Thursday 30 June 2011

Rindu Bangi

rindu. kat sapa? UKM? takkkkk....Orang dekat UKM? pon takk..okay specific sikit.. KKM? offfff kosss takkkkkkkk lahh.. HAHAHAHA. saje rindu dekat life luar pintu UKM. pagi2 pegi breakfast dekat warong mak limah pukul 6.45. tengah hari pegi lunch dekat kedai ayam percik or ayam penyet. malam sikit pegi dinner dekat aliff or bbb. supper..of kos lepak mamak punya.

bila dah bosan tak de keje.. pegi carik keje. weekend macam haram. naik motor redah tempat-tak-pernah-singgah.lepas tu balik kolej. rayau2 hutan paku pakis pegi berkelah depan rumah tumbuhan sambil sumbat mp4 kat telinga ,baca majalah remaja. petang2 sikit pegi taman tasik cempaka bukan bakar lemak..tambah lemak je. ride thru mcD,tebus fries,lompat pagar..duduk tebing tasik tengok biawak berenang sambil jeles tengok parents pegang tangan kanak-kanak kecil baru nak pandai berjalan. malam2 pegi overnite mcD. rajin sikit pegi lepak nunnnnn. KFC Kajang sana. jumpa pakcik2 dua ekor tu..mau ceramah malam2 buta. haha.tak serik

rasa nak update sikit. roger sugerdad. JOM BUANG MINYAK KERETA. bukan pegi mana pun. cuci2 mata.lepak2 dengan member ntah memana. or ada sekali tu pegi tengok drift kat Mardi tengah2 malam. haha. fulus? pandai nak berjalan..pandai la carik..pandai la simpan. sendiri ingat lah. tapi..kalau keluar setakat cuci mata.. tak luak mana pun. kadang2 tak berusik langsung. lagi syok kalau ada tukang sponsor duit minyak. hahahaha.

Lepak itu sangat la seronok. tapi hanya boleh dihayati bila dengan  member. dengan mereka yang kita selesa. kalau orang tu..yang dah terang2 aku tak suka dia.. tetibe nak buat baik nak ajak lepak sama.. maaf, baik aku balik. baring, tarik selimut, tutup mata. Dengan member, even tempat tu panas macam kat tengah lapangan menembak pun boleh ketawa tak hengat dunia. inikan pulak kat atas bukit..tepi pantai..HEAVEN DOE!!
tak payah snack,tak payar air. ader je model nak pot pet pot pet.

tapi tulah.. selagi ada nafas, ada nyawa.. aderla lepaknye. langit tak selalunya cerah. bila kita sangka kan panas hingga petang,tiba2 hujan mencurah ditengah hari. itu lah kawan.. nak cakap pun dah tak guna. nasi dah jadi bubur.

p/s : nak lepak jangan plan. konfom tak jadi. hahahaha

No comments: