Tuesday, 7 February 2012

Cheese Cake

afternoon guys! letih malam tadi berjam-jam pandang laptop google and menyalin resepi-resepi yang basicnya menggunakan CREAM CHEESE! actually, aku tak tau nak buat apa dengan cheese cream yang dah bape minggu duk dalam peti es tu. nanti kalau aku dah balik ukm sapa nak buat? ibu aku dont like cheese, angah nak buat? kirim salam. memandangkan next week jadual hidup aku agak busy for the whole week.. so, mari habiskan minggu ni dengan cookong-baking. yeah!


bangun2 tido terus carik ibu.. dengan mata terpejam, muka sememeh. haha.


+ ibu, cuka ada?
- takde
+ fresh milk kalau tukar dengan susu cair boleh?
- hurm, boleh tapi kurang kan gula. function utk moist kan kek je kan?
+ icing sugar ada?
- takde. pegi beli la. ni nak buat apa?
+ niat nak buat the famous red velvet, tapi barang sume takde. marble cheese je la..



and terus berlari2 anak sambil terlompat2 penuh kegembiraan ke arah bilik air. mandi macam p. ramlee sebab tak sabar nak buat cheese cake! hehe.


awat aku semangat nak buat hari ni jugak? sebab pak ngah aku bawak cousin kecik aku si Imran tu balik rumah aku semalam. aku kan suka masak2 kasi orang makan. pak ngah aku pun suka tengok aku buat kek. tu yang gigih aku baking hari ni jugak before pak ngah aku balik Rembau. :D


here, resepi marble choco cheese cake paling sempoi and mudah. takpayah icing sugar,cuka bagai..






MARBLE CHOCO CHEESE CAKE Kelly




Bahan A
250g cream cheese * jgn letak kat freeze ice.nnti kek ang tak montok
60g  gula halus
1 biji telur * pukul asing is better. texture adunan lagi soft
1 tbs esen vanila * utk hilang hanyir bg those tak suka bau cheese tu


Bahan B
200g mentega
170g gula halus
3 biji telur
120g tepung serbaguna
20g serbuk koko
1 tbs baking powder


1) pukul bahanA dan bahan B secara asing sampai sebati and gebu. make sure jangan kasi berketul. pukul sampai adunan tu terasa ringan.
2) masukkan dalam loyang yang dah dibalut dengan kertas minyak or kertas mahjung. masukkan selang seli.
3) bakar dalam oven dengan suhu 150 for 30 minutes.


and duk buat entry ni tadi, tingg* bunyi oven. waaaa. dah siap. bau dia. mak aii. satu dapur semerbak. sempat kasi pak ngah rasa sebelum balik.


+ kak long....
- ye pak ngah. ada kurang ke? ke terlebih manis?
+ hurmm. nak resepi boleh?
- yeayyy!! sedap la tu. hahaha


Happy tak terhinggaaa rasanya. cubaan pertama buat cheese cake.


p/s : lepas ni buat indulgence or new york pulak. haha

2 comments:

nur farahin rashidi said...

yeay! da bole kawin. haha

Kill said...

yeay. nak kawin. sengal. -.-"