Friday, 29 April 2011

Sorry!

hari ni aku nak buat spesial entry pasal sugardad aku.(Mr S). aku masa first time jumpa dia, aku rasa umo die dalam 29 tahun. then, melalui kawan dia (Mr A), kitorg keluar sama. Satu pagi, bulan puasa sem lepas, kitorg berempat pi KFC Kajang. lepak sampai sahur. time tu lah dia dedahkan IC dia. so, nmpklah kenyataannya yg dia muda beberapa tahun.wakakkakaka. sorry ek!


aku duk umah ni, malas sikit nk on9, sbb adik2 yang lagi dua orang tu..pantang..balik skolah je mengadap laptop. berYOUTUBING je kejonye. so, sesekali je lah dpt on fb n blog. then, siang tadi..aku tgk die ada buat entry. aku tak berani la nak kata aku ni rapat gegiler dengan dia, tapi sem ni..kitorang memang selalu keluar and lepak together2. tak sangka lah nak jadi sebaik macam ni. tapi setelah 5 bulan bersama, sikit-sikit tu tau lah perangai dia cmna. apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Dia ni macam abang bagi kitorang sebab, dia dengan A  dah matured and apa yang dorang cakap boleh dipertimbangkan dengan sewajarnya. So, gurau..gelak ketawa, tacing, kutuk, bahan tu memang bende wajib kalau semua ada. Aku pon tak penah amek hati.


Just tadi, dia ada buat entry cam pelik sikit. then, ter nak komen. tapi tak der la duk masuk kt fb. better kt chat kan. bila duk ce citer2 tu..aku ada terbuat salah sikit. and aku sedar..hati dia dah tercalar. aku dah mintak maaf. tapi entah kenapa.. aku rasa bersalah sangat-sangat. aku takut bende lain yang jadi. dah la aku tak sempat jumpa dia before check out. even dengan Myvi pon aku jumpa 5min je time amek barang pagi semalam. ekceli, aku terkilan sebab tak dapat jumpa n lepak dengan dorang. :'(. aku harap dia jaga diri leklok. dengan kesihatan dia yang tak berapa nak baik. dengan banyak keje and komitmen lain. sesungguhnya, sugardad aku ni sangat la buzy!


cuma tulah. aku just nak cakap kat dia:
sorry sesangat. even org dah ckp tadi. tapi entah la. org tak sangka bende tu nak jadi camni. and org harap sgt kita dapat jumpa lagi nanti even tu agak mustahil dengan keadaan masing2. sorry jugak klo org tanya bende yang bukan-bukan tadi.


p/s : kak maz, kak fizah, aten, alang, abg adam, abg jebat, n kak yin. pegi taman negara leklok ea. jaga diri. sorry orang tak leh pegi. mmg org tak suka masuk hutan. masalah kesihatan banyak.nanti menyusahkan semua org pulak, even org mmg rasa nak sgt join korang. :(

Tuesday, 26 April 2011

Lepak Kat Stadium Jer!

assalamualaikum. kom apa..KOMBAT. bat apa..BATMAN..haha. hye korang. semalam, TITAS last paper untuk sem ni. then, aku pon dah MERDEKA!! hahha. tapi Vi kata, " tunggu aku abis exam. jgn balik dulu". okay. so, untuk membuang masa yang tersedia ada ni. Pukul 10pg tadi aku pon keluar dari ukm menuju ke Kajang. buat apa? cari kerja. hahah. ye lah. apa lagi nak buat cuti 4 bulan? nak duduk umah? memang tak lah. baik aku kumpul duit banyak2 untuk planning sem depan yang dah ada dalam kepala otak ni. waaa. tak sabarnya....so, aku pon survey sana survey sini. 3/4 pekan Kajang tu dah aku teroka. tapi keje yang aku carik still tak der. demand. 

# kalau boleh ofis hour
# gaji 500++
# tak jauh dari rumah (Taman Asa Jaya, depan Taman Jasmin,Kajang Prima)
# kalau tak ofis hour, hari sabtu boleh tapi half-day jer.
# tak yah pakai uniform

aku bukan apa. ni adalah arahan dari bonda n ayahanda terchenta. katanya, kalau aku amek keje yang lain cm KFC ke mcD ke.. cuti dah la sekali seminggu. penat gila pulak. balik malam. dah susah nak balik rumah. bila pikir2 balik, agakla.. aku dah la senang homesick. kang Apak dengan Mak Su balik Gemas, dah aku tinggal sesekor kat umah..sadis tol..:'(

then, duk tengah merayau2 tu, atas motor nih tengah merempit. Si Vi text aku..

Vi    : Beb, aney kt b.polis kjg
aku  : aku kt kajang la ni
Vi    : Jadah bhai. ko wt pe kt sna.
aku  : jalan2 cari kerja. haha. die de lg kt sna?
Vi    : dia da kt b.polis lg. tp gya mcm nk dtg sni. ko g r bhai.
aku  : aku tggu die reply jap.
Vi    : soh dtg ukm jgk..xkre..xpn soh jmpe kt mn2..
aku  : die tak kasi aku dtg la. n die xsure nk dtg ukm ke tak.
Vi    : asl lak dye xksi?
aku  : die dah nk sudah da.

sambil aku text si Vi ni, aku text jugak la si Kancil ni. kot2 Vi kencing aku..
aku   : woi..aku kt metropoint kajang ni.. ko xckp pn ko kt cni.
aney : xplan doe. haha. surprise! kau dgn sapa?
aku  :  sekor. jap aku g sana. tggu!
aney : tak yah ar. aku da nk sudah.
aku  : da tu.ko dtg ukm x?
aney : tak tau lagi la der.
aku  : seyes tanak aku dtg? nnti roger ah.
aney : okay. xde hal. haha

then, aku balik ukm. sbb nk bawak Vi pi makan. kitorg lepak Ameer Ali je pon. almaklumlah..aku kn diet. haha. tak de lah. xde selera. then, duk tgh melantak roti planta dengan roti pisang tu, si aney msg. tanya kt mana.. aku pon ckp la.. "kat jalan yg benar".hahah. die dah otw ke ukm rupanya. wahh. happy gler la ktorg. ape lagi. call apau. kejut dia sampai bangun. dengan tak waras die tu entah kul bapa bgn tdo. duk layan hindustan sampai meleleh-leleh air mata.. hahaha. semapt la kitorang belikan roti planta n teh o ais fevret die. n trus pecut gi stadium. kat atas bukit. tu tempat aney last lepak sehari sebelum die eksiden yang meragut nyawa arwah iela.

sampai je kat sana. tgk abah die a.k.a bapak mentua aku yang kedeks tu duk tengah melayan perasaan. style betol dgn spect Rayban die. fuhhh. aney punya keje la bagi gelaran ni. ingatkan mak die ada skali. tengok2 lelaki. ingat along daus. tapi lain pulak muka..hmmm. pastu mamat tu keluar dari kete, bawak wheelchair utk aney. aney kata, tu lah angah, adik along daus. ohh. segan plak aku. dah la Vi tak de. die balik jap. Kak long die dtg amek barang. then, tak lama tu baru la si apau datang dengan muka tak waras dia la. hahah. sambil tggu Vi sampai tu, sempat la membahan si Apau ni. then, Vi jugak jadi mangsa bahan. tak tertinggal jugak. aku!! siot tul dorang ni. haha. tapi hari ni memang happening. ekceli, ni 2nd time, kitorg lepak berempat lepas mcD dulu2. lagi2, abah aney yang sporting tu kasi can kt ktorg nk lepak lama2 ditengah panas. thanks pak cik!

aney? die dah boleh berdiri sendiri, tapi still berpaut kat mana2. dah boleh naik wheelchair sendiri dengan syarat, wheelchair tu mesti dekat dengan dia. berd? tak yah citer. aku rasa tadi dua batang duk layang asap rokok tu kt muka aku. sama la dgn apau. mula2.. bajet .takut kena marah dengan pak gad. bila aku kasi green light..laju je pulak. haha. bila aku mintak sebatang, tak kasi pulak. buat penat jer aku duk ceramah kt dorang pasal ayah aku sakit jantung pasla rokok. hhmm. haram.. xde effect. haha

abah n angah die pi solat kt masjid jap. tinggal la kitorg empat ekor kt bukit stadium tu. borak borak. bahan-bahan. of kos. tu bende wajib! ahahaha. then, lepas abah n angah samapai, dorang pon nk gerak pi Putrajaya. ada hal sikit katanya. so, macam bese time nk tolak wheelchair je, aku jadi mangsa.. mula2 aku ingat die boleh gerak sendiri. aku buat bodoh je la. skali..

aney  : "kill, apa lgi. cepat la tolak krusi."
aku    : " aikk. bukan ko bleh gerak sendiri ke?"
aney  : " ala tolak je la.."
abah : " kila, bia jer. selama ni boleh je buat sendiri.."
aku    : " mengada ni pak cik. saja nk mendera saya."

aku buat jugak la kan. kang merajuk pulak kalau tak tolak. hahah. pastu, abah dia tunjuk la report polis yang aney buat tadi. pasal bayaran tertunggak sumer yang agak memeningkan kepala. abah die tanya apau. apau tanya Vi. Vi tanya aku. hmm. haram. sumer tak tahu. haha. abah aney ajak kitorang pi Lanchang,die nak masak Pie Ikan Patin fevret aku tu untuk kitorang lagi. die ajak weekend ni. isyy, mana boleh kata Vi, apau nk balik muar! haha. pastu, dorang pon bertolak balik.bila aku sampai bilik, aku dapat text msg dari aney..

aney  : take care weh. panjang umo jumpa lg.
aku    : haha. xde hal der. simpan duit byk2. blanja aku sampai habis grad. :)


aaaaaa. seronoknya hari ni. dah lama tak lepak macam ni. aney, lama tau tunggu bulan 9. betollah, kalau bende di plan tak kan jadi.. tgk hari ni. tayah plan2 muncul jugak kau kt ukm ni even tak menjejak kaki kt kkm. tak per, kitorg faham. ko dah ckp dulu sbb apa. :)

p/s : aku dah pening nk carik keje cmne. silap2 aku balik umah je kang. hahah





Monday, 25 April 2011

Couple Islamik

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

p/s : kopi dan pasta from a social website. aku tertarik gle..:)

Friday, 22 April 2011

Sikret Resepi | Pizza

hai hai hai..


Semalam SPHAGHETTI, hari ni PIZZA,
Semalam Vi tak reti, hari ni test power ja.


haha. sempat lagi berpantun yo! orang kata, ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. cmtulah agak eh kalau nak dikoba an kuargo den ni. kalau dah niago tu, niago lah dari buyot sampai cucu cicit. sorry, terkeluar pulak bakat speaking nogoghi..haha. hari ni ibu berniaga macam biasa. dah tu minat dia. lagi2 bab masak memasak ni. sampai dengan aku-aku sekali berjangkit suka masak-masak. so, tadi tolong lah ibu buat pizza sebab ada permintaan dari orang2 kampung ni. dulu, masa ayah upah orang renovate rumah, aku masakkan FETTHUCINI CARBONARA. ni aku belajar dari internet jer. sambil edit2 siket.boleh la..


Bahan buat doh pizza:
3 cawan tepung gandum
3 sudu yis
1 sudu minyak masak
1/2 cawan air suam
garam


Cara buat doh pizza:
1) bancuh air suam dengan garam hingga larut. Asingkan.
2) masuk tepung,yis dan air suam sikit demi sedikit.
3) uli hingga sebati dan doh tidak melekat di tangan.
4) letak doh di tempat yang panas sedikit supaya gebu dan naik 2kali ganda.
5) selepas 10-15 minit, bulat-bulatkan doh tadi supaya senang dicanai.
6) taburkan tepung di atas papan canai dan penggeleh supaya tak melekat.
7) ambil doh tadi dan canaikan ikut suka hati.
8) ambil dulang oven, sapukan planta supaya bila bakar tak melekat.
9) biarkan doh mengembang lagi atas dulang.


Bahan buat sos pizza:
1 ulas bawang besar cincang
2 ulas bawang putih cincang
2 biji tomato cincang
sos tomato
sos cili
oregano kalau ada
garam
gula


Cara buat sos pizza:
1) tumis bawang2 tadi hingga wangi.
2) masuk sos tomato dan sos cili.
3) tmbahkan sedikit garam dan gula sesedap rasa.
4) masukkan tomato cincang.
5) taburkan sedikit serbuk oregano untuk tajamkan bau.
6) kacau sehingga pekat dan boleh tutup api.


Bahan untuk hias pizza:
Keju mozzarella
Nenas cincang
Cili Benggala cincang
Hotdog/ meatball/udang/ayam
Sayur campur


Cara untuk hias pizza:
1) setelah doh tadi mengembang, sapukan sos yang dah dimasak secara rata.
2) taburkan sayur campur, cili,hotdog dan lain2. ikut suka hati.
3) sagat keju mozarella diatasnya.
4) bakar di dalam oven yang bersuhu 180c selama 10minit.


then, awok boleh melantak dah..huhu. makluman, ini adalah basic pizza yang aku dah edit.

Thursday, 21 April 2011

Sikret Resepi | Sphaghetti

 allo. ni basic spaghetti. and yang dah aku edit mengikut selera orang malaysia. kalau ikot yang original italian..memang boleh berkerut2 muka nak telan. haha 


Bahan untuk sos spaghetti :
1 ulas bawang besar blender
3 ulas bawang putih blender
daging / ayam cincang
1 tin PREGO traditional/mushroom/spicy
3 biji tomato blender
sos tomato
sos cili
garam
ajinomoto
air
minyak masak


Cara untuk buat sos spaghetti:
1) masuk sedikit minyak ke dalam periuk. bila dah panas, tumis bawang2 yang dah blender tadi.
2) bila dah wangi. masuk daging. kacau sehingga bertukar warna putih.
3) masuk PREGO dan tomato yang dah blender. kacau sebati.
4) bila dah menggelegak, masuk sos cili dan sos tomato.
5) masuk sedikit garam dan ajinomoto.
6) dah agak2 sebati, boleh la masuk hotdog,meatball,sayur campur..ikut suka.
7) kemudian, kacau kacau n booleh angkat.


Bahan utk mee spaghetti:
1paket mee spaghetti
minyak masak
air


Cara masak mee:
1) isi air setengah periuk.
2) masuk sesudu besar minyak masak dan sesudu kecil garam.
3) biar mendidih, kemudian masuk mee.
4) bila dah kembang, tutup api.
5) angkat dari periuk dan bilas dengan air biasa.
6) tos dan siap dihidang bersama sos.

Tuesday, 19 April 2011

New born Ayan XD

Muhammad Irfan Aryan. adoii. Kak Wani panggil Ayan ye dik. sorry, kak Wani tak tau pon Ayan dah lahir kat dunia ni. kak wani tahu pon bila Kak iela post on mama Ayan punya fb.Ayan ni kongsi birthday dengan sorang kawan Kak Wani tau. nama dia Hafiz. die ni my senior. Even Ayan kecik lagi. n tak tau camne nak bukak blog, tapi Kak Wani stil nak tulis jugak. kenapa eh. this week sumer bende Kak Wani tau lambat. heh. cedihnyer...

Ayan, family kita tak macam family orang lain. kita jarang jumpa. Kak Wani pon jarang balik rumah wan kat Rembau. rumah babah Ayan pon Kak Wani jarang datang. rasanya raya nanti, kalau Kak Wani cuti lama, boleh la kita jumpa okay.Happy Birthday Ayan. 17 April 2011. :) jadi anak yang baik n soleh okay. jangan nakal-nakal. jangan gadoh dengan abg Danish.ohh ya. talking bout ur abang ni. wan bagi nama Anit kat Danish. tapi kat Ayan, Kak Wani tak tau lah. hahah. macam -macam kan wan. haihh. cepat besar. nanti Kak Wani bawak Ayan pergi rempit :) just like ur Danish.

Irfan Aryan

Tribute to Wan Harith Azfar

Dear Bang long Harith,

first of all, along nak say sorry sebab dah lama tak balik rumah sana. along quite buzy. even rumah apak pon along jarang balik. sorry again.n congrates for your achievement. dulu, kau lah yang paling ye ye tamau masuk boarding school kan? ceit. poyos. ekceli, along sedikit terasa yang kau tak bagitau pon kau nak fly penang. at least along balik kejap. jumpa kau. lepas nih entah bila2 along nak gaduh arm wrestling lagi dah. tak kan nak main dengan Asha. heyy, kau dah janji nak mainkan satu lagu dengan gitar baru kau kan? sampai hati..along ingat kau pegi this wednesday. sempat along balik lepas exam nanti. jumpa buat kali terakhir before kau fly. tapi, bila along bukak fb kau tadi. see.. gila terkejut bila your fren tny.."hey, hows ur new skool?". gila tak menyentap along baca?

sumpah la weh. along rindu dengan kau. we used to beat playstation. bahan Asha. main masak-masak. kongsi story-story. bout ur girlfren. SAAS, ur school. mesti lepas ni kalau along pegi Giant or Tesco, mesti ingat kat kau. weh, mak lang mesti rindu dengan kau gila-gila kan? ye lah. kau mana duduk jauh lama-lama macam ni. kau tak yah nak tipu lah. sekuat mana pon anak jantan, rasa rindu and homesick tu tetap ada weh. along ekceli kesian jugak kat Asha. dah la korang dua beradik jer. korang pon satu, asal tak call along suruh balik rumah sekamat? haihh. ukm-sekamat tak jauh der. kau dah buat along serba salah...

tak pe lah. along dah ada plan nk pegi penang next sem. kalau ada kesempatan. kau fly ah. hahah. take cae dear. call me often. tak pon, text pon tak pe. miss ur arm babe! next jumpa mesti kau lagi 'kacak bergaya' kan? euwwwwwww. sekarang pon kau dah tingi dari along. ni pulak next time. tulah. along mmg xleh terima sikit yang kau carik pasal tu. hahah. wey, lepas ni, kalau along balik sana, along tido bilik kau eh? tibai playstation kau eh. along buat harta gitar kau eh even along xreti main. tak pe. Asha boleh ajar. hahahah.

just tulah. along harap kau jaga diri. kau dah besar. dah boleh jadi bapak orang pon. haha.jangan selalu buat hal sangat. study leklok. kalau boleh along nak kau fly after SPM. nanti along dah keje, kau bleh claim kau nak pe pon. jangan mahal-mahal sudah la. haha. ohh ya. kalau nak awek, boleh, tak yah yang cun cun. cukup sedap mata memandang. jangan carik yang kaya. biar kaya budi bahasa. jangan terpikat dengan yang hot chicks, nanti duit kau yang keciks. hahahha.btw, raya nanti balik ek. along nak dengar story. n along ada jer kat kajang 5bulan ni. datang la semenyih. kalau malas sangat. roger jer. nti along balik sekamat.

Gud Luck boy. along tau kau boleh buat. jangan sedih-sedih. dont miss me, Asha n ur parents. hahahahah. n jgn ngorat anak mami! MRSM Balik Pulau tu jauh tau. kau jgn ngada balik tiap minggu. haha.

 Harith n Asha : i hate ur poyos body.konon tough!
 quite market. haha
 okay. along main kerincing je. :(
last pic along dgn kau dulu eh, kat ulu bendul?

p/s : already miss u ah. even dah lama tak lepak.

Monday, 18 April 2011

Saving | DSLR or Suzuki Hayabusa?

aku dah target. aku keje nak save duit. parents aku kata tak kesah aku nak buat apa. aku nak beli gajet mahal berpuluh ribu pon tak pe. asalkan. "SILA GUNA DUIT SENDIRI YEA".. huhu. nampaknya. jalan aku untuk berfoya-foya makin di permudahkan. hahah. bukan nk gi mekah. apa daaa. setan punya nafsu!

Dalam Masa 10 tahun before kawin. pasal kaweeeen je aku hari ni..

1) lepas degree, amek lesen B full.
2) beli volkswagen beetle
3) beli DSLR. peminat kipas susah mati dengan photoshoot.
4) beli Suzuki Hayabusa. lepas aku baca satu cerita ni. sumpah fall in lurve!!



rasa nak berjurai air mata tak kalau aku tayang bende ni depan mata? waaaaaa. tak sabarnyer nk kumpul harta dunia ni. ayat setan lagiiiii....syuh2 pi main jauh2 eh setan.

In a RELATIONSHIP or In a FRIENDSHIP?

When your bestfriend start to dating someone..
you stare at her boyfriend like..
"if you break her heart, i'll break your face!"

credit to sorang kenalan ni cause sharing her tumblr update kt fb. baru jer tadi jumpa Wave dekat cafe, and kitorang borak-borak pasal sorang kawan dia ni yang dah berubah lepas menjalinkan hubungan terlarang * i mean terlarang sbb tak kawen lagi.huhu. too obvious la perubahan dia. and yang buat aku loya sangat sbb aku nampak dengan dua bijik bebola mata + dua lense colourless glasses, si peah ni menayangkan muka *manjanyerrr sambil memeluk tangan si meon. tak nak lepas ni. ye lah, berteman kan cahaya lampu jalan raya yang samar-samar romantik tu, sapa tak terasa nak dating kn? wakakakkaka. aku dah penah rasa dulu. lagi syok. tgh2 hutan belantara, dekat pulak dgn air terjun. sunyi jer. just bertemankan cahya bulan purnama yang terang.. huhh syiok bebb! tapi tu kisah 2 tahun lepas la. haha.

okay. continued.. Wave berkata, si meon ni sejak dah kapel dengan si peah ni, mana nak lepak dah dengan dorang. siap dah tak tegur langsung si AP tu. classmate beb. dah la satu kolej. apa pulak kan.dengan Wave okay lagi lah. pastu, duk tengah buat ketupat tu, boleh pulak panjang umor si meon ni.. siap parking depan meja kitorang eh..

so, based on  kisah si meon and si peah ni. aku just nak huraikan sikit la...

now,aku single kan. kehidupan aku just dengan kawan-kawan. Myvi, Wave,Kancil and others. hari-hari bahan antara satu sama lain. makan sama-sama. keluar sama-sama. tup tup,aku kapel. of kos aku nanti bermanja dengan boboy aku kan. ye lah kalau boboy ajak makan, tak kan tak nak pergi kan, nanti merajuk pulakkkk... 

so,hasilnya:

- aku dgn Myvi dah tak hanging out together 
- aku dgn Myvi dah tak makan sama-sama
- aku dgn Myvi dah tak pi tgk Wave main rugby sama-sama
- aku dgn Kancil dah tak chatting utk bahan Myvi
- aku dgn Wave dah tak lepak-lepak lagi
- aku dah tak bercampur dgn senior2 lagi

ni semua di sebabkan:

- bila merajuk nak kena pujuk
- bila lapar nak kena teman makan
- bila birthday nak kena beli hadiah
- bila call n msg nk kena top up byk
- bila kuar dgn laki lain jeles
- bila chatting dgn laki lain jeles

hisy.bosan lah aku. tak de pekdahnyer aku nk buat semua ni. buat sakit mata, sakit hati, sakit kepala. kau ingat kau sapa? so, now, hampir 20 tahun aku hidup ni. aku berjaya tidak masuk sikit pon ke dalam kancah-kancah jatuh hati ni. hahah. so, aku target dalam 5 tahun lagi baru boleh terjebak. haha. so, chaiyok chaiyo kill. tabah kan hati . 5 tahun je lagi!! huhu.

p/s : stakat ni. status : scandalism XD

Syukur. Diingati dari jauh.

17 April 2011.
Happy birthday to you. happy birthday to you. happy birthday to Abg Civic. happy birthday to you. oleh sebab aku balik rumah semenyih semalam, akibat ketidakwarasan yang melanda jiwa, aku tak dapat nak prank Civic dengan adunan-adunan yang tak sepatutnya. haha. So, wish dari henfon sajalah pengganti diri.

aku..
hepy 25 bornday abg. org wish :
-semoga hensem selalu.. wekkkk XD
-cepat jadi ceo
-panjang umur
sorry,xsempat nak baling telur :)

dia..
tengs.pembetulan 22 tahun
: mmg maintain hensem
:insyaallah
:syukur kill balik

tak boleh blah punya reply. hahahha.sumpah tak penah mengaku tua mamat sekor ni. n tadi sempat la bagi hadiah yg *tooooooot*. hahaha. xder la. kitorang buat acara makan Big Apple yang si Myvi beli. tu pun dah 2 ketul aku melantak dulu. wakakakakak. tapi hari ni aku tak dak selera sangat lah. badan panas. dah lah hari ni memang panas. tekak sakit. loya. nak muntah. pening. syndrome apakah ini? waaaaaa...xde xde. jgn pikir biru eh..suci murni lagi gua. 

kak ana ajak pi keluar dengan pak ustaz baru yang balik dari umrah. tapi aku tak nak lah kacau daun. kasi can kat pakcik tu mengorat rumet aku. wahahaha. insyaallah, aku tengok gaya dorang dua ekor, dalam dua tahun lagi dapatlah kad jemputan dari dorang dua ni. masing2 rumah kat Bangi jer. senang sikit aku pi kenduri. ahahhaha.

then, aku balik-balik. aku tengok. Syafiq bagi oleh-oleh dari Mekah untuk kitorang. wahhhhh. bestnyer. cayalah banggg! hahah. xder la. aku main2 jer hari tu. aku ckp kt dia. doakan aku exam dari sana. ingat aku dalam doamu lah kiranya. pastu aku tak mintak pape pon. dah dia beli kan. aku terima je lah. dia ada lah bagi inai, minyak wangi, tasbih mutiara n air zam zam. ini pon aku dah cukup bersyukur sebab die sudi ingat orang kat Malaysia ni. hahahah. jangan tak tau. die tu ada meetball disebalik spaghetti tu. peribahasa baru.


p/s: congrates kt kezen yg dapat masuk mrsm ape ntah, kt penang. dgn ucapan dari kakak sepupumu..weyy,ko tunggu kak long datang bawak ko fly penang. hahahahah.

 

Thursday, 14 April 2011

Happy Bornday APRILIANS!

okay.sempena bulan April ni. aku nak wish la buddies, friends,family and orang-yang-tak-dikenali. sapa? Adikku Mimie,Lahsilah,Azwa Rahmat,Kayu koko(aku terbaca komen lawak nak mati kt fb die),Mama baru(mak die yang aku kacau pagi2 ni) and Abang Jebat. yang aku lupa,sila wish diri sendiri. hahahah. hope you guys bahagia.gembira,jgn sedih2, makan byk2,study leklok. nnti klo jumpa aku blanja sumer makan lollipop. kalau korang mintak BB mmg tak mampu lah. tunggu sugardad aku balik dari oversea dulu. hahah. HAPPY BEDAY guys!

entry ni aku tulis setelah aku memaki hamun seseorang. hahahha. tak der lah. setelah sedikit ber'skyping' dengan Myvi. ohh. totally, rasa sangat down. down = rendah. sukati korang lah nak cakap cmna pon. hahaha. n thanks lah kat dia yang sudi menge'chat'kan diri dengan aku lepas dapat inbox fb aku yang cm haram tu. haha. mesti muka die berkerut-kerut baca content msg tu kn? even die bukan lah penasihat yang baik, tapi die mempunyai telinga yang baik.

hai orang jauh. sorry lah kacau kau punya privacy time pagi2 cmni. mesti kau terasa cam aku maki kau kan. hahah. tak der la. forget it.

ohh ya. die memberi sedikit kata-kata semangat untuk sesapa yang down. Myvi, take notes!

"when u feel down,find ur bestfriend,and slap her or his in the face.the u feel better."

 rasa nak lempang tak manusia sekor ni? memandai2 jer bagi quote ciptaan sendiri. haha. pape pon thanks la weh. anda sgt dihargai.

Wednesday, 13 April 2011

Yeyeay.makan durian , durian, durian ^^

weyyyyy korang. hahaha. gembiraku bukan kepalang. nak tau tak sebab apa? Minggu depan aku balik!! saja nak buang masa kat rumah before tak jadi perantau berjaya kan :). ekceli, aku baru je call my bonda . bagi tau aku nak balik jugak minggu depan. haha. ye lah. time last aku balik hari tu, dorang jugak yang ye ye tak kasi aku balik time study week. last-last dorang yang rindu aku terlebih. wakakka. apa taknya. azan subuh pon belum berkumandang, dah aku dapat text msg dari ibu kesayangan.

ibu - Blik gmas bp hari bulan
aku - ble?
ibu - lepas perikse le
aku - ntah la. along xplan lg. asal? ada plan best ek?

pastu terus ibu tak balas. haiyoo. ingat ada orang masuk meminang ke suruh balik cepat-cepat ni. wakakkakakaka. KAU GILEWWW?? haha. tak der lah. pastu entah cmne, tetibe jer tadi time called ibu. niat just nak tanya kabar. sebab orang-orang kat rumah tu tak kan call or msg aku selagi aku tak start dulu. nak tau tak bapa lama aku tak call? 3 mggu. huhu. anak derhaka ke? tak kaaaaannnn.. jgn la aku cuak ah. dah la byk dosa. hahaha.

pastu, duk bual-bual tu. ada jugak gosip-gosip baru aku dapat tau. hehe.n dgn spontan nya (sambil tangan pegang kalendar).."ibu, along balik minggu depan. hari rabu." hah. amek kau pocot.. ibu aku terkejut beruk. wakakkaka. ibu, ibu..macam ibu tak tau anak ibu yang sorang ni mana boleh plan plan. pastu, terus aku tanya pasal durian. aku cakap aku nak durian. roti cicah kuah durian. wajik durian. ais krim durian. sumer sumer pasal durian la. hahaha.

20 APRIL.. cepat laaaaaaaaaaaaaa.dah bosan duduk kkm/ukm!

p/s : teruk la. this final hampeh. pedih ulu hati tgh paper!

Tuesday, 12 April 2011

First Time Cuak Bawa Boy Naik Moto

allooo korang! hari ni ade gosip best nak kongsi. wakakka. gempak je lebih headline entry aku kan? tak de pape pon yang terjadi. just tadi, time aku nak gi exam kat DTAMS (dewan tun abdullah mohd salleh) asal la panjang sgt..susah jer aku nk sebut. adalah adegan best sikit. macam ni citer die. ce citer ce citer.. pengaruh hantu mak limah ni kuat betul!

aku exam kul 3.30pm kt DTAMS. so, aku plan nak keluar dari kolej pukul 3 supaya bila aku sampai n park motor, terus masuk dewan. tapi terlambat sikit dari plan. Aku keluar bilik kul 3.05. rempit punya rempit. ikut laluan DECTAR ni.(Dewan Cancelor Tun Abdul Razak).sampai kat round-a-bout Cancelori tu, aku ternampak budak classmate aku. Tan nama budak tu.aku ingat nama dia pon sebab aku saja nak ngorat die time tutorial calculus last hari tu.die ni macam syndrome down sikit. aku bukan nak kutuk. tapi kalau korang tengok pon mesti korang setuju dengan apa yang aku cakap. die tak de rambut. banyak gugur kot.mata besar macam nak terkeluar dari tengkorak. gigi jarang-jarang. badan die bongkok 30 darjah. nerd habis la wa story kat lu!

okay,aku sambung citer. aku nampak die kat situ. dalam hati :'asal die datang sini?bukan exam kat DTAMS ke? ke aku yang salah? ahh.lantak lah.aku dah lambat.'. tapi,masa aku dah sampai kat PPU (Pusat Pengajian Umum), aku rasa tak sedap hati pulak. arghhh, aku ambil u-turn, pi carik mamat Tan tadi. then,aku nampak die tengah lari-lari lintas jalan kat masjid. maybe die nak kejar bas. pastu, aku stop motor tepi jalan masjid and jerit kat die," Tan!! u buat apa kat sini? exam kat DTAMS la. u nak tumpang..". tak sempat aku nak offer, die dah naik belakang motor aku. ah.. redah la. pastu dah lambat sangat2. ada 5minit je lagi masuk exam. jauh lagi ni nak sampai dewan. time kat bukit PPU tu boleh pulak nak jam kan. aku yang dah bengang ni, tak sempat nak cakap kat Tan yang pegang motor kuat-kuat. Aku tukar gear paling rendah n start merempit. potong kereta, potong bas. lantah la. mana ada ruang sikit aku cilok. sumpah tak perasan Tan kat belakang. rupanya die cuak!!

And aku lupa pulak ramai yang exam kat DTAMS. banyak course n fac. oleh sebab nak cover saham aku kan, aku turunkan la visor tinted chrome aku tu. wakakkaka. Gila aku nak turunkan Tan kat depan dewan? so, aku stop jauh sikit. tapi sumer orang stil nampak la. aku buat bodoh jer. Tan :" thank you ah". aku cakap :"xde hal la Tan,ok jer" ceiitttt. ayat baikkk :) jenuh la nak parking time exam cmni. xde kotak kosong langsung. bengang. n yang aku pelik. asal sumer cam tak penah tengok aku? then, bila aku bukak helmet, baru aku perasan. mak datukkkkk!!! bising giler bunyi motor aku!! hahah. publisiti murahan betol! tu belom aku tambah aksesori lampu lagi. tungguuu. sem depan ak pasang LED. hahaha.

sedikit bicara untuk Tan :
Tan, u nak tumpang i lagi tak lepas ni? i bawak lagi power punya! tak payah helmet.

aku teringin nak tengok muka Tan tengah naik moto tadi. die ni jenis cm xpenah naik motor jer. terkial-kial die nak panjat motor aku tadi. tak der la tinggi pon. dah paling lowered ah tu. sampai aku lalu bonggol or buat lap lebih sikit mesti cicah jalan punya. best wooo!

p/s : jgn tny aku pasal exam. i hate it! and Tan bukan boy pertama yang naik ngn aku. dah melambak dah. tap kt ukm, die yg 3rd. lepas Wave and Encik Sweater Merah. :)


Monday, 11 April 2011

List Restaurant

sekarang. sharp 4.30 a.m. hari isnin. 11 April 2011. petang nanti, pukul 3.30 aku ada paper final. Calculus 2. maut tu weh. tapi otak aku dah tepu. perot lapar. lapar sangat. tak makan semalam.telan 4 kali bancuh nescafe mild. jap lagi. sekali lagi bancuh. cover perut lapar. Vi,Ney..mesti korang nak bebel kan? haha. tak pe. sebab korang bf n gf aku. aku siap tadah tinge lagi ni ha..((==)).

aku kan. ada motor. Vi pon ada motor. nak keluar meronggeng memang senang. cuma satu je masalah kitorang kalau nak keluar sama pi makan. TEMPAT MAKAN.

vi    : "jom"
aku :  "jap. nak makan kat na?"
vi    : "aku xkisah. ikut lah"
aku  : "aku pon tak kesah"

jenuh wehh. dah setahun. almost hari2. ni lah masalah terbesar kitorg. dah tak tau nak makan kat mana. so, aku harap,korang yang duduk area sini boleh tolong.EXCEPT. cafe Kolej Keris Mas. fullstop. frankly, aku bukanlah penduduk setia kolej. buat mcm hotel je. hehe.

Bangi
- SS15 : Ameer Ali, Fariz Maju, Anje, Murtabak Singapore
- SS16 : Aliff, Pulau Mutiara, Azura, Sawah Padang
- SS4+ : Impian Maju, Nasi Kukus
- SS3   : Azura baru
- SS9   : Gulai Kawah, McD
- SS7   : Urat Keting, Thai, Red Wok, Impian Maju baru, Nasi Briyani
- SS12 : Pitstop
- Hentian Kajang : Singgalang Indah, Ani Sup Utara, Haji Rosli
- Bandar Baru Bangi : Kerusi Terbang (depan balai polis )

Putrajaya
- Precint 9 . unifi okay!!

Serdang
-Hospital Serdang . western die murah n sedap!

p/s: ada lagi tak??

R.U.G.B.Y 3

hai kengkawan! jumpa lagi kita dalam segmen story-mory di belog dattin. wakaka. rasa cm citer kanak2 plak. c(:

tadi aku pi tengok Wave main rugby tau. macam bese of kos dgn Myvi. tapi kali ni aku heret sekali anggota baru pom pom girl Bandits. sape lg klo bukan Kak Maz a.k.a Juara! wakakkaakaka. mula2 cuak gak la muka die. siap tak nak turun motor lagi. takut! katanya:

aku     : "jom beb,game dah start. kak, jom ah pegi padang."
k.m    : " hisy, xnak lah. tengok kat sini je lah"
aku    : " ape kes kak duduk jauh2. xfeeling. "
vi       :" alah. kita duduk kt situ jer. sini mana nampak"

yeah. berjaya jugak akhirnya kak maz dibwa ke tengah padang. ni sumer amanat Wave sebelum game bermula. katanya kt fb..

wave  : esok pukul 5. bawak kak maz sekali. prank die kaw kaw!
aku     : haruslah. aku mg nk bwk die pon. mesti sakit jantung die. hahaha

n tak sia2 usaha Myvi gigih hantar inbox fb ajak kak maz pi tgk Wave main ragbi. oleh sbb game start kul 5. so, kul 5 lah baru nk kuar dari bilik. bajet nanti kitor sampai dah start la. hmm. hampeh. tengok dorg baru nk sarung jersey.

aku nampak si Nazirul ikan paus xmain pon. duduk jer tepi padang. banyak alasan. kencing je ek aku. siap kau! kitorg pun sambil tengok sambil cuci mata. eh eh. geng Bumble Bee pakai pink lah!!! macam UTHM hari tu. wakak. ape kes? sama ngn si Myvi plak. kau duduk jauh2 la Vi. kau murtad Bandits ni.haha. then, sepanjang game tu, kak maz menjerit2. haha. best plak tgk kak maz cmni. ada bende nk kena bahan. tak gitu kak maz? wakkaka.

tak lama pastu, aku tengok, Wave dah stop main. Myvi kata lutut die berdarah banyak. aikk? tadi aku baru jer nmpk die buat jump. bila masa pulak jatuh plak ni? pastu Wave datang. die kata die dah xleh main. lutut die sakit. dah tak boleh lari. hmmm.. sian kau eh. sambil tu sempat la die briefing kitorg pasal Bumble Bee. rupanya, pihak lawan kali ni. top scorer ah dalam team ragbi. ohh.. patut;ah Wave kata cuak gk game ni. i seee.

haihh. Wave, take care lah leklok. hari tu kan doktor dah ckp. bahu awak tu dah problem. nnti lutut plak. kalau ada jual kat pasar malam. aku dengan murah hatinya belanja kau ganti kepala lutut n bahu. dah la badan tu nak pakai lama. ayat sarkastik. hehe. ohh ya. lupa nak bagitau. keputusannya. Bandits kalah. tewas sikit jer. 10-12. hisy geram plak aku.

this time sempat jugak lah aku merayap kat pihak lawan. cuci mata sikit. usha-usha apa yg patut. ye lah.. esok kan nk final exam. kasi release tension la. mata pon nk tgk bende indah-indah. tak de lah duk hadap nombor 25jam sehari. by the way. aku tak suka sorg player pihak lawan ni. S.E.R.A.B.AI = S.E.L.E.B.E.T = S.E.L.E.K.E.H. Wave, aku rela rambut kau yg dulu dari jadi mcm Orang Utan versi Bumble Bee ni. wakakkaka.

 ni lah org utan tu
 jambu gler kau pau.
 rambut baru ayin sempena exam.




ohh ya. GUD LUCK kepada semua yang membaca belog aku. tak kisah la exam apa pon korg amek. aku dah xlarat nk study. 

p/s : aku study time laporrrrrr.

Friday, 8 April 2011

K.F.C | Kelas Fasal Calculus versi Study Week

oleh sebab sumer org nk buat entry pasal study week. aku pon nk menyelit la satu. ok. masuk hari ni, dah dua malam aku ngn Viva meng'overnite'kan diri kt KFC Kajang. untuk apa? untuk makan la. tak kan main snooker kot. wakkakaka. xde lah. konon nk study. tapi apabila kelajuan Streamyx Pizza Hut, Streamyx KFC n Wifi Baskin Robbins berkelajuan maximum..ape lagi. mengonline kn diri la weh. wakkakaka. tapi aku study gk la. yg sure. hari hari makan cheesy wedges kesayangan orang ramai tu. Bayangkan.. kentang goreng slices digoreng hingga keemasan. disaluti sos keju yg berwarna kuning. nak sedap lagi..letak mayonis ladies choice. perghhh. kecur air liur beb! tapi study nox. aku study Calculus. so jgn tak percaya eh.. tapi baru nk masuk Triple Integral lah .hahahahhahahaahah.tiap tiap hari ktorg balik subuh okay! ehh. tadi kitorg terjumpa YDP kesayangan ramai. Adam Amin a.k.a Accord. die pon melantak KFC. jauh yea pergi jalan..:)






p/s : baru nk insaf.padahal..zzzzzzzz.



Hari Membahan Myvi!

hahha.malam ni sgt seronok. bukan malam ekceli. tapi pagi. bukan apa. hari membahan Myvi! giler best.aku tgh khusyuk study calculus.tekun giler. skali dapat email notification kt ym."Apau Muar posted in Aten Comel Fan Club'.aku slaku admin menghangatkan lagi post ni. ni sumer daripada jasa Wave yang berjaya mem'printscreen'kan chatting dorg.wakakkaka. kisahnyer cmni...

(1) Wave post kat wall FB Aten Comel Fan Club gambar yg die print screen tu.
hahah. xnampak eh? ni ekceli. dorg tgh chatting. Myvi bgtau kt Wave yg die dah ade boboy tapi xbgtau Wave.apa lagi..start la kes bahan -membahan! aku siap roger Kancil lagi.wakakka. Vi: aku mmg kenceng ko. ktorg komplot :)

(2) Komen byk giler. antara aku selaku admin ke-2 page n Wave semakin menghangatkan keadaan. and bahang makin terasa bil Viva n Kancil join skali! wahhh.. ktorg xnk delete!



(3) Kes bahan-membahan sampai ke klimaksnya.bila Myvi buat status yang komen nyer adalah kami juga. wakkakakakakakkakakakakakakak. rasanya Myvi boleh nanges ni.


(4) sampai aku buat status untuk mempromosikan page Aten Comel Fan Club.haha. n of kos. Myvi maki aku dgn dahsyatnya. so sebagai langkah berjaga2. aku offline chat FB n Skype.wakakkaka.

(5) and kononnya die nk kenakan aku balik. dgn komplot dgn kancil tapi tak jadi jugak. Vi,ktorg tak gaduh tau. makin kuat kaseh sayang ada lah. wakakkakakaka.


muahahhaaahhahah.sronok tak? giler best mlm ni. sampai tergendala event aku nk study. eh lupa nk bgtau. AGM : Annual Grand Meeting utk Aten Comel Fan Club insyaAllah tak lama lagi. hahhah.

B.O.D : Board Of Directors adalah...

Penasihat / Peneraju Utama   : Dato' Rohaizad Bakari a.k.a Kancil
Admin 1                                 : Encik Imran a.k.a Legend
Admin 2                                 : Mak Dattin Akillawani a.k.a Alphard
Pegawai Pemasaran               : Encik Apau Muar a.k.a Wave
Duta                                      : Cik Paai Aifa a.k.a Myvi

aku mintak maaf klo terlupa BOD yg laen.or klo ada sesapa yg nk jawatan..boleh PM aku yea :)

p/s : bahagianyerrrrrrr.






Thursday, 7 April 2011

Homesickness!

Dear Ibu,

rindu rumah. rindu ibu.ayah.angah.alang.adik.nenek.atok.itik.ayam.pokok getah. uwaaaa..ibu, nape ibu seksa along cmni? ibu tau tak along tak tenang nk exam ni sbb xdpt balik umah? ibu tau tak along tak suka duduk jauh cmni lama lama? ibu tau tak along rasa cm xde sapa sapa kt sini even apak ngn pak lang ada? along rasa Bangi ngn Gemas tu jaoh sgt ibu. macam Malaysia dgn Artik. along rasa cm dah tak dapat jumpa ibu lagi. ibu,raya tu lama lagi tau tak. ada 4 bulan lagi. ibu tak rindu kat along ke? dah la nnti cuti raya 2 hari jer. along tak suka balik ukm. along tak suka ada kawan ramai. along tak suka jauh dari rumah...

Ibu,

rumah sendiri tak sama dengan rumah saudara. Even rumah tu banglo dekat bukit istana or bukit antarabangsa, tak sama selesa macam rumah papan kita kat felda tu bu. Even along duduk kt Bangi ni ada spaghetti,roti canai planta,secret recipe,tak sama macam gulai ayam yang ibu or nenek masak. Even ada aten,apau,kak fizah,alang,abg jebat,kak maz,kak yin,shela lepak-lepak n bwk along jalan-jalan..tak sama macam duduk borak amek angin petang kt bawah pokok rambutan dgn ibu ,ayah n nenek sambil tgk atok asah pisau toreh.

Ibu,
along jeles tengok kawan-kawan balik rumah. Even along ada dua rumah kat sini, dua-dua along malas nk balik. along rela duduk sorg-sorg kt bilik. along bosan ibu. kenapa rumah kita jauh sgt? ibu,along rindu nk tgk Astro Ceria ngn adik pagi2 buta.along rindu nk makan nasi lemak yg atok beli pagi2 subuh. along rindu nk masak-masak kt rumah dgn ibu.along rindu nk bawak adik jalan-jalan naik motor pusing felda petang-petang.

Ibu,
along nk mengadu ni.along tak suka orang2 kt sini. memang lah ada yang along okay. tapi ramai jer yang buat along sakit hati. along tak suka orang tu bu. along tak suka die paksa2 along. along tak suka die tanya2 along.along rimas lah. die buat hal sendiri sudah la.tapi kan bu, kadang2 along rasa terpinggir lah. isyy. along tak tau lah nk cakap cmne. tapi along bosan lah duk ukm ni. dah setahun tau. setahun tu lama bu. sepatutnya along suka tempat ni. sbb ada byk pokok. jauh dari bandar. tapi tetap tak best!

Ibu,
kenapa ibu call along tadi? kan along dah nangis ni.ibu,kalau nk tau. last along makan nasi hari isnin tu tau.tu pon sbb tringin sgt dgn lauk kak fizah bawak tu. ibu tau kan anak ibu sorg ni mmg hantu gulai tempoyak ikan patin. berry muche sedappp tau! lepas tu along dah xmakan nasi dah. asik mihun mihun roti roti biskut. air? yg tu along kurang pantang XD.
kak fizah. ibu ckp thanks sbb kurg kan org punya mengidam nk mkn gulai :)

Ibu,
along nk bgtau ni. along SEDIHHHHHH sangat sangat! jeles tgk kak ana balik rumah :(. ibu nak gelak, gelak lah.along xkesah. tapi along nak balik! Homesick dah! bajet cool jer ni. ibu dtg amek boleh tak? along tak suka balik bas lompat2 tu. lambat sampai! Along nak balik nk balik.

Ibu,
kalau result final along xbape nk okay, ibu sabar byk2 la yea. this time along mmg xde mood nk study cm sem lepas la. along say sorry awal awal tau. nnti along balik, kita gi picnic eh.tringin! jeles tgk org pi jalan jalan. along? duk jer kt ukm ni senyap2. tapi satu jer along nk  bgtau. along xde mood nk exam!

p/s : sedihnyer...