Thursday, 25 August 2011

Gadis Rempit itu berharga okay!

baru lepas blogging kat minah rempit yang ayu ni. rasa nak buat jugak entry tapi dalam pandangan tersendiri. zaman sekarang dah tak de istilah perempuan kena duduk dalam rumah. jadi minah paling ayu jelitawan cantik manis bagai lah. (pandangan seorang rempiter berjaya). memang fitrah perempuan kena buat household. its WAJIB. bukan sunat muakkad lagi dah. cuma, apa salahnya ditambah dengan bonus2 lain. contohnya, jadilah perempit berjaya macam gua. :) weeeeee


aku start belajar bawak motor darjah 4. start bawak secara pro masa form1. amek lesen masa form 4. start jadi perempit yang maha berjaya bila masuk degree. im free bebeh! sebab apa free? sebab kalau kat rumah, kena bebel 24/7 bawak laju tahap tak hengat dunia. aku start minat kelajuan melampaui batas ni masa zaman sekolah menengah la..pergi sekolah naik beskal racing. yang gedik beli ada gear, tapi aku pergi buang semua. pergi sekolah waktu pintu pagar nak tutup. memang penolong ketua pengawas tak berkaliber. lepas tu kecoh kena panggil depan kelas, sebab aku tak perasan dah potong cikgu ilham naik motor. kat sebelah je weh. AKU TAK PERASAN!


rempit bukan sebarang rempit. aku rempit ada matlamat. "menikmati keindahan alam sambil ditiup angin".. bak kata pepatah dalam Adnan Sempit..Dimana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Highway!. haha. lepas aku eksiden masa konvoi pergi tampal poster TG seluruh kampus, terus motor aku down gila. dah tak boleh melebihi had laju. tu lah lenjan sangat. tapi aku tak salahkan pun. bulan tu memang hebat lah ulang-alik Serdang. hahaha. power kan? malam eksiden tu..aku rasa karburator terhentak teruk jugak. aku jatuh. kaki, peha..calar balar. lebam dia..perghh.. sampai sekarang ada lagi! 3 hari aku tak dapat jalan.


BGR 7593 tu. dah banyak jasa dia kat aku. dia tahu segala perbuatan jahat aku. kah3. rindulah. 5 bulan kena tinggal kat Kajang. roadtax pun dah mati. jarang orang boleh pinjam motor tu. sebab bukan betul sangat! hahaha. aku ingat next sem ni nak balik Gemas naik kapcai tu lah. dah ada greenlight. tapi kena tengok cuaca. jauh bhai! bukan aku ada superbike ninja macam budak Bukit Rokan tu. ciss.


  ini motor aku. tapi awek aku posing. haha


kalau ada motor ni..memang maintainance , lu pikir sendiri lah.. aku dah habis beratus kot utk macam2.


Kriss + rim Emas = Keris Mas. HAHAHAHAHHA.

2 comments:

♥CIK SHA♥ said...

weewitt! gadis rempit HOT kan?ekeke..^_^

Kill said...

HAHAHAHA. betul2. market banyak. haha