Friday 23 November 2012

Ali Masterchef

dengar citer ada orang tu tengah practise nak masuk Masterchef siri depan. Sekarang ni gigih cuba resepi2 baru. siap bawak periuk dari Kelantan!

oklah untuk pengetahun awak ye alibungalalang, kitorang masak tak guna dapur gas pun. bukan guna multicooker jugak. cuma guna mini rice cooker yang comel tu je. haha. mesti kau ingat boleh masak nasi je kan dalam tu? tak lah, dah macam2 jenis makanan dah selamat kitorang telan, hasil dari periuk nasi tu je pun. huhu.



Aku start bawak periuk nasi masa 2nd year. Mula-mula untuk panaskan lauk and masak nasi je. Lepas tu rajin sikit, buat cekodok and macam2 jenis cucur. Tu yang pagi2 ada breakfast sandwich sardin and scramble egg, bila petang balik kelas ada cucur bawang lah, cucur udang lah.

Masuk shortsem, lagi lah rajin. Bulan puasa katakan. pukul 3 pagi dah bangun masak nasi. Sebab lauk2, contoh: sambal kentang, ayam kicap tu sume kakyin dengan kakmaz bawak dari rumah. So, aku tinggal dadar telur je. Takpun, aku buat nasi goreng.

Cerita pasal nasi goreng, senang je nak buat. Ni kalau anak dara tak reti buat nasi goreng ni mmg aku tak taulah nak cakap apa. Tapi kalau aku buat, takde lah sedap pun, cukup isi perut sudah lah. huhu. Ko cincang je bawang merah, bawang putih, ikan bilis tu jadi halus, so, takyah nak blender sangat. haha. Satu lagi, cara2 nak panaskan periuk. *aku baru ajar shela semalam*. Ko kena tekan sikit lah untuk panaskan minyak dia. Ko belajar physics kan dulu? haha. sistem haudralik tak silap.


tumis dalam periuk nasi. :)

kalau kau malas nak cincang2 bawang tu sume, ada lagi senang. Beli lah perencah nasi goreng Adabi! haha. ni memang pantas gila nasi kau siap. masa zaman asasi dulu, hari2 aku masak nasi goreng guna bende ni, tapi masukkan sikit isi2 ayam yang dicarik halus, sayur2.* tu sume beli kat pasar kerinchi dgn jalan kaki 20minit*.

Masa pergi pangkor dengan arwah jad dulu, lepas kelas petang jumaat tu, terus shoot pasaraya beli fries. Aku lepak goreng fries sepaket buat bekalan makan dalam kereta. Even take time sikit. hoho. Pastu selalu gak aku goreng keropok lekor dalam tu. And latest, cubaan buat Bubur Nasi Bebola Ikan berjaya and telah selamat ditelan. Hahah. Komen positf dari shela, yana, kakmaz and nang. Dorang kata sedap.:) nanti kitorang ajar kau masak sikit2 eh.

Next plan, insyaAllah weekend ni, buat tomyam :D

So,

GOOD LUCK ALI MASTERCHEF

No comments: