Wednesday 28 November 2012

Rasa tu masih ada

8 months. Yes, kitorang dah janji nak tengok2 kan mak abah kau. Alhamdulillah, dorang sihat. Aku tahu, mak abah kau mungkin kata aku ni dah lupa dorang, percayalah jad, sekali pun aku tak pernah lupa kau dengan family kau. Aku bukan taknak contact, tapi aku takut. Aku takut kalau aku ni mengganggu. Aku rasa memadai kalau aten dah contact dorang. At least, dapat tau dorang sihat pun cukuplah.

Jad, sumpah sikit pun aku tak lupa. Hari-hari, dalam apa aje yang aku buat, mesti aku teringat kau. paling tidak pun, lauk yang aku tengah makan tu pun aku ingat kau. Kalau ada orang kata aku dah lupa kat kau, dia memang silap besar la. Yang silapnya, aku. :(

Satu kelemahan aku adalah aku tak reti nak appreciate orang2 sekeliling aku dengan mulut. Even orang terdekat dengan aku sekali. Bagi aku, menunggu tu lebih baik walaupun penantian tu satu penyeksaan. Macam dulu2, masa kau ada lagi. :) Kalau kau tak ajak, buat apa aku nak pegi kan? kang aku rasa macam tak tau malu pulak. taknak lah orang kata aku menyemak.

Aku bukan tak ingat. Bukan tak rindu. Tapi aku tak reti nak mulakan perhubungan tu. Aku bukan jenis selalu nak call, mesej. Jadi silent observer tu kira okay dah kan? Tapi tulah, orang tua ni lain hatinya. Nenek dengan atuk aku mula2 terasa gak dengan aku. Tapi lepas ibu aku cakap aku ni camna, terus dorang pun faham. Macam family angkat aku kat Pekan tu. Bukan aku tak ingat, tapi aku takut nak contact. Aku takut aku ni penyibuk. Nasib baik adik angkat aku yang sorang tu rajin bertanya kabar. Rajin berFB.

Jad, jepa dah lepas lesen kete dia. Kelmarin aku melepak kat ibu zain dengan kamil, azam. Haram sungguh citer dia dapat lesen. haha. Niat nak tengok 'baby' baru dia tu, tapi still dalam bengkel pulak. InsyaAllah, Ahad ni kitorang pegi Lanchang naik kereta baru dia. Tunggu kitorang datang tau jad. 4 hari je lagi :')

Semoga Allah permudahkan segalanya. Dah bape kali tangguh ni.

Saturday 24 November 2012

Pengawas SMK MERU


tadi terjumpa blog junior sekolah. masa aku upper form, tak silap aku form5, dia form2. n time tu aku ketua biro disiplin pengawas. so, lagi garang dari sekarang ni. haha

Lagu Pengawas SMK Meru

Kami memegang janji,
Amanah yang dipikul,
Dalam menjalankan tugas,
Sebagai seorang pengawas,
Berpakaian seragam biru,
 

Bekerjasama selalu,
Membantu guru guru,
Memantapkan perilaku,
Pelajar SMK Meru,

Pegawas terus maju,
Bersama berganding bahu,
Ke arah satu tekad yang jitu,
Berwatak semangat bersatu padu,

Berdisiplin menjalankan tugas,
Berpengetahuan dalam akademik,
Tegap, mantap sentiasa tegas,
Disiplin tonggak kecemerlangan.


Ikrar Pengawas SMK Meru 

Bawasanya kami, pengawas pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, dengan ini berikrar :

Kami akan sentiasa berdisiplin, tegas, adil dan amanah terhadap tugas tugas kami.

Kami amat berbangga dengan jawatan ini dan akan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dedikasi dan proaktif.

Kami akan berusaha bersungguh sungguh, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Kami berjanji akan menjaga imej sekolah dan menghormati guru guru, serta teladan kepada semua pelajar melalui kepimpinan yang dinamik.

Friday 23 November 2012

Ali Masterchef

dengar citer ada orang tu tengah practise nak masuk Masterchef siri depan. Sekarang ni gigih cuba resepi2 baru. siap bawak periuk dari Kelantan!

oklah untuk pengetahun awak ye alibungalalang, kitorang masak tak guna dapur gas pun. bukan guna multicooker jugak. cuma guna mini rice cooker yang comel tu je. haha. mesti kau ingat boleh masak nasi je kan dalam tu? tak lah, dah macam2 jenis makanan dah selamat kitorang telan, hasil dari periuk nasi tu je pun. huhu.



Aku start bawak periuk nasi masa 2nd year. Mula-mula untuk panaskan lauk and masak nasi je. Lepas tu rajin sikit, buat cekodok and macam2 jenis cucur. Tu yang pagi2 ada breakfast sandwich sardin and scramble egg, bila petang balik kelas ada cucur bawang lah, cucur udang lah.

Masuk shortsem, lagi lah rajin. Bulan puasa katakan. pukul 3 pagi dah bangun masak nasi. Sebab lauk2, contoh: sambal kentang, ayam kicap tu sume kakyin dengan kakmaz bawak dari rumah. So, aku tinggal dadar telur je. Takpun, aku buat nasi goreng.

Cerita pasal nasi goreng, senang je nak buat. Ni kalau anak dara tak reti buat nasi goreng ni mmg aku tak taulah nak cakap apa. Tapi kalau aku buat, takde lah sedap pun, cukup isi perut sudah lah. huhu. Ko cincang je bawang merah, bawang putih, ikan bilis tu jadi halus, so, takyah nak blender sangat. haha. Satu lagi, cara2 nak panaskan periuk. *aku baru ajar shela semalam*. Ko kena tekan sikit lah untuk panaskan minyak dia. Ko belajar physics kan dulu? haha. sistem haudralik tak silap.


tumis dalam periuk nasi. :)

kalau kau malas nak cincang2 bawang tu sume, ada lagi senang. Beli lah perencah nasi goreng Adabi! haha. ni memang pantas gila nasi kau siap. masa zaman asasi dulu, hari2 aku masak nasi goreng guna bende ni, tapi masukkan sikit isi2 ayam yang dicarik halus, sayur2.* tu sume beli kat pasar kerinchi dgn jalan kaki 20minit*.

Masa pergi pangkor dengan arwah jad dulu, lepas kelas petang jumaat tu, terus shoot pasaraya beli fries. Aku lepak goreng fries sepaket buat bekalan makan dalam kereta. Even take time sikit. hoho. Pastu selalu gak aku goreng keropok lekor dalam tu. And latest, cubaan buat Bubur Nasi Bebola Ikan berjaya and telah selamat ditelan. Hahah. Komen positf dari shela, yana, kakmaz and nang. Dorang kata sedap.:) nanti kitorang ajar kau masak sikit2 eh.

Next plan, insyaAllah weekend ni, buat tomyam :D

So,

GOOD LUCK ALI MASTERCHEF

Saturday 17 November 2012

Cemburu dan Putus Asa

Assalamualaikum dan salam tahun baru.

Tahun baru ni, insyaAllah, ada matlamat besar yang perlu dicapai. Lebih kepada kehidupan peribadi sebenarnya. Alhamdulillah, berkat muhasabah diri dalam beberapa hari, akhirnya terlintas juga dalam hati dan akal nurani. :)

CEMBURU.

Hidup seorang perempuan tak lengkap kalau takde rasa cemburu. Cemburu tu universal. Tapi seorang insan ni, lebih tepat seorang perempuan ni yang tak pernah kenal erti putus asa walaupun hakikatnya dia sendiri tahu orang sekeliling tak berapa nak 'accept' dia.

Cinta bertepuk sebelah tangan memang sakit. Bagi aku, kalau aku ada rasa suka kat seorang lelaki tu, tapi memang dah sah, terang-terangan dia taknak kat aku, baik blah awal2 la beb. Rasa sayang boleh return to rasa suka. Tapi bila dah ada cinta,  memang takde dah nak u-turn jadi rasa suka. Tinggal hanyut je la kalau tak boleh nak kawal. Senang citer, pandai cover sudahlah.

This girl, aku kenal baru beberapa tahun.  Mula-mula jujur aku cakap, sikit pun aku tak berkenan cara dia approach member aku ni. Tapi bila dah lama-lama tengok, kesian pun ada kat dia. Nak buat camano, soal hati ni memang tak boleh nak paksa.

Sumpah aku ingat dia dah lupa kisah dedulu kes tak berbalas ni, sebab dia sendiri cakap nak lupakan lah semua tu. Plis la, kita sesama perempuan. Orang yang kau suka tu, aku tersangatlah kenal. Dari cara kau kerling mengintai anak teruna orang tu pun, aku tau dalam hati kau macam nak meletup sebab dia tak pandang kau kan. Tapi aku rasa dia jeling sikit kat kau la. HAHAHA

Nasihat aku sebagai sesama perempuan, it takes time babe. Mungkin kalau betul kau jodoh dia, aku terpaksa redha walaupun berat sikit la. hahahah. Satu bende la aku salute kat kau even org lain taknak ngaku, kau memang tak tau nak putus asa kan? hewhew


IT'S GENERAL. DON'T TAKE HEART. OKAYY.

Sunday 11 November 2012

Nasi Kerabu dan Kambing

Last saturday, sesudah subuh prepare balik kampung. Teman nadiah  pergi fssk, beli nasi lemak mak limah and terus shoot balik rumah Apak. Alkekdahnya, aku plan nak gerak kajang lambat sikit, dalam pukul 9 ke gitu. tapi atuk dengan nenek tu tak boleh breakfast lambat sikit. tu yang macam kelam kabut sesudah subuh siap2 tu. Pukul 5.30 aku dah mandi. haha.

Time nak breakfast tu, aku sorang je nasi kerabu. Perut ni dah makin menipis tak boleh makanan bercili, terus pedih ulu hati and dada.

Apak : " apak, cubo raso nasi korabu along tu ha. sodap!"
Atuk  : " apo bondo ekau makan tu? macam makan daun yo"
Aku   : " nasi kerabu la atuk. ade ke daun. cis. "
Atuk  : " huh. tak sodap. dah macam kambing yo makan rumput."
Aku   : " Atuk ni! nak kata along kambing latu "
Atuk  : "  dah kek umah molayan kambing, makan pun rupo kambing."

Sadis betul atuk aku ni. Nasi Kerabu dikata macam makan daun rumput. hurm.


*Apak stands for Bapak. tapi dalam family aku ni., PakSu aku, kitorg panggil apak, tapi atuk pulak, anak2 dia panggil dia apak. So, dalam rumah aku ada dua apak. eh mesti korang pening. haha.

Monday 5 November 2012

Kita


Kita berkenalan di awal usia remaja
Membina masa indah bersama tanpa jeda
Di antara kau dan aku, wujudnya dia
Dia yang bernama rasa cinta

Pernah kau ucapkan dulu
Cinta itu bukanlah hanya engkau dan aku
Tidak untuk menyanjungku umpama ratu
Tapi ingatlah Dia yang satu

Kata kau
" Kalau bukan izinnya, 'kita' ni tiada "

Masa.
Dihitung-hitung kita terleka
Dikejar-kejar tiada nafasnya
Ditunggu-tunggu kita ditinggalnya
Akhirnya, kita yang terluka

Sunday 4 November 2012

Marketkah Anda di Mata Mertua?

alkisahnya tadi kami berempat keluar pergi makan kat Ameer Ali. sampai je sana, terjumpa la Jepa. Oh myy jep rindunya kat kau =D. lepak jap dengan jep, then back to them. Borak punya borak, then termasuk isu keluarga mertua vs menantu. hehe. 

berikut merupakan info2 dari pakar alam rumahtangga dari Alang.

Bagi calon menantu LELAKI, korang boleh dikatakan calon menantu pilihan kalau ada ciri2 ni :

1) Lepasan universiti
2) Dah ada kerja tetap

kalau korang ada dua bende ni, dont worry be happy, nanti mesti ada family gadis2 tu mai umah pinang korang. *pengalaman member-member. =D


Bagi calon menantu PEREMPUAN, korang boleh get ready nak kawin kalau ada 3 syarat ni :

1) Berkebolehan dalam memasak
2) Super power dalam bab kemas mengemas rumah
3) Pandai interact dengan mak mertua. ( pandai bercakap, amek hati depa lee )

Ni belum test sebab takde member terdekat nak kahwin. haha. Gadis2 sekalian, practise la dari sekarang. Dibuatnya dapat mak mertua garang, tak ke berdebar tiap kali nak masak depan dorang? haha. *banyak lagi nak kena belajar ni. hurm.

So, ARE YOU READYYYY? =D