Thursday 16 June 2011

Saya Tak Nak Kawen Dengan Awak

Kahwin. Nikah. Ijab qabul. ada yang kata..

"kawen? eh..mestilah nak. lagi cepat lagi bagus. dapat ramai anak!"
"hisy, tak nak lah. semua ni menyusahkan je. buat pening kepala!"
"semua orang ada jodoh masing2. wait n see ya!"

yang mana satu? aku tak berani bagi pendapat. ini semua plihan masing2.pandangan masing2. aku sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh pada syariat, juga tidak menolak yang semua orang akan berkahwin. cuma masanya berbeza. ini kerana.. kita hanya merancang, namun Allah jua yang menentukan. lagi pun sabar tu separuh daripada iman. terima dan redha je dengan ketentuanNya.

ting! *petik jari. tu sumer ayt skematik another side of myself. aku, kill. gadis yang berusia 20 tahun. ekceli tak masuk pun lagi. anak pertama dari 4 org adik bradik. cucu perempaun pertama dan yang paling tua bagi dua2 belah keluarga. im negeri sembilan's girl. what do you suspect when we talk about negeri sembilan? yeap. Adat Perpatih. its very long story n aku malas nak panjang2kan cerita. Conclusion, both of my parents side. kuat mengamalkan adat ni. hukumnya HARUS n MAKRUH kalau tak diikut. cuak bhai bila pikir2. im the oldest one. n kalau tak kahwen. orang akan mengata. memanglah mulot manusia ni xboleh nk tutup tapi sanggup ke nak dengar caci maki orang mengata keluarga kita? xkan..

aku bukanlah orang yang taksub nak kawin cepat. nak carik pasangan cepat. nak ada relationship cepat. tipulah kalau aku tak terfikir..bila tengok budak budak sebaya aku dah kehulu-kehilir dgn bf masing2. cemburu? hmm. xsangat lah kot.. cuma sikit risau. sikit je yea. bila ingat-ingat balik. ni dah macam sumpahan. sebab masa sekolah rendah dulu..ibu ada warning, jangan nak bercinta masa blajar. every year. dari tadika ke skolah rendah. dari skolah rendah ke skolah menengah.setiap tahun. dah macam pesanan berbayar pulak. so, dari awal lagi.. aku dah ada satu janji. yang mana..sampai sekarang..aku masih berpegang pada janji tu. AKU TAKKAN SUKA DEKAT MANA-MANA LELAKI WALAUPUN HATI KATA YA. thats it.

korang rasa aku bodoh? bangang? suka hati. sebab tu janji aku dekat ibu aku. selama 17 tahun aku hidup dalam janji ni. n pada satu hari.. lepas habis paper SPM. aku rasa pagi tu paper EST. balik rumah..ibu kata." along dah besar..ibu pun tak sangka anak ibu dah besar macam ni.tak salah kalau nak ada pak we..cuma pandai2 lah bawak diri." zappp! sentap noks. ni bukan warning ke hapa. ni GREENLIGHTS!. tapi. sorry ibu. anak ibu dah xboleh nak langgar janji yang dia buat. SELAGI TAK HABIS BELAJAR, NO SPECIAL MAN IN MY LIFE. n aku teruskan kehiupan dengan masuk matrikulasi n now degree. another 2 years to go. i'll free..

tapi.. disaat aku baru nak lupakan kontrak janji yang aku buat terhadap diri sendiri. masa cuti. duduk rumah. semua orang ada. ayah cakap.." along, kalau boleh, larat lagi kepala tu..lepas degree..sambung lah master. n kalau boleh..amek PHD..bia sampai paling tinggi yang along boleh buat. lepas tu kerja.. n baru lah fikir bende2 lain. *kawen".. n.. perjanjian baru pun tercipta. aku rasa aku mampu bertahan untuk 10 tahun lagi. aku tak peduli orang sibuk2 nak kahwen. risau sana sini. chop2. bukan aku xpeduli. cuma degil..stil nka pegang pada janji. tipulah kalau aku cakap..xde orang nak dekat dgn aku. ada..cuma aku bagi dia syarat. syarat tu.. biarlah..orang tertentu je yang tahu.

Tapikan..jaoh mana pon aku lari dari kenyataan-kenyataan ni, die tetap akan datang kat aku kan? macam tadi. kawan, nope..sahabat ekceli. ini bukan kali pertama dia cakap pasal couple,balak ,kawen and masa depan. yea.. aku salute sama dia sebab die dah nampak apa yang die takde untuk lengkapkan masa depan dia. cuma aku..risau. risau yang lelaki tu..bukan calon terbaik untuk dia. okay. macam ni.. kau kapel dgn dia. bercinta bagai nak rak even ikut hukum-hakam Islam..then bertunang..lepas tu kahwen..ada anak n live happily ever after. tapi.. itu kalau jodoh kau alhamdulllah kekal sampai bila2. kalau tak? baru nak bahagia ada anak 2-3 orang.. dah laki kau buat hal..jumpa betina lain. tak merana ke kawan aku tu? aku risau tu je. aku harap kau jumpa yang terbaik. aku doakan Allah turunkan jodoh paling baik untuk kau. bahgia la selamanya.

aku tak tahu. aku ni fobia kahwen ke hape? aku tak jumpa mana-mana phrase atau pon pepatah yang sesuai untuk jelaskan aku ni macam mana. aku ada baca coretan hamba Allah sini. aku tak sesuai untuk mana-mana point yang dia bagi. sebab? aku xpenah kapel..aku xpenah jatuh cinta. aku xpenah terluka. dan aku tak penah ditinggalkan or meninggalkan. so..mana satu yang sesuai?

sumpah aku cakap. tadi aku rasa cuak gilaaaaaaaaaaaa! bila sahabat aku ni cakap pasal nak carik balak.cakap pasal kahwen. cakap pasal masa depan. mula2 aku ingat dia main2. gurau2. lepak2. tapi die serious! aku tak tahu. mula2.. aku cakapla sikit.. bla bla bla. entah.. ttbe.. aku rasa sayu.. emosi sikit. bukannya hapa. aku rasa macam ridiculous. im 20. kau pon 20. tapi ramai kawan kita dah kawin. n nak kawin. aku macam tak paham. harus ke? is it compulsory to have partners?

yes. aku akuilah. memang bosan. bila duduk rumah, cuti panjang2 ni. henfon xdak bunyi. sekali sehari pon macam tunggu kebarangkalian posmen hantar tak slip exam aku hari ni?. sangat susah nak dengar bunyi msg masuk. call? lagi haram. kah3. memang xsalah kalau kita, perempuan yang bagi hint dulu. tapi..aku xcukup berani lagi. ada korang terfikir.. dia tu okay ke? kang die sembur aku..tak ke naya? n bla bla bla. ntah la. macam sahabat aku ni cakap. aku ego. tapi aku rasa aku tak ego. cuma xberani.

thanks kepada yang beri pendapat n bayangan. terima kasih jugak yang pernah sudi hulurkan tangan. cuma.. maaf.. aku belom nak pass borang lagi. its a hardship when a guy try to hug our heart tightly then.. he left without any words. alhamdulillah.. aku masih single. n sampai sekarang.. InsyaAllah..janji tetap janji. :)

p/s : sahabat..nanti aku baut iklan yea. :)

No comments: