Thursday 25 April 2013

Remy's Wedding

Suki : Untuk Kamu

Last Sunday, akhirnya jejak jugak tempat aku membesar, bak kata childhood memories. Actually a week before tu, Azwa invite pegi rumah dia, mak dia gigih suh aku dengan ibu ayah mai attend majlis tu. Aku cakap la my parents tak sure sebab faktor jauh kan. Si Azwa ni pulak gigih suh aku mai, kalau takde transport, suh tidoq umah dia. Aku pun mestilah segan trang tang tang. hehe.

Then, rasa malas nak pegi, tapi dalam masa seminggu tu, dah bape puluh kali ibu call suruh make sure aku attend jugak wedding tu. Until la Sunday morning, sesudah subuh ibu called uolls.

 " Pegi la kenduri tu, bawak  la sesapa. Before balik singgah tengok rumah kita , lepas tu kirim salam kat kawan-kawan ibu okay" - tengoklah camna. tak janji tau.

Alkekdahnye, lepas mengharungi segala cabaran dan dugaan, sampai jugak aku kat kenduri tu uolss. Berdebar takyah citer la. Lepas 5 tahun baru nak tunjuk muka, peh debor siakkk. haha. Since aku pegi berdua je dengan si Akmal, briefing awal2. Kitorang kena redho je dengan segala apa yang berlaku pada hari ni. Yang penting senyum. kahkahkah. *siap ibu pun dah pandai bahan kitorang dah sekarang ni. haih*

Dari jauh Azwa dengan mak dia a.ka Acik Saadiah dah usha aku datang dengan sapa tak. Siap kecoh. Siap makcik2 kat belakang tu pun kepoh. ades. Lemah segala sendi lutut ni.

" acik kenal kamu ni. dari jauh acik dah tau dah. mak kamu mana? ya Allah tingginya kamu!"
" lama tak balik sini long. datang dengan sapa? bertambah sihat sekarang"

 belum masuk member2 sekolah. peh Amni teman kitorang makan, dia pegi usha si Akmal tahap sengih cipan. Weolls rilek je. Weolls senyum and said yes je. kahkahkah.

" oi fisah, mana kau, cepat datang Qilah bawak suami ni". Amboi, tak berhagak ayat. Tudia mulut tak bertauliah bakal doktor aka geng rempit basikal masa sekolah dulu. Datang si Fisah, Nana dengan Iylia, habis kena bahan terok la. At least terubat jugak rindu kat diorang ni. Sume maintain ketot je. Ke aku je yang makin tinggi? Sume pakat jeles lah kan bila gambar dah upload kat fb. wakakaka.


photo:
iylia. fisah. nana. amnie. azwa. remy. zaty. me. akmal.

GirlBoy Friendship

Ungu : Kekasih Gelap

Post ini kali actually berdasarkan hot question from hot person aka Megan Fox UKM. hehe 

Q : " bagi kau la kan, pompuan dengan lelaki boleh jadi bestfriend tak?"

Frankly, susah sebenarnye nak keluarkan the exact answer. Sebab bagi aku, definisi 'bestfriend' itu sendiri bergantung pada diri masing-masing. Lebih tepat lagi, depends dengan layanan / treats you towards your partner. Biasanya susah kalau nak maintain satu friendship tu without any fishy-mushy thingy tu. At least mesti ada sikit. Tipu la kalau korang dah ke sana sini macam belangkas, caring-maring ,bergurauan bahagia bagai tapi sikit pun tak tercuit kan? Aku dah buat few testimonials *siap tanya member takkkk* and..

most of the girls said YES
- dorang kata takde masalah pun kalau nak jadi bestfriend tapi pandai-pandai sendirilah. Kalau taknak ada yang tersangkut, yang lelaki jangan nak caring sangat. pompuan cepat cair. ingat tu.

and 

most of the boys said NO
- dorang kata jarang lelaki rapat dengan pompuan tanpa sekelumit pun rasa fishy-mushy. at least secoit pun mesti ada. biasa ajak teman makan, teman tengok bola, teman time stress, tukang buat lawak , lagi2 tukang bebel. rasa macam ada orang care, jaga. lepastu gaduh. *ekk*

bukan sepatutnya terbalik ke? haha.

tapi lah kan, bagi aku, kalau dah rapat terapat merapat sesangat tu, sampai hati ke nak jatuh hati? sekor2 aku tengok macam adik beradik sendiri jee. Letak tangan kat dada, pikir pikir. haha. Dont worry Paai Foxx, mu gi klate pong, mek sapa gak. Kekgi kecek supo oghe  klate jah. haha. Restu gua sentiasa bersamamu. Yang penting kenal hati budi dulu takk. kehkehkeh


photo:
with all 3rd year statistician in Intermediate Excel Courses.

Sunday 7 April 2013

IM4U Volunteering Event

I am Neeta : Terima Kasih

Event : Program Bakti Siswa UKM - Puspanita MPIC
Venue : Taska Ilham Bestari , MPIC, Precint 2 , Putrajaya

44 volunteers from UKM. Wearing IM4U shirts, we're decorating the kindergarten's wall with all the characters of Upin Ipin and Boboiboy.  Together we were drawing and colouring happily. Congrates to Wahida, Ainun, Ejam and Dud sebab dapat pujian melambung-lambung daripada classmate aku sebab kecantikan lukisan dorang. Tapi paling power Ejam dengan Dud lah, kaler dia superb! Siap dah taubat nasuha tak nak buat lagi!! haha.

Luqmal, The Babysitter, volunteering works dia bukan kerja mengecat bagai tapi pujuk budak kecik menangis, melayan budak2 mintak dukung, bagi susu, kan Luke? Tapi paling kesian kat Kamil lah, dia nak approach the kids, tapi budak2 tu taknak dekat dengan dia. haha. Punyalah kitorang ni dah jatuh hati dengan   semua budak2 kat situ sampai taknak balik. Dapat kiss, peluk dorang pun still geram lagi. Especially Qalisha. Amboi dia buat aku macam tilam empuk dia. Rilek je landing dengan tak mandi dia tu. huhu.

 In 3 hours, alhamdulillah everything were settled. Hasilnya, sangat memuaskan. Balik UKM dengan senyum lebar . Sesungguhnya kitorang suka gila volunteering event camni. :D


photo:
half daripada team Upin Ipin dengan mural kitorang :D

Bakal Abang Ipar

Saleem : Bukan Aku Tak Cinta

Last Tuesday night, aku dengan Aten keluar dengan bakal abang ipar aka boy kakMaz, abang Faiq. Mula2 kami juai mahai, kekonon takmo ikut sebab segan. Then, nafsu nak usha tu tak boleh nak tahan, so kami pun follow la mereka berdua keluar dinner. Kitorang pun pilih Nim's Little Island. Punya lah bijak si Aten, dia duduk depan Kakmaz, aku kena duduk depan mamat tu. Peh, masa nak pertama kali bertentang mata tu, gila berdebar sehhh. haha.

Sekali bila dia keluar suara... HAHAHAHA, sumpah lawak gila! Very unexpected!! Otai + comel. serius. Then, sambung gi jenjalan kat Putrajaya. Alkisah dia, baru fes time jumpa, dah kasi drive kereta dia. Ni serius aku double triple terkejut. haha. Dalam kereta keje kitorang gelak, gelak and gelak. Kakmaz dengan AbangFaiq tu jadi Dato Datin kat belakang, aku as driver and Aten selagi PA. hehe

Him : "Kita geng ahh. Thanks teman malam ni" 

haha. InsyaAllah, semoga jodoh KakMaz dengan AbangFaiq kuat sehingga akhirhayat. Comel gila dorang dua.  Kitorang dah approved!! Akak, sila proceed! hehe  :D



photo:
antara port dating bawa pasangan tu.
review gambar2 kat pullman boleh mengundang juraian air mata :')

Tuesday 2 April 2013

Choosy Partner

Fourteen : Kita

Frankly, i feel comfortable to be with you since before. Even other people think you are 'unique'. :)


+ kenapa tak ajak orang lain?
- takde orang nak kawan
+ kau yang taknak kawan dorang kott
- apa salah aku? why me?
+ because you're different from others. haha

He is my study partner. Bukan sebab aku taknak study dengan orang lain, tapi aku tak selesa ramai-ramai. Same to him. Waktu kami study pun tak macam orang lain. Cara kami study ? dia : bercakap potpetpotpet, aku :" hmm. okay got it.". selalu jugak buat dia geram tapi still we get along each other. :)

He's my buddy. He spend his time for i-dont-understand stories that i told him. I know some people dont like him because of his past attitude tapi kalau tak kenal makan tak cinta kan? haha

# i met Zain SetiaHujungNyawa kat Seremban, sumpah nak gelak gila-gila because of night before tu. haha


photo:
Nurul Fadzlin Syuhada dengan Nur Aqilah Syazwani, her kaklong :)

Monday 1 April 2013

Terasa Hilang

Tak ingin ku lakar tika ini yang kosong
Dilema yang boleh membunuh jiwa
Antara dua hati yang bisa terpisah
Hanya kerana aku mengenali dia

Kadang-kadang aku tak mampu untuk memilih
Insan yang hina ini tidak setaraf duduk malah berdiri
Lama aku fikirkan, sebenarnya siapa aku padamu
Puas aku jaga tiap tutur kata, gerak dan gaya
Supaya secubit pun engkau tidak kecewa

Namun, bahagia yang aku rasa sebentar cuma
Begitu banyak mata , halwa dan jiwa yang perlu dijaga
Biarlah terpinggir diri asalkan engkau tidak sepi
Sesungguhnya gundah terasa hati bila kau begini

Ku beri ruang padamu melebarkan sayap tinggi
Aku dan dia cuma teman bersua muka, bertemu kata
Tidak terpatri janji juga melabuh dendam berahi
Tapi ku jujur, sesuatu telah berlaku antara kita
Namun, biarlah aku sahaja yang faham rasanya


photo:
i think it was my fault. tapi kau patut tahu, aku antara manusia yang tak pernah tahu memujuk yang sedang menahan rajuk.