Tuesday 2 August 2011

Untuk gadis itu

Namamu seindah ertinya
Parasmu secantik akhlaknya
Senyummu sesinar purnama
Laksana bulan penyeri angkasa

Matamu yang bercahya itu
Bibirmu bak delima itu
Ku tatap hingga terkelu
Kerana ia menawan kalbuku

Walau tanpa suara
Walau tanpa jelingan mata
Itu sudah cukup dinda
Membuat diri ini bergetar
Dingin terasa membasahi sukma

Tiada bahasa di dunia
Yang mampu tuturkannya
Tiada kalam di dunia
Yang mampu tafsirkannya
Kerna hanya aku memahaminya
Bahawa aku sayang dia


Special created based on true story J.  HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

p/s : niat gurau je. jangan nanges nanges . kah3

No comments: