Wednesday 24 August 2011

Ops Sikap 2011 vs Eksiden lagiii

my bad habit time driving adalah tak suka pakai seatbelt and suka berkaki ayam. kalau pakai selipar terus rasa macam slowwww gila! then, pagi2 dah kena bawak ibu pergi banyak tempat. keluar pagi2 balik time zuhur. baguslah..dehydration aku.

time tunggu ibu settlekan pertukaran alamat kat pejabat pos Gemencheh tadi, dah berapa banyak kereta polis aku tengok duk ke hulu ke hilir. driver2 yang duk speed semua boleh brek emergency tetiba bila kantoi nampak polis menyorok belakang semak tepi jalan. mangsanya adalah orang belakang macam aku. damn!

ops sikap ekceli untuk apa? memanglah untuk kurangkan kenduri maut time perayaan macam ni. tapi rasa macam makin banyak orang mati je lagi ada. macam hari ni. aku duk syok syok membuta, tetibe je sentap. ibu ni dah la masuk bilik tak ketuk, dah tu main jerit macam pakai speaker. habis punah mimpi-mimpi indah dengan prince charming aku. cis.

+ angah! angah! nampak eksiden tak time balik lalu bawah tadi?
- manede. bersih je. apesal bu?
+ ada indon kena langgar. mati kat situ. hancur kena gelek dengan lori!
- hah?? indon mana?
+ katanya indon baru pindah sebelah rumah kita ni. dengan lori 18 tayar!

mau tak kena darah tinggi aku? kat telinga aku pulak tu. haih. last2.. aku pun bangun. join ibu,nenek, atuk pergi serang rumah sebelah tanya citer sebenar. ligat indon2 tu pergi check. kot kot member dorang.

then, waktu sebelum buka tadi. aku ajak la adik pergi jenjalan pusing kampung. memang bende wajib kalau duk umah ah. asal petang je menghabiskan minyak motor. 3-4 kali round felda pulak tu. lepak kat padang bola. amek angin je. best! sebab tak de orang kat situ. lepak kat tebing bukit. tengok jalan kenderaan lalu lalang kat jalan besar.

+ along, jom turun bawah tengok orang mati.
- tempat eksiden ke? taknaklah. along takut.
+ adik rileks je. mana ada hantu. ada darah je banyak. kaki putus along..
- woiii..ngeri la!

ngeri tak ngeri. kecut tak kecut. aku pergi jugak la tengok. kalau nampak yang bukan2 tu..aku reverse awal2 la. kang tak boleh tidur malam cam hari tu. then, aku tengok darah sumpah banyak gila! terseret jauh..adalah macam cebisan2 bersepah. motor dorang leper macam lempeng kena lenyek. orang dia..aku tak tau lah..
terus balik.

masa buka tadi pun, stil berkisar pasal eksiden tu. atuk la tukang cerita. macam biasa.

+ budak2 tu baru balik dari kedai amir. beli barang nak masak utk buka. amir la cakap.
- ya Allah. siannya dorang. tak sempat buka! teruk ke?
+ lori 18 tayar long. tau je lah..terlipat lebih kot kat simpang bawah tu.
- ayah kata kaki hancur terkulai. indon islam. sempat mengucap tadi.
+ atuk pun pegi tengok jenazah tadi. time tu tak bertutup lagi. atuk mintak la surat kabar.

and guess what? aku jugakkk yang kena ceramah...

+ tulah. along ni suka sangat pegi Gemas naik motor. kereta ada. mengada nak rempit.
- along ni kan gadis berjiwa kelajuan. naik kereta tak challenging ah.
+ nyawa melayang challenging ke?
- okay.okay. along kalah.

so, korang, jaga diri baik2 yea. ingatlah aku yang sayang gila ketat kat korang ni. kalau korang tak de, aku nak borak dengan sapa? nak bahan dengan sapa? nak gayut dengan sapa? nak chat dengan sapa? sedih tau!

No comments: