Wednesday, 31 August 2011

Syawal : 1st tiring day

1st syawal | 30 August 2011


gedik sangat tidur pukul 5 pagi, terimalah natijahnya. dikejutkan dengan cara paling kejam sekali oleh adik2sepupu ku yang tersangatlahhhhh comel kan!


+ ayonnnnnnggg, anyun. ayi yaye niii.
- sat la. ngantuk lah.
+ kak longggggg, mak teh dah marah tuuu.
- 5minits!
+ along! orang dah dapat duit raya lahhhh. cepat la bangun!


okay. aku bajet pukul 7-8. sekali 09.55am okay!!!!!!!!!! what the hell babe. haha. bangun2. bukak pintu, drama bersiri air mata tengah shooting. aku dengan selamber badaknya pegi lalu depan semua orang and kecoh nak gosok baju raya. the worse, aku tak perasan ayah tengah on handycam, rakam everything. OHEMMJIIII. kantoii gila babi ah. hahaha


konon nak follow pegi kubur. alhamdulillah. cuaca mendung. tak panas.tak hujan. jalan? of kos dah macam ikan sardin cap marina dah depan umah aku ni. sumer pakat jalan kaki je. aku tinggai umah dengan pak ngah n mak ngah. sebab pak ngah buasirrr pulak dahhh. free le kena sebijik time tu.


+ ni lah raya fes kak long paling bermakna.
- kenapa pulak?
+ giler terlajak sampai pukul 10!
- haih. semalam buat apa tak tidur. mesej pakwe ke?
+ ini org single tau.haha. hmm. ada lah ngorat orang jauhh nun kat utara. :p

ngeri bhai jadi orang terakhir join venture salam2 ni. orang suspek aku nanges. padahal. gelak tak bleh blah! ye ah. dengan pompuan2 sumer cium pipi. sampai bila time Apak, aku duk kalut sangat sampai nak cium pipi dia! haha. habis. blusher aku dah keluar. kah3. duit raya? takdeee.:p [tipu]


then, semua budak2 kena halau pergi beraya. aku duk sibuk mitak mercun kat atuk. "atukkkkk,nak mercun. bleh la bleh la..". hamekk.segenggam atuk aku bagi. haha. budak2 nak datang raya pun tak jadi. BOMMMM!  aku pedulik hape pakai baju kurung ke tak kan? haha. bila orang datang pun, aku bukan buat air. anak dara lain ramai. aku? main PSP je sambil tgk tv. :)


then, pukul 6lebih kitorg gerak balik Rembau. sebelah ayah pulak. giler stuck dalam jam kat Gemencheh. last2, lalu shortcut Bukit Rokan-Bukit Inas-Rembau. uwekkkkk!!! muntah terbelahak aku ikut jalan bukit bukau. dah la dari pagi minum air gas je. singgah supermarket beli Butterscotch. harap maklum. fes raya memang aku tak kan sentuh makanan!


sampai rumah Wan. tengok ada family Pak Lang and Mak Long aje. Pak Su tak jadi balik. hmmm. ada sorang je la budak kecik. Anuar Hakim. rumah kecik. orang ramai. memang berhimpit la. tengok Nur Kasih pun tak aman. untung jadi kakak sepupu paling besar nih. suruh sekali je semua orang buatkan. ada kuli beb! hahahaha.


p/s : First time sepanjang hidup aku pakai baju kurung sehari suntuk. gud job kill. bak kata atuk : " baru lah macam perempuan cucu atuk ni ha. cantik jeee." thank you atuk! :)



Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya

tahun ni paling sikit wish raya aku dapat. tak pe lah. sebab aku pun tak wish orang kot. haha. bersih inbox fon aku ^^. ye ah. maxis aku dah la memang diharamkan orang call. dah terbarai gila. tiap2 hari jatuh bawah katil. sampai kulit dia pun dah hilang. haha. tapi still boleh text dengan gigihnya.


then, saja gedik nak text fevret lecturer aku yang hensem + comel + bergaya. okay. dia tak hensem sebenarnya. tapi aura dia yang buat ramaaaaaaaaiiii orang tertarik. 'tough'2 giteww. haha. aku tak suspek pun dia nak balas. saje buang kredit maxis yang melambakkkkk tu.


+ Selamat hari raya. mintak ampun banyak2 ye Mr MZMK :) ikhlas.
- same to u kill. hahaha. raya2 jgn smackdown org ye.
+ manede. org baik la. thank you sir. :*


last aku jumpa face-to face dia time exam final pasum kottt. then, last aku TERusha dia time aku balik meru hari tu. ingat nak singgah lawat dia. tapi segan pulak. tup2, aku nampak dia duk rempit dengan motorbike. wallaweyyyy.. machoooo gilee!! haha. then, macam biasa.aku pun gedik usik dia. " u look gojes in that motorbike sir. nak pinjammmmmmm^^" haha.


hari ni kawasan gemas, gemencheh, segamat mendunggg aje. konfom tak nampak anak bulan malam ni. mak raya jadahnyaaa. ohh yaa. ada racing car kat rumah aku raya ni. haha. ada can nak pi raye naik kete bising. haha. Apak la..die pegi pinjam kete member Sabah dia yang hensem stylo tu bawak balik. gila tak market. kah3. lepas tu pi Melaka bantai kancil atuk aku. dah kena lenjan van pulak ke hulu ke hilir. menyusahkan betul.


and guess what. selang dua buah rumah dari rumah aku ni. ada la BMW bapak cun nak mati. kaler hitam metallic. kau tahu sapa punya??? GRADUAN MATH UKM okayyyy. kira super-duper senior PPSM la. single lagi tu. kawna Apak. masa aku dapat course stats ukm dulu, mak dia sibuk tanya dia pasal ukm. konon nak inform aku la.. Pengurus Bank beb!! bapak kayaaaa. haha. nak ngorat boleh??? not bad la muka dia. kah3. tapi dah tua. 32 kot.


kampung aku dah tak de space nak lalu. kiri kanan jalan penuh dengan kereta. dah la besar gedabak. lagi2 depan umah aku ni. pagi raya konfom tak gerak. sampai parking dalam rumah aku. ye ah. umah aku kan on the way gi kubur. dan dan ajak beraya sekali . ceh. tahun ni aku tak dapat pegi kubur lagi. sedihnyeeee..T_T. tahun lepas pun sama...


ok lay korang. Selamat Hari Raya. malam ni mesti tidur lambat. lepas tu. esok pagi syahid. orang dah kutip duit raya, aku baru bangun. HAHAHA. ape dehal. :)

Sunday, 28 August 2011

Ramadhan Las Kopekk

angkara semalam tidur bapak lambat gilaa ( pagi tadi.bukn smlm). hari ni semua jadi tunggang terbalik. time aku nak membuta tu laa dah kena kejut.pi beli barang untuk pagi raya. daun kelapa, sayur2, kacang and blablabla.tension aku kena bebel bila kita duk drive. aku dah la tengah ngantok gila babeng. dah la ajak aku pegi beli. cuba ajak ayah. tak delah aku badmood. hasilnya, pepaham sendiri la..dorang cakap dengan aku. aku jadi patung cendana. swing punya angin.


paling aku angin dengan si kecik ezzly tu.haih.
+ ibu..ikan paus dengan ikan bilis tanak bangunnn!
- ikan?
+ along ikan paus. alang ikan bilis.


SHIT. memang free kena hempas dengan bantal! teringat dekat budak2 kkm yang panggil aku ikan paus. then, badmood aku stil swing lagi bila sampai rumah. semua orang duk heboh nak kemas itu kemas ni. oleh sebab aku tengah malas nak main air dengan sabun bagai. aku amek part pasang langsir yang menimbun bapa puluh helai entah nak pasang. ye ah. aku mana pakai kerusi bagai. paling2 pun tonjet tumit je.


tu baru pasang hall tingkat atas. belum sampai hall tengah dengan dapur. seb bek hall tingkat bawah nenek dah settle kan. kalau tak. mau terbakar lemak aku. ehh. baru perasan bhai. rumah aku gila kalerful macam tadika! haha. semua idea aku. atas merah, tengah pink-biru, dapur biru, bawah hijau, luar hijau,kuning. serius tadika. haha. pink tak tahan tu. konfom aku kena bahan dengan apak jap lagi dia sampai.


duk leka nak masuk rail langsir tu. zapp! ceracak besi terjolok masuk dalam jari. sakit dia masyaAllah..bisa! dah la ibu tidur. ayah aku tak tau. nenek atuk keluar shopping. yang boleh diharap angah je lah. 


+ angah, pi kedai sat. along tak tahan ni. pedih gila.
- buat apa!!!
+ hoi. along cakap baik2 kan. yang nak mengamuk pehal??
- malas ah. pegi sendiri. sendiri berdarah. sendiri beli la!


angin aku dibuatnya. habis ah pintu, almari aku hempas kuat2. biar semua orang dengar. darah ni pun satu. bukan reti nak berhenti. aku sayang darah la gila. dah la tiap2 bulan kena derma darah. ingat aku suka ke. jenis O susah nak carik okay! rasa nak bagi penampor je. last2. aku tinggalkan langsir tu bersepah kt lantai. tekanan perasaan okay!


malam ni for sure banyak keje nak mampus. kezen2 aku dah sampai tapi gedik tak naik rumah ni. duk lah lelama rumah satu lagi. malam kang, time nak perang mercun. baru lah nampak batang hidung. cis. aku rasa tinggi aku dah bertambah sebab last raya aku masuk bilik bawah lepas lagi. tapi..tadi dah tersangkut kepala aku. 2nd injured. hampeh betul.


p/s : boring kemas sorang-sorang. kalau ada kakak best jugak kan :'(  and

HAKIKAT TENTANG ORANG HOT

ini adalah fakta. korang rasa korang budak hot? ramai yang kenal. seorang yang femes? yang kat memana je,ada orang kenal and tegur?tak semua budak hot tu disukai ramai ye.okay.kalau korang tak sure korang ni hot atau tak. boleh test tengok ada tak ciri2.


KAU BUDAK HOT
1) korang tengah lepak sekor-sekor,and tetibe rasa macam ada orang tengah tengok.itu stalker.
2) korang pakai selebet + kaler tak maching pun ada orang kata "style!"
3) korang menyamar camne pun.orang stil cam korang.
4) korang buat status,komen,tweet bodoh pun,berderet orang 'like'.
5) korang duduk tepi longkang pun ramai je nak join lepak.
6) korang kat memane pun,manjang jeee ada orang tegur.paling2 pun senyum.
7) korang ada ramai orang yang dengki.


ada?ekceli ada banyak lagi.tapi penatla nak tulis. korang boleh teka guna instinct sendiri je la okay? then,korang nak tau tak. apa pandangan orang lain terhadap orang hot ni? jangan sangka korang ni di sukai semua orang ye.kadang2 kau tu hot sebab perangai macam hampeh.


BAHANA ORANG HOT
1) org akan ingat kita ni nak ngorat dia padahal kita tak ngorat pun.
2) kalau kita tersalah kata or dorang yang buat salah,mesti ada orang bekap
3) selalunya orang hot mengaku single tp bagi harapan kat org sekeliling.
4) orang hot nampak perfect.padahal dorang tak de pun camtu.
5) dorang hot selalunya sebab cara dorang layan opposite gender.


so,korang pepaham sendirila ye. sukati nak caye ke tak. aku pun dapat dari seorang insan yang sudi share pengalaman dia dengan aku. thank you awak:)



  • p/s:nasib baik aku ni low profile.

Saturday, 27 August 2011

Preparation Raya

semua orang mencari lailatul qadar. tapi orang2 yang betul bertuah aje yang Allah beri nikmat tu. syukur alhamdulillah dengan apa yang kita semua ada. diberi gambaran indah. teringin kot nak rasa :). rasa banyak dosa je bila dalam bulan ramadhan. (ekceli memang banyak dosa. ^^). insaf kill. insaf!


hari ni aku tinggal sorang kat rumah. lepas sahur tadi. ingat nak stay tengok tv la sampai siang. tapi syahid jugak. nenek pesan awal2 dah. nak tidur kunci rumah.sebab jiran baru sebelah rumah aku yang tersangatlah dekat. sampai kalau aku nak berjoget2 kat hall tu dorang boleh skodeng lah. dorang ni indon kristian. muka macam penyangak. cuak aku. nak pi ampai kain pun takut. eee. :(


then, tak de air pulak. tiap2 kali raya mesti macam ni. tekanan perasaan betul! dah la langsir tak cuci lagi. baju lagi. last2. aku ceduk kaw kaw punya bawah air kolah tu. ape lagi TENDER CUCI SATU RUMAH LA!  tingkap? kipas? done! okay aku tipu. bukan satu rumah. tingkat atas je. untunglaaa aku ni tinggi orangnya. haha. yang paling haru tu. aku tengah duk syok lap2 sambil memekak dengar hi-fi..PLAK! patah wehhh!! ape yang patah? tanak bagitau. :(


+ atuk,nek..dah patah. along buat..
- apa yg patah?
+ ni...die lembut sangatla. along kan ada power.
- huh. semua bende yang kau pegang patah. mana nak elok.
+ ye lah..sume salah along...


lepas tu konon nak siapkan baju raya aku yang tak siap tu. tapi malas. baik layan hindustan. TV2. wahh..ni hero fevret aku nih. dari dulu aku suka sangat tengok muka dia. comel! haha. sebab dia selalu berlakon watak yang nerd2. yang cute2. haha. suara dia pun best.^^. tapi tacing gak ah. aku kan minah hindustan. dah macam sendiri masuk dalam citer tu. kah3.


pastu, gedikk sangat nak pegi pekan waktu peak cam ni. memang la cuak tu 70% la.. asik eksiden je depan umah aku ni. cuak gila. drive pun slowww aje. dah la gerak pukul 6. nak pegi aje dah 20min. nak shoping lagi. memang aku carik pasal bila stuck tengah2 jalan. shit! balik2 je kena bising ah ape lagi. balik time maghrib. mana taknya..tapi bukan aku mintak pon. okay.memang salah aku suka keluar lambat2.


then, lepas buka. pi join atuk nenek pasang pelita + tengok atuk main mercun. weyyyy, gila syok! memang suka gila bila semua org bandar balik kampung. the best part is PERANG MERCUN!! haha. aku pegi duduk kat tepi jalan. tengok budak2 ni lawan mercun kat langit. LAWA LAWA! haha. lepas tu. aku pun join sekali. tapi tak best sangat sebab adik2 tak de. kezen2 pun tak sampai lagi. dorang balik maybe isnin. haila...


 bahulu baking
 pelita hampeh. :(
 nilah kuih bahulu yg aku jaga. HANGUS! haha


 gigih angah. padahal pengecut gila nak main mercun!
terjumpa gmbo ni. atuk paling comel . haha

BUDAK MANJA

Adam
Idris 
Nuh 
Hud 
Soleh 
Ibrahim 
Lut 
Ismail 
Ishak 
Yaakub 
Yusuf  
Ayub 
Syuib 
Musa 
Harun 
Zulkifli 
Daud 
Sulaiman 
Ilyas 
Ilyasa' 
Yunus 
Zakaria 
Yahya 
Isa 
Muhammad Almustofa...


lagu yang menenangkan jiwa. time kecik2(kecik la sangat time darjah 4-5), suka bukak CD raihan tiap2 hari sebab nak nyanyi lagu ni. satu lagi, suka tengok mak-mak nyanyikan baby dorang. macam lullaby ^^. kalau aku mintak ibu nyanyikan bila dah besar gedabak ni.. ada can tak nak kena sebijik macam ni..


" DAH BUANG TEBIAT TETIBA NAK SURUH DODOIKAN KE?"


okay. merajukla camni :(


tadi bukak gambo lama. raya masa kecik2. haha. comel pulak aku kan? dah besar dah tak comel dah. tak pe. aku tak tacing pun kalau korang cakap camtu. bila tengok gambar tu. teringat tiap2 pagi raya, mesti gedik nak suruh ibu sikatkan rambut la..pakaikan gelang la..pakaikan rantai la..( kalau tak pakai ibu bising gila!). and aku masih meneruskan gedik aku tu sampai sekarang. tahun lepas just suruh ibu dandankan rambut je. rantai memang dah pakai 2 tahun tak bukak2. gelang? NO WAYY EVER DAH NAK PAKAI. cincin lagi lah. rasa macam dah kawin aje. no no no.


p/s : tiap2 tahun mesti menggedik sampai dah kawin baru tak gedik dah dengan ibu. gedik dengan orang lain. HAHA

Blogwalking best malam ni

aku sebenarnya tak boleh tido. sebab biasanya, kat sebelah ada orang temankan tido. tapi hari ni orang2 tu semua tak de. balik Rembau. aku je gedik tak nak ikut sebab malas. aipp. aku tinggai ni bukan goyang kaki tau! esok ada tender kemas rumah + lap tingkap + tukar sarung kusyen + basuh langsir and blablabla. SORANG-SORANG. then, aku memang suka tengok tv kat hall dalam gelap, tapi lampu dapur terbukak la. janji ada cahaya. tapi, hari ni fes time. nenek temankan aku tengok tv padahal dia tak suka pun tengok cita tu.


+ nenek tanak tido ke?
- nenek tunggu along tido dulu.
+ takpe la nek. along tak kisah (padahal cuak)
- betul boleh tido sorang ni?
+ nanti along carikla kawan borak. tak kot.


and aku kesian kat nenek. aku pun masuk la bilik. online la ape lagi. sumpah aku cuak. jenuh tahan perut sakit sebab takut pegi toilet. haha. camne lah nak duk bilik single ni kill? tak tau. aku macam makin gedik + manja duk umah lelama ni. jadi penakut pulak. nope. kill macho. haha. lepas tu buat blogwaking la..aim : dashboard.


mula2 teruja baca entry Abang K pasal komen pompuan2 about hantaran mahal. lepas tu, continued dengan entry Aliff Cullen pasal sorang awek ni pujuk boyfren dia yang tengah merajuk tu. haha. okay, sedikit terasa sebab macam pernah kena. haha. tapi sikit je la. sekadar pengajaran and ilmu masa depan. kot2 nanti ada orang merajuk dengan aku. senang sikit nak handle. setakat ni takde. gud. ^^


lepas tu duk gedik usha blog yang diela bagi semalam. sumpah macam hampeh. tak senonoh betul makcik sekor ni. haha. seb bek berunsurkan lawak antarabangsa. kalau tak memang aku sekeh minah ni. kira amek satu hari jugak nak settle blogwalking kat site best2 ni. rugi kalau terlepas. haha.


ok. tu je nak cerita. malam ni tak berapa nak best. sebab tak tau nak bahan sapa
.( "=o) <-- anime baru untuk orang yg merajuk. muka dengan muncung panjang. haha.


p/s : bungkus badan dengan selimut. hilangkan diri bawah tilam. tak de la takut sangat.

Cara mudah nak dapat baby sendiri

a simple discussion turn to a future-planning programme. gila punya adik.

+ nanti adik nak carik isteri yang gemuk. adik bagi keje banyak2,lepas tu adik ceraikan. adik cari isteri baru. yang cantik. adik suruh dia duduk rumah je.
- hoiii. baik takyah kawin yang isteri mula2 tadi. 
+ nanti along, angah duduk rumah adik. along tukang masak,buat kek semua.. angah tukang kebun,potong rumput.
- dah tu alang buat apa?
+ alang tak boleh keje dengan adik. alang kurus sangat . nanti sakit.
- ibu ayah?
+ laaa. adik belikan lah rumah banglo 5 tingkat. ibu ayah mandi swimming pool. tengok tv je.

and bla bla bla. sumpah merepek gila..yang paling tak tahan tu masa kitorang gaduh pasal kereta. aku kata nak beli kete wak segan. dia nak ferrari jugak.

+ ala. adik beli kete yang laju tu. yang ada bumbung boleh bukak tu.
- tak best lah adik. beli bas lah. boleh jenjalan. 
+ kete lagi best. nanti along nak teberanak. adik boleh bawak laju. adik bukak bumbung. nanti along senang nak teberanak bila kena angin.

hampeh punya adik. dia boleh tekan kan ayat TEBERANAK tu banyak kali.  keji betul angan2 dia. dah tu. part yang memang aku tak sangka. duk khusyuk tengok citer sedih gila barbie kat tv. dia boleh buat statement gila.

+ ibu, orang mengandung tu senang je kan?
- senang kenapa pulak?
+ yelah, dia nak baby..amek kain, masukkan dalam perut, lepas tu aderla baby. 
- hoiii. ingat senang je ke. nak keluar masuk buat baby? kalau camtu, dah melambak dah baby along tau!
+ dalam perut along ada baby ke sekarang ni?
- erkkk.

baik aku off discussion GILA ni cepat2. naik blushing aku bhai. haha. memang UNTUNG sangatlah aku dapat adik lelaki bongsu + tunggal yang bernama Muhamad Ezzly Eddin ni. =.='. suka buat along dia pening kepala.

p/s : tajuk tak berapa nak kena dengan entry. thank you.

Friday, 26 August 2011

Travel Raya 2011

kalau ikut kalendar, kita raya Selasa depan kan? 30 Ogos? okay aku tak tau. haha. tunggu anak bulan je la nanti. tahun ni punya raya aku rasa lain sikit. dari semua segi la. selama aku celik kat dunia ni..raya first biasanya family aku je yang ada kat kampung. pak cik2 yang lain rumah mertua. bila petang baru nampak batang hidung dorang. so, pagi raya aku memang bosan.


tahun ni, mak long kata nak beraya kat sini. apak dengan mak su pun sama. pak ngah of course ada. eeee.syok nya! malam nak raya tu mesti best kan? meriah aje. penuh satu rumah. tidur pulak mesti 3-4pagi. haha. yang penting budak-budak kecik tu ada. tak sabar ^^. and cer teka, tahun ni menu apa? aku yang tetapkan. haha.


- lontong
- ketupat
- nasi impit
- lemang
- rendang ayam
- rojak buah
- spaghetti
- kek pelangi


tak de bantahan? gud. sebab aku dah 5 tahun tak makan apa2 pagi raya. makan kuih sendiri buat je. haha. sekarang ni, aku tengah pening nak settlekan plan untuk hari raya kedua. camni. nenek nak kacau dodol (tiap2 hari raya kedua mesti buat dodol). n ibu aku tanak balik gemas cepat. aku sebagai orang tengah, dah pening nak ikut mana. ayah aku on je. last2. decide ah.


hari raya kedua travel planning : PAHANG HERE WE COME! :D
sapa kat pahang? rumah boyfren tersayang ah. Lanchang. hahahaha. beb, ko jangan buat-buat terkejut kalau nampak banyak2 kereta serbu rumah kau ye. tak de lah. itu pun kalau kitorang lalu Lanchang. ekceli nak ke Triang dengan Jerantut. tidur sana. lepak taman negara. ayah aku nak pegi memancing. kot lepak Kuantan kejap je. yang penting ke Pahang. sebab tahun ni Pak Teh tak balik. Mak Teh duty hospital. nak dekat setahun dah rasanya aku tak jumpa budak2 kecik Sara dengan Herit. baru teringat ada sepupu lain. kah3.


raya Melaka aku tak sure lagi. silap2 sambung raya ketiga. haih. aku fobia sikit nak raya sana. memang la kaum kerabat tu satu daerah Lendu tu. tapi malas gila nak singgah semua rumah. yang paling haru, tak sanggup nak lalu tempat kitorang eksiden. depan rumah tinggal tu.maghrib pulak tu. bila ingat balik memang ngeri.


and aku doa banyak-banyak supaya pagi first raya tu, hujan lebat gila. macam tahun lepas. sebab, bila hujan, semua orang duk diam-diam dalam rumah. so, dorang takkan datang rumah aku untuk beraya. selamat aku tak payah duk prepare jadah semua tu. even tiap2 tahun buat konsep buffet. tapi takkan air pun buffet kan? ye ah, asal pagi raya je aku kena tinggai umah. duduk kat dapur .tender basuh pinggan mangkuk.haih. semua orang pegi jalan raya. aku sekor kena layan budak2 tu. cis. dah la nak duit raya je.memang 10 minit je la aku pakai baju kurung. lepas tu trus tukar t-shirt dengan track. kakaka.


p/s : mabuk kepayang dengan perfume Vanilla Bouquet. ailebiu Ambi Pur car fragrance ^^



Kesian kawan saya yang comel tu

she is sweet. she is cute. adorable. aku memang cair lah kalau berdepan dengan dia ni. dia selalu cakap camni. 


" kill, kite rindu rumah la. hang ikut kite balik nak?"
" jom la pegi makan, perut kite dah bunyi2 ni. jom la jom la"
" eeee. dia cute je kan? kite rasa cam nak cubit2 je pipi dia!"
" kita jeles dengan hang ni kil. orang sume suka peluk hang. tapi tak peluk kite"


dengan lenggok gaya dia. peh. aku rindu gila nak dengar suara dia.haha. yup. aku mengaku la, aku memang suka melayan orang yang manja ni. syok tau! ingat lelaki je ke boleh cair? haha. bila tengok kembar dia , aku teringat kat dia. bila dengar kembar dia cakap, macam terdengar dia cakap. cuma kembar dia guna aku-kau la..dengan awek ni kite-hang.


haha. dalam hidup aku sepanjang 20 tahun ni. ada 3 orang je yang aku suka sangat dorang guna bahasakan diri "kite-hang" bila cakap dengan aku. comel sangat :) tapi aku tak boleh la nak buat. rasa pelik aje. kalau mood tengah nak menggedik tu boleh la. haha. yup. aku suka bila dorang datang menyendel je kat aku. haha. lovely gila. (okay, dah macam orang high dah aku.) . kat ukm tak de species dorang ni. ^^


+ kill, fon kite dah lame xde bunyi2. hang msg2 la kite. 
- dah hang tak suruh, mende la aku nk buat. privacy nok!
+ alaaaa, kita rindu kat hanggg :(
- okay. meh fon num. dah hilang. haha


dulu. masa orientasi week dia (uitm masuk awal dari ukm), tiap2 masa duk mesej dgn aku. marah la jugak sebab dia tak concenrate dengar ceramah. tapi, aku carik dia jugak time mmp yang bapak bosan gila mati tu. haha. mesej jugak even pc2 duk lalu-lalang. aku pedulik hape kan?? orang duk ceramah kat dectar, aku duk tersengih baca mesej kat belakang. haha.


lately, dia banyak contact aku. cerita pasal 'tu'. masa sebelum dia decide nak terima, dia mintak pendapat aku. hari2. then, kitorg clash contact jap, bila dua minggu aku tak on9 sebab wifi tak de. pastu, tadi..sian dia. aku pun tak tau nak kata apa sangat sebab aku mmg tak tau nak cakap apa. just pujuk2 gitu je lah. mintak sikit pendapat orang berpengalaman. lepas tu..borak2. then, alhamdulillah. dia dah okay. hampeh minah ni.haha


+ kil, umah hang kat PD kan?
- haru kau. mende pd. gemas lah!
+ alaaaa.kita baru nak ajak jenjalan PD.overnite pantai jom. kita tau main gitar!
- boleh. kau amek aku kat ukm. on je. free kan. haha
+ tapi kita tak tau drive. hari tu kite langgar bontot orang.
- kau pegi ajak la sesapa drive amek aku. cis. amek lesen la! dah tua!


aku suka tengok dia pakai baju kurung. ayu je. suka tengok dia pakai cermin mata. comel! sepanjang aku kenal dia.. baru sekali kot aku tengok dia menangis. itu pun sebab aku yang buat. haha. lawak! dah la suka salin report chemy aku. cisss. tapi tak pe..sebab aku pun tiru tuto dia. haha


+ aku rindu klang. rindu meru.
- hang bali la umah hang kat meru tu. 
+ aku dah sewakan la pandai. mana boleh.
- alaaaaa.baru nak suh hang buat party.
+ bleh. tunggu family tu pindah. rumah tu hak aku. HAHAHA


ada sekali je aku ikut dia balik meru. dah la on the spot. sebab aku malas sangat nak amek bas dari kerinchi. sangat malas okay! 3 kali transit baru sampai rumah. dah la rumah tu tak de orang duduk. ngeri aku duk sorang2 malam tu. bosan okay! tapi merasa lah jadi orang bujang bape bulan. haha. lepas tu minah ni duk gila cakap pasal sorang mamat ni. juga orang meru. ummu maybe tahu. kan ummu? kah3.


+ hang suh la dia datang ukm. amek kite skali.
- aku dah suh dah. dia kata takut sesat. xpenah pegi.
+ dia sesat? cam pelik je kill. haha. comel.
- ye ah. kang tak memasal aku kena jemput kat highway. kapcai pulak tu.
+ hot stufff laaa nanti.
- bongek hang!


weh, hang jangan sedih2 ek. kalau dah takdir macam tu..terima je lah. tak best lah tengok sedih2 ni. haha..hang jangan buat main betul bende tadi tu. aku gurau2 je. simpan duit tu untuk bende lain. aku tau lah yuran uitm bapak jauh murah. RM490 je okay! budak actuary tu! cisss.


okaylah weh. ailebiu :D

Thursday, 25 August 2011

Jom tengok kawan aku yang comel ^^

 buaian tempat aku bermain dan bermanja


 baby itik
ni anak itik. haha. xlah. ni adik ezzly :)

camnilah kehidupan orang kampung. hehe. most itik2 tu dah kena cop untuk dibuat rendang time raya ni. sapa datang rumah aku, kalau bernasib baik..dapat la merasa . haha. aku tak suka rendang itik. sebab comel sangat untuk dimakan. hari2 aku main kejar2 dengan dorang. tak kan aku nak makan dorang kan?

paling syok adalah kutip telur itik yang panas baru keluar dari punggung pagi2. cabarannya adalah macam main game carik harta karun dalam gelap. hahaha.

Gadis Rempit itu berharga okay!

baru lepas blogging kat minah rempit yang ayu ni. rasa nak buat jugak entry tapi dalam pandangan tersendiri. zaman sekarang dah tak de istilah perempuan kena duduk dalam rumah. jadi minah paling ayu jelitawan cantik manis bagai lah. (pandangan seorang rempiter berjaya). memang fitrah perempuan kena buat household. its WAJIB. bukan sunat muakkad lagi dah. cuma, apa salahnya ditambah dengan bonus2 lain. contohnya, jadilah perempit berjaya macam gua. :) weeeeee


aku start belajar bawak motor darjah 4. start bawak secara pro masa form1. amek lesen masa form 4. start jadi perempit yang maha berjaya bila masuk degree. im free bebeh! sebab apa free? sebab kalau kat rumah, kena bebel 24/7 bawak laju tahap tak hengat dunia. aku start minat kelajuan melampaui batas ni masa zaman sekolah menengah la..pergi sekolah naik beskal racing. yang gedik beli ada gear, tapi aku pergi buang semua. pergi sekolah waktu pintu pagar nak tutup. memang penolong ketua pengawas tak berkaliber. lepas tu kecoh kena panggil depan kelas, sebab aku tak perasan dah potong cikgu ilham naik motor. kat sebelah je weh. AKU TAK PERASAN!


rempit bukan sebarang rempit. aku rempit ada matlamat. "menikmati keindahan alam sambil ditiup angin".. bak kata pepatah dalam Adnan Sempit..Dimana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Highway!. haha. lepas aku eksiden masa konvoi pergi tampal poster TG seluruh kampus, terus motor aku down gila. dah tak boleh melebihi had laju. tu lah lenjan sangat. tapi aku tak salahkan pun. bulan tu memang hebat lah ulang-alik Serdang. hahaha. power kan? malam eksiden tu..aku rasa karburator terhentak teruk jugak. aku jatuh. kaki, peha..calar balar. lebam dia..perghh.. sampai sekarang ada lagi! 3 hari aku tak dapat jalan.


BGR 7593 tu. dah banyak jasa dia kat aku. dia tahu segala perbuatan jahat aku. kah3. rindulah. 5 bulan kena tinggal kat Kajang. roadtax pun dah mati. jarang orang boleh pinjam motor tu. sebab bukan betul sangat! hahaha. aku ingat next sem ni nak balik Gemas naik kapcai tu lah. dah ada greenlight. tapi kena tengok cuaca. jauh bhai! bukan aku ada superbike ninja macam budak Bukit Rokan tu. ciss.


  ini motor aku. tapi awek aku posing. haha


kalau ada motor ni..memang maintainance , lu pikir sendiri lah.. aku dah habis beratus kot utk macam2.


Kriss + rim Emas = Keris Mas. HAHAHAHAHHA.

Wednesday, 24 August 2011

Ops Sikap 2011 vs Eksiden lagiii

my bad habit time driving adalah tak suka pakai seatbelt and suka berkaki ayam. kalau pakai selipar terus rasa macam slowwww gila! then, pagi2 dah kena bawak ibu pergi banyak tempat. keluar pagi2 balik time zuhur. baguslah..dehydration aku.

time tunggu ibu settlekan pertukaran alamat kat pejabat pos Gemencheh tadi, dah berapa banyak kereta polis aku tengok duk ke hulu ke hilir. driver2 yang duk speed semua boleh brek emergency tetiba bila kantoi nampak polis menyorok belakang semak tepi jalan. mangsanya adalah orang belakang macam aku. damn!

ops sikap ekceli untuk apa? memanglah untuk kurangkan kenduri maut time perayaan macam ni. tapi rasa macam makin banyak orang mati je lagi ada. macam hari ni. aku duk syok syok membuta, tetibe je sentap. ibu ni dah la masuk bilik tak ketuk, dah tu main jerit macam pakai speaker. habis punah mimpi-mimpi indah dengan prince charming aku. cis.

+ angah! angah! nampak eksiden tak time balik lalu bawah tadi?
- manede. bersih je. apesal bu?
+ ada indon kena langgar. mati kat situ. hancur kena gelek dengan lori!
- hah?? indon mana?
+ katanya indon baru pindah sebelah rumah kita ni. dengan lori 18 tayar!

mau tak kena darah tinggi aku? kat telinga aku pulak tu. haih. last2.. aku pun bangun. join ibu,nenek, atuk pergi serang rumah sebelah tanya citer sebenar. ligat indon2 tu pergi check. kot kot member dorang.

then, waktu sebelum buka tadi. aku ajak la adik pergi jenjalan pusing kampung. memang bende wajib kalau duk umah ah. asal petang je menghabiskan minyak motor. 3-4 kali round felda pulak tu. lepak kat padang bola. amek angin je. best! sebab tak de orang kat situ. lepak kat tebing bukit. tengok jalan kenderaan lalu lalang kat jalan besar.

+ along, jom turun bawah tengok orang mati.
- tempat eksiden ke? taknaklah. along takut.
+ adik rileks je. mana ada hantu. ada darah je banyak. kaki putus along..
- woiii..ngeri la!

ngeri tak ngeri. kecut tak kecut. aku pergi jugak la tengok. kalau nampak yang bukan2 tu..aku reverse awal2 la. kang tak boleh tidur malam cam hari tu. then, aku tengok darah sumpah banyak gila! terseret jauh..adalah macam cebisan2 bersepah. motor dorang leper macam lempeng kena lenyek. orang dia..aku tak tau lah..
terus balik.

masa buka tadi pun, stil berkisar pasal eksiden tu. atuk la tukang cerita. macam biasa.

+ budak2 tu baru balik dari kedai amir. beli barang nak masak utk buka. amir la cakap.
- ya Allah. siannya dorang. tak sempat buka! teruk ke?
+ lori 18 tayar long. tau je lah..terlipat lebih kot kat simpang bawah tu.
- ayah kata kaki hancur terkulai. indon islam. sempat mengucap tadi.
+ atuk pun pegi tengok jenazah tadi. time tu tak bertutup lagi. atuk mintak la surat kabar.

and guess what? aku jugakkk yang kena ceramah...

+ tulah. along ni suka sangat pegi Gemas naik motor. kereta ada. mengada nak rempit.
- along ni kan gadis berjiwa kelajuan. naik kereta tak challenging ah.
+ nyawa melayang challenging ke?
- okay.okay. along kalah.

so, korang, jaga diri baik2 yea. ingatlah aku yang sayang gila ketat kat korang ni. kalau korang tak de, aku nak borak dengan sapa? nak bahan dengan sapa? nak gayut dengan sapa? nak chat dengan sapa? sedih tau!

Yang Halal Untukmu

 Yang Halal Untukmu. just nice. very nice article.


tatkala tengah bosan gila babeng. duk baca kisah luar alam je hari ni. tunggu girlfren balik. on9. sebab kitorang ade plan baikkk punya. tapi tak jadi. ok fine. tak pe. 


+ wtpe.
- stalk fb pakwe. haha. ko?
https://www.facebook.com/notes/saya-rela-......
- mende ni? tacing ke? jap nak amek selimut siap2.
+ baru nak baca lah.
- ok jom baca sesama.


sangat tacing okay!!!!!! terharu gilaaaaaaaa. tapi tak nanges pun. nanges dalam hati je. haha. aku rasa macam sedikit mustahil untuk aku jadi macam wanita ini. u-know-me. boleh pulak aku kena tag dekat satu entry ni. member kasi. malas nak bagi link. dia cuma cakap.." perempuan yang gigih jadi minah rempit, ada sesuatu dalam diri dia yang tak de sapa boleh explore kecuali seseorang." aku rasa teringin taulah.. sapa yang boleh tau , boleh teropong hati aku ni. HAHAHA.


korang bace je la. sesuai untuk orang cam aku. boleh insap siket. :)

Untitled friendship

friendship doesn't matter who you are.
aku harap kau bangun lagi.


when God say you are my destiny, you are.
aku harap kau kuatkan diri. cari semangat baru.


we never care how worse you are.
aku harap kau tahu kami terima kau susah dan senang.


history is a past. future is you and me.
sayang seorang sahabat hanya Dia yang fahami.




aku jujur dengan orang yang jujur untuk aku sahaja.its fact  :)




p/s : jiwang pukul 3.20pg. insomnia.

Jangan benci lebih nanti tersuka lebih

 hari tu aku macam pelesit jemput angah kat sekolah bila dia call dia kena serang gastrik. dah menangis2 dah. angah memang ada gastrik teruk. taip2 bulan dia kena ulang-alik hospital segamat. ubat gastrik dia, 3 bijik sehari. start kena tahun lepas. ingat puasa tahun ni dia okay lah. tapi kena jugak. semput aku berkejar carik kelas dia. dah la sekolah bapak gila jauh dari rumah.


ok. then, aku supposed to be jumpa guru kelas dia yang lembut tu. Sir Syauki. shit. nama bapak tough. sekali bila jumpa depan2, dia yang kecut tengok aku. cenonet je orangnye. haha. ok, aku rasa macam artis bila pergi sekolah angah. semua orang macam tengok Lisa Surihani datang aje. siap menganga. kah3. kau hebat kill.
Syauki ni umur dah 30++. tapi tak kawen. aku rasa sebab dia tak stret kot. minat ala2 dia jugak. tapi entah la..balik2 aku story la kat ibu..


last2. aku pulak kena balik.


+ tak baik ko kata orang camtu.
- ala..memang betul pun. dah cikgu angah tu poyo. bukan lembut tapi entah.
+ cakap lah. nanti kawen dengan orang camtu baru tau.
- ibu nak ke?
+ ibu tak kisah. kalau dah jodoh. ibu terima jugak jadi menantu.


korang tengok! ade ke patut. ni bukan kali pertama okay. ni dah lebih 3 kali ibu doakan aku kawen dengan lelaki lembut. first, bila aku kawan dengan shaer,fad,syam semua. (im sorry guys klo korang ada baca ni)..memang ibu restu habis lah. ok, aku terima sebab..rahsia. :) second, bila aku tengok cerita sutun. third, bila aku berlanggar bahu dengan pekerja kat pasaraya yang lembut. fourth, budak lelaki auww kacau aku masa kat KFC. and this time.. cikgu Syauki. Ya Allah..tunjukkan lah yang terbaik untukku.


alasan ibu terima species ni?


- dorang pandai uruskan rumahtangga
- suka budak2
- suka senyum and buat lawak
- orang yang setia pada satu
- tak cepat panas baran
- kawtimm punya dengan mak mertua


yang paling tak boleh belah punya sebab..


" ELOKLAH ALONG DAPAT LELAKI LEMBUT, BARU PADAN DENGAN AWAK TU YANG GANAS SEMACAM. BARU SEPADAN"


zzzzz. sebab apa ibu kata aku ganas? sebab sejak cuti lelama ni..dah berapa banyak sudu garfu dia aku patahkan. belum kerusi lagi. senang cerita habis semua lah aku patahkan. korang tengok raya ni. konfom pagi raya tu ada bende pecah. macam tahun2 lepas. HAHAHA


p/s : masih tunggu reply inbox dia penuh kesabaran.at least satu perkataan pun tak pe la. :(

Tuesday, 23 August 2011

Baking Cake Special

sekarang dah pukul 11 malam. n aku stil gigih bakar cookies untuk raya. malam2 ni mmg turn aku le kemas rumah . ada 2 tray lagi aku nak kena bakar ni. ngantokkkkkk!. dah la movie tak de malam ni. mengemas peti ais hari ni .dah macam tong sampah aku tengok. semak! lagi-lagi nak raya ni..haila..macam2 stok ada. blom masuk daging dengan tulang weekend ni. pening kepala aku  sebab of kos aku tukang susun .isy!


dah lari tajuk. haha. hari tu aku mmg ada buat kek batik. sebab anak aku si Rohaizad Bakari tu sangatla hyperactive bila dapat kek batik. haha. lagi pun aku memang dah tak tau nak buat apa as kudapan lepas terawikh. then, hari ni buat lagi sebab teringin nak makan. rumah aku ni memang hantu makan. nasib baik aku ni rajin nak explore. itu pun sebab internet ada. kalau tak..haram tengok kartun 24 jam. kah3


yang hari tu punya tak cantik sebab dia melekat kat talam bila ditekan. even digris dengan mentega. so, this time, aku terfikir nak balut tepi talam tu dengan plastik supaya bila diterbalikkan, dia cantik. and hasilnya..tadaaaaa,





sekarang ni aku tengah nak try buat fevret si cantik manis fatin aifaa. Tart Cheese. jenuh jugak aku nak carik barang2 kat sini. almaklumlah, sini kan ceruk kampung. pedalaman. Giant sumer jauh. so, bekalan tak mencukupi. hehe. tapi kalau dah jadi nnti mmg aku try buat kat kajang la. :)


ha, korang nak order pape ke? boleh, aku buat tp korg tgk gmba je la.haha.


p/s : keji atep suruh aku buat chocolate indulgence. pos barang mai gemas la. haha

Friday, 19 August 2011

Kecik kecik dah bergaduh, besar nanti nak jadi ape? KL Gangster?

satu hari di bulan puasa. aku tengah syok tengok citer Princess Hour kt ntv7. bunyi motor masuk rumah. okay. adik dah balik. siap je aku amek remote and berdesup nyorokkan dalam periuk belanga kat dapur. konfom dia tak jumpa! hari-hari gaduh jerit terpekik sebab rebut remote je . aku ngan ibu nak tengok korea. adik nak tengok ceria. haila..


tapi hari tu....


+ hai dik, muka badmood je hari ni. penat?
- mmmm. adik letih. puasa kan hari ni.
+ bagus2. darjah satu memang dah kena puasa.
- tapi adik nak puasa sampai sekarang je boleh tak?
+ eh, apesal pulak. tak lame dah ni..
- adik penat la..takde power ni.


n aku dengan muka tanpa syak wasangka nya punn pergila bising. sampai gaduh depan peti ais. main tarik-tarik pintu. akhirnya aku menang yea. beselah along kan kuat! tengok otot ni.^^.


then, masa tengah makan nasi time buka puasa..terkantoilah semua cerita. sebab adik asyik pegang perut dia je. n aku baru perasan bibir dia bengkak sikit n hidung dia merah. ibu aku tanya..


+ apesal muka adik ni?
- tadi adik tendang kepala arif najwan.
+ apesal sepak dia pulak. puasa la!
- dia buat adik dulu. dia sepak perut adik.
+ dah tu adik sepak kepala dia la??
- tak. adik ckp baik2 je. lepas tu dia tumbuk muka adik. adik balasla..


gila bebudak sekarang ni.. tapi korang tau aku buat apa? gara2 kes adik aku gadoh kat skolah..aku pulak berdebat dengan semua orang kat meja makan.


ayah : sekolah tempat belajar, bukan gadoh!
aku  : adik, len kali PUKUL KUAT LAGI! biar berdarah kepala dia!
ibu   : yang along hasut adik tu kenapa? ni lah tgk WWE lagi dgn along.
aku  : alah bu, budak2 sekarang semua bukannya betul. lawan aje.
alang : along ni apelah. jahat!


eh, sukahati aku la kan nak ajar cmne pun. lelaki tak boleh lembik! sesekali lawan guna kekuatan fizikal. rugi ah ader kakak berotot besar tapi tak turunkan ilmu! aku kat sekolah dulu..tak derlah gaduh teruk sangat kat skolah rendah. takat baling meja je la kat bebudak jahat tu. yang aku sengaja langgar sampai jatuh tangga pun ader. tapi tu je lah kot. yang aku ingat. HAHAHAHA


p/s : teringat kat khirman. budak yang aku baling meja tu. selalu nyorok kat tong sampah kalau nampak aku. haha

Thursday, 18 August 2011

SENGSARA SEMINGGU!

Seminggu. genap seminggu aku tak online guna laptop. haram ah. rindu gile babeng dekat boifren, buah hati, pak we, mak we, awek, babah, mak, semua la! tekanan perasaan weh. banyak kali badmood lah sebab line tak de ni. tiang dekat umah ni stay gagah lagi. rupanya CC tengah renovate, wiring bagai. nak tengok korea tak boleh. nak buat blog tak boleh (blog adalah besfren terbaik utk merepek), nak menggatal tak boleh, nak mengumpat tak boleh , yang penting tak bleh ah nak buat keje jahat. boring ah on9 guna henfon atuk je. :(

aku dapat online ni pun sebab ayah tengok aku dah macam mak mati anak. aku baru tau weh setelah setahun, ayah aku ada streamyx! even prepaid..ah tak kisah la. aku ada 5 jam je lagi nak habiskan. dah la kena guna laptop ayah. sumpah aku kekok gila guna laptop besar2 ni. nak taip pun asik typo je.

seminggu tak on9 aku buat ape? tengok tv pukul 11mlm-3pg. lepas sahur, tido balik. lepas tu bangun tolong ibu buat kuih sampai tengah hari. start kul 2ptg dah free tapi bosan gila! now, ibu dah stop niaga. tumpukan pada hal rumah tangga yang tak settle lagi sikit utk raya. tengs lah dekat aten n adin. dua ekor ni mmg sudi tak kira masa membunyikan henfon aku yang dah sunyi sepi sejak cuti hari tu. haha. aku nak call dorang tapi mana tau dorang free bila kan? so, tunggu dorg bagi hint je la..

hari ni dah start buat kuih raya. kena buat banyak la.. dah la karang mak cik2 ,sedara2 nak mengangkut bawak balik rumah masing2. blom aku makan lagi. (sumpah rasa mcm nak sekeh je si atep). esok buat kuih fevret. tart nenas!! kekeke.

korang tau, aku rasa macam nak gelak pulak bila kenangkan balik aku buat ape tengah boring.

- landing baik punya.
- amik hedfon.pasang mp3.
- bukak kipas kuat2.
- tenung siling. berangan.

hahaa. gila ah. ibu kata dah macam pompuan meroyan. aku dulik hape kan. haha. ok lah. aku tak leh nak on lelama. sebab ada limit. on9 pun sebenarnya nak cari resepi. nak buat stok puding banyak2 dalam peti ais. atuk dah bising.."along dah lame tak main masak-masak kan?".. yelah..

p/s : weekend ni ada probability nak ke Bangi and balik Gemas semula :)

Friday, 12 August 2011

Aku memang dah lama panas dengan kau

menyampah gila. sedara tak sedara. sepupu tak sepupu. kadang2 aku rasa macam nak bunuh je dia. biar kasi mampus. dari kecik aku menyampah gila. tak sudah-sudah buat aku sakit hati. ni KAKAK SEPUPU kau tau! yang SAH. sebab kaulah aku tak nak balik sana selalu. sebab tak nak mengadap muka kau, sebab malas nak cakap dengan kau..aku tak nak balik sana, KO TAU!


sejak kau buat aku macam tu dulu..sorrylah cakap..sampai hari ni aku tak boleh nak terima kau. nak pandang muka kau lagilah. kalau boleh aku tak nak amek tau langsung hidup kau. ye, aku memang kejam. sebab kau yang buat dulu. ada aku kesah? aku dah happy dengan life aku sekarang.


disebabkan kau ada kat sana..aku takkan ikut balik malam ni. biar aku stay umah daripada aku mengadap muka kau yang buat aku tambah dosa bulan puasa ni. serius..makin lama makin menyampah.


mak ayah kau okay. pelik aku anak sorang ni macam hampeh.


p/s : terkorban lagi satu hari aku nak kutip duit kat rembau..ceh

Thursday, 11 August 2011

Abang Imam ROCK



+ sape jadi imam?
- berahim..
+ berahim mane?
- berahim milo


milo? kah3. alkisahnya camni. semalam punya terawikh kucar kacir gila. biasanya pukul 10 malam semua orang mesti dah sampai rumah..semalam lambat dari waktu asal. bukan sebab ada tahlil..tapi imam tak regular pulak yang duty hari ni. kah3. mau taknye makmum-makmum semua tak khusyuk solat. orang biasanya buat witir 3 rakaat.. imam ni terlebih rajin..lepas 3 rakaat witir, siap baca doa dah bagai, makmum semua dah ready nak balik, boleh dia bangun sambung lagi 2 rakaat witir. kah3. geleng kepala semua makmum. (kill, tak baik gelak.) masalahnya, memang buat lawak doh. semua orang tahan je dalam perut.


sebenarnya. yang jadi imam malam tadi, imam ganti je. bukan orang kampung pulak tu. orang taman bawah jalan besar nun. sebab dua2 imam masjid kariah felda ni tak sihat. sorang sakit jantung kot..sorang lagi pitam bila nak masuk waktu. yang Berahim Milo tu lah yang pitam. aku panggil Tok Imam Skuter. sebab dia bawak skuter Ego bapak ah.."jalan ini aku yang punya!". sampai aku yang sebesar2 alam pun tak dinampaknya. ish3. nenek cerita kisah tok imam ni dengan bini dia..


satu hari bini Tok Imam Skuter ni suruh pegi pasar malam beli jagung. dia bagilah RM50 kat tuk imam..bila balik umah je..


+ bang, kenapa beli banyak sangat jagung ni? free ke?
- taklah. awak yang bagi saya RM5O. saya habiskan je la semua.
+ RM50 bangg??? astaghfirullahalazim..saya suh beli sikit je!
- alah, nanti tak payah saya beli lagi. awak simpan je la dalam peti ais.


kah3. aku dah rasa macam nak guling-guling dah kat situ. seb bek tengah makan nasi. senak wey gelak! haha...lepas tu..dua minggu lepas kot. atuk aku pegi jemaah isyak kat masjid. biasalah bulan biasa..mana ramai sangat orang nak pi masjid. yang ada pun tua-tua. korang tau Tok Imam Skuter cakap ape?


" habih sumo mampuih ko oghang kek sini?" (habis semua mampus ke orang kat sini)


 KAH333333333. gila ah rock habis. selambe je dia cakap guna mikrofon. walaweyy..memang tahun ni aku nak ajak dia raya kat umah aku lah. boleh berkenalan. kah3.ohh ya, kenapa dia glemer dengan Berahim Rock dalam kalangan geng lepak atuk aku? sebab,bila kat kedai teh bawah sana..kalau nak minum je.."milah, bagi den air milo pokat yo". haaa. tu lah kisah die..haha




ok. tu je nak merepak. tapi mmg lawak ah Tuk Imam Skuter nih. :)

Wednesday, 10 August 2011

Day out perabih duit!

hari ni sedikit badmood sebab badan tak larat sangat. dah terasa kembar aku nak datang. kembar yang bernama demam. ekceli dari malam tadi. bak kata ibu aku , dah macam orang baru lepas beranak. sebab apa ibu aku kata camtu. sebab..pakai kain batik ( asik terlondeh, so ikat guna belt), sweater, stoking, muka penuh bedak sejuk, rambut je tak sanggul tinggi2 sbb tak reti buat rambut. kah3. lepas tu muka toya. zzzz.

then, petang tadi, lepas hantar ibu aku pegi kedai. tengok atuk aku tengah letak gel kat rambut and sikat2 macam nak pegi dating. n aku pun tanyalah. katanya nak pegi beli ubat. so, memandangkan aku boring. aku pegi jelah. buat cuci mata. tapi taknak drive. nak jadi bos duduk kat belakang. mak datukkk.. bapak laju gila atuk aku bawak. tu lah dah lame tak jadi bos menempel kat seat belakang! peh.

muka toya. masa otw pegi Gemas..saje lalu jalan jauh. sebab atuk tau aku suka tengok sawah padi yang tak berapa nak indah kat Londah tu. nak dekat2 sampai..aku pun bukak tingkap besar2.. n sangkut muka kat situ. senyummmmmmmmmmm banyak2 sebab tengok sawah padi yang hijau tu! udara pun best! bak kata atuk aku..

" baru la nak senyum. kalau tak..monyokkk memanjang dalam rumah".

haha. atuk nenek aku ni dorg memang alert kalau aku badmood. mana taknya. dari pagi tadi..seketul suara pun aku tak keluarkan. stakat angguk n 'hmmm'. tu je. ha.. habis toghobang tudung den dek garo atuk morompit tongah kampung. haihla..ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke cucu. kah3.

motif pegi Gemas adalah nak suruh aku shopping rupanya. haha. ekceli dah berbuih2 nak bengang atuk n nenek aku duk pujuk beli baju ke seluar ke tudung ke hape ke.. masalahnyee.. AKU TAK SUKA SHOPPING BAJU. sekian, timaseh :) keh3. lepas satu kedai ke satu kedai. semuanya aku tak pandang. serius aku tak nak langsung. ekceli aku suka shopping sorang2. hehe.

last2, bila atuk aku dah bengang..

+ selagi tak beli pape, jangan harap nak balik rumah!
- ala..malas la. along tak nak.
+ tak de2. beli jugak. atuk kata beli, beli.

aku senyap je. memandangkan hari ni atuk yang drive (aku? dua-dua henfon, wallet, ic, lesen sume tinggai kat umah. malas). aku ikut je la.. sampai kat satu kedai ni. cepat2 aku masuk (tanda protes). dalam masa 5 minit, siap. aku dah letak kat kaunter. 

+ nah. kata atuk nak bayar.
- dua helai ni je? lain? beli la bende elok sikit. koyak sana sini.
+ tak yah la tuk. nanti kita beli lagi kalau along nak. ni pesyen lah!
- betul nanti? dah macam baju mat rempit.
+ i ye lah. 

see. untung tak dapat aku jadi cucu? memang save budget. tak yah nak pening kepala. hehe. pape pun thanks la atuk n nenek. sorry sebab along dah buat atuk n nenek bengang gila babeng dalam dua minggu ni. (aku tak nak beli pun kena marah. kang aku jadi kaki shopping, baru tau.)

p/s : dah jumpa jeans idaman. keh3 :)