Friday 22 April 2011

Sikret Resepi | Pizza

hai hai hai..


Semalam SPHAGHETTI, hari ni PIZZA,
Semalam Vi tak reti, hari ni test power ja.


haha. sempat lagi berpantun yo! orang kata, ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. cmtulah agak eh kalau nak dikoba an kuargo den ni. kalau dah niago tu, niago lah dari buyot sampai cucu cicit. sorry, terkeluar pulak bakat speaking nogoghi..haha. hari ni ibu berniaga macam biasa. dah tu minat dia. lagi2 bab masak memasak ni. sampai dengan aku-aku sekali berjangkit suka masak-masak. so, tadi tolong lah ibu buat pizza sebab ada permintaan dari orang2 kampung ni. dulu, masa ayah upah orang renovate rumah, aku masakkan FETTHUCINI CARBONARA. ni aku belajar dari internet jer. sambil edit2 siket.boleh la..


Bahan buat doh pizza:
3 cawan tepung gandum
3 sudu yis
1 sudu minyak masak
1/2 cawan air suam
garam


Cara buat doh pizza:
1) bancuh air suam dengan garam hingga larut. Asingkan.
2) masuk tepung,yis dan air suam sikit demi sedikit.
3) uli hingga sebati dan doh tidak melekat di tangan.
4) letak doh di tempat yang panas sedikit supaya gebu dan naik 2kali ganda.
5) selepas 10-15 minit, bulat-bulatkan doh tadi supaya senang dicanai.
6) taburkan tepung di atas papan canai dan penggeleh supaya tak melekat.
7) ambil doh tadi dan canaikan ikut suka hati.
8) ambil dulang oven, sapukan planta supaya bila bakar tak melekat.
9) biarkan doh mengembang lagi atas dulang.


Bahan buat sos pizza:
1 ulas bawang besar cincang
2 ulas bawang putih cincang
2 biji tomato cincang
sos tomato
sos cili
oregano kalau ada
garam
gula


Cara buat sos pizza:
1) tumis bawang2 tadi hingga wangi.
2) masuk sos tomato dan sos cili.
3) tmbahkan sedikit garam dan gula sesedap rasa.
4) masukkan tomato cincang.
5) taburkan sedikit serbuk oregano untuk tajamkan bau.
6) kacau sehingga pekat dan boleh tutup api.


Bahan untuk hias pizza:
Keju mozzarella
Nenas cincang
Cili Benggala cincang
Hotdog/ meatball/udang/ayam
Sayur campur


Cara untuk hias pizza:
1) setelah doh tadi mengembang, sapukan sos yang dah dimasak secara rata.
2) taburkan sayur campur, cili,hotdog dan lain2. ikut suka hati.
3) sagat keju mozarella diatasnya.
4) bakar di dalam oven yang bersuhu 180c selama 10minit.


then, awok boleh melantak dah..huhu. makluman, ini adalah basic pizza yang aku dah edit.

No comments: