Tuesday 9 August 2011

Hati Seorang Teruna

Teaser


Gadis itu dilihat cantik, terlalu cantik untuk dimiliki.
Indah budi bahasanya, manis pekertinya.
Dia seakan terpaku dan ingin mengejar
Mengejar untuk mendapatkannya.
Namun, di suatu persimpangan, dia tersedar.
Dan mula berfikir, merenung diri.


........................................


Bila lelaki menyukai seorang gadis,
Dia akan berfikir, dia ini layak atau tidak.
Bila difikir dirinya seakan tidak layak disayangi,
Dia berusaha menjauhkan diri dari gadis itu.
Tetapi hati masih terasa sesuatu,
Dan dia cuba mendekati cinta nya.


Seakan terasa kaki tidak terjejak tanah,
Dilayangkan tubuh oleh angin bertiup,
Dirasakan masa seakan terhenti,
Tatkala gadis itu menebarkan selendang hijau,
Petanda dirinya diterima dengan rela.


Salam perkenalan dihulur melewati pesanan biasa.
Wajah tidak terlihat, suara tak terdengar.
Hari meniti hari dan masa pun berlalu,
Lelaki itu mencambahkan benih cinta,
Namun tak terluah sang hati,
Kerna dia tahu perasaan itu belum tentu dibalas seikhlasnya.


Dan lelaki itu memendam dan terus memendam lagi,
Biarpun beribu detik ditenung pesanan lalu,
Dia terkelu dan membisu,
Bukan kerana tidak tahu berbicara,
Cuma dia tidak biasa berkata pujangga.


Maka, di hulurkan kata-kata biasa.
Seumpama beromongan kosong,
Dia mahu gadis itu menyukainya
bukan kerana kata dan janji manis
tapi kerana diri dia seadanya.


Lelaki itu berjanji berikrar dihati,
Andai benar jodohnya dengan gadis itu,
Akan ditunggu masa tertentu,
Andai sanggup gadis itu menerima dia,
Akan dipinta dengan seikhlas hati,
dari ayah bonda tercinta.




Semoga Allah merestui dirinya.
tapikan, kalau lelaki tu tak mula dulu, mana mungkin gadis tu nk tau ye tak?
takkan perigi mencari timba, dear :)


p/s : fuhh, tak sangka kau kill!

No comments: