah pegi dengan kete ofis. Tapi Dayad ajak pegi jenjalan Jalan TAR. aku nak ikut sebab ada benda tak beli lagi, tapi sian kat Didie dia balik sorang pulak. Pujuk punya pujuk, yeay Didie ikottt. Before Nizam a.k.a sv kesayangan kitorang balik, kitorang kena marah dulu sebab gigih buat kerja atas bawah. Tapi marah2 pun dia sayang adik2 dia ni. Bagi gak duit raya masa tu. Jeles ye Dayad, Wan. haha

Mula2 pegi restaurant milik KPO kitorang, Haji Zack kat Pekeliling. pekena teh tarik sume, then terus shoot Jalan TAR. Ya ampunnn melecet satu badan ikut abang2 ni shopping baju melayu laa. Dengan pakai baju kurung kasut bertumit lagii. Camne la KakNik boleh tahan dengan abang Epong shopping. fuhh. Tu belum plan nak beli langsir ofis lagi bagai kat Nagoya sume. Kitorang keluar Jalan TAR pukul 1pg. Then, patah balik Putrajaya sebab nak amek barang kat ofis. Lagi pun kete Didie kat basement lagi. Pastu drift dengan Dayad, pukul 2pagi sampai bilik. '








sempat lagi merasmikan deco raya kat lobby KBS pkul 2 pagi. haha

That was my fullday. Penat sangat tapi seronok. :)

Tuesday, 30 July 2013

Mertua Part 2

#Hattan : Rendang Tak Berbuah

On Sunday morning, rutin macam biasa. wake up, mandi, tgk tv, baca paper and borak2. Pagi2 buta dah buat girls talk dengan Yuyu and Syika. Pasal kawin muda gitcheww. haha. Then Humaira ajak pergi rumah opah. Mula2 rasa macam segan tapi redah jela. dapat jalan2 kampung :) Oleh sebab rumah opah kena lalu jalan besar, tak larat den nak jalan kaki, merempit je mampu. haha. 

Trust me, kitorang siap tengok movie sampai habis lepas tu baru balik.Filem Pechah. Itu pun sebab bila fikir mak dorang ni nak masak tapi barang2nya kat kitorang. Kalau tak mau segala rahsia si orang tua tu dalam kocek aku. Baru duduk 2-3 jam pun dah macam2 benda busu dia bocorkan. hehehe. siap kau akmal! Balik rumah sambung mengulor lagi. Layan hindustan pulak. Lepas tu baru la masak.

Part masak kali ni lagi best. Habis perangai2 pelik mak abah kau dedah mal kat kitorang. hahaha. Menu hari ni, Ikan pari grill, masak lemak nenas, sambal kentang ikan bilis and macam2 lagi. Sumpah rasa lapar gila dengan bau yang sangat menggoda tuu. fuh! Then, dah petang sikit, pergi bazar ramadhan beli kuih muih. Yuyu pulak demam teruk for the whole day. hmm. Just belikan je la ape yg dia nak.Luckily, kuih favourite aku aka kuih cucuq ada jual kat sini. Punyalah gigih cari kat Bangi.. kat pahang jugak dapatnya. kenapa mesti pahang?? =.= One more time, sekali lagi kepala aku tersangkut dekat khemah ayam percik tu. Ya Ampun memang kena gelak dengan Syika lagi sekali laaa. TT

Dah balik rumah, buat sesi melepak aka family talk dekat bangku depan rumah tu. Kalau kat gemas, selalunya kitorang minum petang bawah pokok rambutan. Haa lebih kurang camtu laa. And one more timeee, aku memalukan diri lagi. This time, mata tercucuk kat daun pokok apa entah. Adess memang blushing tahap petala laaa. malu! Best jugak amek angin sambil bergosip macam mak jemah haha.

Part berbuka kali ni lebih proper. Takde aksi pelik2 terbuka awal ke apa. Berjaga-jaga. haha. Cuma perut terlebih penuh sebab sumenye sedap2. Then, lepas maghrib sambung buat persidangan meja bulat kat luar rumah macam petang tu. Last before balik UKM tercinta. Kira moreh la tu. Kali ni terkeluar la citer baik2, takde perangai pelik2 dah. Calon imam muda kan. =.=

Around 10pm kitorang gerak balik Bangi. Baru 2 hari tapi rasa macam dah lama kenal. Rasa macam family sendiri pulak. Ada mak , abah, abang, adik2 ramai. fullhouse gitcheww. hehe. Highway jam. And drive slow2. Tapi sempat lagi bawak kitorang jalan2 pusing Damansara , Puchong bagai kan padahal esoknya keje. haha Alhamdulillah around 1am selamat sampai KKM. Mak akmal tapaukan lauk sahur, tapi masa tu serius dah tak larat nak asing2kan. Lapar tapi malas. haha. Anyway thank you makcik :)

So, thank you akmal for the awesome weekend. Bawak aku dgn yuyu jalan2 Pahang. Met your lovable family. Mesti kau seronok gila kan dapat macam2 point nak bahan aku.=.= Dont worry aku dah hafal jalan.InsyaAllah, your turn will be next. Heading to Gemas. masa tu baru kau tau kecut tak kecut aku rasa. haha

Sekian. :D

Sunday, 28 July 2013

Mertua


Republik : Sandiwara Cinta

Assalamualaikum and a very good night. *since it already 11.49pm- Mempaga time*

Alhamdulillah first day done! haha. First of all aku rasa macam nak sekeh2 je Akmal Firdaus Rosli sebab menipu aku kata mak abah opah dia sume garang. Ketaq lutut jugak la masa dah sampai depan rumah. haha Tapi watlek watchill. Ni Qila la. #ehh

With Yuyu.  Since kitorang sampai pun dah lewat pagi, sesi berkenalan mula time nak sahur. Dengan muka sememeh bangun tidur tu gila teruk first impression aku kat depan mertua. wakakaka. First night tidoq berjemaah dengan adik2 ipar. hewhewhew. Lepas subuh, buat kerja ofis jarak jauh jap, layan Kampung Girl jap pastu tidoq, tapi tak lena. 9am dah bangun tapi sume org takdak. Nak gerak Yuyu tak sampai hati. So, borak2 sikit dengan abah dia. pastu lepak2 tengok tv sampai lee tetiba opah dia mai. Terkejut beruk i tengah syok tengok kartun. =.= Alkekdahnya aku kena interview dari segala part. Dengan a little bit slanga Pahang, jenuh jugak aku nak jawab takut salah soklan. haha

Lepas opah dia balik, sambung mengulor lagi sebab rumah sunyi sepi, sampai le parents dia balik shopping. Its already 2pm baru orang tua tu nak bangun. haih. First task bersihkan seplastik ikan bilis sambil tengok Labu Labi. Ni memang fevret gua. Hobi di masa lapang kalau kat rumah. hehe. Pastu his maksu and makbeh and another auntie (if im not mistaken) datang melawat. OMG! jadi model mekap uolss. Malunya aku dimake over depan sume orang especially his mom and sisters! Dah rasa macam mak andam tengah siapkan nak kena tunang. haha and paling sakit hati sume orang puji his skin cantik for a man. LOLOLOLOLOLOL.

Then, part ngeri for all girls..memasak. haha. alkekdahnya aku dapat tutorial dari Syika. Tips penting, selalu bertanya and jgn buat kepala sendiri okay? haha. Yang tu konfom lah dah pass sebab aku preparation and kemas je. tak masak pun hehe. Kagum sebab abah dia join aku potong memotong sayur. Siap ajar lagi. hehe. So cute uncle :D

Part berbuka. Ya Allah, malunya hanya tuhan saja yang tahu. Mana la aku tau konsep family akmal ni lain sikit. Aku ingat lepas baca doa boleh buka sebab selalu buat camtu. haha. Aku pulak dah siap hirup air jagung. sedar2 sume orang pandang. Malunyeeeeee sebab belum berbuka lagii. Ni sume akmal punya pasal!! :( So, senyap je la sepanjang makan dengan tambahan kena bahan sikit dengan acik dia. =.=

Lepas berbuka, girls outing dengan adik2 and sedara they called 'ibu' and their friends kot. All girls. Kitorang jalan kaki pergi pasar. Actually nak carik tudung si Syika, tapi takde pulak. Sampai kat pasar, another memori memalukan terjadi, kepala aku sangkut dekat khemah pasar malam. Aduh orang ramai pandang. Maluuuuuuuunyaa lagiii. Pastu beli mercun, join Maira main mercun mancis depan umah pastu kena marah dengan abah dia. haha. tulah jadi budak2 lagi.

Then, having personal talk with Syika bout studies and life, pastu join pakatan moreh dalam rumah sambil tengok tv. Part memalukan terakhir untuk hari ni, di saat aku baru nak update blog, perut memulas tak menahan, siap berlari pergi toilet. Elok je dah nak ready membuang, lipas pulak muncul. I can't help this. Aku segan dengan lipas. GELII! TT So, dengah machonya, hero kita datang selamatkan keadaan dengan membuang lipas tersebut. Pastu kena bahan tak habis2. =.=

Itulah kisah hari pertama gua yang kelam kabut. Semoga esok lebih baik :)

From
Bentong, Pahang.

p.s : i calles Mummy arwah Jad because kampung Daddy, Kg Lebu..sebelah ni je pun. Syika cakap, kenapa tak gtau, kalau tak petang tadi boleh bawak akak jalan2 Lanchang. Hm its not good time sis. :)

Friday, 28 June 2013

Something changes

Taylor Swift : Last Kiss *play this song while read this entry will be better*

1 year and 4 months.

Mohd Rohaizad Bakari,dah lama kan kita takde sesi story-telling. FYI, aku dah habis dah study kat UKM. Lepas pulun buat thesis, ViVA (ccw 3325, haha) and settle down sume benda ni..tunggu C-Day je yeay! Ingat tak, dulu kau kata aku konvo kau akan datang, bawak DSLR, nak jadi official cameraman kitorang. Nak bawak bunga. Kau dah janji nak datang...

Im just starting my internship at KBS. Kalau tak mesti kata aku gila glamour nak yang gempak2 je. haha. Ni sume kebetulan, ada offer, i filled it up, send over, and alhamdulillah. Aku under unit data and penerbitan tapi partition aku under Department IT. Best tapi penat sebab banyak keje. Officemate sume muda2, open minded, kelakar, gila lepak. Tak strict pun, sempat le aku duk main mesej2 dengan sume orang . hehe.

Jad, hari ni genap seminggu aku intern kat sini. Banyak benda buat aku sedar that life isn't that easy bro. Makin hari terasa makin sunyi. Trust me, not fill in much since everyone dah balik kampung halaman. Intern kat sana. Last week, ak dengan Ateng accidentally hantar Abe Li balik Klate. in 15minutes, rushing pergi Hentian Kajang, im speechless. Masa tu dah start rasa empty, rasa macam lonely. Those feeling, exactly the same masa hari kau nak keluar hospital and balik bercuti kat Pahang. remember? Kau tahukan kalau aku sedih, nak nangis aku dah takkan bercakap sebab sibuk tahan air mata. haha. We both cried..

Then, malam tu sekali lagi pergi Hentian Kajang, send off Ida. You might not recognize since both of you tak pernah bersua, but she is my everything. Sampai ada orang jeles. haha. Before aku hantar dia, puas dah bantai menangis dalam shower. kot2 nak tunjuk tough la kat bas. Puihhh. Ida buat ayat tacing, terus banjir hentian kajang tu. huhu.

Jad, now im still trying to adapt my new life. One of my wish-to-do tahun ni : pergi Lanchang and im planning on Hari Raya macam tu tapi wallahua'lam. Sedih nak tinggal UKM sebab banyak kenangan. Macam kau cakap dulu, pergi stadium nampak kita lepak berding. Pergi Pullman, teringat tempat kita panjat pintu masuk jeti. Jumpa Pak Din, teringat citer kantoi kat Pangkor. :)

I'm planning nak continue my life area sini. I'm still working on it. Doakan aku. Sumber kekuatan sampingan aku dah tak ramai Jad..i've to stand alone.

Jad, i miss you besides us. So much. Alfatihah. 

Monday, 10 June 2013

Wedding Abang Yuyu

Alice ft Firman : Jangan Pikiran Abang *lagu gedik*

This entry will be quite long. Bismillahirrahmanirrahim.


Last Saturday, 2 cars, we're heading to Kg Jaya, Slim River, Perak Darul Ridzuan to attend wedding abang sulung Yuyu, Eddy Azuan and her wife, kak Nurul. Alhamdulillah, boleh pakai janji2 dorang ni untuk gerak pagi.The journey took around 2 hours. :)


Around 12pm, safely arrived kat rumah Yuyu and terus makan. lapauuuuu. Menu dia best and sedap : Ayam masak merah, Gulai nenas ikan masin, Sambal ikan masin, Rendang tok (kalau tak silap), Jelatah and ulaman. After menjamu selera, kitorang lepak dalam rumah since kat luar panas gilos and ramai orang. Tapi tak sangka pulak tak lama lepas tu rombongan pengantin sampai. So, suddenly kitorang pun dalam rombongan family pengantin perempuan which is dari Pahang.



Bertemakan warna kuning raja (sumpah gila striking!), aku suka tengok kak ipar Yuyu tu. Cun kott. hoho. Macam biasalah, nama pun kenduri kawin. Dah tu mesti ada pelamin. Lepas tu mesti amek gambar. Yang ngerinya bukan sibuk nak bergambar dengan pengantin tapi kitorang yang bershooting atas pelamin. Mula2 aku taknak buat aksi2 kontroversi tu, tapi boyfriend sorang tu suruh aku sporting. So, i took his challenge and bersanding olok-olok lah  =..=

this is fake bridegroom with le flower girls

rombongan UKM dengan pengantin sebenar

Aku syak Yuyu mesti geram gila dengan kitorang pasal kes Batu Pahat tu. haha. sorry Yu, we were joking je time tu. :)  Since masa pergi tadi lalu highway yang membosankan, masa balik pulak alang bawak kitorang lalu jalan lama. Best! Atas permintaan Yaya comey, singgah kedai ABC, makan cendol, kelapa muda tetengah panas tu. peh sedap! Pastu alang nak bawak kitorang pegi lepak kat empangan area batang kali-sabak bernam tapi terlepas simpang. So, heading to KL je la. Tup2, alang bawak jugak kitorang jenjalan sebab katanya dah alang2 keluar ramai2 ni, berjalan la..

So, here we are..

Taman Tasik Titiwangsa! :)

located belakang KTSN, National Library and Pusat Darah Negara, mula-mula niat kitorang memang nak kenakan alang je kat sini. last2 diri sendiri yang terkena. adess. layan jelah pe'el sorang. The scenery was sooooooo beautiful! 




photo:
its happy time before bergelar ex-student UKM . thank you guys :)


Monday, 3 June 2013

Majlis Pertunangan

Elvis Presley : Cant Help Falling In Love

So, hari semalam kitorang end up super letih sampai malam. Tak cukup dengan penat kenduri kat rumah sendiri, lepas tu pegi attend rumah tok chik pulak. Padahal selang berapa jalan je. (basah jugaklah baju kalau jalan kaki). Majlis kenduri tunang Maksu Ida which is mak sedara last yang bujang lagi. She is 26, i think.

Bertemakan warna baby red-turqoise-white, dah macam kenduri kawin je rasa. Makin serabutnya sume pakat pakai peplum merah. Aku tak taulah kenapa aku tak suka peplum. =.="". Sampai2 je, pegi makan dulu. Berkonsepkan hidang ,cedok dan makan, ada banyak gilossss lauk. For sure kambing memang ada. Sebab rumah tok chik ni sume kaki makan kambing. Hari biasa pun nak makan kambing. Bukan takat kenduri je. Aku punyalah carik rusa yang dorang duk sembang , sekali tak makan pun. I dont like!

Menu dia : Nasi tomato, Ayam masak merah, Ikan keli goreng, Kari kambing, Rendang rusa dengan maman, Masak lemak labu and few more. Tunang Maksu Ida a.k.a bakal Paksu ni orang sini2 je. Tapi keturunan Indonesia belah mana pun tak pasti. Hensem jugaklah. Muka cam ala2 pelakon camtu. hahaha. Oleh sebab dah rasa rimas, aku angkut adik beradik dgn maksu balik rumah. Sampai rumah banyak lagi kerja tak siap.

Alkisah dia, dari balik rumah tok chik sampai ke malam, sedara datang menyinggah tak putus2. tu yang jadi penat gila tu. Pastu yang super duper penat tu, kitorang ni rajin gilos cuci segala kereta motor yang ada. zzzzz





photo:
Maksu saya dengan anak-anak buah dia yang comel dan nakal. hahahaha

Sunday, 2 June 2013

Kenduri Sambut Puasa

Judika : Setengah Mati Merindu

Held on Saturday's night, after maghrib. Rumah dipenuhi dengan jemputan yang datang dari masjid and kengkawan nenek atuk . Sebenarnya memang dah lama nenek niat nak buat kenduri, tapi ingat tunggu nak jenduri besar hujung tahun ni je. Tup2 dapat call : "1 Jun balik tau, kita buat kenduri sikit"


Rumah memang fullhouse! Semua kaum kerabat balik sini except anak2 maklong which is BaLong yang tak sihat lagi since accident hari tu, BaNgah yang kat Labuan and Naqiyah. Tapi still meriah dengan mak sedara2 aku yang superkecoh masa tengah rewang nak masak. Untung nenek ada menantu2 pandai masak setaraf chef Joe. ehh. Best! :)


Menu? Trust me, tak pernah kalau takde lauk aneh2. Kendurinye kecik je, tapi list menu?? macam nak kenduri kawen. Gulai ikan sembilang salai, Lawar Kuinin, Sambal udang petai, Ayam Perap Kukus, Pindang kacang panjang dengan kepak ayam and macam2 lagi. Tapi semuanya habis. Alhamdulillah :)

Dari si kecik Dikda sampai lah sebesar aku, semua dikerah buat kerja. Majlis start lepas maghrib, and by 10pm kitorang dah siap kemas rumah. Clean n clear. 11pm sume pakat tido. Aku je yang amek tender kemas dapur untuk esok pagi. =..=.

Now, 4am..i'm still awake untuk isi air kolah, masak air bercerek2, kemas fridge, potong buah sebab pagi nanti *which is hari ahad*, semua orang dalam rumah pakat taknak buat keje, nak makan kat rumah tok chik je sempena majlis tunang Busu Ida. How clever kan? -.-""""

Friday, 10 May 2013

Konvensyen PUM 2012

Dayang Nurfaizah : Bisikan Rinduku


Bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Konvensyen Program Usahawan Muda PKNS really make us proud! Most of them kan peserta Kem Usahawan Muda yang kitorang join kat kolej since tahun lepas. :)

7am, together with Abgjebat and Alang, we were heading to Shah Alam. Punyalah ramai budak2 yang kitorang memang kenal sampai rasa macam pegawai penyambut tetamu pulak kat lobby tu. haha. Of course Alang dgn Abang punya anak ikan lah paling ramai. Serius ramai gilosssss!! Bak kata alang, "paling kurang 600 orang lah yg kenal". pehh nampak tak? nampak takk??

Presentation maha gempak tu cuma diberi peluang kepada Top 5 sekolah terbaik masa Pra-Konvensyen before ni. So, memang dorang pulun habis lah. Sakan gimik dorang, serius kalah budak universiti. seriuss!! Kagum sesangat! Dalam celah2 1127 orang student and 90 teachers tu, terjumpa lah sorang cikgu sekolah aku, tapi tak ingat nama. hahaha.

" ni student skolah kita dulu ni" *cakap kat cikgu sebelah*
" eh kamu kat ukm kan sekarang? senang je nak cam kamu. sapa tak kenal"
"eh mana cikgu tau saya kat ukm?"
" taulah. fb kan ada. haha"

Event ended on 5pm ++, masa tu abg Nabil dah balik dah, nak elak jamm katanya. So, between SMK Jalan Kebun, SMK Gombak Setia, SMK Jugra, SMK Bukit Gading and SMK (P) Kapar, congratulations to SMK Jalan Kebun yang menang Anugerah Syarikat Terbaik disamping beberapa anugerah gempak yang lain. Kitorang selaku abang2 and kakak fasi cuma mampu bangga je dengan pencapaian korang semua. :D


photo:
presentation 5 sekolah terbaik untuk konvensyen PUM

Monday, 6 May 2013

Ocean Prom

Last Minute : Maafkan Aku

Senior Night.

Held on Thursday, DECTAR suprisingly spread the awesomeness of the ocean. Yup. theme annual dinner KKM tahun ni is ' all about ocean '. Most of the guest pakai blue colour. Tapi nak dijadikan cerita, aku tak ikut tema pun. haha. Malas gila nak cari blue dress bagai2. Padahal boleh je beli masa kat time square hari tu. I wore red. Sumpah tak masuk langsung. 

Table B2. masa makan je lah. lepas tu merayau pegi meja orang lain. hahaha. Alhamdulillah diberi kesempatan dan penghargaan oleh kolej yang aku sendiri tak tau kat mana 'kesukarelawan' aku tu. And pasal posing bajet famous-comel atas stage tu sume spontan, seyes aku tak plan. Sebenarnye segan, sebab kena phewwit phewwit dengan orang2 kat bawah tu. hahahaha.

Foods. hmm okaylah. lagi2 time tu memang aku lapaq gila sampai tak menyempat nak makan nasi dah. Tapi kalau lauk dorang bubuh banyak sikit lagi puas hati kot even takde seafood2 tu sume.( TT ). We enjoyed with the performance by Nashrin and others. Lagi bergambar sakan kat luar tu. haha. Overall, senior night..just okay. :D

Junior Night

Kitorang dapat invitation untuk datang malam junior pulak. Saja datang lepak tengok band yang nyanyi lagu OST setia hujung nyawa tu. Big boss suruh duduk meja vip. gila bakhang. kitorang tak layak uols. mampu duduk blakang2 je. haha. Datang pun pakai tshirt je. lek ah. Tengok menu malam tu pun lain dari senior night. tapi okaylah.

But seriouslyy aku super duper lapar malam tu, event habis je terus pick up Ateng pegi Fariz Maju. Lepak2 jap dengan Abeli, makan burger cincang besar gedabak tu pun aku still tak kenyang. =.=

Congrates anak2, Nurul Nola and Faizah for both of you Anugerah Tunas Kesenian if i not mistaken. We Rocks!! haha.

My Final Dinner. The Last One. 


photo:
with Paai Fox holding the certificate ' Anugerah Sukarelawati 2013 '. we both so cute macam Kak Ton malam tu. haha.

Thursday, 25 April 2013

Remy's Wedding

Suki : Untuk Kamu

Last Sunday, akhirnya jejak jugak tempat aku membesar, bak kata childhood memories. Actually a week before tu, Azwa invite pegi rumah dia, mak dia gigih suh aku dengan ibu ayah mai attend majlis tu. Aku cakap la my parents tak sure sebab faktor jauh kan. Si Azwa ni pulak gigih suh aku mai, kalau takde transport, suh tidoq umah dia. Aku pun mestilah segan trang tang tang. hehe.

Then, rasa malas nak pegi, tapi dalam masa seminggu tu, dah bape puluh kali ibu call suruh make sure aku attend jugak wedding tu. Until la Sunday morning, sesudah subuh ibu called uolls.

 " Pegi la kenduri tu, bawak  la sesapa. Before balik singgah tengok rumah kita , lepas tu kirim salam kat kawan-kawan ibu okay" - tengoklah camna. tak janji tau.

Alkekdahnye, lepas mengharungi segala cabaran dan dugaan, sampai jugak aku kat kenduri tu uolss. Berdebar takyah citer la. Lepas 5 tahun baru nak tunjuk muka, peh debor siakkk. haha. Since aku pegi berdua je dengan si Akmal, briefing awal2. Kitorang kena redho je dengan segala apa yang berlaku pada hari ni. Yang penting senyum. kahkahkah. *siap ibu pun dah pandai bahan kitorang dah sekarang ni. haih*

Dari jauh Azwa dengan mak dia a.ka Acik Saadiah dah usha aku datang dengan sapa tak. Siap kecoh. Siap makcik2 kat belakang tu pun kepoh. ades. Lemah segala sendi lutut ni.

" acik kenal kamu ni. dari jauh acik dah tau dah. mak kamu mana? ya Allah tingginya kamu!"
" lama tak balik sini long. datang dengan sapa? bertambah sihat sekarang"

 belum masuk member2 sekolah. peh Amni teman kitorang makan, dia pegi usha si Akmal tahap sengih cipan. Weolls rilek je. Weolls senyum and said yes je. kahkahkah.

" oi fisah, mana kau, cepat datang Qilah bawak suami ni". Amboi, tak berhagak ayat. Tudia mulut tak bertauliah bakal doktor aka geng rempit basikal masa sekolah dulu. Datang si Fisah, Nana dengan Iylia, habis kena bahan terok la. At least terubat jugak rindu kat diorang ni. Sume maintain ketot je. Ke aku je yang makin tinggi? Sume pakat jeles lah kan bila gambar dah upload kat fb. wakakaka.


photo:
iylia. fisah. nana. amnie. azwa. remy. zaty. me. akmal.

GirlBoy Friendship

Ungu : Kekasih Gelap

Post ini kali actually berdasarkan hot question from hot person aka Megan Fox UKM. hehe 

Q : " bagi kau la kan, pompuan dengan lelaki boleh jadi bestfriend tak?"

Frankly, susah sebenarnye nak keluarkan the exact answer. Sebab bagi aku, definisi 'bestfriend' itu sendiri bergantung pada diri masing-masing. Lebih tepat lagi, depends dengan layanan / treats you towards your partner. Biasanya susah kalau nak maintain satu friendship tu without any fishy-mushy thingy tu. At least mesti ada sikit. Tipu la kalau korang dah ke sana sini macam belangkas, caring-maring ,bergurauan bahagia bagai tapi sikit pun tak tercuit kan? Aku dah buat few testimonials *siap tanya member takkkk* and..

most of the girls said YES
- dorang kata takde masalah pun kalau nak jadi bestfriend tapi pandai-pandai sendirilah. Kalau taknak ada yang tersangkut, yang lelaki jangan nak caring sangat. pompuan cepat cair. ingat tu.

and 

most of the boys said NO
- dorang kata jarang lelaki rapat dengan pompuan tanpa sekelumit pun rasa fishy-mushy. at least secoit pun mesti ada. biasa ajak teman makan, teman tengok bola, teman time stress, tukang buat lawak , lagi2 tukang bebel. rasa macam ada orang care, jaga. lepastu gaduh. *ekk*

bukan sepatutnya terbalik ke? haha.

tapi lah kan, bagi aku, kalau dah rapat terapat merapat sesangat tu, sampai hati ke nak jatuh hati? sekor2 aku tengok macam adik beradik sendiri jee. Letak tangan kat dada, pikir pikir. haha. Dont worry Paai Foxx, mu gi klate pong, mek sapa gak. Kekgi kecek supo oghe  klate jah. haha. Restu gua sentiasa bersamamu. Yang penting kenal hati budi dulu takk. kehkehkeh


photo:
with all 3rd year statistician in Intermediate Excel Courses.

Sunday, 7 April 2013

IM4U Volunteering Event

I am Neeta : Terima Kasih

Event : Program Bakti Siswa UKM - Puspanita MPIC
Venue : Taska Ilham Bestari , MPIC, Precint 2 , Putrajaya

44 volunteers from UKM. Wearing IM4U shirts, we're decorating the kindergarten's wall with all the characters of Upin Ipin and Boboiboy.  Together we were drawing and colouring happily. Congrates to Wahida, Ainun, Ejam and Dud sebab dapat pujian melambung-lambung daripada classmate aku sebab kecantikan lukisan dorang. Tapi paling power Ejam dengan Dud lah, kaler dia superb! Siap dah taubat nasuha tak nak buat lagi!! haha.

Luqmal, The Babysitter, volunteering works dia bukan kerja mengecat bagai tapi pujuk budak kecik menangis, melayan budak2 mintak dukung, bagi susu, kan Luke? Tapi paling kesian kat Kamil lah, dia nak approach the kids, tapi budak2 tu taknak dekat dengan dia. haha. Punyalah kitorang ni dah jatuh hati dengan   semua budak2 kat situ sampai taknak balik. Dapat kiss, peluk dorang pun still geram lagi. Especially Qalisha. Amboi dia buat aku macam tilam empuk dia. Rilek je landing dengan tak mandi dia tu. huhu.

 In 3 hours, alhamdulillah everything were settled. Hasilnya, sangat memuaskan. Balik UKM dengan senyum lebar . Sesungguhnya kitorang suka gila volunteering event camni. :D


photo:
half daripada team Upin Ipin dengan mural kitorang :D

Bakal Abang Ipar

Saleem : Bukan Aku Tak Cinta

Last Tuesday night, aku dengan Aten keluar dengan bakal abang ipar aka boy kakMaz, abang Faiq. Mula2 kami juai mahai, kekonon takmo ikut sebab segan. Then, nafsu nak usha tu tak boleh nak tahan, so kami pun follow la mereka berdua keluar dinner. Kitorang pun pilih Nim's Little Island. Punya lah bijak si Aten, dia duduk depan Kakmaz, aku kena duduk depan mamat tu. Peh, masa nak pertama kali bertentang mata tu, gila berdebar sehhh. haha.

Sekali bila dia keluar suara... HAHAHAHA, sumpah lawak gila! Very unexpected!! Otai + comel. serius. Then, sambung gi jenjalan kat Putrajaya. Alkisah dia, baru fes time jumpa, dah kasi drive kereta dia. Ni serius aku double triple terkejut. haha. Dalam kereta keje kitorang gelak, gelak and gelak. Kakmaz dengan AbangFaiq tu jadi Dato Datin kat belakang, aku as driver and Aten selagi PA. hehe

Him : "Kita geng ahh. Thanks teman malam ni" 

haha. InsyaAllah, semoga jodoh KakMaz dengan AbangFaiq kuat sehingga akhirhayat. Comel gila dorang dua.  Kitorang dah approved!! Akak, sila proceed! hehe  :D



photo:
antara port dating bawa pasangan tu.
review gambar2 kat pullman boleh mengundang juraian air mata :')

Tuesday, 2 April 2013

Choosy Partner

Fourteen : Kita

Frankly, i feel comfortable to be with you since before. Even other people think you are 'unique'. :)


+ kenapa tak ajak orang lain?
- takde orang nak kawan
+ kau yang taknak kawan dorang kott
- apa salah aku? why me?
+ because you're different from others. haha

He is my study partner. Bukan sebab aku taknak study dengan orang lain, tapi aku tak selesa ramai-ramai. Same to him. Waktu kami study pun tak macam orang lain. Cara kami study ? dia : bercakap potpetpotpet, aku :" hmm. okay got it.". selalu jugak buat dia geram tapi still we get along each other. :)

He's my buddy. He spend his time for i-dont-understand stories that i told him. I know some people dont like him because of his past attitude tapi kalau tak kenal makan tak cinta kan? haha

# i met Zain SetiaHujungNyawa kat Seremban, sumpah nak gelak gila-gila because of night before tu. haha


photo:
Nurul Fadzlin Syuhada dengan Nur Aqilah Syazwani, her kaklong :)

Monday, 1 April 2013

Terasa Hilang

Tak ingin ku lakar tika ini yang kosong
Dilema yang boleh membunuh jiwa
Antara dua hati yang bisa terpisah
Hanya kerana aku mengenali dia

Kadang-kadang aku tak mampu untuk memilih
Insan yang hina ini tidak setaraf duduk malah berdiri
Lama aku fikirkan, sebenarnya siapa aku padamu
Puas aku jaga tiap tutur kata, gerak dan gaya
Supaya secubit pun engkau tidak kecewa

Namun, bahagia yang aku rasa sebentar cuma
Begitu banyak mata , halwa dan jiwa yang perlu dijaga
Biarlah terpinggir diri asalkan engkau tidak sepi
Sesungguhnya gundah terasa hati bila kau begini

Ku beri ruang padamu melebarkan sayap tinggi
Aku dan dia cuma teman bersua muka, bertemu kata
Tidak terpatri janji juga melabuh dendam berahi
Tapi ku jujur, sesuatu telah berlaku antara kita
Namun, biarlah aku sahaja yang faham rasanya


photo:
i think it was my fault. tapi kau patut tahu, aku antara manusia yang tak pernah tahu memujuk yang sedang menahan rajuk.

Thursday, 28 March 2013

Future Planning

2by2 feat Liza Hanim : Tenda Biru

Rasa macam dah lama gila tak buat pillow talk dengan kakyin and kakmaz since sume orang busy with their own life. But yesterday, we manage to having a small girls talk within us. Dekat tengah2 tapak TG2KM pulak tu. haha. 

Updating our lives. about study. about work. about future plannings. Hari2 jumpa pun tak bagus sebenarnya. Lama2 habis modal nak bercerita. haha. Then, petang tadi, sambung lagi melepak dengan kakmaz sambil minum petang. Yelah, betul jugak cakap akak. Lain orang lain hatinya. Tapi based apa yang aku nampak kan, insyaAllah mungkin ini yang terbaik untuk dia . Chemistry pun obviously shown. hehe :D Kami ni selaku adik-adik hanya mampu mendoakan yang terbaik. :D

" lebih baik ikut je flow. kalau ada, adalah"
eleh. padahal akak dah sengih-sengih. hahaha


photo :
rindu nak buat program kat rumah anak yatim lagi macam kat Taiping puasa tahun lepas.
bell. kakAna. aku. jack. shela

Monday, 25 March 2013

Internship Conformation

Waris : Rembau Most Wanted

di saat classmates kepoh dah dapat tempat LI, aku baru nak hantar resume. haha. takdelah gelabah mana pun. malas nak pikir serabut dengan thesis and a few problems yang coming up. Try rileks and follow the flow. Before ni aku ada hantar kat GMI and MiROS, but both of them reject. Its okay, then i try apply for KASTAM and IPPBN. Dua tempat ni kat putra. Precint 3 and Precint 4. Then, everything is quite.....

Suddenly, a call just now :

+ Hello, cik Nur Aqilah Syazwani?
- Ye saya.
+ Saya dari IPPBN. Pasal latihan industri tu, permohonan cik dah diterima ya.
- Oh really?? Then, i nak kena reply any form ke cane? Thank youu missss

nampak tak eksaited terlebih. tetiba nak speaking mat saleh. haha. padahal baru semalam discuss dengan dorang ni kalau kita sume internship kat Putrajaya cane. is it carpool? haha.


photo:
fashion show TG2KM with nazirulAkmal which is dah kurus. haha.

Malam Apresiasi Wanita TG2KM

Beast : Beautiful Night

post kali ni special request daripada big boss aka Dato AFR. haha

Malam Apresiasi Wanita ni event wajib dalam TG2KM. so , last night i pergi join memeriahkan majlis sebab i kan Datin utama. hahaha. Talent show : peserta diberi sehelai tudung n buatlah gaya apa pun . Fashion show : dress n make up peserta semua sponsored and guess what Yasmin fared join contest okayyy. Tapi i suka tengok plain face dia lagi. suci and cun . blushing gila min kena sorak masa catwalk. haha. kitorang kan abang akak senior yang nakal. :D

Since i dan Yuyu duduk besides bigboss, so nombor for cabutan bertuah pun kira enjoy sekali kononnya. Bajet dapat hamper, boleh makan sesama. Tetiba, number 96 were called. Its Akmal's number. Kelam kabut i nak pass paper tu. Tambah2 pulak orang tua menjerit eksaite. boleh gugur jantung i tau!! Sekali tengok, dapat set kosmetik. hahaha.

hello sir ,jangan harap aku nak puji kau ******. haha


photo : 
akmal with his Alaisyah cosmetics set.
nazAiman with his winning Enchanteur perfume. haha

Sunday, 24 March 2013

SS2 Murni

Taylor Swift : I Knew You Were Trouble

Done Kejohanan Badminton Piala Pengetua. Congrates Ameng, you have a very supportive committee :)

Kenyang makan kek punya pasal, eko teras niaga pun makan wantan je (gaya kamil). Then, tiba2 sorang hamba Allah ni tanya tempat makan western sedap kat mana. dah 11pm weh!! Try pergi San Francisco, tapi tutup. "Jom pergi murni. kt sana aku gerenti sedap gila ". aku syak kt bukit jalil, rupanya nak pergi yang kat PJ. amboii cerewetttttt. =.=""

Then, bawak akmal jumpa scandal dia. alkisahnya dah 2 kali pusing UM, pastu baru tahu Kolej 9 kat luar kampus. kahkahkah. siap kena tahan dengan polis hensem paling lawak.


photo :
sphaghetti carbonara. sphaghetti bolognese. fruit coctail. honey lemonade. milo.

Saturday, 23 March 2013

Tun M Talks

Thrift Shop : Macklemore

Tun M : "orang Melayu cemuih dengan kemerdekaan"..

Betullah orang kata, orang tua lagi banyak lalui asam garam kehidupan. Everyone has their own capability with reason in what and why they do like this that those..Orang Malaysia ni atau lebih tepat lagi orang Melayu ni, rambut je sama hitam..tapi hati ,sorang putih sorang hitam legam. I adored him so much since I was a kid. Somehow, he is my nation's hero :D

Crowd memang full jugaklah. Suksis, Palapes, Sispa, BBSM sume pakat pakai full uniform dorang. pehhh hensem gila!! Aku duduk depan sekali weh. Depan SEKALI!! depan camera tu!! muka masuk screen tak payah citer la. Ni sume sebab terjoin geng hot aka orang penting UKM. =.=""""""

What can I say, sangatlah tak rugi kalau sesapa yang dah pegi DECTAR tadi.:)

Event : Bual Bicara ( Mahasiswa dan Kedaulatan Negara )
Venue : DECTAR


photo:
Tun Dr Siti Hasmah pun ada tadi. So cute and ayu with her little baju kurung kedah :)
I adore so much because she's supporting her husband withou doubting.

Wednesday, 20 March 2013

Metrosexual Guy

Oki Setiana Dewi : Wanita Syurga Bidadari Dunia

isu hari ni lelaki metroseksual. main victim tadi Naqib : antara metro or homo. kahkahkah. lepas tu sambung pulak dengan hujah abangAm dengan Yuyu. fuhhh. boleh terkujat aku bila tau fakta2 ni. haha.

what i knew about metrosexual guy..
- sangat menjaga kekemasan n jenama pakaian
- mempunyai produk penjagaan kulit yang lagi hebat dari pompuan (siap pakai BBcream uols)
- money almost everythinggg
- pandang dari sisi mana pun, still nampak hensem and macho
- ada aura attraction tersendiri

ni sume pandangan aku la. depends pulak kat korang camne. hewhew.


photo:
one of the guys that i missed so much. shaer sam al jofri. its too long huh :)

Monday, 18 March 2013

Malaysia vs Saudi Arabia

Fun : Carry On

Sunday night. Stadium Shah Alam. Malaysia vs Saudi Arabia. Perlawanan Persahabatan.

Lepas asar pick up Kakmaz dekat Kapar. Then meet up Sayyid, move to stadium Shah Alam. Go Malaysia Go! Time first half tu, memang aku ngantuk gila ah. Penat siakkkk. Balik picnic terus gerak. Tapi sebab teringin nak rasa tengok bola kat stadium live, aku gigihkan jua. hahaha. Second half, game dah start rancak. Keeper dah tukar since masing2 rasa Apek slowww! And atlast, Safiq Rahim shoot a goal! Memang tak terkejar la masa first half Arab Saudi dah 2 gol. Kejar punya kejar, time masa tambahan, spectators ramai dah balik, boleh pulak dorang tambah jadi 4 gol. Last minit beb!!

Laugh moment , time Rajagopal tengah diinterview Astro Arena, ada brader ni buat troll :
" Saya kenal pemain saya!" kahkahkah sumpah lawak. End up dia, kitorang antara last person yang keluar stadium. haha.



photo:
abangDon. abangJebat. wanarep. kakmaz. sayyid haris. me. :D

Bonding Picnic Ulu Beranang

Bruno Mars : When I Was Your Man

Sunday morning. Jeram Kedah, Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan.

4cars. Convoy to waterfall with Sekretariat Sukan dan Rekreasi KKM. Atas sikit dari Broga. We had our small barbeque, playing games, swimming ( air sangat dalam okayy, kaki i pun tak sampai ). Port best. Tapi fuhhh sapa sayang keta, toksah berangan la nak naik keta mewah korang pi sana. Carik nahas!! Viva pun calar balar bergesel dgn pokok, jalan mmg cukup2 saiz sebuah keta kancil, tebing jalan yang tinggi. Memang hancur bumper! Bila bertembung dengan kereta depan, sila lah reverse sepanjang jalan. =.="""

Air bersih, sejuk, jeram laju and guess what.. AbangDin buat semua orang gugur jantung. Almost terjadi kemalangan nyawa. Dia buat terjunan dari tebing bukit yang bahaya tu. Haihhhhhhh! Foods : i sempat prepare scrambled sandwich yang ameng kata nice cheese-flavoured tu. kahkahkah.

Not to forget : we had our pro-photoshoot entitled " Flip Back Jumping". thank you ejam. :D



photo:
ameng .makwa. muaz. farred. pokwang. abgdin. abgjebat. wanarep. syuk. pakde. haidar. ejam. abgfrankie. wahida. kakazrin. and few more tengah jaga grill hotdog.

Wednesday, 13 March 2013

Visiting RBAK

Shae: Sayang

Sunday afternoon. Together with abangJebat ,heading to Rumah Bakti Al-Khauthar, Seksyen 4+ with PAPA's team. Kami masak2, main games, makan2 and sesi borak-borak dengan kanak-kanak tu sume. Most of them were anak yatim but i'm not so sure they're anak yatim or anak yatim piatu. 28children, 14girls, 14boys, separate houses. Tapi alhamdulillah, mereka beruntung, banyak pihak datang menghulur bantuan. Masih 'berada' berbanding apa yang pernah aku rasa masa dekat Ulu Sepetang, Taiping dulu. :')

Mama ( Tuan Rumah RBAK ) :
" kalau pandai buat air ni, maknanya pandailah masak, dah boleh kawin dah" 

tested by abangJebat and Naz Aiman. *blushing* kahkahkah.


photo :
Naz aka Papa, our Dinner's KPE.
Hi tea and playing games with the children :)

Tournament Badminton PPSM

Band Perry : If I Die Young.

Weekend. PPSM buat sports event for the students and alhamdulillah sambutan yang agak menggalakkan. We had our Kejohanan Badminton Jalinan Mesra PPSM for the first time! Those invited were Mathematicians, Statistician and Actuarians juniors and seniors. Masters too! Simple work and thanks to very hardworking committee. Congratulations to Noona feat KakLa. Wait for Kejohanan Bowling Jalinan Mesra for another two weeks! :')

Event  : Kejohanan Badminton Tertutup Pusat Pengajian Sains Matematik
Venue : Dewan Badminton Kolej Keris Mas
Date   : 8am. Sunday



photo :
Yam with our event's banner.
PakDin yang tak sabar nak perform.
Ayen yang patah tangah masa training bandits.
Mun and Awin yang tengah match.

Saturday, 2 March 2013

Boys Talk

Ungu feat Rossa : Ku pinang kau dengan bismillah

First time outing dengan Aslam and PakDin. Kami bertiga kalau berjumpa mesti mulut macam popcorn. Nonstop! Perjalanan yang sepatutnya jauh tu pun rasa dekat je. hewhew. Tak sangka, rupanya we have same family type, patut lah boleh kamceng kawkaw! Dari kisah politik, agama, perjuangan diri dan negara sampailah soal cinta dan keluarga. Such unbelievable guys! Tak sangka depa relak story dengan I. Yelah, tak semua orang selesa nak share dengan perempuan kan.

PakDin :
" Bila hang dah kawen, bini dengan anak-anak tu lah penyejuk hati, penghilang penat, pengubat jiwa. Masa paling seronok bagi aku, time bawak anak bini kluaq berjalan. Tengok muka depa pun dah cukup happy. "

Aslam :
" Lelaki ni. Dia tak kisah kau tu cantik ke tak. Dia suka kau sebab kelebihan kau. Perempuan memang taktau, cuma orang tertentu je yang boleh nampak apa istimewanya kau. Biasanya lelaki pilih perempuan yang dia yakin boleh buat family dia bahagia."


photo :
dah masuk march. sampai hari ni aku rasa kereta paling best is viva. tiap kali viva putih lalu, aku mesti usha and akak rumet aku viva putih. AHQ 9034.

Thursday, 28 February 2013

Beri Peluang

Republik : Hanya Ingin Kau Tahu

Sebenarnya peluang tu tak pernah ada untuk sesiapa sejak dari dulu lagi. Back to few years ago, hampir-hampir terbuka, tapi Allah Maha Mengetahui. Dia pasti mengaturkan pertemuan yang lebih baik suatu hari nanti. InsyaAllah. 

Today, someone told me to give chance and pray for the best. Its not denying tapi rasa tu tak ada or maybe..belum ada. Aku luahkan padanya bukan kerana terpaksa tapi hanya dia yang mengenali budi bicara dan yang paling penting kerana percaya. At first, i thought it was a joke. Mula-mula memang rasa biasa-biasa je tapi bila orang yang paling rapat pun cakap it was a big step, "hurmmmmmmm". Uncomfortable. hewhewhew.

I don't know if you guys pernah jadi macam ni  ke apa kan, haha. betullah ada member cakap, " Hidup kita ni macam novel, kita ni conform heroin dalam kisah sendiri tapi heronya kita tak pasti. Mungkin depan mata, mungkin juga berbeza benua."


photo :
tetiba rasa rindu Sabah. rindu kundasang. rindu mrsm koki. rindu papar. rindu anak2 mak. rindu bergurau senda dengan sume budak program yang nakal. rindu sebab kat sana takde tension2 kena pikir tesis.