Thursday 30 June 2011

Tak kaya takpe, janji bahagia.

maybe dah jadi trend sekarang,nak carik pasangan yang berharta,berpangkat,duit berkepuk,pegi shopping hulur kad kredit n tak kisah pasal jurang usia. Katanya.."Cinta tak mengenal rupa dan usia". dua2 jantina sama jer. yang perempuan carik tan sri, dato',datuk sri.. kadang2 'datuk' PUN BOLEYYY.. asal masyuk. yang laki pulak carik mak cik2 yang dah berkedut tapi emas bergulung2 kat leher. bulu mata palsu pun dah tak sanggup nak lekat..ada hati nak carik boyfren mude. memang carik dosa. *aku bukanlah baik sangat,tapi kadang2 tu sakit mata nengoknye.

aku rasa. kebahagiaan bukan datang dari wang semata-mata. kadang2..disebabkan wang..punah semuanya. i really really dont trust at all kat orang kaya. lagi2 lelaki. mostly mata telanjang. aku bukan apa. aku kalau boleh memang tak nak orang yang berada. sebab susah dikemudian hari. aku rasa..biarlah yang sederhana. kadang2 tu susah lebih bermakna. lebih bermakna.

aku terfikir. boleh ke aku ader life macam nenek dengan atuk aku. kawen dah lebih 30 tahun. n setahu aku xpernah pulak atuk ade pasang yang lain. ye lah..bila fikir2..hidup susah tu mengajar kita erti sabar. sabar menempuhi hidup yang perit ni. belajar menghormati.belajar bersederhana. belajar bersyukur. misalnye,kalau atuk aku kaya..mungkin dia kawin dgn nenek aku..lepas tu carik betina lain..mesti jodoh dorang tak sebhagia macam ni kan? menurut ibu aku jugak..nenek dengan atuk..kalau gadoh.paling lama pun 2 hari jer. lepas tu baik balik.

pastu, kita tengok trend2 sekarang. Konon bercinta suka sama suka, bertunang *oh bahagia dunia...Lepas tu kawen..after 2/3 tahun bercerai... ni lah musibahnye kalau dengan orang berharta. ohhhh. tak sanggup i..

p/s : betul2 tak nak orang kaya. *kalau boleh laaaa

Blog Alang

akibat dah kantoi dengan bebudak dua ekor ni pasal aku ada belog.. nak tak nak aku TERPAKSA merajinkan diri tolong dorang buat blog. part yang lamaaaaa gila tu. nak edit gambar. tak nak yang lama. nak baru pulakkkk. dah tu mentaram barang2 aku pulak. so, satu hari suntuk tadi..mengeram dalam bilik siap berkunci pintu bagai sebab tanak kasi si kecik tu masuk. kalau tak..hancus!!!








p/s : credit to photoscape.

Rindu Bangi

rindu. kat sapa? UKM? takkkkk....Orang dekat UKM? pon takk..okay specific sikit.. KKM? offfff kosss takkkkkkkk lahh.. HAHAHAHA. saje rindu dekat life luar pintu UKM. pagi2 pegi breakfast dekat warong mak limah pukul 6.45. tengah hari pegi lunch dekat kedai ayam percik or ayam penyet. malam sikit pegi dinner dekat aliff or bbb. supper..of kos lepak mamak punya.

bila dah bosan tak de keje.. pegi carik keje. weekend macam haram. naik motor redah tempat-tak-pernah-singgah.lepas tu balik kolej. rayau2 hutan paku pakis pegi berkelah depan rumah tumbuhan sambil sumbat mp4 kat telinga ,baca majalah remaja. petang2 sikit pegi taman tasik cempaka bukan bakar lemak..tambah lemak je. ride thru mcD,tebus fries,lompat pagar..duduk tebing tasik tengok biawak berenang sambil jeles tengok parents pegang tangan kanak-kanak kecil baru nak pandai berjalan. malam2 pegi overnite mcD. rajin sikit pegi lepak nunnnnn. KFC Kajang sana. jumpa pakcik2 dua ekor tu..mau ceramah malam2 buta. haha.tak serik

rasa nak update sikit. roger sugerdad. JOM BUANG MINYAK KERETA. bukan pegi mana pun. cuci2 mata.lepak2 dengan member ntah memana. or ada sekali tu pegi tengok drift kat Mardi tengah2 malam. haha. fulus? pandai nak berjalan..pandai la carik..pandai la simpan. sendiri ingat lah. tapi..kalau keluar setakat cuci mata.. tak luak mana pun. kadang2 tak berusik langsung. lagi syok kalau ada tukang sponsor duit minyak. hahahaha.

Lepak itu sangat la seronok. tapi hanya boleh dihayati bila dengan  member. dengan mereka yang kita selesa. kalau orang tu..yang dah terang2 aku tak suka dia.. tetibe nak buat baik nak ajak lepak sama.. maaf, baik aku balik. baring, tarik selimut, tutup mata. Dengan member, even tempat tu panas macam kat tengah lapangan menembak pun boleh ketawa tak hengat dunia. inikan pulak kat atas bukit..tepi pantai..HEAVEN DOE!!
tak payah snack,tak payar air. ader je model nak pot pet pot pet.

tapi tulah.. selagi ada nafas, ada nyawa.. aderla lepaknye. langit tak selalunya cerah. bila kita sangka kan panas hingga petang,tiba2 hujan mencurah ditengah hari. itu lah kawan.. nak cakap pun dah tak guna. nasi dah jadi bubur.

p/s : nak lepak jangan plan. konfom tak jadi. hahahaha

Malaysia vs Taiwan

Perlawanan pertama dah selamat pun. Berakhir dengan gol 2-1. Pihak lawan terpaksa pulang dengan harapan akan memusnahkan pasukan Malaysia di padang mereka selaku tuan rumah Ahad ini. *dah macam pengulas sukan scoreboard. haha

okay. hari ni lagi over yea dari hari tu. terjerit-jerit. sakit tekak. ye lah..semalam dah la jadi penyokong terhormat dekat hari sukan sekolah. hari ni..duk sorak bola pulak. jenuh betul! haha. atuk yang tengah makan tu boleh berlari pegi depan tv sebab ngam ngam je first gol tu dia tengah nak suap nasi. aku dah makan awal2 dah. pukul 6 ptg gitew. kah3. jerit kalah nyah. mau nyer rumah orang bujang kat sebelah terperanjat. bak kata ibuku. : " hisy,dahsyat tumah mak cik sebelah ni. tgk bola macam anak jantan!".kah3.

gilew betul. sampai aku rasa macam nak pi kat stadium time time tu jugak. tak dan nak tgk depan tv. lepas tu balik terus demam batuk selsema. ye lah. last aku pegi stadium..masa..aku 5 tahun kot. tu pun kat stadium shah alam je sebab dekat dgn rumah. klo dah gian tu,gian jugaklah. aku pelik oh.. kenapa lepas 20 tahun..aku baru sedar betapa syok nya tengok bola?? hahahahaha

okay.mari kita analisis perlawanan ye.*malaysia jek

1st goal  : Syafiq Rahim. menurut penganalisis masa first half, mamat ni main terjah je sepak dia. janji hayun. tapi tak sangka pulak masuk gol kan? sipi je kena tiang lepas tu melantun masuk gawang.

2nd goal : Aidil Zafuan. *ekceli aku still keliru kembar dua ni. aku tengok. dorang buat sepakan sudut.lepas tu..atas jasa baik rambut spike mamat ni..tandukan smash kaw kaw kasi goal hangat gitewww.huhu. tak bleh bla boleh tarik spike lepas gol. :)

Dengan dukacitanya..aku nak bagitau.. ibu aku membebel sebab Apek tak perform utk game ni. huhh. dah jadi pujaan ibu aku pulak tunang si harmelia ni..kot ye pun..carikla pesen2 lain. nak mamat spike jugak. adoiii.
takpe2.kita doakan yang terbaik utk Malaysia.

KONFOM KONFOM AHAD NI TERPACAK DEPAN TV LAGI. hahahaha

p/s : bancuh bingka depan tv. punya la semangat kesukanan. hahaha

Wednesday 29 June 2011

"Kakak kau baiklah. Best! "

choiiiii. wa rasa kembang jap. kah3. sumpah la. aku ingat bebudak ni especially kawan Ariena n Mimie mesti cakap aku ni garang,jahat. tak suka senyum,masam. gilerr weh. terkedu jap aku tadi.haha. Aku pun tak tahulah atas sebab apa mendorong budak2 ni 'memuji' kebaikan aku. baikk sangat ke? ohhhh.. you silap budak kecik. Aku baik dengan orang2 tertentu je. kah3. sapa tak sayang adik oii. aku ngaku lah si Mimie tu panas baran tak hengat dunia. suara dia..boleh didengari sampai pintu pagar rumah. selalu je kena bising dengan aku sebab overvolume die tu. aku mana suka orang cakap kuat2. sakit kepala!

lagi syok kalau main bisik2 je. HARHARHAR.

kalau dulu..
"ariena, kenapa kakak kau garang ek?"
"asal kakak kau cam tak suka kitorang jek?"
"eh,akak kau eh hantar kau tadi? gile laa..."

tapi tadi..
"kakak kau baiklah ariena"
"haah.tak macam akak kau sorang lagi.garang!"
"kakak kau ni best tak?"


kah3. hey budak. kau nak tau best ke tak jadi adik aku. sruh ibu aku lahirkan kau dulu. so,mmg mustahil la kan?

aku rasa bebudak ni jeles la kot setelah menengok 'kemesraan' aku dengan bebudak ni? haha. tu korang tak tengok lagi aksi dorang lompat2 kalau dengar tang part " ok guys, jom..along nak belanja"..haha. dari berkepuk duit kat kocek..tinggal.. boleh la 2-3 helai ..hahaha

p/s : aku tak tau lagi ape kawan2 adik Ezzly komen pasal aku lagi. haih =.=

Tuesday 28 June 2011

Kejohanan Olahraga SKSK (F)

"SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK SUNGAI KELAMAH ke 33"


well. ni first time aku datang pegi sokong adik2 punya event. ye lah dari dorang sekolah dekat Meru dulu sampai la dorang sekolah dekat sini, susah aku datang sebab aku kan kat perantauan. haha. since 2 mggu sebelum announce lagi dorang dah mewajibkan aku datang this time. ye..along datang.

aku bajet ayah dah charge la handycam die yang dah berzaman tak guna. so, pukul 2 ptg tadi..aku gerak dengan ibu dulu. naik motor je pun. sekolah belakang rumah je. haha. ayah pergi lambat. aku bajet kitorang je pegi. tup2. satu rumah rupanya datang join! Nenek, Atuk, Ayah, Ibu n aku of kos. Mimie ada event Hari Koperasi dekat sekolah dia. so, die tak dapat nak join sumbang suara untuk menjerit keriangan. haha. spoil ayat.

around pukul 2.30. event start. mula dengan perbarisan. si Ezzly siottt gilaaaa!! dia kata pagi tadi..:" adik tak masuk apa2 pun. cikgu suruh adik duduk je. tak boleh main apa2". halohhh kesian la pulak. almaklumlah. 'team' adik aku ni tergolong dalam budak berpotensi carik masalah. haha. ala.. bese la budak2. nakal tu standard apa. macam kakak-kakak dia la. sekali.. hamek kauuuu. dua2 ekor join marching. Ariena yang team rumah merah ataupun Mat Kilau jadi maskot merak dekat belakang. jenuh aku gelak sebab ada bulu2 merak kat punggong die. kah3. si Ezzly pula jadi budak tukang pegang bunga manggar. sumpah si kecik ni aku tak nampak. aku perasan pun bila die duk tersengih2 kat aku. haram punya adik!

time tu. ayah tak sampai lagi. aku geram gila. dah la aku tak bawak hape. tggu ayah bawak camera macam tunggu die masak lauk kat rumah. siap kena call baru sampai. haih. tapi bila dah sampai.. bateri handycam pulak habisss!!! nak ditambah masalah. henfonnya pun xdak bateri!! ceit. aku geram gila tahap gaban lah. seb bek la atok aku ni advance. nak henfon ada camera aje. tibai la. janji boleh guna. huhuhuhuhu.

Nur Ariena Hanis. or panggil Ariena boleh, Anis boleh. tapi aku prefer Alang sebab dia anak no 3. adik aku paling kurus dan paling ayu. Dia punya lah marah bila aku kata dia anak angkat. hahaha. 12 tahun. 21 Dis 99. Dia ni memang spesies pompuan melayu terakhir la. tapi tinggi boleh tahan. dah lebih bahu aku dah. Ketua Pengawas SKSK tahun ni. die ni pecah rekod. head prefect pompuan pertama sejak sekolah ni ditubuhkan sebelum mak aku lahir lagi. Player hoki, netball n bla bla bla. Heboh nak masuk TKC next year. (Tunku Kursiah College,Seremban). n untuk ptg tadi. dia pnya position 4x200m(3rd place) and 4x100m(2nd place). cuak nokk tengok dia lari. melayang!!! haha. advantage la kaki die panjang n kurus.

Muhamad Ezzly Eddin. panggil Ly je.bongsu.nakal macam along dia. paling rapat dengan aku. Klon Apak versi junior.Semua sama dengan apak, jalan,makan,cakap,perangai..semua lah! 7 tahun. 12 okt 04. tak banyak boleh describe. susah! haha. pernah jadi playboy junior kecik2 dulu. aku yang ajar. since kitorang eksiden tahun lepas, dia dah tak jadi batu api suruh bawak kete laju2. fobia! minat softball n sukan basikal.wuteva. haha. tadi? die main sukaneka je. tapi dua2 game dapat nombor satu n tiga. proud jugaklah.haha.

Event habis pukul 7 lebih. aku mengamuk habis siap maki cikgu2. lembap! slow! n bla bla bla..agak lah. semua orang dah penat kot. tu pun kecoh nak bercabutan bertuah. maghrib makcik2 oi!!! lepas tu aku ingat dah boleh bersurai lah. tiba2.. die suruh budak darjah 4,5 ,6 kumpul..susun kerusi. aku bertambah hangin. aku dah tak peduli. adik aku headprefect ke hape ke.. depan cikgu2 tu jugak..aku bersuara. "Xde2. balik sekarang..macam dah pupus cikgu semua ke tak boleh nak susun kerusi. balik!". hahah. sure malu gile adik aku sekolah nnti. lantak ah. aku cakap kat dia.. kalau cikgu marah. cakap suruh cikgu tu datang jumpa along. die hingat along heran sangat??? *mood berangin.

ibu? tak boleh nak cakap apa. sebab aku yang angkut Ariena balik. lantak ah sape nak maki hamun pun. ni final year adik aku kot. buat jahat la sikit. tak yah la nak skema sangat. hahahahahahaha. aku memang syaitonnnnn.

aku tak suka budak belakang alang. seyes tak suka.
alang.adik
dari kiri : nenek,kawan nenek,ibu
ezzly punya game
poyo. show off medal. silver je ponnn
tangan alang. kah333. style!
ibu dgn kawannye. tak sudah2 mengutuk budak n mak budak. haha
ezzly. ariena
final
ezzly, kawan dia zulfikar


frust tak dapat amek byk gamba sbb memory fon atuk dah full. more dekat handycam ayah. tggu je la ayah upload. =.=

p/s : ada sape2 nak isi borang jadi adik ipar aku tak? haha

Agensi Model. nak terima ke tak?

semalam bermula episod aku sahut cabaran ibu untuk 'mengecikkan' badan. terus terang yea. berat hati sesangat. sayang kat lemak. sayang nak tinggalkan title bonzer. sayang nak tinggal kan muka garang. apesal?? ye lah. nanti aku kurus cmne? dah la cute. darah ada mixed cina sikit. muka macam ada pan asian lebih ke indian. tinggi macam arab. tak ke nanti jadi buruan suruh aku jadi model sana sini? susah tau! belom lagi yang offer jadi player handaball ke netball ke lompat tinggi ke.. huhh. payah2. tu belum lagi orang ternganga kalau aku pegi mana2. macam tengok alien.

tapi hakikatnye. ibu sudah pon tersengih bile aku cakap. " ibu, along terima la cabaran tu". aku rasa ibu macam nak cakap.. HOYEAHHHHHHH. tapi xkeluar sebab macam obvious sgt pulak kan. huhu.. sedih2. nanti tak de sapa panggil aku jadi bodyguard, jadi goalkeeper,jadi boyfren tipu. uwaaaa. tacing jap.

p/s : nak usha agensi model. utk project runway pon boleh la dari xde. HAHAHAHAAHAHAHAHAHA

Sunday 26 June 2011

Kenapa nak kutuk perempuan pakai shawl???

okay. nampak macam emosi. tapi protes sikit aje.tak de lah. aku rasa macam panas sampai hampir tersebut shitt ! bila aku ada lah pegi blogwalking dekat Lensa Rosak *malas nak tag. Mamat ni punya entry je..aku tak tau lah berapa banyak views sebab komen aje dah lebih 500! gila tak gila traffic blog dia?? aku  bukan lah jeles ke hape. cuma nak bagi pandangan sikit pasal perempuan berhijab or lebih tepat sekali bershawl.

memanglah tu dah jadi trend musim ni. kita tak tau lagi musim depan macam mana. betul jugak pasal girls yang before ni free hair ,sekarang sibuk nak sarung tudung syria ape jadah semua. nak jadi hana tajima lah. itu kehendak masing2. tak payah lah nak kutuk sangat. dosa pahala pun pandai-pandai lah dorang fikir. kubur pun lain2. aku sendiri..bukan suka sangat nak berlilit bagai nih. cuma shawl tu mudah. sebab tak payah gosok. tu aje.

bila scroll down lagi. mostly yang mintak button like tu kaum adam lah. sibuk nak tulis yang dorang ni suka perempuan pakai baju kurung. tak suka tengok perempuan pakai leggings pejadah tu sume. aku pun sama. leggings tu dah macam seluar nak mandi swimming pool. better bogel trus lah. senang nampak. pasal baju kurung. aku mintak maaf lah sesangat. aku rasa kalau tak sebab dah tak tau nak pakai apa and memang dah syarat pegi dewan exam, memang tak tersarung lah baju kurung kat badan aku ni. kalau zaman below 18 dulu. pakai pon hari raya. 10 minit pertama time nak mintak duit raya. lepas tu, sarung t-shirt balik. haha

aku bukanlah anti lelaki. tapi pada pendapat aku..lelaki sekarang hipokrit. actions speaks louder than words. cakap tak serupa bikin. kata nak carik perempuan bertudung litup, pakai baju kurung. tapi usung jugak pompuan tak cukup duit beli kain lebih tu keluar. memang macam haram. see, lelaki is fuzzy. so, wahai encik pengomen. fikir lah balik.

Saturday 25 June 2011

Tengah nak melentur buluh dari rebungnya

tengah lepak borak dengan atuk nenek tadi. ntah cmne.. terkeluar la satu topik yang tak berapa nak best. n ttbe aku perasan nenek cakap macam pelik. pikir punya pikir. her dialeks!

aku      : nek, kenapa cakap macam orang Melaka?
nenek  : alah, sajo yo nak cakap cam along. org selangor!
aku      : haih nek. along ni lidah tergeliat lah nak speaking nogoghi. susah!
nenek  : dah tu..cakap utagha buleh plak?
aku     : tu lain nek. ada 'pengaruh' besarrr punya. haha

frankly ye. aku memang susah sangat nak cakap orang sini. payah bebenor. stakat nak translate apa orang lain cakap tu boleh la. tapi nak suruh aku cakap? berangan je la. haha. tu kire seb beka ku tak masukkan bahasa omputeh skali bila cakap dgn org kampung. fuhh! cuma.. ada sorang atuk ni. die kawan atuk aku. mamak-merican punya keturunan. dia tau aku baru pindah sini. die tau aku duduk selangor dulu n still belajar. boleh pulak kat tengah kedai tu ajak aku speaking english berhabuk! perghh. aku layan je la..

atuk m : who r u?
aku      : erk. im ayub's granddaughter.
atuk m : ohh i see. where do u live?
aku      : at my house la atuk. haha

n bla bla bla. tabik spring kejap kat atuk tu. haha. aku dah tak kesah bila orang kampung tengok aku macam ufo baru mendarat kat sini. sbb aku tau. aku 'unik'. haha. kalau mula2 dulu..slalu jugak la sentap. kadang2 bangga gak. kah3.

p/s : sanggup pusing satu pekan gemas semata2 nak carik buku sudoku n akhirnya..last shop baru ada. susah gilos! kalau dah budak math tu math jugak la. haha

Kawan Yang Tak Dianggap

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

undesireble person. rasa macam nak like or smile status dia. tapi..a voice said." dont!" hmm. aku tak stalk dia pon tadi. cuma.. bila tengah scroll news feed tadi.. nampak dia buat status.' tak suka tempat ramai orang'. yes dude..same lah dengan aku. pon tak suka. mula2, rasa macam malas nak stalk. tgh nak scroll tu. ternampak la komen die  yang sangattttt la panjang. dan aku terbaca. yang menyentapkan tu..die sekarang dekat Kuala Pilah! gosh, nasib baik aku cancel pegi kenduri kt Kuala Pilah tadi. if not..mana tau boleh terjumpa. alhamdulillah.terima kasih Allah.

p/s : bapak susah nak siang ikan keli! first time nih. hancur! kah3.

Lelaki pon ada hati lembut okayy!!

ni alkisah seorang budak lelaki bernama Muhamad Ezzly Eddin iaitu adik lelaki tunggal kepada sorang actress bergelar Dattin Kill. *mood gelak tak habis lg ni. haha

macam ni kisah dia...

tadi ibu cerita dekat kami.*ayat skema sikit. masa tgh rehat2 melepak cuci mata tengok Shah Rukh Khan dalam cerita Dil To Pagal Hai kt tv3 kul 2 tadi..ade lah adegan yang paling tak bleh blah. adik kecik aku ni..baru darjah 1. lelaki. hati ganas. hangin satu badan memanjang. kepala gangster. suka2 nak belasah orang...kantoi menangis tengok endin citer hindustan! wakakakakakakakakka. gelak tak hengat dunia ah aku. sumpah lawak gila.

nak diperincikan lagi..masa ending tu..memang sedih ah *aku xtengok sbb pegi melawat kilang taik mata*..mula2..xde sapa prasan budak sorang ni tengah emosi. skali tengok dah meleleh jer.. haha. yang perasan dulu wan lah. dia kata.." laaa..Ly nangih ko nengok hindustan ni?".. haha. pastu kena bantai bahan lah dengan ibu ayah. rugi aku tak ikut dorang balik Rembau. kalau tak.. memang syok bahan budak tu sampai esok pagi. hahahahaha.

pastu..bila dia dah malu sebab kantoi emosi..boleh pulak buat lakonan tak berbayar.." ibu, kusyen ni banyak habuk la.. pedih mata adik.".. euwww..sumpah berlakon! haha. tadi bila ibu bukak cerita, elok je die duk sebelah aku. bila aku bahan dia tak henti2.. free free je perut aku kena sepak dengan siku dia. merah woo muka dia. hahahaha. seronok gilos!

patutlah,kalau time ada drama sedih2 sikit..mesti dia terpaku je macam statue depan tv. aku ingat punyalah menghayati watak ke hapa.. skali nangis! kah3. untunglah malam ni ada drama tacing kt tv3. boleh aku bahan lagi. ape lah naseb dapat adik lelaki yang kaki leleh. Mat Drama la wehhh. haha

p/s : nak selamat kalau tak nak kena bahan sbb nangis..biasanye aku tutup lampu time tgk tv n of kos bawak bantal siap2. cover muka. kah3.

Friday 24 June 2011

Malam Sikit

cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar.
                                 -cliche-

rasa macam nak buat entry pelik. sukati korg lah nk klasifikasikan as entry-apa-ini. terfikir lepas baca lemonade. seriously rasa mcm tgh baca tunas. very similar. 

"orang-orang tua kata..jangan gaduh beriya sangat..nanti jatuh sayang"

dulu..aku memang tak percaya. never. ibu pun selalu cakap macam tu bila tiap2 hari balik sekolah cerita pasal gaduh dengan budak ni budak tu. aku buat dunno.cuma..bila fikir2 balik..bukak album lama..bukak surat lama..kad raya. mngkin betul lah org kata. (:
"tak kenal maka tak cinta"

very universal. tak da maksud lain. kalau tak kenal, mana nak sayang. get know dulu..then,baru judge. yes. my fault. smpi sekarang tak mintak maaf.

confession: 3 kali aku buat janji-tak-kan-cari-kau-lagi. TIGA kali. TIGA orang berbeza. TIGA rahsia.

(1) my senior. zaman sekolah menengah yang penuh pancaroba. zaman oldskull yg..rasanya tiap2 tahun aku tukar musuh. but final year dia.disebabkan 'sesuatu'...aku janji depan azwa..aku takkan add dia sehingga dia dtg add dulu. dari zaman kemuncak myspace tahap tera kecoh satu sekolah..smpi FB. die yg dtg dulu. then, im winner (:

(2) my ex-future-best-fren. zaman kegemilangan matriks. xde bende yg nk dibanggakn sgt duduk kt bangunan 9 tingkat tu. cuma.. ada beberapa org ni..expecially 'sorang' ni..mmg xboleh nak lupa. aku tak tau die ingat aku lagi ke tak. aku rasa nak dekat 4-5 entry dah pasal die dlm ni. honest, setiap hari tringat kat dia.
cuma..aku tak boleh nak carik dia. aku rasa mcm ada setan ckp. " xpayah tegur dia". aku bukan stalker. mybe aku..ntah la..till then, kitorang 0-0 lg. dia kt sana..aku kt sini..act mcm xpenah kenal. off.

(3) my adult member.  yang ni aku malas nak panjang2 kn. sebab smpi sekarang die tak pernah delete no fon aku. padahal. dah berjuta msg die aku delete n aku dah pon remove num die dlm fon aku. haha. sorry der, kau tak layak nak carik pasal dgn aku. nanti, aku menyesal sbb buat kau mcm tu. dia..nice. tapi aku tak suka. sebab terlampau nice. xde nak menyetan sangat. tulah pasal kau out of list. maaf,aku tak selesa. aku org kampung.tak macam kau org bandar. slangs bagai. huh. nan hado!


tapi.. bila scroll scroll balik. tiga2 org ni..rindu. ahaha. tapi..tulah. salah aku ke? bukan kot. dorang yang carik pasal. buts.. dalam dunia ni..sepanjang 20 tahun aku hidup. ada sorang je yg brani mati cakap..aku ego. Ego? sorry aku tak pakai skuter ego. Kriss Emas je okay! nan hado ego. haha

p/s : felt guilty tapi tak nak mintak maaf selagi xde yg datang say "hye kil". harap xde lelaki yg rasa nak masuk list no 4 aku. tak sanggup.

Thursday 23 June 2011

Malaysia vs Lubnan

okay. aku sendiri tak tau kenapa match kali ni..aku tengok macam ada pakwe aku main. HARHARHAR. ntah. yang syoknya.. ayah n adik lelaki aku tak de la SEexcited macam kitorang (ibu,angah,alang,atuk) lagi2 aku.. menjerit tak tentu pasal. yang paling aku panas tu..angah :"along ni..asal menjerit cm pompuan sangat?"..KAU GILAA!! along mmg perempuan okay! cuma.. ada time time tu.. 'sawan jantan' die keluar ah..haha.

ekceli..aku tak tau pon malam ni ada match bola. aku mula2 cm tertarik nak tengok CERCITER CINTA..ala..yg RCW(rozita che wan) dgn shahir berlakon tu!! siap chop tv lagi dari ptg. "ezzly,klo nk tengok CERIA tgk skrg. hari ni..along chop citer CINTA MELODY n CERCITER CINTA. tapi..malangnye..aku lupa hari ni hari khamis. dah konfom2 satu rumah nk tengok YOU SAKA..PEGI JAUH JAUH. yes. mmg lawak gilosss citer ni. kdg2 smpi menangis kitorang gelak. hahaha

tepat kul 9. lepas habis buletin.aku bukak RIA. skali hampeh..geli geleman plak aku tgk si shahir tu.. pastu ntah cmne..aku pegi kutuk la si RCW ni. pastu kena plak bebel dgn ibu pasal..aku mmg tak berkenan klo pompuan tua berchenta dgn lelaki muda. aku tak boleh terima.. pastu..aku kutuk tak hengat dunia lah.. sampai la satu saat tu..ibu berkata.."along,ko jgn kutuk sgt..kang ko dapat laki lagi muda..naya".. erk.. okay bu..along tarik balik.. nak lagi tua je..at least 5 years? huhuhu.

ntah cmne..tgh2 tgk citer saka tu.. ayah sruh tukar pi Arena. tgk2 Malaysia dah lead 2-0. perghh telur ayam siott. mmg arh tinggi.. manah gamal! tapi..hmm. anda perlu practice lg yea. lepas ibu story,rupanya Lubnan team ni baru tertubuh 2 bulan yg lepas. so..newbie lg la.. xpe2. (aku pelik cmne ibu mcm serba tau pasal bola ni) pastu tukar balik tgk tv3.

kitorang start tgk cm nk tembus tv tu time separuh masa kedua. Malaysia dah main dgn 10 org je. Gary Stephen Robbat keluar sebab dapat 2 kad kuning. DUA BEB! aku tak tau lah kenapa sbb aku tak tgk 1st half tu. then..main punya main.. macam2 ah insiden lawak.. yg pastinye aku menjerit betul2 macam pontianak nak bersalin kulit. kah3. ada tu.. sampai terbalik remote kt alang. hahaha. sorry ah.. emo sikit. part lawak..ada sorang pemain lubnan tu..die nak halang cmne ntah..die pegi pegang pinggang player kita. aku tengok dah macam 'tap dancing'. hahaha. atuk ah xbleh bla.. sampai tak terkeluar suara bila aku komen. bukan speechless. tapi gelak.

tapi..yg paling aku nak tau sangat. ada satu part tu..kenapa player kita mengamuk sakan? player lubnan tu cm menganjing je. masa kat sudut padang. aku mmg tak puas hati ah. best jugak klo dorang gadoh tadi. hahahaha. time aku gelak gila2 tu..ayah sebenarnye dah tdo tau. pastu ntah cmne die kuar..kata nk gi toilet. ye ye je lah aku explen yg pasal tap dancing tu. aku ingat dah masuk jamban tgk bursa saham dah.. sekali dtg balik. tak jadi buang selagi tak tengok analisa match. hampehhhh. haha

pape pon congratess MALAYSIA!

p/s : ibu adore gile kt apek (KFCM)..katanya die lompat style.. tinggi..cm spring!.haddoii..btambah lg peminat apek. xde sape pon nk minat pakwe aku si Gary tu. kah3.

Hospital Serdang Lagi

after ayah kena serangan jantung kali pertama dulu..aku dah makin fobia. kalau boleh..biar aku je yang hantar ayah pegi hospital semua jadah. tapi ayah degil, ego! die taknak.. lagi2 kalau die dapat drive kereta. memang pelesit abis!.. macam aku la..bak kata pepatah.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.kah3. lately ni pon.. aku mmg dah dpt pangkat baru. driver! hari tu..masa kitorang balik dari jenguk onyen kt kampung.. atok ada cakap. "elok la along duduk rumah cuti ni.. xpayah atuk bawak kete laie. sakit kaki ni nk jalan jauh2."ye lah tuk.. sementara along ada ni.. along mmg dah tau lama dah.. tu je keje along kat rumah ni..

back to ayah. 5 July. ayah kena check up dekat hospital serdang pukul 7.30 pg. aku suruh tido umah Apak. nnti senang nak gerak pagi. bia lah aku uruskan adik2 sekolah. tapi die tak nak. degil. katanya nak balik hari je. Ayah ingat Serdang-Gemas tu mcm Tampin-Seremban ke? adoii..  penat lah pujuk. katanya nnti gerak pukul 4.30 pagi dari Gemas. mana larat. time2 tdo tu. bahaya kot. dah la gelap. hisy mintak simpang lah.

pastu semalam ibu bagitau. "along..ayah tak nak pegi check up 5/7 tu". aku dah panas la.. apesal takmo pegi?? xnk bawak kete? xpe.. bia along hantar ayah..tapi tu pon tak nak.. aku dah speechless. aku tau..die tak nak kena tahan wad. probability die stay wad sgt la tnggi. ntah.. aku rasa..hisy.

Sikret Resepi | Kek Pisang

entry ni..special untuk athif or atep or tep. hahaha. sebab die tringin sgt nk makan kek coklat time tu. bila aku nak ajar xmo plak. nk yg ready to eat je. pemalas tul. tapi aku dah boring buat kek coklat.memandangkan dekat bangsal belakang rumah ada setandan lagi pisang yang dah-tak-tau-nak-buat-apa. tink. ni lah jadinyerr.. atep ni plak cm tak caye je bila aku bgtau kek tu dah jadi. hambek aku post gambar yang baru keluar oven lagi!!

Bahan-bahan ( - )

  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam


 bhn2 nye ye tuan puan
 pisang hiris utk hiasan semata


cantik gilos emas dia..

Monday 20 June 2011

Kenapa saya rajin main masak-masak?

aku kan baru perasan tau. yang keje aku masak, masak,masak,masak. actually kan..aku ni bosan tahap dewa delapan tau. masa cuti sekolah tu heavy jugak lah. sebab banyak 'event' keluar daerah. tapi..bila budak2 dah sekolah balik ni. bosan lah pulak. sebab xde orang nak gadoh kot. sunyi sepi jer duduk rumah. aku pandang ibu, ibu pandang aku.

memang xpernah terlintas dalam kepala aku ni nak jadi tukang masak professional ke hape. cuma salah satu target masa depan aku adalah bukak restoran untuk ibu aku uruskan. aku support modal jer.sebab aku bercadang nak bukak bakery. n thats why jugak aku suruh angah further studies die dlm kulinari nnti since sekarang die dah amek surirumahtangga utk KHB. boleh jadi bisnes partner. huhu.

aku jugak baru perasan. yang entry aku banyak pasal resepi.resepi.resepi. tiap kali aku main masak2..tiap kali tu jugak aku buat entry. aku dulu mmg tak minat nak memasak2 ni. minat dlm maintainance je. repair2 basikal. tukang2 rumah. haha. boyish gila! ni semua angkara minat ibu yang tahap giga dekat cake making. dah tu..aku terlibat sekali.. sekarang aku dah xboleh nk patah balik. dah macam sebati. adik-beradik pon suka makan. ibu ayah mmg sukaaaaaaaa sangat suruh aku buat tu buat ni. katanya..aku kn free ni. atok nenek plak..mmg xde hal la. dorang yang kuar modal. cakap je. "nek, nak duit. nak main masak2."..semua supportive la.

lantak pi lah. orang nak mengata ke hapa. kau ingat aku tak tau? tangan aku, mulut aku. sukahati aku lah! ADA AKU KESAHHH???

p/s : geram dgn org kata aku gedik.

Babah

mood hari bapa stil xhabis lg.

kalau selama 20 tahun..aku ada seorang ayah..
xsalahkan kalau pada usia 20 tahun aku nak tambah seorang babah..

kalau orang sibuk nak kawen dgn lelaki berusia 55 tahun..
xsalahkan kalau aku nak ade babah yag hampir berusia 25 tahun..

Ayah, Babah..

Beza,
sorang 49 tahun..sorang 24 tahun..
sorang org Melaka..sorang org Perak..
sorang pendiam..sorang kecoh..
sorang ada bini..sorang xde bini..

Sama,
dua2 tinggi dari aku..
dua2 xhensem..
dua2 suka makan..
dua2 suka anak2.
dua2 kaki volleyball..
dua2 suka pakai Nivea.

hahahahahahaha.

p/s : korang rasa tak masuk akal? ntah la.. okay je. haha

You.

aku tak msg
aku tak call
aku tak chat
aku tak like
aku tak wall
aku tak tweet
aku tak jumpa
tak bermakna aku tak care psl kau

menganjing
membahan
memaki
memerli
tak bermakna aku benci kau

aku percaya..

kalau sayang, tak payah cakap I love U
kalau rindu, tak payah sebut I miss U
kalau care, tak payah mention I worry for U

sebab..
Allah tahu semua tu

bagi aku..
cukuplah kalau dia tahu,kalau aku ada selalu untuknya.

kalau kau..
tak pernah dengar aku ckp I love u
tak pernah dengar aku ckp I miss u
tak pernah dengar aku ckp I worry for u..
tahniah,
kau menduduki carta paling atas dalam hatiku.

p/s: ni bukan jiwang. sekadar meluahkan rasa.

Sunday 19 June 2011

Apabila Seorang Emak Berangan..

Scene 1:

ibu merepek gilos. tadi kitorang tengok rancangan Safiyya kat TV9. pasal perempuan je la..pastu, ada satu segmen tu. fesyen muslimah. dorang tunjuk la..fasion show dari Stylo runway. memang cun la baju2 die. tapi admire cmtu je la. jangan harap la aku nak pakai.. mengheban je sapu jalan. sian mak cik2 tukang sapu. xde keje nanti.

aku   : ibu, tengok tu..pesyen Puteri Balkis zaman Nabi Sulaiman A.S. lawa gilosss!
ibu   :  memang la. along nak pakai ke?
aku   : pejadah nyer along nak pakai? nak pi kuliah? T-shirt ickey mouse lagi best.
ibu   : lawa mmg lawa. model pon. kurus je. alang boleh la ni. muka dia kan ayu2.haha
aku   : haah la bu. dlm ktorg 4 ekor, alang sorang je yang cm pompuan melayu terakhir.
ibu   :  ye la. along cm pontianak. angah cm harimau. adik plak prasan jejaka kacak.
aku  : tu lah.. seb bek along xkurus. nanti xbest la bu. orang tak takot.
ibu   : apa kata kurus sikit je. ibu cabar ni..kuruskan badan. tinggi dah ada. kalau kurus mesti cm model. pastu amek modelling.
aku  :  haduhh.. agak2 ah bu. rasanya..hisy.xleh ah. nanti femes sgt plak.susah along nnti. haha

Scene 2:

aku  : ni apesal la tiap2 kali org kawen dpt beg ni? dah tu kerepek, air mineral,telur.
ibu  : tu lah. mana taknyer belanja kawen mahal.dulu orang bagi telur bungkus dlm tisu je.
aku  : nnti, kalau rumah ni buat kenduri..tayah nak bg beg2. bagi je telur sebiji2 cm tu.
ibu  :  tu kedekut namanyer.
aku  : haha. save la. nnti along punya hantaran mesti seploh ribu ke atas. tu blanja rewang lagi. santan dah bape hinggit sekilo. lembu dah mahal.beras lagi...
ibu  : nnti kau kawen..buat kat hotel je. ShangRi La pun xpe. senang, org datang makan je semua.
aku  : along kena cari Tan Sri la cmni bu. paling cikai pun Dato.haha. ibu sggup ke?
ibu  : kalau dah jodoh..xkemana..

perghh. memang pandang ke masa hadapan ibu ni. haha. xsanggup aku .dah tua ganyut.


Scene 3 :

tengah duk membebel dengan nenek sambil tgk ibu jahit langsir.

aku  : ibu, nak carik pesyen langsir kat internet tak? buat la lain sikit tahun ni.
ibu  : kalau rajin carik la.
aku  :  malas la cmni. haha.
ibu  : along, xnak pakai jubah ke tahun ni? berubah la sikit.*sambil gelak.
aku  : adoih.. xsampai seru la. hati tak tbukak lagi. haha
ibu  :  bila lagi? klo nak ibu buatkan..
aku  : xnak la bu.. nnti kena gelak je dgn aten. eee. xsggup kena bahan dah.
ibu  : alah..bukan org lain. kawan kau jugak.
aku : huihh.. xyah la bu.. blom nak insap lagi nih. haha
ibu  : nak tggu smpi adik jadi Imam Muda ke hape? tggu die mbebel kt along dah tua nnti.
aku  :  ileks la bu.. adik tu bisa di atur. baik die cuci angah yang dah mcm Saka Harimau tak sedar diri tu. nak mengamuk tak tentu pasal 24 jam. haha
ibu  : haih.. asal la anak2 ibu semua perangai pelik2. xmacam perempuan lgsung.

wahhhhhh. statement panas gilos yang last tu. aku ni xcukup pomuan ke hape?

p/s : ibu..tggu la bebape tahun. nnti along femes. jgn nk bising plak wartawan serang rumah. hahahah

Selamat Hari Bapa

ekceli aku xhingat pon yang ni hari bapa. haha.. kejam tak? xde la.. sebab promotion dekat tv kureng kot. sbb tu xprasan. apak balik sini hari jumaat tu. saje la sebab dah lama tak balik. mmg aku xsuspek lgsung la. sabtu pun macam biasa. cuma..pagi sabtu tu..aku cakap kt ibu..aku tringin nak makan roti cicah kuah durian. tak pun pulut kuning cicah sambal bilis. uuuuu.. sedap gila. ingat nak buat. tapi dah memandangkan PSP ada kat rumah ni.. drift Fast n Furious la 24 jam. kah3. tup2.. malam tadi.. ada 'cousin jauh'..datang rumah..tetibe je. dah la xkenal.(okay..mmg salah aku xkenal dorang).kah3.. then. dorang hulur kek buat sendiri dgn pulut kuning sambal bilis. wa cakap lu.. tak hingat dah nak makan nasi..duk hadap pulut tu. kah3.

pagi tadi. aku buat kuih raya. nope. jajan kudapan untuk tgk tv ekceli. haha. ni.. kawan sekolah ibu merangkap anak angkat nenek aku.. baru balik dari Sabah. die bagi kuih cincin,gelang mutiara (aku taknak..tapi die sruh amek jugak), udang kering fresh.. macam2.. so,,sesaje la nak main masak2 buat jejari udang kering (senang citer maruku udang kering. hahaha). berjam2 baru nak siap. habis satu badan dengan tepung. dari muka.. sampai kaki.tepung. haha. seronok ekceli.

orang tengah lunch, aku gigih lagi nak siapkan maruku. sampai kena bising. aku cakap. "potong kek dulu, baru along makan"..so..terjadilah peristiwa menyambut hari bapa yang sempoi gila. kah3.. aku dengan baju bertepung-gandum, ayah dengan bersinget, apak tak pakai baju pon, atok..of kos kain plekat dengan pagoda. kah3. yang tiupnya? of kos aku dengan Ezzly. memang semak. budak 2 ekor tu tak heran pon.

xnak amek gmba..sebab serabai gilos. malu lah. nnti konfom Apak upload letak kt FB. xmo xmo. haha. ayah? die xnak amek gambar langsung. dari dulu. wut eva it is.. HAPPY FATHERS DAY!

Sikret Resepi | Bergedil

apa itu bergedil? burger fadil? berdegil?ohh. burger yang degil. kah3. xde la.. ni sejenis makanan. biasanya makan dengan soto. tapi..aku lagi suka makan dengan nasi lauk sup. die macam burger kentang la.

Bahan2. (utk 10 ketul)
3 biji ubi kentang ( hiris)
ayam/ daging cincang (ikut suka banyaknya)
daun sup
bawang goreng
garam
lada sulah
lada hitam
telur

Cara2.
(1) goreng kentang tadi hingga masak.
(2) ambil lesung batu or blender. hancurkan kentang tadi. (lenyek pon boleh)
(3) campurkan kentang lenyek,daging cincang,garam,daun sup,bawang goreng,lada sulah,lada hitam dalam satu bekas dan gaulkan sebati.
(4) kepal2.(bentuk ikut suka)
(5) celupkan dalam telur dan goreng hingga coklat2 siket.
(6) hidang dan makan. :)

aku buat. tapi aku yang xdapat makan. :'(

Friday 17 June 2011

Dan RESULT pun sampai rumah..

lepas semayang jumaat. ibu dengan ayah tengah siap2 nak pegi rewang kenduri akikah dekat rumah-sape-ntah. aku baru nak on laptop. niat nak baca komik kt manga.com. sambil2 tu bukak la fb. tup2. naik chat sorang member ni..member coursemate.

atep : kill, result da sampai uma.
aku  : seyes? aku xdpt lg
atep : aku dah
aku  : bila?
atep : tadi
aku  : haha.mggu depan kot umah aku.

then..(pintu bilik tertutup ni..biasanye klo org pggil mmg xdgr)..

ibu : alonggggggg..nak tau tak result dpt bape?
aku: haaa? *terkedu jap. (member aku ni baca2 ke hapa?)
ibu : congrates la sebab ********* dapat C. (sambil gelak2).
aku: erk..thanks.:'(
atok : manaa? tgk meh.
aku : xnk ckp tahniah ke kt along? *ayat perli ni.

hahahaha/ ntah.. ibu ayah stakat ni.. xpenah marah la klo result aku teruk pon. lagi2 bila dah besar. katanya: " otak sendiri..bukan otak org lain. jadi syukur je lah apa yg Allah nak bagi.".. supportive tak? kah3. yeah.. semua orang dalam family aku tau..aku ni mmg kaki play-play. kepa bukannya betul sgt. mood pun tunggang-tbalik. so..dorang bukan tak kisah. cuma..dorang tau lah anak dorang cmne. hahahahaha..

then, lepas pass kn slip result tu.. dengar2 je.. ayah n ibu dah rempit pegi kenduri. aku pulak kena follo atuk pegi pekan Gemas.. shopping utk qiamullail esok.. well, atok nenek pon open minded. lagi2.. bila tengok aku pegi siol2 kt abang2 askar yang naik trak depan aku tadi. kah3. saje.. lagi pon mmg melambak abang askar kt Gemas ni. almaklumlah.. Kem Syed Sirajuddin merupakan kem tentera kedua terbesar kt Asia Tenggara. nak jumpa askar? senang sangat. hari2 kapal terbang lalu. practice bom pon dekat blakang hutan rumah aku jer.

haha. conclusion. tak risau mana pon lah.. kah3.

Thursday 16 June 2011

Jenjalan Top up Pahala

tdo 3 jam je. 6-9am. sumpah hari ni tdo tunggang tbalik. semalam xleh tdo. on9 novel smpi pagi. ingat tak nak tdo sampai tgh hari. tapi..kena bawak atok nenek balik kampung.tengok onyen(moyang =nenek punya mak)..ohh. ingat nak suruh atok je yg bwk kete. tup2.. kaki kena gaout pulak. ok fine. mata ku pura2 segar..sebab tak nak paksa atok drive. tgh hari buta doe. mana larat. dengan xcukup tdo lagi. makan pon tak. mata dah bpinau2. dah la banyak persinggahan..nak beli coklat la.nak beli durian la..nak pegi bank la..xmerungut.. tapi tseksa sikit sebab xlarat =.= .dah lepas lunch kat kedai. trus sambung perjalanan. tapi mata dah segar la.. apa taknya.. GILO PODEH LAUK EH.. ulam pucuk pogago campo serunding lado! gilo mak aihh.. meleleh2 air hidung. air pulak tak cukup secawan.. sampai sebat nenek punya air. tapi memang sodap!

sampai rumah onyen. paneh pulak. biasalah kampong kan. dorang mana nak pasang kipas. aku je..kalau boleh nak duduk dalam kete pasang air cond. gila xsopan!. onyen..umo 80 tahun. die sihat lagi.. tapi since die jatuh bilik air. dia dah xboleh jalan or duduk lama. tadi.. die mintak aku angkat dia letak atas wheelchair. tringat ijad :) lebih kurang je berat dua2 je pon. onyen pakai pampers. tapi.. bila dah masuk usia senja ni.. mestilah ada yang teka.. dia dah start buat perangai. ekceli..orang tua ni.. die bukan saja2 buat perangai.. dia nak perhatian dari kita. die nak kita sayang dekat dia. jadi.. kepada semua anak2..nanti bila parents dah tua.. janganlah hantar dekat panti2 asuhan tu.jaga sendiri. korang akan rasa..macam mana apa yang aku rasa.

then, pegi ikut atok tengok anak2 getah yang baru tanam kat tanah belakang rumah wan long. ohh ya.. ekceli.. almost semua rumah kat situ..rumah keluarga n sedara2. so..xmacam orang asing la. tengah duk teman atok jelajah ladang getah tu.. nampak la lembu besar kt kawasan sebelah. aku ape lagi.. macam jakun gila! kah3. amek gmba sana sini. pastu. bila duk syok sangat..tak perasan ada biawak komodo kat depan. xsampai satu meter pon. bila dah perasan.. lari lintang pukang la aku.. menjerit macam nampak hantu! haha. lawak gila.. habis nenek2 kt rumah situ2 keluar. malu pulak* bukan stakat lembu je.. kambing..ayam putih..itik.. even ular pon ada tadi tau! eeee. gila cuak.

dah tu.. melepak la kat wan long.. sebab rumah dia banyak pokok buah. ada buah cempedak, buah kuinin, bacang, pisang, kelapa muda, nangka.. senang citer macam2 ado! tapi.. kena bahan jugak lah.. mana taknyer.. duk syok2 kutip buah kuinin masuk dalam guni.. kena harung dengan nyamuk. dah tergaru2 macam beruk. tu pon naseb baik wan long bagitau..kat bawah pokok manggis tu ada sarnag lebah.. kalau tak.. memang aku pegi bantai panjat la tadi. mampos bengkak2 badan. yang tak bleh bla..bila aku dah tergaru2 tu.. petua die? aku kena libas dengan dahan pokok. nenek kata..nanti binatang2 tu pegi la. mak oii. sakit gila..

then, masa nak balik tu..ada sorang budak kecik ni. baby girl. aku tak tau lah anak sapa.. tapi mak sedara aku tu bela. aku saje la gatal tegur2 die. bapak cute! geram..mula2 aku buat derk je. sebab budak tu pandang aku semacam.. tapi bila aku datang dekat.. sibuk hulur tangan suruh amek. aku pon amek la. bawak pusing2 halaman rumah. bila aku start enjin kete. aku hantar kat dalam.. dah dok melalak tak henti2. nak ikut pulak dahhhh.. jenuh aku kena pujuk budak kecik ni. padahal aku tak kenal pon sapa. kah3.. pastu..die okay la.. tapi merah jugak muka dia mrajuk aku tak bawak naik kete. haha.

pegi pulak rumah pak Ngah. xde. rindu kat budak kecik, si Dik Da. dah dengar enjin kete kat luar..die la lari paling laju. dia tau.. kalau aku datang..xlain xbukan..aku mesti bawak snack."nak popok..nak popok.".haha. isyyy. geram sungguh bila jumpa budak kecik ni. bila disuruh senyum.. pandai pulak pose nak amek gambar. tu belom pau aku nak beli jajan.naseb la ada sepupu semua kecik2. haha.

kitorang balik.. almost nak senja. memang penat. atok pulak siap pasang cd zaman 60-an. adoiii.. aku dah la ngantok. kete pon banyak.. mana tahan mata ni. aku sumpah xbape nak sedar drive tadi. pejam celik pejam celik. kira berani mati jugak lah.. xde la laju mana.. sebab bawak orang tua. 80-90 tu standard la. jln kmpg je pon. ttengah syook2 tu.. tetiba je.. aku rasa aku langgar satu bende. aku xsedar. gila aku nak brek? kete punya berderet kat belakang. kang naye aku kena langgar. bila usha cermin sisi. aku langgar buruk. adoih.. kesiannyer...atok cakap. "xper. bukan salah kita..dah ajal dia." ..memang la tok.. masalahnyer.. along yang bawak pon xnmpk ape! redha je la..

balik2. rumah dah maghrib. lepas mandi rasa macam demam panas. effect tak cukup tdo la kot. haih. tapi.. satu rumah bau kuinin. mana taknyer.. bukan satu beg.. tapi SATU GUNI! tu.. ibu tengah buat lauk sambal kuinin. sat gi pi melahap la ni. n pastu tdo. mata dah xlarat sangat dah. syukur alhamdulillah.. smpat sampai rumah :)

p/s: adorable gila balik kampong. ada rumah limas yang suka sangat tu!! suka duduk kampung!!!

Saya Tak Nak Kawen Dengan Awak

Kahwin. Nikah. Ijab qabul. ada yang kata..

"kawen? eh..mestilah nak. lagi cepat lagi bagus. dapat ramai anak!"
"hisy, tak nak lah. semua ni menyusahkan je. buat pening kepala!"
"semua orang ada jodoh masing2. wait n see ya!"

yang mana satu? aku tak berani bagi pendapat. ini semua plihan masing2.pandangan masing2. aku sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh pada syariat, juga tidak menolak yang semua orang akan berkahwin. cuma masanya berbeza. ini kerana.. kita hanya merancang, namun Allah jua yang menentukan. lagi pun sabar tu separuh daripada iman. terima dan redha je dengan ketentuanNya.

ting! *petik jari. tu sumer ayt skematik another side of myself. aku, kill. gadis yang berusia 20 tahun. ekceli tak masuk pun lagi. anak pertama dari 4 org adik bradik. cucu perempaun pertama dan yang paling tua bagi dua2 belah keluarga. im negeri sembilan's girl. what do you suspect when we talk about negeri sembilan? yeap. Adat Perpatih. its very long story n aku malas nak panjang2kan cerita. Conclusion, both of my parents side. kuat mengamalkan adat ni. hukumnya HARUS n MAKRUH kalau tak diikut. cuak bhai bila pikir2. im the oldest one. n kalau tak kahwen. orang akan mengata. memanglah mulot manusia ni xboleh nk tutup tapi sanggup ke nak dengar caci maki orang mengata keluarga kita? xkan..

aku bukanlah orang yang taksub nak kawin cepat. nak carik pasangan cepat. nak ada relationship cepat. tipulah kalau aku tak terfikir..bila tengok budak budak sebaya aku dah kehulu-kehilir dgn bf masing2. cemburu? hmm. xsangat lah kot.. cuma sikit risau. sikit je yea. bila ingat-ingat balik. ni dah macam sumpahan. sebab masa sekolah rendah dulu..ibu ada warning, jangan nak bercinta masa blajar. every year. dari tadika ke skolah rendah. dari skolah rendah ke skolah menengah.setiap tahun. dah macam pesanan berbayar pulak. so, dari awal lagi.. aku dah ada satu janji. yang mana..sampai sekarang..aku masih berpegang pada janji tu. AKU TAKKAN SUKA DEKAT MANA-MANA LELAKI WALAUPUN HATI KATA YA. thats it.

korang rasa aku bodoh? bangang? suka hati. sebab tu janji aku dekat ibu aku. selama 17 tahun aku hidup dalam janji ni. n pada satu hari.. lepas habis paper SPM. aku rasa pagi tu paper EST. balik rumah..ibu kata." along dah besar..ibu pun tak sangka anak ibu dah besar macam ni.tak salah kalau nak ada pak we..cuma pandai2 lah bawak diri." zappp! sentap noks. ni bukan warning ke hapa. ni GREENLIGHTS!. tapi. sorry ibu. anak ibu dah xboleh nak langgar janji yang dia buat. SELAGI TAK HABIS BELAJAR, NO SPECIAL MAN IN MY LIFE. n aku teruskan kehiupan dengan masuk matrikulasi n now degree. another 2 years to go. i'll free..

tapi.. disaat aku baru nak lupakan kontrak janji yang aku buat terhadap diri sendiri. masa cuti. duduk rumah. semua orang ada. ayah cakap.." along, kalau boleh, larat lagi kepala tu..lepas degree..sambung lah master. n kalau boleh..amek PHD..bia sampai paling tinggi yang along boleh buat. lepas tu kerja.. n baru lah fikir bende2 lain. *kawen".. n.. perjanjian baru pun tercipta. aku rasa aku mampu bertahan untuk 10 tahun lagi. aku tak peduli orang sibuk2 nak kahwen. risau sana sini. chop2. bukan aku xpeduli. cuma degil..stil nka pegang pada janji. tipulah kalau aku cakap..xde orang nak dekat dgn aku. ada..cuma aku bagi dia syarat. syarat tu.. biarlah..orang tertentu je yang tahu.

Tapikan..jaoh mana pon aku lari dari kenyataan-kenyataan ni, die tetap akan datang kat aku kan? macam tadi. kawan, nope..sahabat ekceli. ini bukan kali pertama dia cakap pasal couple,balak ,kawen and masa depan. yea.. aku salute sama dia sebab die dah nampak apa yang die takde untuk lengkapkan masa depan dia. cuma aku..risau. risau yang lelaki tu..bukan calon terbaik untuk dia. okay. macam ni.. kau kapel dgn dia. bercinta bagai nak rak even ikut hukum-hakam Islam..then bertunang..lepas tu kahwen..ada anak n live happily ever after. tapi.. itu kalau jodoh kau alhamdulllah kekal sampai bila2. kalau tak? baru nak bahagia ada anak 2-3 orang.. dah laki kau buat hal..jumpa betina lain. tak merana ke kawan aku tu? aku risau tu je. aku harap kau jumpa yang terbaik. aku doakan Allah turunkan jodoh paling baik untuk kau. bahgia la selamanya.

aku tak tahu. aku ni fobia kahwen ke hape? aku tak jumpa mana-mana phrase atau pon pepatah yang sesuai untuk jelaskan aku ni macam mana. aku ada baca coretan hamba Allah sini. aku tak sesuai untuk mana-mana point yang dia bagi. sebab? aku xpenah kapel..aku xpenah jatuh cinta. aku xpenah terluka. dan aku tak penah ditinggalkan or meninggalkan. so..mana satu yang sesuai?

sumpah aku cakap. tadi aku rasa cuak gilaaaaaaaaaaaa! bila sahabat aku ni cakap pasal nak carik balak.cakap pasal kahwen. cakap pasal masa depan. mula2 aku ingat dia main2. gurau2. lepak2. tapi die serious! aku tak tahu. mula2.. aku cakapla sikit.. bla bla bla. entah.. ttbe.. aku rasa sayu.. emosi sikit. bukannya hapa. aku rasa macam ridiculous. im 20. kau pon 20. tapi ramai kawan kita dah kawin. n nak kawin. aku macam tak paham. harus ke? is it compulsory to have partners?

yes. aku akuilah. memang bosan. bila duduk rumah, cuti panjang2 ni. henfon xdak bunyi. sekali sehari pon macam tunggu kebarangkalian posmen hantar tak slip exam aku hari ni?. sangat susah nak dengar bunyi msg masuk. call? lagi haram. kah3. memang xsalah kalau kita, perempuan yang bagi hint dulu. tapi..aku xcukup berani lagi. ada korang terfikir.. dia tu okay ke? kang die sembur aku..tak ke naya? n bla bla bla. ntah la. macam sahabat aku ni cakap. aku ego. tapi aku rasa aku tak ego. cuma xberani.

thanks kepada yang beri pendapat n bayangan. terima kasih jugak yang pernah sudi hulurkan tangan. cuma.. maaf.. aku belom nak pass borang lagi. its a hardship when a guy try to hug our heart tightly then.. he left without any words. alhamdulillah.. aku masih single. n sampai sekarang.. InsyaAllah..janji tetap janji. :)

p/s : sahabat..nanti aku baut iklan yea. :)

Wednesday 15 June 2011

Tag kepada Cucuratap

kill, gigihkan diri anda. 11 more entries kau nak kena redah ni! *::cucuratap::*, aku dah xboleh nak buat mata aku ignore kau. 24/7, every second..satu cinta jadi background music. ahh. angau tol.
.
*kopi pasta dari status kat my fb. time ni aku dah khatam semua novel die. sumpah la..aku gigit-gigit bantal bila dah kt last episode Kamu Indah. gila, kat klimaks kot si cucur ni stop entry. aku usha. it was 2009's updates okay. 2009! dah sah la jap lagi aku meroyan xdpt entry baru. uwaaaaaaa. now.. ada 11 lagi entry nak baca. tapi semua cerpen la. aku bajet die ni minat hlovate la. cara dia.. ouhh.. rasa nak gi peluk2 dia. sukeeeeeeeeeeeeeeee sangat tau! every single words..kadang2..die buat aku pulak dalam cerita tu.


My blog song. Satu Cinta. Aesar Mustafa. aku kidnap dari blog si cucur ni. entry Skool is so cool. ouhh. dalam romantik ada funny, dalam sedih ada makna, dalam geram ada sweet. OMAIGOD, kill..kau dah kena sawan penulis ni. ayat kau pon dah macam dia. very outspoken people la aku rasa die ni. i wish i were her fren. bia aku jadi watak dalam novel or cerpen die.


sanggup wooo.. skodeng semua novel die nad nak tau tak? aku buat keje gila.. every single song yang die mention.. aku cari seketul2 kat google. name,song. ape lagi YOUTUBE laaaa! .. wa salute sama lu la deer. segempak Syamnurieziel buat cerita pon.. selaku hlovate produce novel.. tapi aku tak tau..kenapa. stakat ni..kau menjuarai carta hatiku yang jiwang nih. kakakaka.


p/s : serious aku nak semua karya cucuratap!

Seindah pujangga berkata.

Malam bulan dipagar bintang,
Makin indah jika dipandang,
Bagai gadis beri senyuman,
Pada bujang idaman.

xpayah la nak rasa sweet sangat ye. lagu ni memang best. seyes evergreen. tringat bila tok2 nek2 cerita kat kitorang time minum petang kat bangku bawah pokok rambutan.xpon kadangminum malam kt beranda rumah. syok, bila sesekali kumpul ramai-ramai.. back to 60's-70's. rasa macam tak puas. rasa macam dah masuk dalam cerita tu guna alat doraemon. kadang2 terfikit..kenapa aku tak lahir zaman manusia xde banyak kereta yang ada asap kepul2?.. zaman bila pompuan masih ada kain panjang berjela even ketat +sendat. at least..tak tayang kulit original kan?

ntah la..very awful. tadi pegi pekan. bawah adik yang ye ye sangat nak pegi pasar malam. padahal..die bawak 3 hengget.. aku bawak 10 hengget je. gaya beli macam nak borong untuk 8 orang yg kat rumah tu. very simple n neat. track,t-shirt.tudung sarung,selipar jamban. duit, lipat2..gulung2..masuk kocek. wallet? tinggai rumah. tapi...tadi aku terjumpa la..sorang minah ni..okay. boleh kategori mak cik kot? pegi pasar malam okay. pakai heels kaler coklat (xbape nak matching la), seluar longgar yang pompuan stylist suka pakai (macam ali baba pon ada).t-shirt aka blouse xcukup benang yang sendat..(terbelah sana sini).. n ofkos.. gincu merah menyala with shades. haram jadah la dia.. pegi pasar malam je pon.

aku bukan nak kutuk. tapi fikirlah. we're at kampong. even aku ni lahir kt tengah KL, pernah duduk kt Shah Alam, bandar kotaraya.. xdek plak nak overshow macam cik puan tu. seyes la..orang semua pusing 450 darjah kot tadi. aku tau.. aku pegi mana2 orang tengok.. pa taknya.. kepala aku sama level dengan payung pasar malam tu. haru tak ke haru? mula2.. cuak jugak. tak biasa.. tapi dah 2 tahun duduk sini. okay lah kot. kita kena biasa lah jadi orang kampung. sedar sikit. diri tu tak de la semegah mana.even cantek macam Siti Saleha.. tapi orang mengata buat apa.(macam aku). kah3.

opinion semata2. sorry.

Tuesday 14 June 2011

Hidup tak seindah mimpi yang kita cipta

ini kisah benar. kisah mereka yang rapat dengan aku. aku pernah terlalu rapat dengannya dulu. tapi disebabkan peristiwa itu, keluarga melarang kami terus mesra, walaupun kami sepupu.

5 Ogos 2010. Hari Khamis. Tengah hari yang mendung. aku dapat call dari ibu. aku berdebar2. jantung rasa nak pecah. sambil teresak-esak..tanpa sempat aku bagi salam.."along, balik la rumah..pak long dah tak da..ibu dah tak da sorang abang. balik la long..takot tak sempat along tengok.".. Allah, clueless,talkless,moveless. i cant think anything. yang aku tau..aku kena sampai secepat mungkin. sebelum dia..aku hilang selamanya. ya, before ni memang aku penah buat entry untuk arwah. sekadar melepaskan rindu. tapi..kisah hidupnya..aku jadikan pengajaran buat semua.

rentetan pemergian arwah pak long, jujur aku katakan..rumah ni dah tak seceria dulu. Nenek, atok..selalu sakit sakit. Apak..asik meracau dalam tidur. Ibu..asik menangis. Aku tak tau. sumpah aku tak tau. seorang pon tak penah bagi tau aku yang rupanya..keadaan family aku dah kacau bilau. haru biru. Sebulan lepas arwah pergi..aku balik kampus. sambung sem yang tertangguh for cuti raya puasa.

Rupanya, nenek masuk hospital Salam dekat Seremban for demam denggi. Sehari je duduk kat situ sebab cost dia rm1200 A NIGHT! then, esoknya..transfer hospital Tampin. beberapa hari jugak.Meanwhile tu, adik Ezzly pulak demam campak. dua minggu lebih tak kebah. Ibu and atuk..gilir2 jaga nenek dekat hospital. and.. satu hari, ibu dapat call dari mak ngah kalau tak silap. Pak Ngah kena tahan wad Hospital Besar Seremban for demam denggi berdarah. Ya Allah.. masa ibu pegi melawat..darah penuh basah dekat tilam.. keluar lalu liang roma kulit. Doktor kata masatu.. harapan dia untuk hidup.. tinggal 50% je.

Dalam masa seminggu. 3 orang sakit parah. Nenek, Pak Ngah and adik Ezzly. aku tak tau langsung pasal semua ni. tak dak sorang pon bagitau. Padahal..UKM dengan Seremban tu..aku boleh ulang alik je naik KTM. sampai hati.. serious la..aku terkilan sampai sekarang. Rupanya.. nenek atok tak tahu Pak Ngah masuk wad. Mengamuk sakan lah dia. katanya.."kenapa tak bagitau mak? nak ke tengok mak sedih lagi? mak dah tak nak hilang anak. cukuplah..along dah pegi.." sebak wehh..kalau aku jadi Pak Ngah pon, i'll never tell my mom and dad. kita susah hati bila tengok dorang susah hati.

Alhamdulillah, berkat doa nenek dan semua.. Pak Ngah yang tak da harapan nak hidup tu, macam magic boleh baik. die makan pucuk betik. katanya,ada seorang lelaki tua datang melawat die yang bagi cadangan tu. Xray tunjuk hati die yang pecah macam kaca berderai dah bercantum balik bila makan pucuk betik tu. Awesome! Syukur!!

Back. Arwah Pak Long dah amanahkan dekat Pak Ngah. tuntuk jaga anak2 nya. Ayoi,Apoi,Asyraf,Naqyah. sebab aku tau kenapa. Arwah ni baik orangnya. Walaupun perangai anak2 dia..susah aku nak cakap..tapi arwah cukup penyabar. dah banyi kali kena belasah n die sendiri belasah orang even anak dia buat salah..anak arwah.....huh. dah masuk keluar lokap semua pon..still tak berubah. lagi teruk ada. aku bukan nak kutuk cousin sendiri. tapi..tulah..aku nak jadikan pengajaran.

after a year, tadi..Bang Ngah Apoi balik rumah aku (rumah nenek dia jugak). katanya rindu dekat arwah. pegi ziarah kubur. alhamdulillah.. dia memang dah berubah. cukupla masuk mahkamah. ibu mana tak perit tengok anak macam tu. lagi pon bukan salah Apoi. aku tau..die memang nak berubah, cuma masa..tak mengizinkan. sekarang die pulak ambik tanggungjawab as abang tua even die anak nombor 2. apa guna ada abang sulung tapi macam xde? kadang2..aku rasa macam nak hantar masuk sekolah juvana je Ayoi tu.

bukan apa.. die tak kesian ke ke Mak Long? yang susah2 keje..cari nafkah untuk dorang adik bradik. tapi taunya mintak duit. bukan singgit dua.. sekarang dah berani mintak ribu-ribu! macam tadi. Apoi mengadu dekat ibu,atok n nenek. Ayoi mintak duit kat Mak Long sebab nak masuk motor Sprint. aku tau..cousin2 aku ni hebat2 meracing semua. macam aku jugak. tapi..tak sedar diri ke.. kaki tu dah la tengah berbesi. tangan terbelah. kepala berbalut.. tu sempat lagi drive kereta pegi Seremban carik bapok.

aku tak tau lah nak cakap apa..mungkin salah aku jugak..sebab..lepas 14 tahun..baru nak cakap dengan dorang. so..hubungan kami ni..dah tak boleh nak diselamatkan. kalau tak..aku boleh slow talk lagi. mungkin la dorang malu n rendah diri.. tapi come on la.. aku tak pernah tengok korang macam aku pandang hina sangat. aku cuma kesian. cuma.. aku tak reti nak show macam mana.. even no fon korang pon aku xde..

korang tak serik ke masuk balai.tidur lokap.naik turun court. Mak Long malu doe. aku..even jarang jumpa korang. setahun sekali pon payah..tapi aku amek tau hal korang. cuma..aku takut nak jumpa korang..aku takut korang tak selesa dengan aku. shit lah. kawan2 KL aku pon teruk jugak. cuma dorang tak de lah kaki mafia macam ni..kalau korang terbaca entry ni. aku mintak maaf sangat2. aku bukan tak boleh nak face-to face dengan korang.. tapi tulah.. kita bukannye macam orang lain. its very hard to explain! aku pon dah tak boleh nak salahkan sesiapa..cuma.. aku harap.. korang berubahla.. demi semua orang..demi diri sendiri. bergaduh bukan the only way to solve all this probs. discuss. we need talk.

after all. we are family anyway. korang pon..tak kan tanak bina family sendiri. we still can build our life macam kita time tadika dulu2. aku okay je..tapi tak tau lah korang. plis la.. no more cry dekat semua orang doe. aku tak sanggup nak tengok dah.

pfft!

Bang Long, Bang Ngah,Asyraf, Naqyah.. Kak long say sorry sangat2. damn aku rasa ke-si-an.

Monday 13 June 2011

Wedding is Disaster.

11 JUN 2011. MAJLIS PERKAHWINAN AMIN DAN HAJAR.

sumpah la aku betul betul rasa shock bila dapat tau depa dua ni dah kawen. angin tak dak..ribut tak dak..topan tak dak.. tiba2 ja dah kawen. entah bila berchenta bagai.. ekceli aku tak kenai pon sapa dak laki tuh. aku kenai pengantin pompuan tu ja. mana tak nye weiii. budak batch aku tu.xde la rapat mana.. tapi close-to be jugak la masa form4 naik form 5. die nih active koK pejadah ntah lagi. sumpah la baik.. tengok kawen dengan Amin. senior ktorang yg jugak budak softball skolah. okay. senang citer ktorang same skul. ouh.

aku sebenarnya memang tak percaya cinta. lagi lagi cinta pandang pertama and cinta monyet. korang ni memain je ni.. aku fobia dengan penceraian. bagi aku. bercinta sebelum kawen is meaningless. boleh diumpamakan habis madu sepah dibuang. yeah.. after married maybe dah senang..sebab dah tau semua pasal partner tu.tapi..senang ke bila dah bosan mengadap hari2? asyik2 kau. asyik2 kau.. aku dah tau dah apa kau suka.. kau pon dah tau apa aku tak suka. perangai semua dah hafal.. sumpah BOSAN! kekadang terasa macam tanak kawen.

lagi2 usia baru nak masuk angka 2 ni. very young people! too young! kau tak tengok kat luar tu melambak lagi lelaki or perempuan. sebab tu..aku xsetuju perkahwinan awal. lagi2 tgh blaja or bru habis belajar. ye lah. kat skolah..mengadap budak tu 5 tahun.. mana tak fall in love.. cute la semua.. baik la.. pastu masuk u.. ada lg better..ouuu.. die ni kacak!..ingat tu paling the best habis la.. tup2 bertunang.. then, dapat kerja.. dah jumpa LAGIII ramai orang. hah.. dpat lagi yang molek.. tak ke menyesal tu.. dats why.. OBJECTION to perkahwinan awal usia. :)

ye lah. buat apa kawen kalau nak gadoh n cari yg laen? lepas tu tanak kompromi. kau ego..aku ego. masing2 tanak mengalah. DISASTER kot. tapi.. tulah.. kahwen itu sunnah Rasulullah SAW. aku tak kawen? nak mampus kena sembelih dengan ibu ayah? xpenah2 dalam sejarah keluarga nok..anak dara membujang..as it possible, boleh tak kalau aku kawen..tapi tanak relationship hubby-honey jadah semua ni. act macam kawan je. treat as besfren. better than never kn? ouh. tapi itulah..org tua2 kata.. kucing takkan tolak kalau ikan depan mata.. masalhnyer. sapa nak jadi kucing..sapa nak jadi ikan? aku kucing boleh? kah3.

p/s : hye bloggerz n facebookerz juga memberz.. segala gossip di FB itu cuma mainan semata2. dihati saya xde sapa2. single. harap maklum. yang berkenaan : saya tak penah kencing anda. kalau ada sy dah btau lama dah. u'll be the first person u know.

Cheeeeese die sweet macam marshmellow!

ouwwww sweetnyerrrr!! standard la kalau korang dengar ayat2 cmni. nama pon pompuan. xlari dari fitrah dorang yg ada perangai manja-cute to be nih. cuma..yang terlebih dos tu biasa nyer dipanggil gedik. xpelah mungkin dorg kurang kasih syg. so, sesapa yg rasa kesian..bole la derma sikit perhatian tu.

hmm. aku ada hobi baru. membaca. tak kesah la jenis mcm mana pon. agama ke komik ke majalah ke fiction ke.. tapi skrg.. aku tgh gila on9 novel reading. syok!  n baru je tadi aku habis baca e-novel..tajuk Istana dari blog cucur atap. ohh ya.. dekat tepi blog aku tu..ada link.bagi aku..syok gilosssss ayat dia.. menusuk kalbu.. dah macam aku pulak yg berlakon dlm cter tuh. haha. ya..mungkin ni angan2 yang tak kan pernah menjadi nyata..tapi xsalahkan kalau takdir dah tiba?

bagi aku.. cerite ni..boleh buat aku gelak..rasa terbuai sikit..tapi cukup layan.. standard la cheese wedges punya ayat ni.. kalau xde.. xlaku la blog korg.. kah3.. n aku suggest kt aten.. haha. xsangka.. layan gk minah ni.. sampai terfikir nk buat jugak on9 novel mcm ni. :)

well, GUD JOB CUCURATAP!

Sunday 12 June 2011

Jatuh Hati dengan Amran.

weekend. bosan. semalam dah dapat half daripada bayaran buat perkhidmatan ****. wow! aku tak de la suspect dapat banyak mcm tu.sebab ni pon antara family2 kn. oleh sebab aku mmg tak reti dpt duit byk2..aku pon buat keputusan nak belanja adik2. mintak je apa2.. along bayar. kah3. tu je la yg untung bila jadi adik aku. hahaha. kira banyak jugak lah borong semalam. lagi2..bila keluar berempat je ni. ibu ayah atok nek tinggai umah.

okay. back to story. ekceli Amran tu watak Syah Iskandar dalam cite InsyaAllah kt Astro Oasis. dah tayang Jumaat hari tu tapi hari tu pulak banyak citer best. Ghost Rider la..mcm2. so, tadi meanwhile mmg dha tak der citer kt TV even Astro pon.. bila duk info-info ..tengok drama InsyaAllah tu tayang lagi. memang meleleh2 lah air mata. sedeh gilosss. lagi2...aku memang minat sangat dengan lokasi penggambaran. sawah padi. kalau hangpa sumer nak tau..aku n adik bradik memang jakun la bila nampak sawah..even sawah tinggai. kah3.

citer tu katanya buat penggambaran kat Perlis. sebab ada babak yang si Amran masuk Unimap (Universiti Malaysia Perlis)..n yang bertambah2 si awesome nyerr. bapak lah handsome si Amran tu pulak.. dapat watak pure budak kampung..nerd..ikut ckp orang tua.. memang my style lahhh. perghh. mau berdarah hidung aku! sebab aku ni memang xdek selera dgn budak2 bandar yang pandai2 ni..nampak je macam macam ada.. tapi perangai loklaq!

tapi aku nak bagitau lagi sekali.. mau bergelen jugak lah tengok citer tu..even dah dua kali.. uwaaaaa..tacing gile! aku kenai si Amran tu.. tapi tak ingat nama.. duk search kt Google.. rupanya..jadi anak Sarjan misai dalam Gerak Khas. patutlahh..mamat ni orang Singapore. nak jadi macam Aaron Aziz la tu.. bak kata sorang saing ambo..Haron Aziz. macam harammm. tapi la ni.. saing ambo ni..dah tak on9.. biaq la..janji die sihat.

ouwwww. Syah Iskandar..how much i adore u as Amran je laa..kah3. tapi memang la.. sejak cuti yang dah masuk bulan ke-2 ni.. aku layan Oasis je..dah xbape nak minat sangat citer drama entah pape2.. lagi yang pengarah muda macam Syamsul Yusof, Piere Andre..kalau dorang punya drama ke movie ke..aku trus xdek nafsu. bosan bhaiiii. tapi..tadi..aku ada nampak iklan Astro Oasis.. dorang nak buat realiti baru.. USTAZAH PILIHAN. aku nak masuk? jauh panggang dari bara la gamaknyeeeee.. haha

Thursday 9 June 2011

Sikret Resepi | Fried Elbow versi nogoghi (pedas)

Ni first time buat or ayat senang nyer. MASAK CINCAI CINCAI.  hahaha. ni..aku baru je lepas masak n habis kemas. komen2..

nenek : pedas.(nenek ni tukang kritik paling cengkam!)
atok   : kenapa macam perut lembu tapi dah cuci taiknye? (hhahahahah..siot la atok)
adik   : ape along masak niiii?? (kau tanak makan sudah laa..:'( )
mimi  : eeee. tawar jeee.
anis   : sedap la.. alang suka..( aku senyum je tauu )
ibu    : alongg..sumthing xcukup. garam kot. ( i think so la ibu )
ayah  : hmmm..( muka mcm xsuka.. tapi habis jugak dalam mangkuk tu ..apa daa)

Bahan: hidangan untuk 9-10 orang
1 paket pasta elbow (nak tukar spaghetti ke, angel ke, makaroni ke..pon boleyyyy)
1 paket daging kisar (ekceli ikut suka hati nak banyak mana)
1 tin cendawan butang
5 sudu cili yang dah dikisar ( 2 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih)
5 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
3 camca sos cili
3 camca sos tiram
garam
ajinomoto

Cara2.
1) rebus pasta elbow ( didihkan air dulu, masuk pasta, garam n minyak sikit)
2) dah kembang.tutup api, toskan pasta.
3) amek kuali, masuk minyak n panaskan.
4) tumis bawang2 dihiris tadi sampai naik bau, masukkan daging cincang.
5) dah keputihan, masuk cili kisar, sos cili, sos tomato, garam n aji.
6) kacau2 n masukkan cendawan butang.
7) tggu sampai pekat. tutup api. masukkan elbow tadi n kacau2.
8) siap dihidang.

kalau korang rasa kurang sedap.. boleh la adjust mana2 yang korang rasa xsedap. :)

p/s : selama ni aku panggil makaroni..rupanya elbow.siku goreng.. kah3

Malang Tak Berbau!

tadi, macam biasa..jadi driver bawak ibu n adik2 pegi Gemas. nak beli barang sikit. aku sebenarnyer xde mood nak pegi..tapi memandangkan ayah sibuk mengecat siling rumah..nak tak nak kena jugak lah. mood aku dah macam mereng sikit hari nie. tengah hari panas..mengerah tenaga menghabiskan projek terbengkalai kt rumah..tapi..oleh sebab tak nak jadi anak derhaka.. bawak jugak lah..

ni yang nak cerita..

tadi malas nak gunakan kereta ayah sebab park kat dalam and leceh nak keluarkan semua..so, guna lah kereta kancil atuk..bayangkanlah.. penuh kot kereta tu..dah mcm sardin. so..masa dekat pintu gerbang masuk felda..ada bunyi kat belakang.. ingat pintu tak rapat..or barang bergolek kt bonet.. aku buat bodo je la.. selambe badak jalan..siap pegi shoppingbaju langsir segala bagai..banyak tempat singgah la kt pekan gemas tu. ingat nak pi makan rojak jap.. tapi bunyi dah makin kuat..aku pulak makin risau..ibu cakap mcm bunyi tayar..

pastu, on the way nak balik tu.. punyalah hangin aku...ade kete belakang aku ni duk nak memotong tak tentu pasal.. tak nampak ke hapa double line..selekoh tajam? aku pon dengan bengang kepala api nyer..aku pon makin sedap ah tekan pedal minyak..paling laju pon 100. ye lah..jln kampung..gila ke hapa..nak terbang kete??..puas hati jugak lah dapat mainkan orang belakang.. kau ingat aku pakai kancil boleh main2 lah? KIRIM SALAM MAUT!..ohh..ya.dari rumah pegi pekan Gemas.. dalam 20km = 20 minit naik kete.

sampai kat rumah..aku cakap kt atuk yang kereta dia bunyi pelik..mood aku tengah tak baikkan..dengan tak makan tgh hari lg..SO, pegilah cek.. atok sakit pinggang..ayah pulak sakit tangan since tendon bahu dia dah putus sebab main volleyball masa muda2 dulu..al maknanya..aku la yang kena buat. cek punya cek.. RUPANYA..TAYAR dah gelembunggggg. rim bengkok pulak.. perrgh gila bahaya..bila mengenangkan..aku bawak laju tadi..kalau ttbe die nak meletop. dah arwah dah aku agaknya..haha

tukar tayar..tukar semua.. aku risau pulak nak biar kan atuk pegi tukar tayar kt Gemencheh sorang2.. tapi..aku tak ikut jugak..aku just buat check up.kah3. sebab aku nak buat minum petang.. Pasta Elbow goreng..ekceli ni first time guna elbow ( makaroni yang bengkok ) tapi..aku nak bagitau kat korang.. sama jer dengan bahan2 nak buat spaghetti..cuma ni yang goreng lah. haha.

p/s : alhamdulillah..selamat!

Wednesday 8 June 2011

Chapter Baru.

dah tak rasa apa apa. rasa lega n very happy.

hari ni :
bangun, breakfast, kemas rumah, cat rumah whole day, cas henfonS (lepas seminggu xon), msg org, online.

bila on9:
FB, Email, emansufi, zuera, Blogs, smpweb.

tetibe jerk..satu semangat AGI IDUP AGI NGELABAN dah datang..

on SMP,
rekod pendaftaran,
subjek,
ohhhhhhhhhhhhhhhhh.
GOOGLE.

seyes.. rasa tak sabar nak masuk sem baru. hahaha

p/s : aku tau..mesti ada yang tgh menyumpah bila baca entry ni. tq. Mood : Syaitoooon. kah3

Kau, dont worry okay!

hmm. thanks my fren. its not easy to find any guy yang sanggup frankly dengan aku. even baru setahun kita kenal. baru nak menyentuh hati budi. baru nak selami diri masing2. cuma aku bangga dengan kau. orang lain maybe lebih selesa panggil kau abang.. tapi aku tak. sebab bagi aku.. bila ada "Abang" kat depan tu.. macam ada satu halangan. satu tembok yang membataskan untuk aku maki, aku marah, aku benci or nak tegur pon aku tak selesa. thanks sebab dengan aku..kau tak kesah..

mula2 dulu...aku tak suka kau.. sebab muka kau garang. ye lah senior!!!!!! kah3. tapi.. bila dah sama2..hmm. not bad.. funny guy. ohh ya! ekceli..aku malu bila kau flashback pasal eksiden hari tu. haha. sorry, tapi aku pon tak sedar apa yang aku buat sebenarnya. tengah gelabah kan!! hmm.. ye..memang betul apa yang kau cakapkan tu.. kita memang byk kenangan bersama2.. cuma..bagi aku.. aku takot nak terima semua ni. aku takot kau tak boleh nk terima aku seadanya. aku lain weh. bila sekali aku kata aku tak suka.. soryy. sampai bila2 hijab hati aku tak penah terbukak sampai bila2.

pasal tu. aku cuma boleh bagi kau pendapat. aku tak mampu nak galas dah tanggungjawab tu lagi. kau pon aku dah briefing habis2.. cuma..aku memang terharu sangat2..bila kau ckp.." aku tak kesah kalau kau nak utamakan dia.cuma aku perlukan kau disisi aku..aku tak mintak lebih..bila kau free je even bukan 100%..kalau tak..aku hanyut". baiklah. aku boleh watch out kau dari jauh jer. kira macam kekasih gelap la ni. haha..cuma aku harap kau tak sia2kan segala kepercayan aku kat kau.

aku harap..kau tabah yea. ni bukan senang. kita2 sama2 berubah aku back up kau dari belakang jer even aku tau..kau ada dia yang lebih segalanya. dengar lah nasihat aku. walaupun aku ni kecik je dulu..:)

Alhamdulillah. Thank You Allah.

I Love You Allah. Thanks for everything. Thanks on behalf of my mum's, dad's prayer too. n im not forgetting you kawan.

Syukur tak terhingga rasanya. Lapang hati ini. Sesungguhnya, aku rasa nak buat solat sunat banyak2 malam ni. 1/3 malam. tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah. Sepulangnya aku dari Melaka nanti. Sebetulnya, aku tak mempunyai sebarang kekuatan untuk menghadapinya. Jujur juga aku katakan..aku bukan lah seorang yang terlalu berani untuk menghadapi kenyataan. tapi alhamdulillah..berkat-Nya telah memberi aku segaris senyuman.

Thanks aten. I owed u sooooooooooooooooooooooooooooooooo much. aku tak tau lah apa nak jadi kalau kau tak de. kau cukup berharga bhai..aku mmg tak sangka sangka semua ni. aku harap. next sem..kita sam2 ubah semuanya okay. main tetap main. haha.

Monday 6 June 2011

UM | A Very historical moment

Universiti Malaya. sapa tak nak beb dapat study kat sini. even ditawarkan course yang tak berapa nak berkenan dihati..mesti pegi punyalah demi mak bapak.aku pon ada sejarah tersendiri. cerita ni terbangkit bila lately ramai sangat orang kampung tny family aku pasal kes2 nak masuk u ni. aku pelik ah. anak kau yang nak pegi belajar, asal kitorg pulak yang kena pilih. mana satu bagus, mana best. ngeng. aku dulu pon main taram je pilih 8 choice tu. mana aku tau nak dapat um.

ekceli..masa aku skolah rendah..ada skali tu..ayah bawak kitorg jalan2 KL. n time lalu depan UM tu..aku ingat lagi..ayah cakap :" along..ni u paling tua kt malaysia..satu hari nanti along kena belajar kat sini. ayah bangga sangat kalau termakbul along." time tu aku mmg rasa aku takkan masuk lah. haha. tapi bila dah dapat.. ayah tak penah cakap die bangga.. tapi aku tau dalam hati dia..sebab die sanggup hantar aku pegi balik hari kalau aku nak balik rumah. sebab tu..sampai sekarang..aku tak berani mintak apa2 lagi dari dia..

 tak paham aku ngn org2 sekarang. tak memasal ada sorang anak jiran aku kat Klang dulu jadikan aku idola die. macam haramm. UPSR,5A..dapat MRSM Grik. tanak pegi .alasan,nk belajar macam along padahal die tak tau aku tak dapat nak gi maktab even aku tringin gila!. nak masuk kelas KAA mcm along (Kelas Aliran Arab : kelas elit la kononnya). pastu PMR, 9A. again dia dapat maktab. pon tak pegi. alasan..nak ikot along boleh je belajar kat sini..along tak pi pon asrama. ni sumer kes aku tolak tawaran SBP tu. lepas die kata nak stay sekolah yg sama, time tu aku dah abis SPM. tgh dalam kem PLKN. aku memang target nak masuk matriks la.tapi mana aku tau kan..

macam yang aku selalu inginkan. aku dapat jugak KMM (Kolej Matrikulasi Melaka). dah prepare nak folo group budak2 yang nak check out kem pi matriks..aku dapat call dari rumah. ibu kata surat dari UM pulak sampai. tawaran buat asasi. ahhh sudahhhhh. aku mengaku la..time tu memang susah sangat nak buat keputusan. dengan aku yang kat kem lagi..dengana keputusan yang kena bagi dalam masa 2 hari. mana aku tak gelabah. 2 hari tu jugak la aku bergayut kat tiang telefon. discuss dengan family. sebab.. yang matriks tawarkan sains hayat yang mana aku nakkkk sesangat..while asasi pulak kena buat fizikal. seyes la. aku nak pi sangat matriks time tu. tapi. kita sebagai anak..ikut jugak kehendak mak bapak. yup.aku pegi jugak um.

masa aku check out kem. aku sorang je yang balik atas nama panggilan universiti. yang pegi atas nama matriks dah selamat mendaftar dah time tu. aku balik dengan budak2 yang dapat form 6. sekali perjalanan dengan bebdak kem yang balik cuti semester. hmm. mana tak teringat samapai sekrang. masa aku nak balik, dorang mainkan gitar sambil nyanyi kat aku..dalam bas,aku kena bahan. masa nak berpisah..dekat stadium shah alam..dorang kawad last..sebab untuk aku. i really appreciate it. tapi tulah. member2 baik dorm n kompeni aku..ramai budak Perak n Kelantan.. terkilan lah jugak..sebab dorang balik awal sesangat. 6.30pg dari kem. tak sempat nak jumpa semua.

masa kat rumah tu. adoi la..sumpah dapat kunjungan jiran tetangga. tanya pasal kem..tanya pasal u..oleh sebab terlampau dah tak tahu. aku redah pegi sekolah. aku pegi jumpa sorang cikgu ni. sebab die Ex-UM. dia bagi pendapat semua. last2 bukan die sorang je.. almost ramai jugak la cikgu jumpa aku pasal time tu aku sorang je dpat pegi UM. jiran aku pulak.. dah die yang macam mak bapak aku. bangga tahap cipan ah bila dapat pegang surat tawaran ada lencana UM tu. aku tak rasa pape pon time tu.

n last minute. seminggu sebelum daftar. aku dah decide habiis. UM, i'll come to you! pergh ramai giler bhai. PP (Pembantu Pelajar) kata, intake ni adalah intake paling ramai dalam sejarah Pasum. sebanyak 2400 tempat ditawarkan..batch aku.. 2000 orang didaftar masuk after tolak bebudak yang tolak sebab pegi oversea. pack bila tahap jahanam ah. kah3. aku bajet macam asrama dah. sekali..perghh...bukan dorm..bukan rumah.. flat yang ada 9 tingkat bagi blok pompuan. n 7 tingkat bagi blok lelaki. serious aku ingat kondo yang kat lembah pantai. rupanya KK12. kah3.

Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah or lebih femes n senang kalau dipanggil KK12. kalau ada abg or kakak senior kolej lain tanya budak mana.. ktorg ckP.."budak 12th!". orang duk sibuk bangga la dapat masuk UM. sumpah la setahun aku duduk sana.. kekadang aku rasa xde bangga mana pon. seyes ye aku cakap. UM xbest. tapi bebudak n live kt um tu yang best. dorang very open..very understanding..very fresh. nak fesyen terbaru? dorang semua tahu. kuliah its not a kuliah.. tapi macam pentas catwalk.haha

too much kenangan kat dalam tu.haha. bila masuk ukm. tipu la kalau aku tak rasa macam hampeh sikit. sebab semuanya tak macam apa yang aku jangka. sumpah bosan! senior pasum aku dah explain semua kat aku.. tapi aku tak cye. die kata..kau experience dulu MMP.pastu, kau komen kt aku.okay. 1st week.boring. hahah
after few months. kenal beberapa seniors n bebudak netball. hmmm. not bad. tapi bila dorang ade je la. other than dat. BOSANNNNNNN! n tiap2 kali aku bukak fb..semua budak2 um naik chat. "kill..bosan la sini".hahahhaha.

n bout my FB pro pic. hahahahhahahhahahahahhah. aku sebenarnye terbukak photo sorang budak yang Ex-Pasumians (panggilan budak2 pasum)..die pakai baju i love um. SUMPAH LA SGT CUTE! hahaha. pastu tetiber nak terusha geng2 UM.n terbukak la kes rindu-merindu.hahaha. habis wall aku!.terbukak plak rahsia yang tersimpan rapi. hahahahahahaah. tapi tulah. suka tak suka..bosan tak bosan.. dah nak masuk 2nd year dah aku kt UKM ni. dah dapat junior plak. kau junior.. ex-pasumian ke tak ke.. jangan nak mengendeng tak tentu pasal dgn aku. hahaha.

 dewan konvo paling sejuk penah aku masuk.
KK12 



sekian. tu je nk merepek. haha