Thursday 2 February 2012

Saka

hukum alam. bende ghaib tu mmg ada cuma janganlah kita terlampau taksub dengan kewujudannya. well, hari ni gemas hujan lebat. lebat gila. sampai aku rasa malas nak mandi. perangai lama dah mai dahhh. haha. dulu2, masa kitorang duduk meru, klang lagi..tiap2 kali cuti sekolah, mesti sepupu-sepupu semua pakat nak duduk gemas reramai. sumpah best gila! nenek dengan atuk gi kebun, kitorang kat rumah buat pesta tapi sebelum dorang balik kena kemas rumah semua la. ketua? mestilah aku. haha


ok, back to saka. oleh sebab tak larat nak drive balik rembau tengah malam tadi, ayah postponed balik lepas subuh tadi. pergi jemput wan and bawak balik gemas. wan demam teruk. then, sejak wan sampai dari tadi sampai sekarang, rumah aku jadi riuh rendah. sumpah aku cakap, bape kerat sangat la aku paham wan aku cerita pasal apa. haha dengan loghat nogoghi pokat tu. mak aiihh.


kitorang semua buat bulatan masa minum petang, semua orang duduk. wan bukak kisah nenek moyang aku dulu rupanya pawang bosar. aku duk layan youtube dengan full loudspeaker mana dengar. tup2 ibu jerit!


+ alonggg!, bukak tu kejap! bersumbat je telinga dari tadi.
- laaa. amende bu? maklumlah, lagu ni best gila!
+ ni ha, dengar. wan cerita pasal along mimpi dulu tu.
- haaaa? ok, coming2!


aku mimpi? yup dulu, aku ada mimpi pelik. tak silap aku last sem. aku mimpi ada perempuan tua yang cantik, berambut panjang, berkebaya hijau ketat , dia tenung aku. macam dia aim aku. sumpah aku ingat lagi muka pompuan tu. seram siot! mula2 lawa, tapi lepas aku ignore dia panggil, terus bertukar muka dia. dia ada baca2 sikit. maybe mantera kot. tapi aku tak dengar sangat. lepas tu, aku cerita kat pak ngah. pak ngah bagi aku satu surah ni. aku tak ingat la nama. dia suruh aku baca sambil selawat. setiap malam sebelum tido. lama2 dah okay.


then, bila wan cerita tadi, hurm..kemungkinan besar la, aku orang terpilih dalam family ni. pak ngah ada cakap dulu. bende mengikut ni, ada sebab tertentu. tapi kenapa pilih aku? why why??? alhamdulillah, setakat ni takde pape. risau gila nokkkkk. cam santau merasuk kat tv tu..:((


p/s : habis malam ni bukak cerita mistik je lah kat rumah aku.

No comments: