Monday 27 February 2012

Visiting Aunty Rosmawati

-hospital sungai buluh, 5.30 pm tagged with abg adam and abg jebat-


redha dan pasrah.
even bersyukur didatangkan ujian ni
cancer, stage 4..siapa tak risau weh
tapi alhamdulillah, she is very tough woman


smiling happily besides her friends and families
tapi dalam hati takde sapa yang tahu kan?
there's no suspicious symptoms
tau tau je.." ada cancer paru-paru stage 4"
mau goyah jugak la kalau aku yang kena


continuous cough after her Umrah
drink less water during hot season
aku tengok satu balang berisi air paru-paru bercampur darah
yang disedut keluar through her chest
lepas satu-satu,
air dah keluar, paru-paru pulak mengecut
still smiling.


esok buat ct scan abdomen perut
insyaAllah nothing happen
hanya doa yang mampu aku titipkan
semoga panjang umur dan kuat semangat




" dia dah macam mak abang dah kill. kita sebagai anak, faham la cancer stage 4 macam mana. what can we do just bagi dia semangat and positive psychology" - Adam Amin




p/s : thanks abg adam for the kfc treat because adik abg ni xde duit, pt tak masuk lagi :( . best laaa dating kat restoran jejantas tu tengok kereta jem. :D

Tuesday 21 February 2012

In Another Life

all these money can't buy me a time machine


when i look deep inside her eyes
i can see the strong and the soul the she had
being less than the others but more for Him
because of one phrase ..
"Qila, ada masa kita di atas dan ada masanya kita dibawah"


she's so lovely that reminds me of kak Yin
she's so cool like my dear kak Maz
not ashamed and very friendly to us
simply giving advices and morals
haha.. lepak macam dah kenal lama
berjam-jam gelak ketawa bahagia aje.




in another life i would be your girl


still, worries are here and there
26 years old should be mature enough
to be a loyal wife, lovely mom and family
but she told us..
" bila kita kurang, boleh nampak siapa yang jujur, siapa yang tidak"
and she said..
" jangan setia pada yang satu, sebab choices tu penting supaya tak kecewa"
all these are based on her life experiences


kak Nori, thanks for the valuable time tadi. keep in touch yea =D




p/s : sempat mintak fb dengan num fon lagi. haha.





Kopi 434 Muar

Last minum masa muda remaja dulu.
Kalau tak silap masa asasi kot
serius jadi ketagih
then, apa guna ada member duk muo
thanks Apau Muar
yang sikit lagi nak jadi Apau Cheras
harga 8.40 sepaket
+ tambang bas balik bangi , imegresen..
cincai RM20. HANGGUK!! -.-""





KALAU NAK, LAI BLOK 14 KOLEJ KERIS MAS.
BILIK CARI SENDIRI, BANCUH SENDIRI

sekian. :)

Monday 20 February 2012

First Day Class

only noon classes for every monday. yeay!! 
so, wake up in the early morning
playing shot games for nonstoppable hours
sampai lenguh kaki bersila atas kerusi
sedar sedar pukul 11.30 pagi. Ya rabbi !


but still lepak manja atas katil with Mok
daydreaming and continue playing games
pukul 1.20pm baru nak terjah toilet.
memang terbaek. padahal 2pm class.
mana nak kejar bas lagi. 
mana nak iron tudung, baju kurung lagi.
betul menyusahkan diri la games ni. -.-"


so, first day..
Hi Statistics Industry =)
dah la duk belakang sekali
memain pulak tu.
tapi stil dapat hadiah sebab acurate answer kan?
HAHAHAHA.


attend Workplace class, still memain jugak
macam hampeh punya brainstorming. ZZzz
"erm. My name is Kill. and i'm a blogger"
and madam said..
" what's your full name?"
" erm. nuraqilahsyazwanibintimohdnor"
i said in 2 seconds. LAJU GILA!!


even still ada pricetag, but do i care? haha
sharpieeeeeee kot. :p

Saturday 18 February 2012

Sem Break, Good Bye

look, a month has passed away
i noticed that i learned so many things
laugh, cry, hurt, miss and be loved
i knew it was a priceless moments


kau tahu ini malam terakhir
aku bergumpal, bertinju , being bullied by adik2
bermanja, menggedik request ibu buat itu ini
masak itu ini, urut sana sini
dan ibu ayah? gelakkan aku.
haha. i will miss all these.


kau tahu kenapa tiap malam aku tido lewat?
aku kemas rumah sebab aku tau
nanti ibu rindu aku
aku pandang muka adik-adik tengah tido
sebab aku tau susah aku nak buat lagi nanti


kau tahu kenapa tiap hari aku baking itu ini?
sebab aku tau dorang akan ingat masakan aku
they'll feel that they lost something
haha. jahat kan aku?


and paling aku benci.
everytime nak balik campus again
aku akan demam and homesick
kau tahu hari ni aje, dah lebih 10 kali
" ibu, along taknak balik boleh?"
she said ..
" tiap kali nak balik mesti along camni"
haha. u know me very well, mom.


i'll miss you home. i love you.




p/s: aku tau kenapa ibuayah tak kasi aku naik train. :- because they want send me over in front of their eyes. :)

Friday 17 February 2012

Tudung dan Hijab

betul lah orang kata.. 
manis wajah perempuan yang betul-betul menutup aurat tu lain. 
cantik dia..
MasyaAllah!


siapa kata berhijab penuh itu semak, rimas
aku rasa dia yang paling noob sekali kat dunia ni
bagi aku tudung tu pelindung paling natural
tak payah nak pelembap + compact powder dah


aku tahu sekarang ni zaman fesyen
aku sendiri tengah menyemakkan diri dalam zaman pelangi ni
tapi jujur aku cakap
aku tak reti nak pakai shawl + pashmina 
yang nak kena lilit, bersepit, berjarum bagai
yang awning syria tu nak kena straight
leceh!


kau tahu..
sejuknya hati aku bila tengok perempuan berhijab labuh
tenangnya hati, sampai terpegun aku dengan kecantikan diorang
sesungguhnya, wanita itu memang hiasan dunia.
lagi indah kalau ditambah dengan senyuman manis
cantik lagi kalau lepas berwudhu.
MasyaAllah, lama aku terpegun!


p/s : cantiknya nenek dengan para jemaah lain berhijab labuh dekat KLIA hari tu. adala sampai rasa nak menangis sebab cantiknya lain sangat!  nenek, atuk..along rindu la. :(

The Very First Time

dah 3 tahun since 2009
masih berkawan
didnt get too close
sebab aku pernah katakan sesuatu
" i'll give you 6 years from now, then i'll give you a chance"


sedar tak sedar
tinggal 4 tahun je lagi.
masa bergerak cepat sangat kan?
green light dah dapat
aku je fooling around


and dia bagi aku waktu
 a week of period
haha, sumpah aku gigil 
tulah orang tua-tua cakap
kerana mulut badan binasa


kalau tanya opinion ibu
mesti dia kata
treat je as others
sebab dia sendiri suka
haha.


well dude, you are too brave man to know this soft girl. 
haha.


p/s: rahsia bakal terbongkar tak lama lagi. habislah aku. -.-"

Monday 13 February 2012

Jemputan Umrah

bukan aku yang pergi. belom ada rezeki lagi. hehe. tapi nenek dengan atuk aku. kenduri doa selamat dah pun selamat dijalankan 22 Jan hari tu. alhamdulillah, ramai yang datang memeriahkan majlis. macam kenduri kawin pun ado. hehe.


kalau ikut jadual dan planning. pukul 12.3o tengah hari esok kitorang gerak dari masjid kampung terus pergi KLIA. gerak secara konvoi la. mau puluh-puluh kereta jugak esok ni. rumah aku je dah 2 kereta. ayah aku tak ikut sebab adik-adik aku ada ujian. so, aku kena lah bawak ibu pergi hantar esok dengan pak ngah. Apak dengan pak lang tunggu kat KLIA je siap-siap.


packing done. cuma hari ni ada few things nak kena settle kan. beli bekalan ubat atuk nenek, service kereta ayah yang dah lame tak jalan tu. prepare masak-masak untuk malam ni dengan esok. *malam ni ada sambutan maulid rasul kat masjid kampung. haha. seronok pulak tengok budak-budak sekolah berarak satu kampung macam dulu.


malam tadi, puas aku tahan mata jangan tido. haha. gara-gara nak temankan atuk study bacaan umrah tu sampai pagi. kekeke. lawak bila teringat hari sabtu kelmarin. Tiap-tiap hari sabtu ada pasar tani dekat pekan Gemas. hari tu nenek request aku teman dorang pergi shopping. While aku teman nenek tawaf pasar tu 2-3 kali, atuk kata nak pergi gunting rambut. then, bila dah habis round, kitorang pergilah kat kedai pak cik gunting tu.


+ nenek, atuk takde pun  (mata duk lilau-lilau cari atuk dalam kedai)
- takdo mondo eh. dopan bijik mato yo ah.
+ opocot. perghhhhhh atuk. dah serupa macam uncle setongkol. wakakakaka


(sila bayangkan aku gelak sampai senak perut kat luar kedai tu)
hehe. atuk pergi gondol habis kepala dia. sampai masuk kereta pun aku gelak tak henti-henti . atuk pun jadi bengang dengan aku.


+ lawak bonar ko rupo den ni esah? boriyo bonar cucu ekau ni mongilai.
- haha. dio tokojot tak abih laei la tu.
+ tuk. sumpah lawak gila. bulat jeeee kepala atuk. haha.


bertambah-tambah sakit hati atuk dengar aku gelak. kejap2 dia jeling aku yang kat seat belakang yang tengah leka tenung kepala dia tu. kekekeke.




p/s : nak dekat2 tarikh flight ni. ramai betul tetamu datang rumah. sesi memperkenalkan kewujudan aku yang paling malas tu. -.-"


NEK, ATUK.. have a barakah journey okay. doakan along kat sana nanti. wink3*

Saturday 11 February 2012

Lubuk Pancing

salam satu malaysia. haha. mood : tersangatlah happy sebab hari ni semua pakcik-makcik,cousins ada kat rumah ni. except Apak dengan Maksu .hurm :=(  *kurang sorang tukang usik + kacau kitorang.


at last. aku dapat pergi memancing hari ni. itu pun secara unplan. tak sengaja. ekceli tadi lepas berkampung tengok Kuch Kuch Hotakk Hair , ayah dengan Pak Lang plan nak pergi mancing kat kebun getah atuk. ada lubuk kaww punya kat situ. tapi motor semua digunakan. aku pun terpaksa lah hantar adik Ezzly nak sangat ikut dorang. 


mula-mula niat nak hantar sampai tepi jalan je. last-last. " Ayah, along nak mancing jugak lah. Bleh?" then, pak lang cakap : " haa. sini sini. batang pancing ada lagi 3 ni.". Hoyeahhhh!! sedar tak sedar.. 2 jam jugaklah aku kat situ. kejap berdiri, kejap mencangkung. haha. balik lambat pulak tu. sampai2 rumah kena bising. 


pak ngah  : along pegi mancing dengan pak lang ke? dapat ikan?
aku           : ha'ah. best gila. along bukan tak dapat. terlepas je sebab tak sentap tarik.
ariena       : along pegi mane haaaa? ibu tunggu along balik suh pegi kedai !
ibu            :  ha, dah maghrib baru nak balik. orang suruh hantar je, dia pegi mancing!
aku           :  erk. sorry la bu. tetibe je teringin. lagi pun syok ohh. ikan puyu banyak
asya          :  best sangat ke along? kecoh je.sampai kat depan boleh dengar.
aku           : okaylah. ibu, seminggu ni along nak ikut ayah gi mancing dengan uncle tu yea?
ibu            :  takdetakde! berubahla along. ibu suruh jadi pompuan. bukan jadi jantan.
aku           : *krik krik krik (senyap.bunyi cengkerik)


beberapa petua ketika memancing.


- Umpan Cacing / Cengkerik
memandangkan musim panas tengah melanda. cacing pupus. so, kitorang pakai cengkerik. tak geli pun. lembut je. haha. ayah kata, makin busuk umpan tu, makin kawww!


- Pilih Lubuk
masa dekat port tu, tengok kocakkan air kat mana. kalau puyu lebih suka dekat sekitar2 lumut dekat tebing2 tu.


- Timing Ikan Makan.
kalau tengah hari biasanya ikan tidur. pukul 4-5ptg banyak puyu je. tapi start pukul 6.30 sampai malam.. time tu ikan power2 macam sembilang, bujuk, haruan. sebab tu kitorang keluar rumah lepas asar sampai maghrib.


- Jangan Bising
ikan ni telinga sensitif even aku tak tau pun telinga dorang kat mana. haha. nak cakap pun slow je. aci kasi dengar dengan paham sudah la.


- Baca Taktik 
lain ikan, lain taktik dia. kalau puyu, dorang akan bawak umpan tu jenjalan dulu lepas tu baru ngap. kalau haruan pulak lain. dorang ni akan kumam2 dulu..lepas tu makan pun slow2 je. kena ready je la nak sentap tali tu.


-Sentap Tali
kalau ikutkan, aku dah 4 kali ikan makan tadi. tapi teknik tarik tali aku salah. haha. tu yang terlepas tu. ayah kata, bila pelampung dah tenggelam je terus sentap kuat2.




hasilnya. ayah dapat ikan bujuk , pak lang dapat 5 puyu dengan sekor sembilang. aku dengan Ezzly menganga. haha. okay la. pengalaman kot. lagi pun, ini lah masanya nak spend time dengan ayah yang selalu busy and pak lang yang jarang balik :)

Anak Sulung

semalam,bawak ibu pi pekan. on the way balik tu ibu cerita pasal arwah pak long. sedikit sebanyak ganggu la jugak driving aku. sumpah tak focus. mata dah berair kot. tapi tahan je la. i cried not because of guilty ke hape. but because aku merasai dan melalui apa yang arwah pak long aku rasa sebagai anak sulung. a long the journey back home tu, sepatah pun aku tak cakap. macam2 benda dalam kepala hotak ni. nak cakap tak sampai hati, sebab ibu sendiri kan. cuma, kita sebagai anak..kalau nak tegur ke ape..kena pandai main ayat. tone suara tu kena betul. kalau tak dosa menimbunla kita kumpul.


this is what i feel and what i.ve go through sepanjang 20 tahun hidup ni.


BANYAKKAN BERSABAR. kalau kena marah, biasanya anak sulung tu akan prefer untuk diam. Diam dia bukan sebarang diam. Dia diam cari kesalahan dia. Dia tak macam anak2 yang lain..bila tka puas hati lepaskan. NO! dia senyap sebab taknak orang yang marah tu terluka or sakit hati. sebab golongan anak sulung ni ramai yang jenis pendam perasaan. dan hanya orang-orang buat dia selesa je jadi tempat bercerita dan luahkan. tapi SENYAP TAK BERMAKNA DIA SALAH. cuma berfikir.


SENTIASA MEMAHAMI. kadang-kadang, bila ada salah faham dalam rumah ni, aku kena jadi tukang pelerai otau mood-changer. aku kena pandai main dengan perasaan semua orang. bila mak kita mengadu, kita kena dengar. cakap mana yang patut. kalau rasa apa yang dicakap tu salah, senyap dulu. lepas selidik semua, mood semua orang dah baik, baru slow talk. its not easy.


BERTANGGUNGJAWAB.sumpah aku cakap. jadi anak sulung ni bukan senang. banyak hati nak kena jaga. banyak benda nak kena belajar. lagi2 yang ada adik-adik bawah tu. dalam rumah ni kan, aku adalah anak sulung, cucu perempuan sulung , kakak paling tua, bestfriend dekat ibu, kawan untuk atuk dengan nenek. semua orang bergantung dekat aku.


SERBA SERBI KENA TAHU. golongan anak first macam aku ni kan, kena tau buat semua bende. even bende tu susah. kau kena buat jugak. Perempuan ke Lelaki ke ,kena tau buat kerja2 rumah. Jangan sebab kau pandai, so, tak payah belajar. oh no no no. noobies je fikir macam tu.


INDEPENDENT. ber-di-ka-ri. anak sulung kena tahu susah payah parents nak besarkan kau dengan adik-adik supaya kau tahu nak hidup macam mana punya payah kat dunia ni. Anak-anak yang lain biasanya akan persoalkan kenapa anak sulung dapat kebebasan lebih. Kami bukan sesukati nak bebas. KEBEBASAN MEMERLUKAN KEPERCAYAAN YANG TINGGI. kalau tak faham, tanya abang kakak kau, kenapa aku cakap camni.


SAYANGKAN KANAK-KANAK. aku ada kawan yang tak suka budak2. tapi tak kisah la. nanti dia dah ada anak sendiri, baru dia rasa sayang tu macam mana. tapi based on my observation la kan, anak sulung lebih cenderung untuk fall-in-love dekat kanak-kanak. kami suka melayan. kalau aku la kan, bila aku melayan ramai-ramai budak dalam satu masa, aku rasa happy. ada satu perasaan lembut je dalam diri aku. i just dont know why.




entry ni aku buat pon lepas baca kisah seorang lelaki ni. dia macam jeles dengan abang dia.hurm.


p/s : last weekend kat rumah.:(

Thursday 9 February 2012

Overtime Work

dah memang termaktub dalam peraturan rumah ni, aku aktif start pukul 10 ke atas. ahaha. semua orang dah sedia maklum and takde sapa nak bising pon. siang2 jadi driver, tukang kebun + bakery chef. malam2 jadi pakar IT berjaya. dua2 laptop aku conquer. haha. laptop ayah je aku tak berani usik. setiausaha menteri tu memang tak boleh nak kacau. kang makan penyepak. -.-"


tapi malam ni, betul la aku terlebih tenaga. konon dah ready nak lepak depan tv tepat kul 10. kan citer hindustan tv2. tapi tak best. satu lagi peraturan rumah aku kan.. semua orang yang masih bersekolah kena masuk bilik tepat pukul 10malam. dan memandangkan aku je yang tak sekolah, lepas je 10pm.. rumah ni ana yang punya! haha.


sambil tengok citer hantu (menyorok belakang ibu)..


+ ibu, lapar.
- ko ni long. waktu pelik2 ni la nak makan. pegi geledah dapur tu ada apa.
+ bu, malam ni along nak main chef2. kalau bunyi ke bau ke, ibu jgn bangun tau.
- apesal pulak? nak masak ape dah malam2 buta ni?
+ rahsia. nanti boleh budak2 tu bawak gi sekolah. bekal.
- ko jangan masak bukan2 sampai punah dapur tu.
+ ai ai bu. haha. dont worry lah. gerenti sedap. esok check peti ais hokayyyyyy.




mula2, keluar kan semua bende yang ada. (masa ni aku sumpah tak tau nak main masak2 apa) tengok2 barang. yeay! PUDING ROTI. kekeke. buat kerja penuh cermat, elakkan berbunyi. tak guna mixer pong, guna tangan je sebab taknak keluar bunyi kan? hurm..untuk sesapa yang bosan macam aku. boleh la try ni yea..


PUDING ROTI Kelly 
* resepi asal lain. ni aku edit untuk hilang hanyir telur and gebu sikit.

5-7 keping roti  *lagi sedap guna butterscotch
200ml susu cair
3 sudu gula
2 sudu mentega
1 biji telur
esen vanila

secubit soda bikarbonat


1) pukul semua bahan sampai kembang KECUALI ROTI.
2) masukkan roti yang dah di cerai2kan
3) masukkan dalam loyang yang dah digris dengan minyak/ mentega.
4) bakar dengan suhu 160darjah. bape minit tak ingat sebab ni resepi aku kan. haha.sampai masak sudehh.


dah pukul 1pagi dan puding rotii dah siap. tadaaaaaa. :)


p/s: mesti orang kata aku ni keje bakinggg je. ekceli ni lah dia orang takde keje . hurmmm.

Wednesday 8 February 2012

Air Janda

2-3 hari ni selera makan aku makin hari makin hilang. serius takde nafsu nak melantak macam biasa. padahal hari-hari aku demand suruh ibu masak semua fevret aku je. lauk lain taknak. lepas tu, nak ibu masak je, taknak orang lain masak. macam..entahla. tapi bila dah masak, serius..makan sesenduk je. lepas tu kenyang nak mampus. maybe effect cuaca ni kot. panas gilaaa. kejap-kejap pegi mandi. nasib baik bukan bulan puasa.


hari ni aku teringin nak makan bayam. so, ibu buat sweet sour dengan sup bayam. tapi, haramm. tak habis pun. lepas tu gedikk pegi merengek kat ibu nak makan cekodok pulak.


aku  : ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, nak cekodok eh petang ni. boleh? cekodok kelapa :D
ayah :  buat sendiri laa. cekodok takde. katak kodok ada.
aku  : katak kodok buat apa. kalau takleh takpela. hurm.
ibu   :  yelah, yelah. jom kait kelapa kat belakang.


hoyeah!! bersemangat penuh waja aku rosakkan pokok kelapa paling rendah. *rendah jadahnya. lenguh tengkuk aku. haih. amik sebijik untuk buat cekodok and 4 biji untuk buat air kelapa.


atuk  : buat ape kelapa banyak2 ni?
ibu    : along tu haa. nak sangat air janda dia tu.
aku   :  janda amende pulak. anak dara kot. asal orang cakap air janda eh?
ibu    : entah, sebab orang janda banyak minum kelapa muda kot. awet muda~~
aku   :  ceh. dah tu anak dara tak boleh minum la?


and so on la discussion kitorang. aku sendiri tak paham ape ke motif orang cakap kelapa muda janda. dulu, masa apak ada problem dengan ex-gf dia. kejenye asik minum air kelapa muda yang diselawat aje hari2. kena mandrem kot. tapi lepas bape lama. dia okay lah.


Sedapnya minum air kelapa muda + gula sikit + ais. sambil bertenggek atas pokok rambutan. muahaha. apa aku kesah. memang la kena bising. tapi buat rileks sudah. rumah sendiri kot. :D

Tuesday 7 February 2012

Cheese Cake

afternoon guys! letih malam tadi berjam-jam pandang laptop google and menyalin resepi-resepi yang basicnya menggunakan CREAM CHEESE! actually, aku tak tau nak buat apa dengan cheese cream yang dah bape minggu duk dalam peti es tu. nanti kalau aku dah balik ukm sapa nak buat? ibu aku dont like cheese, angah nak buat? kirim salam. memandangkan next week jadual hidup aku agak busy for the whole week.. so, mari habiskan minggu ni dengan cookong-baking. yeah!


bangun2 tido terus carik ibu.. dengan mata terpejam, muka sememeh. haha.


+ ibu, cuka ada?
- takde
+ fresh milk kalau tukar dengan susu cair boleh?
- hurm, boleh tapi kurang kan gula. function utk moist kan kek je kan?
+ icing sugar ada?
- takde. pegi beli la. ni nak buat apa?
+ niat nak buat the famous red velvet, tapi barang sume takde. marble cheese je la..



and terus berlari2 anak sambil terlompat2 penuh kegembiraan ke arah bilik air. mandi macam p. ramlee sebab tak sabar nak buat cheese cake! hehe.


awat aku semangat nak buat hari ni jugak? sebab pak ngah aku bawak cousin kecik aku si Imran tu balik rumah aku semalam. aku kan suka masak2 kasi orang makan. pak ngah aku pun suka tengok aku buat kek. tu yang gigih aku baking hari ni jugak before pak ngah aku balik Rembau. :D


here, resepi marble choco cheese cake paling sempoi and mudah. takpayah icing sugar,cuka bagai..






MARBLE CHOCO CHEESE CAKE Kelly




Bahan A
250g cream cheese * jgn letak kat freeze ice.nnti kek ang tak montok
60g  gula halus
1 biji telur * pukul asing is better. texture adunan lagi soft
1 tbs esen vanila * utk hilang hanyir bg those tak suka bau cheese tu


Bahan B
200g mentega
170g gula halus
3 biji telur
120g tepung serbaguna
20g serbuk koko
1 tbs baking powder


1) pukul bahanA dan bahan B secara asing sampai sebati and gebu. make sure jangan kasi berketul. pukul sampai adunan tu terasa ringan.
2) masukkan dalam loyang yang dah dibalut dengan kertas minyak or kertas mahjung. masukkan selang seli.
3) bakar dalam oven dengan suhu 150 for 30 minutes.


and duk buat entry ni tadi, tingg* bunyi oven. waaaa. dah siap. bau dia. mak aii. satu dapur semerbak. sempat kasi pak ngah rasa sebelum balik.


+ kak long....
- ye pak ngah. ada kurang ke? ke terlebih manis?
+ hurmm. nak resepi boleh?
- yeayyy!! sedap la tu. hahaha


Happy tak terhinggaaa rasanya. cubaan pertama buat cheese cake.


p/s : lepas ni buat indulgence or new york pulak. haha

Tak Cukup Pompuan Lagi Ke?

assalamualaikum. hurmm. dulu aku ada buat entry pasal ibu cabar aku jadi pompuan original dalam masa 5 tahun kan? yup. itu cerita time cuti 5 bulan tu. korang ingat aku tak try ke? ingat satu sem ni aku duk berlenggang2 ke? aku ada tau..pakai baju kurung lebih kerap. tapi sekejap je. bukan ape. aku segan. aku baru pakai full set baju kurung dengan tudung tu pun orang duk pandang atas bawah ini kan nanti aku nak kena pakai dengan kasut pompuan2 tu bagai.


tadi kan. masa duk lepak2 kat dapur. ibu selamber dekk je join venture dengan pak ngah and nenek. duk bahan aku..




ibu   : mak, nanti kat mekah sana, belikan along jubah. doakan cucu mak yg sorang ni jadi gadis melayu terakhir. takde la macam jantan je ni ha.


p.ngah  : sapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikat. *dgn muka feeling tak bleh blah jamal abdillah.


aku  : pak ngah ni!! ape ni bu.. tak cukup pompuan ke along ni? cakap dah tak kuat kan? ni masak2 , kemas2 ni sume. tak pompuan ke?


ibu  : iye ,ibu tau. tapi tengok tu. duduk camne? tangan kat atas kerusi,. tu kaki tu, rapatkan! ni la dia, kawan dengan lelaki je. cuba la kawan dgn pompuan yg alim2 tu. sejukkk je hati.


nenek : ala.. cucu nenek ni pompuan. wpun besar, tinggi.. tapi badan ada cutting body tu.


aku  : haaa.. kan nenek? ape la ibu ni. asik2 kata along bukan pompuan. jadi tomboy kangg..






i told you all.  sakit jantung jugak nak berdebat pasal bende ni sume. ingat i tak berusaha ke? cuba tanya classmate i. try tanya boyfriends i. aku cuba kot. ingat aku duk terperap kat umah ni , nak habiskan cuti semata ke? i usaha okay. i buat macam2 keje perempuan. jangan tanya keje apa. malu la i. haha.


 serius, aku tak amek hati pun dengan ibu cakap, dengan semua orang cakap. dah biasa. mula2 dulu ada la sentap sikit. yelah, mestilah kita terfikir jugak.. "teruk sangat ke aku ni?". tapi lama-lama tu, its okay. dah macam curah air kat daun keladi je dah. :D alaaaa, kan Allah jadikan sesuatu tu bersebab. lagi pun, sikit2 la.. takkan nak ubah macam magic kan?


p/s: aku ada duration 4 tahun lagi sebelum ibu sendiri paksa aku bertukar. chillex la. :DD

Saturday 4 February 2012

Promises

 it was a hard time when we just realized that the time go and never wait us. payah rasanya bila nak menjawab sesuatu yang tak pasti. air liur ditelan rasa berpasir, nafas rasa tersekat, tapak tangan rasa berpeluh padahal kepala hotak tengah pikir nak bagi jawapan terbaik.


ibu   : umur along 20 kan tahun ni?
aku  : exactly ibu! betullah tu. *niat nak usik ibu jea .
ibu   : eh jap. 21 kan? ya Allah. dah besar. boleh kawin dah along!
aku  : huh..*tak tau nak cakap ape
ibu   : haa, buat muka! 
aku  : alaa. tajuk lain boleh? bosanlah bu bende ni.
ibu   :  ibu umur 21 dulu, kau dah lahir tau tak?  bila nak kawin?
aku  : erk. okay okay fine. 10 tahun kan?
ibu   : itu janji tahun lepas. tahun ni dah tolak satu. lagi 9 tahun. ingat!
aku  : alaaaaaaaaaaaa. ibu buat2 lupa boleh tak? :(




aku paling benci kalau balik rumah orang tanya umur. sebab bila cakap pasal umur, mesti cakap pasal tajuk tak semenggah ni. haih. muka aku ni ada ke rupa gadis2 patut kawin? omai omai. plis  ibu. ibu sendiri dah maklum anak ibu ni ramai kawankawankawan lelaki dari perempuan. noted yea, KAWAN saje. 


sumpah aku rasa menyesal janji nak bagi menantu + cucu dalam masa 10 tahun. tak ke gila tu. padahal aku memain je kottttt.  rasa nak nyorok bawah selimut boleh tak? sebab tiap kali cakap pasal bende ni, aku sendiri perasan muka aku jadi panas tak tentu pasal. HAHA. ni yang rasa malas nak balik rumah ni.:(


ibu adalah bestfriend terbaik pernah along ada okay. dont leave me, sebab nanti takde sapa nak dengar along punya bedtime story dah tiap tiap malam. to kau,kau,kau and kau.. soryy kalau korang selalu tersedak2 tak kira masa , sebab only you guys in my minds all the time.  and i told my mom all about you, because aku lebih selesa nak berkawan dengan korang bila ibu dah kenal dengan lebih dalam :)




p/s :  farahin rashidi sila jangan gelakkan aku sangat. sebab aku tau kau mesti nak usik aku  kan kan kan? :(((((((((

Friday 3 February 2012

25 Kak Ana

this entry is specially created for the birthday woman. haha. okay kak? oleh sebab akak jauhhh nun at rumah at Sg Ramal. duk tersengih sekor2 macam orang tak tau. Im lived with you almost 2 years kot! haha. tau dah perangai luar dalam, peminat, kisah cinta monyet beruk semua dah tau dah! nanges macam air terjun Niagara, gelak macam pontianak tercabut ekor. :DD


Happy Birthday Nur Farhana Mohd Fisal. Happy 25th Years. May Allah Bless You now and forever.

kak, thanks sebab jadi kakak yang terbaik untuk orang. thanks sebab jaga masa orang demam, masa orang meracau bila tidur. thanks sebab tolong gosokkan kaki bila orang selalu kejang time sejuk. thanks tolong buatkan air and megi bila orang lapar. thanks sebab kejutkan orang bila nak pergi kelas and dah lambat pergi exam. thanks sebab sudi temankan orang pegi bilik air bila blok gelap. thanks tolong jawapkan call peminat misteri. thanks bawak orang gi jenjalan dengan kengkawan akak. thanks sebab memahami orang luar dan dalam. sampai kekadang boleh baca fikiran dan perasaan orang. terima kasih untuk sesumer tu yea :)

tapi yelah. dalam membina sesuatu hubungan tu, mesti ada give and take. orang nak mintak maaf sebab orang pernah buat akak marah, pernah buat akak menangis, pernah buat akak penat. penat layan orang yang banyak kerenah dan manja tak pasal. haha. 

nice bila ingat balik bila orang sengaja nak suruh kak ana suapkan makan, ironkan tudung, kemaskan katil bila orang tengah pemalas tahap gaban. saje nak manja-manja. for me, akak banyak sabar sebab akak dah tua kan? haha. dah tunggu masa nak kawen dah. calon je asik tak sesuaiiiii aje.  takpe, oleh sebab akak dah request orang kena stay kat rumah akak seminggu awal bila majlis tu nanti, orang ikhlas nak mai. haha.
ni orang nak bagitau..

ORANG SAYANG AKAK BANYAK GILA TAK TERKIRA ! 


p/s: telinga orang panas mendidih dah bergayut dengan akak almost 2 jam! haha.

Thursday 2 February 2012

Saka

hukum alam. bende ghaib tu mmg ada cuma janganlah kita terlampau taksub dengan kewujudannya. well, hari ni gemas hujan lebat. lebat gila. sampai aku rasa malas nak mandi. perangai lama dah mai dahhh. haha. dulu2, masa kitorang duduk meru, klang lagi..tiap2 kali cuti sekolah, mesti sepupu-sepupu semua pakat nak duduk gemas reramai. sumpah best gila! nenek dengan atuk gi kebun, kitorang kat rumah buat pesta tapi sebelum dorang balik kena kemas rumah semua la. ketua? mestilah aku. haha


ok, back to saka. oleh sebab tak larat nak drive balik rembau tengah malam tadi, ayah postponed balik lepas subuh tadi. pergi jemput wan and bawak balik gemas. wan demam teruk. then, sejak wan sampai dari tadi sampai sekarang, rumah aku jadi riuh rendah. sumpah aku cakap, bape kerat sangat la aku paham wan aku cerita pasal apa. haha dengan loghat nogoghi pokat tu. mak aiihh.


kitorang semua buat bulatan masa minum petang, semua orang duduk. wan bukak kisah nenek moyang aku dulu rupanya pawang bosar. aku duk layan youtube dengan full loudspeaker mana dengar. tup2 ibu jerit!


+ alonggg!, bukak tu kejap! bersumbat je telinga dari tadi.
- laaa. amende bu? maklumlah, lagu ni best gila!
+ ni ha, dengar. wan cerita pasal along mimpi dulu tu.
- haaaa? ok, coming2!


aku mimpi? yup dulu, aku ada mimpi pelik. tak silap aku last sem. aku mimpi ada perempuan tua yang cantik, berambut panjang, berkebaya hijau ketat , dia tenung aku. macam dia aim aku. sumpah aku ingat lagi muka pompuan tu. seram siot! mula2 lawa, tapi lepas aku ignore dia panggil, terus bertukar muka dia. dia ada baca2 sikit. maybe mantera kot. tapi aku tak dengar sangat. lepas tu, aku cerita kat pak ngah. pak ngah bagi aku satu surah ni. aku tak ingat la nama. dia suruh aku baca sambil selawat. setiap malam sebelum tido. lama2 dah okay.


then, bila wan cerita tadi, hurm..kemungkinan besar la, aku orang terpilih dalam family ni. pak ngah ada cakap dulu. bende mengikut ni, ada sebab tertentu. tapi kenapa pilih aku? why why??? alhamdulillah, setakat ni takde pape. risau gila nokkkkk. cam santau merasuk kat tv tu..:((


p/s : habis malam ni bukak cerita mistik je lah kat rumah aku.

Wednesday 1 February 2012

What our friends love to eat?

just now, im baking kek gula hangus. ni duk tunggu dia masak la ni. ekceli aku teringat kat si Aten. hari tu masa kitorang tengah dinner dengan Ijad, aku dengan aten boleh pulak buat sesi discussion resepi-resepi kat situ. haha. kesian Ijad. mesti dia pening tak faham satu bahan pun kitorang duk bincang. cakap punya cakap, aten tanya camne nak buat kek gula hangus. tu yang aku buat minum petang hari ni. :)


almost 2 years at UKM, knowing new people and meeting new friends buat aku terasa bahagia. yes peeps. friends are my pelangi. sorang pergi, pelangi pun hilang seri. Dorang kata aku ni stalker berjaya. hallo, aku bukan stalker, tapi aku observer. haha. and ape yang aku perasan kan..these are my friends do and dont like.


Aten
Dessert and cakes. tak makan ikan sawah like keli or sembilang. Durian makan sikit je. Very obsess on tarts. Tomyam sila take note. haha


Ijad
Sangat suka denngan kek batik. tapi kurang suka coklat, lebih prefer vanila. lagi2 Vanilla Oreo Coolblog! tak boleh makan durian lebih dari 3 ulas, kalau tak demam! Teh O Ais wajib ada!


Apau
Encik Tong Sampah. kalau makan tak habis, sila pass kat dia eh. he likes home cooked more. lagi2 masakan kampung. :) tak suka sangat western food. asal boleh telan je la dia makan.


Jepa
Nasi goreng cina,telur dadar kosong. roti canai kosong 2 keping. tak makan cili or sambal. tak suka sayur2. Dia ni hantu McD!


Alang
Encik Tong Sampah jugak. lebih prefer KFC dari McD. tak makan mapley. yang lain semua die telan. haha.


Salwa
Pizza Hut, Kenny Rogers ape lagi ye. haha. Nasi Ayam! oh ya, western food mmg fav. kan wa?


Nurina
Korean-food lover dia ni. aku nak sebut pun tak tau lah namanya ape. Mak Cik Korea habis!


Addin
minah ni aku rasa almost semua bende dia telan. korang offer je pape, semua dia punya favourite. lagi2 burger abang Faris tu kan din? hehe


Farah
New York cheese cake, sphaghetti cheese, makaroni goreng, laksa and banyak lagi. tak makan malam (jaga slim body).  Cadbury Black Forest paling penting okay!


Lyana
Secret Recipe, KFC, McD, kaki tomyam jugak




omai omai. ramainyee. penat aku nak buat list. sebenarnye ramai lagi.. abg adam, abg jebat, kak yin, kak maz. too many. haha. aku pun tak tau camne aku boleh ingat sumer ni. sebab selalu makan dengan dorang kot.


p/s: duduk rumah ni kan, keje aku main masakmasak jee. asik2 bukak resepi on9. dah tak tau nak buat ape. :(