Sunday 29 April 2012

Dear You

Assalamualaikum.


Jad. hari ni genap 4 minggu kau pergi. Kuat tak kuat tu .. hidup kena teruskan jugak kan? dah lama aku tak menulis blog . Sebenarnya banyak aku nak tulis jad. tapi tiap kali aku menaip, aku delete balik. Banyak aku nak cerita jad. Banyakkk sangat. tapi aku tak tau nak cerita kat sapa. Keadaan sekarang tak macam dulu jad. Hati aku , hidup aku, tak setenang dan segembira dulu. Ada pun mereka-mereka ini dengan aku, tipu kalau aku kata aku tak rasa kekurangan.


Hanya pada Dia aku ceritakan setulus hati. Hanya pada Dia aku tumpahkan rasa pedih hati. Kau sendiri maklum, aku bukan lah pemberi nasihat yang baik, aku bukan pemujuk yang baik. Cara aku lain jad. Dulu, masa kau ada..kalau aku dah tak tau nak cerita kat sapa, aku carik kau. Kau tahu, even kau reply sekali je mesej aku, aku simpan. Sebelum tido, aku baca balik. Itu cara aku menghargai kau. Aku tak reti nak pujuk kau bila kau kata kau susah hati. Aku tak reti nak gurau lebih-lebih dengan kau, takut kau marah nanti. Kau tahu jad, aku pernah menangis sebab kau marah aku sekali tu. Sumpah aku menangis. Cuma satu yang aku tau, in every way, every step..what i know is make you happy all the time.


Macam kau cakap dulu jad. Mungkin aku ni terlampau bersabar sampai orang buat aku sedih dan terluka pun aku boleh gelak lagi. Betullah orang kata, bila seseorang tu dah takda, barulah kita tahu nak menghargai dia. Jad, hari ni aku sorang2 kat kkm. HAHA. this is not my first time. tapi macam aku cakap kat kau. Aku tak suka perasaan ditinggalkan. Satu hari aku pandang siling, pandang dinding. haha. dah macam meroyan dah kalau orang tengok ni.


Jad. aku rindu. rindu rindu rindu rindu rindu. Kau tahu tak mak kau menangis time aku call hari tu. Sebak hati aku ni jad. Kau ingat lagi tak, masa kita pergi rumah arwah Ila? Mak arwah bukak cerita sedih, tapi aku yang menangis lebih? haha. lepas tu kau perli aku. " keli keli. aku yang sedih, tapi kau yang menangis. harap je ganas, tapi hati lembut macam kapas." haha.


If you know, 
how much i miss our old times.
how hard to cure the pain
how much much much much more i miss you sayang.


arghh rindunya nak panggil kau sayang. rindu nak buat love love icon kat chat. rindu nak buat kiss sound banyak2 bila msg. rinduuuuuuu. =(




Sekalung Alfatihah buat kekasih hati yang telah pergi. Mohd Rohaizad Mohd Bakari.





Tuesday 24 April 2012

Meredhai sebuah cinta

Cinta tu apa?


Nawwal  : 
Cinta tu adalah bila you still rindu dia even dia ada depan you 


Luq          : 
Cinta itu kalau orang yang kau suka kenyit mata, kau diam, simpan memori itu selamanya :)




In a month,
everything happens within a month.
Easy to say, hard to do
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.


Looks like the time were reverse on
Back to July 2010
Back to our first semester
We both together. Just two of us.


I just dont know 
what recently happen in my life
everyone is changing
my life turn 180
deep inside
i've fell that i lost something


Its true
Even you bercinta sampai syurga
Tak terpanah dek guruh di 7 petala langit
Tak tertanam tanah di 7 petala bumi
If your love didnt get redha from those people
You wont get the 7 petala cinta


what can i say
andai sudah tersurat takdir cinta kalian berdua
teguhlah bersama melalui semua cabaran ini
andai benar kalian sudah bersumpah setia
jangan dihilang kasih sayang kami ini


Kak Maz said :


 Better to lose love than to lose friends 




p/s : better to not know if it makes me hate you till the end. biarlah aku menyayangimu walaupun ada rasa ragu.

Monday 9 April 2012

Midsem Holiday

Selamat bercuti midsem untul students ukm sebab u lain dah habih cuti dah. kami ja lambat sikit. Semua duk kalut balik hari khamis-jumaat. Aku rilek je tak tau nak balik bila. But currently, updating blog dari atas katil, dengan bilik yang maha sejuk, bersila bawah selimut dengan headphone di kepala. Nampak kat ibu ni, mampus aku. Free je kena perli malam2 buta. =.=


Check out dari blok pukul 11.20am, then terus shoot pecal lele ayam penyettt kat hentian kajang. Then, aku hantar aten nai bas. Pastu sambung melepak lagi dengan dorang kat situ. Around pukul 1 lebih, abg jebat dengan kak maz hantar aku pi ktm. Thanks abg, akak. Orang tak kena culik pun.=D


Hari ni aku dapat ride ktm baru tuuu. Hehe. sharp gila on time. tepat 1.30pm kot. Dah la enjin senyap, gerabak besar + banyak. Ada tv , semua. Serba baru la. ni yang rajin nak balik Gemas lepas ni. haha. Sampai Seremban pun lebih awal dari jangkaan. 30minit sharp! biasanya 45-50minit. Pastu niat nak masuk Seremban Parade. Macam ni lah kehidupan seorang lone ranger. T,T. Lepak sensorang, jalan sensorang. 


Lepas tu gigih jalan laju macam marathon sebab nak kejar bas punya pasal kat Terminal One. Then, tetiba migrain datang. Dia dah mai dahhh. tepi jalan raya dik oii. Aku rasa nak pengsan, mata pun dah tak nampak sangat. Terus duduk je tepi jalan tu. Sebab utama kena serangan : PANAS! haihh. satu ni aku tak tau lah nak ubat camne. tak boleh diri tengah panas terik lama sikit. Terus migrain. Nasib baik dapat jugak selamat masuk dalam bas.


Aku pulak pergi tido. Orang rumah call pun aku tak dengar. Nice kill. Buatla lagi, nasib baik aku sedar. Kalau tak haru je aku patah balik Seremban , padahal dah sampai Tampin. Pastu, ade budak2 comel tau dalam bas. Aku kan baik. Aku hulur le kat bebudak tu ceklat Daim yang Abang Jebat kasi. Suka kemain dorang. haha. =D


At last. pukul 5 lebih, aku selamat sampai kat rumah walaupun hujan lebat. Yang sengalnya, ayah ni pun satu. Dah tau anak dia besar gedabak, boleh pulak datang jemput aku naik motor kecik sama saiz dgn C70?? haru gilaaaaaaaa. dah la kaki panjang, siap nak tercicir! Serius lepas ni, nak atuk jemput je. T.T. And sempat bechitchat gossip dengan Apak-Maksu before dorang balik Kajang.. uwarghh rindu rumah. Macam biasa, masuk je pintu rumah, salam dengan semua orang. Campak beg dalam bilik, tukar baju. Bomm, dah mimpi atas katil. HAHA.


Bangun2 terus tengok ABPBH. zzz. tak best. k tu je nak update. Bye. =D

Sunday 8 April 2012

Menziarah

around 2.30pm kami sampai di Kg Dala, Lanchang, Pahang. Memang mula2 konon nak pi pagi, tapi pagi kami tu pukul berapa? then, singgah jap bagi moral support untuk Abang Adam for his  GMI' Open Day. Kami main quizzes, giant chess, dapat hadiah bagai, dengan baju kurung pulak tu. haha. Lepas habis semua tu, dengan dua kereta, heading to rumah arwah ijad. Abang Jebat, Alang, aku, aten, Kak Maz, Kak Yin.


Dah la sampai-sampai terus makan. mak aihh segan gila.Untung mak kau dapat dua bibik free je hari ni jad. Aku  dengan alang. haha. gigih orang tua tu sapu lantai penuh lemah gemalai, basuh pinggan semua. Tak sangka we'olss. muahahaha.


Alhamdulillah jad, kami jumpa wan, ibu, ayah ter, long and the gang, tengku, kak fiza. dah macam reunion family dah. =D Mak Abah sihat jad. Dorang dua tabah sangat. Kau tahu, aku sengaja tak nak masuk bilik kau. padahal dorang sume solat kat situ. Kau tau sebab apa, aku terbayang semua tu balik. First thing aku nampak bila sampai is CCW 3325. Ya Allah rindunyaaa aku kat kau bila tengok kete tu.


Depa godek2 lappy kau jad. Aku perasan, abah pergi keluar rumah, hisap rokok ,bila dorang bukak album gambar kau. Padahal mak dengan ibu semua ada kat situ. tapi tak pelah. Rumah kau tu dah macam rumah aku. Mak abah adik semua tu pun dah macam family aku. Abah pergi kebun sebab nak hilang stress. Pastu aku rasa nak gelak pun ada, sebab teringat kau bawak kitorang pi jenjalan kat area kebun lepas balik rumah wan hari tu. Dengan kerbau nye lah hape semua. =D


Lepas tolong prepare untuk baca yasin petang tu, kami nak mintak diri lah balik ke Bangi. Masa tu kami tengah berkumpul dengan ruang lepak dalam tu. Tiba2, abah keluar dari bilik, datang kat aku..


+ kila, ajak kawan balik lepas isyak ye, makan kat sini malam ni.
- err pakcik..camne eh..( aku pandang semua orang sambil )
+ balik malam ni la. makan sini.
- sebenarnya kitorang dah nak gerak dah ni. ada hal sikit.
+ dah tu nak balik lah ni??


Ya Allah jad, berpeluh dahi aku nak mengadap abah kau jad. Bukan aku sorang je, yang lain pun sama. Berdebar habis nak jawab statement abah kau tu. Sumpah, kami tersentap sangat2 tengok muka abah berubah 100% lepas kitorang kata nak gerak balik time tu jugak. Kalau takde hal, aku boleh je stay, masalahnya banyak dugaan. So, kami pujuk abah, lain kali kami datang lagi, lepas cuti. Alhamdulillah, dia dah rileks sikit.


Then, kami pergi ziarah kubur kau. Aku dengan aten cuma mampu duduk luar pagar je. Nanti next time kami datang dekat ye. Kau tahu jad, abah cakap something yang akan buat mana mana orang pun tersentuh hati.." kau lah intan, kau lah payung, kau lah racun, kau lah penawar.." even dorang yang cerita tapi sebak tu menusuk kalbu kot. Abah sayang sangat kat kau jad. Kau anak dia. 


Abah suruh kami datang lagi. Dia nak suruh kami makan. haha. Ingat tak dulu, abah suruh kitorang semua datang ramai2, dia nak bawak kami pergi berkelah, makan-makan semua. InsyaAllah, nanti kami datang ke Lanchang and ziarah kau lagi ek. Kau tahu jad, semalam kami pi tengok Wrath Of Titans, movie yang sepatutnya kita tengok berempat. Aku termenung jad pandang screen. Tak focus langsung. rasa nak tido pun ada.hehe.


ALFATIHAH UNTUK MOHAMMAD ROHAIZAD BAKARI


p/s : shoot balik gemas tengah hari nanti. Aten to perlis, aku ke gemas. thanks abg jebat sudi hantar. jasamu di kenang. claim cuci kereta next week orang dah balik okay.=D

Friday 6 April 2012

6th Day

Jumaat, 6 April 2012.
Pejam celik pejam celik dah nak dekat seminggu kau pergi jad. Kau macam mana? Alhamdulillah, kami semua baik sihat walafiat even hati kat dalam ni takde sapa tahu kecuali Dia. 


Der, betul kau ni hotstuff. Ingat tak dulu kau selalu kata kat kami yang kau ni femes, satu UKM kenal kau? haha. memang syok la time tu nak kena menganjingkan. Memang betul pun jad. Makin hari makin ramai orang kenal kau. Syukur alhamdulillah. Ramai orang doa untuk kau kat sana. At first, memang payah bagi aku nak terima yang kau sebenarnya dah pergi jauh. Jauh sangat. Aku masih rasa yang kau ada dekat sini. Kau tak pergi mana-mana pun. We need time to heal our hearts, jad. Biar masa tentukan semua kan?


Kami bertiga dah boleh ketawa macam dulu. Dah boleh menganjing orang macam biasa. Dah boleh makan walaupun selera tu tak banyak mana. Even sometimes, the tears falling down because we miss you so much. Punyalah aku rindu dekat kau jad. Hari2 aku tengok gambar kau, entry blog dulu2 pasal kau, inbox chatting kita, dengar lagu2 from your folder. Kau selalu perli aku, konon aku ni hafal semua lagu, tapi tak tau nak nyanyi Arctic Monkey. Aku ingat lagi punyalah beriya aku search Boyce Avenue punya version sebab dah jatuh cinta dengan acoustic bila kau repeat banyak kali dalam mp3 kereta. haha. SEMANGAT GILA AKU!!


Aku pergi cafe, aku nampak lauk gulai ikan patin fevret kau. Dulu, masa cuti 4 bulan tu, hari2 kita chatting, gayut, mesej fon semua. Kau kata, asal ada lauk ikan patin lah, sehari 7 kali kau makan nasi. HAHA. Aku request kau yang masak even hangus macam mana pun bila kita lepak Lanchang lagi. Tapi apakan daya, kau pergi dulu before aku sempat rasa air tangan kau yang dah sah tak sedap tu. =D


Jad, ramai orang kata kami dah makin kurus. Aku makan banyak jad. serius banyak gila. Sebab kau tak suka kami kurus kan. Kau paksa kami makan banyak2. haha. Semalam aku nampak orang makan ice blended kat Pusanika. Aku teringat kau suka Vanilla Oreo Coolblog. Semua bende la nak vanilla. Nasib kek batik tu je tak boleh nak buat perasa vanilla. haihh.


Semalam, aku dengan aten buat family outing dengan Abg Jebat, Abg Adam, Alang, Kak Maz, Kak Yin, Kak Niza masa dinner. Kami naik kereta Kak Maz, rasa macam duduk dalam CCW 3325 je jad. Cuma takde la bau perfume khas jenama 'kasut kau' lagi. HAHA. Rindu nak naik viva putih tu.


Rohaizad Bakari, aku tau kau ada datang lawat kami kan? Ya Allah rindunya nak dengar suara kau. Nak tengok kau senyum. Nak dengar kau menganjing aku. Nak tengok kau gaduh dengan aten. Hari ni aku tido dalam kelas sambil sumbat earfon leee macam biasa. tiba, ada lagu LMFAO yang sexy and i know it tu. Aku gelak dalam mamai kot. Sebab macam terdengar je kau mengajuk bunyi dia. haha.


Jad, tadi abah dengan mak call masa aku dalam kuliah. Alhamdulllah, dorang sihat walafiat. Esok kitorang datang sana kalau takde pape halangan okay. InsyaAllah, kau selalu dalam doa dan hati kami. =D


p/s: hari ni aku dengan aten nak pergi tahlil untuk MRMB kat Dewan Multimedia, FTSM lepas talk LI depa around pukul 4pm. Abg Adam pun mai dari GMI. 

Tuesday 3 April 2012

Hidup Baru

Hari ni 2 April 2012, bermakna dah 2 hari kau pergi jad. Even aku tau kau dah tak boleh nak stalk blog aku macam biasa, but still i wrote it for you. Jad, ni aku nak cerita kat kau ni. ( kau selalu kata aku cerita over, sampai air tumpah bagai2. haha.)


1 April 2012. Kami sampai UKM pukul 2pagi. Memang dah tak larat, kepala sakit, badan dehydrate. On9 kejap, mandi semua. Then, aten roger aku, Apau hantar mesej bagitau dia dah sampai depan blok. Pukul 3 pagi kitorang pergi Faris. Pelik rasanya jad. Biasa kalau kita open table, kau ada. Ni, just aku, apau dengan aten. Sumpah awkward gila. Perut aku sebenarnya tak lapar, tapi aku order macam tak makan berminggu.Sebab aku tak tau nak buat apa kat situ. Aku dengar je aten cerita dekat apau pasal kau. Aku tak angkat muka pun jad. Aku tunduk je pandang nasi. Betul kata Tengku. Aku pandang aten je, aku nampak kau.
Masa tu, entah camne aku order macam kau selalu order. Nasi goreng ayam taknak sayur langsung dengan teh o ais. Biasanya aku telan je sayur2 tu. tapi still tak cukup zat besi kan? HAHA.


Tengahhari, aku lunch dengan aten dengan Ling. Ling datang dari Shah Alam nak tengok kami. especially Aten. Memang takde selera wa cakap lu. tapi telan je. Aku kena gigih berusaha, kalau tak camna nak jaga Aten dengan Apau kan? Hari Ahad tu aku dah tak menangis. Cuma kadang2 menitis jugak bila orang naik chat, hantar mesej, wall semua..tanya pasal kau. Tapi aku reply seikhlas hati, seredha yang mungkin. Aku try tengok runningman, aku try nak gelak setan macam selalu aku buat kat kau. Tapi dia taknak gelak jad. (nada cam Adnan Sempit ) haha. Aku baca balik entry2 blog aku masa kat hospital dulu. aku gelak sensorang jad. aku tak menangis. betul aku tak nangis. kau nampak kan? :)


Malam tu, aten takde. dia balik rumah. Around pukul 11mlm, Apau lapar. motor dia pancit. Aku pi teman dia makan kat Aliff. Kitorang tak mention langsung pasal kau. Kitorang cerita pasal sup, pasal bola, pasal LI, pasal study. cam cool gila. tapi aku nampak, dari air muka apau..hati dia tak setenang tu.Dia kata sup daging tu tak sedap, tapi aku rasa hati dia yang tak sedap. Balik bilik, puas kami fikir macam mana nak hadapi hari esok tu jad. First day kuliah tanpa kau. Aku risau aten dengan apau. sebab korang satu fac. Pergi arah mana pun kat ftsm tu, kau mesti muncul punya. lain lah aku, terpinggir gila kat FST sana.


2 April 2012. Isnin. Kelas aku pukul 2ptg. Biasanya aku membuta sampai tengah hari. tapi kali ni tak. aku bangun jugak pagi even aku tido lambat. Bangun2 tido, aku check fon. Aten hantar mesej. Dia kata dia dalam bas. Dia taknak pergi kelas, dia lemah, tak larat. Tapi malam semalam, aku suruh jugak dia pergi kelas. Aku tau memang payah tapi dia kena cuba. Dia inbox aku, dia kata dia tak kuat, budak2 kelas tanya dia macam2. Aku suruh dia sabar jad. Sabar tu separuh dari iman. Allah uji kami supaya jadi lebih kuat. Mungkin before ni kami lemah sangat. Then, aku text Kamil dengan Jepa. aku suruh dorang tolong tengokkan Apau dengan Aten kat fac. Syukur jad, kita dikurniakan sahabat2 yang sangat bertimbang rasa dan memahami. Even aku tak selalu keluar dengan Kamil, Jepa sume. tapi dorang sanggup tolong aku. Menitis jugak air mata ni, jad.


Pukul 2ptg. Aku pergi kelas. Syukur alhamdulillah,  budak kelas aku tak tanya apa2. Sikit2 aku dah boleh hadapi semua ni. Aku dah boleh senyum even semua orang tau aku senyum plastik. Aku boleh buat lawak, even dalam hati Allah je yang tahu. Aku boleh menyanyi2 even semua lagu tu lagu dalam folder kau. Aku dah tak seteruk semalam jad. Aku dah boleh bangun. Aku balik balik, aku bukak 'young and dangerous'. Kau tahu remuk nya hati aku bila aku terdelete album gambar yang selama ni aku simpan. Sumpah aku sedih. Tapi bila orang tanya, "kill, kau ok tak ni?" ..aku kata.." eh, aku okay je. rilek ah.".  hakikatnya, aku tengah cuba.


Tadi aku makan dengan kak maz, abg jebat, aten kat cafe. Kami cerita pasal kau. Pasal keluar dulu2. Setiap apa yang kau buat. Kau suka apa, kau tak suka apa. Alhamdulillah, kami sikit2 dah boleh tersenyum dan bahan orang. Mungkin berkat usaha, doa dan kata2 semangat kawan2 yang lain. :) Aku buang cover photo fb, aku tukar dp ultraman. kan kau suka ultraman. hehe. :D. Aku redha kau pergi jad. Tapi aku masih anggap kau ada dekat sini. Aku rasa macam kau dekat Zaaba, tengah tido ke keluar dengan aten ke. Aku anggap kau tak on9 je. Satu je hakikat yang pasti, kami bertiga tak boleh tengok gambar kau. Sebak ,pedih dalam hati.


Ijad, itu cerita 2 hari kau pergi. Good nite. Assalamualaikum. Kami akan cuba happy dengan hidup baru ni dan aku tau, kau tengah tengok dan tunggu doa kami. :)


p/s : semoga hari esok, aku, aten and apau semakin tabah.

Sunday 1 April 2012

Selamat Tinggal MRMB

Pertama kali aku jumpa kau dekat cafe KKM, Apau bawak.
Pertama kali kita keluar sama, kita race 3 motor pergi McD
Pertama kali aku jaga orang sakit, kau, kat Hospital Serdang
Pertama kali aku drive auto, kereta kau kat Restoran Aliff
Pertama kali hati aku sakit pilu, sebab kau pergi...Ijad


30 Mac 2012,
Jumaat. Aku tak tido dah 2 hari. Insomnia teruk. Bajet lepas solat jumaat, memang nak bantai tido le. Tapi aten suruh be ready, siap. lepas dorang habis talk LI, terus gerak.  So, around pukul 4ptg, Dorang pick up aku dekat KKM, shoot pergi Akasia. jemput Malin pulak. Aku ponteng kelas modelling, keluar pergi Shah Alam weh. Lepas pick up Ling, we were heading to Pizza Hut Seksyen 7. Dia amek seat sebelah aku. Between aku dengan Apau. Dia nak yang ada chicken je, so kitorang order Hawaian Chicken dengan Island Supreme.


Aku   : nah, tadi nak sangat hawaian chicken kan?
Ijad    :  bila masa aku kata nak hawaian chicken le?
Aku   : tadi! kau yg cakap. aten saksi dgn ling!
Ijad    : aku nak yang ada ayam je, tak cakap pun nak hawai2 ni.
Aku   : aten! tengok budak ni. ok fine.taknak cakap dah lepas ni. (no more lepas ni dah jad.)


dia bahan aku cakap omputeh.
Aku   :  please give me a slice of island supreme please. passed it with cheese powder too.
Ijad    : erghhh. nak speaking london pulak dia. tau la aku ni kampung je keli. lanchang jee.
(Siap nak tacing. haha)


Masa nak keluar pizza hut tu. Apau perasan ada satu motor Kriss sebijik macam aku punya. no plat pun sama. BGR, kaler purple. sport rim je lain sikit. Puas dorang bahan aku suruh carik owner kat dalam. katanya jodoh. WE WILL SEE THAT LATER, ok! haha Then, we're heading to JJ Bukit Raja. saje jenjalan buang masa. While aten dgn Ling pi toilet, kami masuk FOS. test2 baju. pastu, aku dengan apau main kerusi urut kat luar FOS tu, tapi dia sensorang pergi jalan pusing JJ. takde ape pun kitorang beli. Malin je beli kasut. Pastu, hantar Ling balik Akasia and teru masuk federal highway balik Bangi.


Dalam kereta macam biasalah, bahan2, gelak2, nyanyi. Ijad memang pantang aku suka lagi tu mesti dia nak tukar." erk, nak aku alih lagu ke keli?" "aihh jangan!!! dengki la kau ni.". haha. Then, hantar aten balik rumah cuepacs. Dia mintak aku carik KFC, payung cheesy wedges. Aku okay je, tapi ingat nak tunggu aten ada baru beli. so, aku tak beli la. Tetibe Apau mengajak pi karok. ok fine, kitorang pi Malaysian Idol. Memang rezeki lah masuk2 terus dapat bilik. Masa tu, dia tukang pilih lagu. Still terbayang, still terdengar sampai sekarang suara dia menyanyi penuh perasaan tu. Siap tutup2 mata! Sambil berdiri. Kami duet 3 orang, gamat gila bilik tu. haha. Last memories dengan dia. Entah camna, apau ada rakam satu part dia tengah karok. At least, kalau tertibe nak dengar suara dia, boleh carik Apau. :)


Pastu, konon nak gi downtown, carik seluar dia. tapi tak jadi. katanya esok malam. tunggu aten sume ada. ok takpelah. then, kitorang balik ukm sebab esok pagi tu aku ada fieldwork. Kami hantar dia kat Zaaba. tulah last aku tengok dia. Aku pandang dia bernafas. Last aku cakap dengan dia. " Bye Ijad, gud nite. sweet dream and take care tau! Balik dulu." itu lah last aku tengok dia bergerak.


31 Mac 2012. Aku fieldwork dengan weirdo feelings. Tanya faa dengan ida. memang mood aku macam keling sikit. Aku pergi Alamanda, aku beli Big Apple untuk Ijad, Apau, Aten, Alang. memang aku nak bagi dorang. Then, bila sampai dekat Masjid Putra untuk naik Putra Cruise, aku tinggalkan dalam bas. lepas jalan sikit, sandal aku putus tetiba. Pergi beli selipar. Oleh sebab selipar tu kecik, aku dah niat nak bagi Ijad atau Apau pakai je. Baru beberapa langkah aku gerak, ada call. " Mummy Ijad is calling " . Aikk, lose contact dengan mamat tu lagi ke. Oleh sebab kat situ bising, aku tak bape jelas dengar.


Aku        : assalamualaikum mak cik.
Mummy  : wslm.kila kat mana ni?
Aku        :  saya dekat putrajaya cik, ada fieldwork sikit. kenapa ye?
Mummy  : oh. ni kila tau tak ijad kat hospital dah meninggal? ( aku bajet salah dengar )
Aku        : erm. dia kenapa? ( aku mmg salah dengar ni. )
Mummy  :  ijad pengsan . sekarang dekat hospital kg baru dengan tengku.
Aku        :  ohh. dah tu acik kat mane ni?
Mummy  :  kat Bukit Tinggi lagi, nak pegi hospital la ni.
Aku        : okayyy. so, ijad camane?
Mummy  : kilaaaaa, ijad dah takde kila. dia dah meninggal!


Bercampur baur perasaan aku masa tu weh. aku tak tau nak buat apa. automatik, terus meraung kat situ. terduduk. " plis kata aku tengah mimpi faa. pliss. dia ada lagi kan? dia tak tinggalkan aku lagi kan?"  baru aku tahu meroyan tu macam mana. aku dah tak peduli sekeliling dah. nak pegang fon pun tak larat. rasa nak pitam. jantung berdegup laju. kepala jadi berat. mata jadi rabun. aku terus call aten, dia baru dapat tau. and request dia datang amek aku kat putra ni. aku nak balikkkk! call ibu ayah, tak angkat. call alang, betri habis pulak. call apau,tak dapat sebab tengah game. aku jadi lost!


at last, aten on the way pick up aku. alang pun on the way pick up aku. kami discuss dekat Masjid Putra. Finally, alang bawak kitorang balik ukm. First, terus pergi padang rugby. Cari Apau. dia sorang tak tau lagi. Ya Allah, tuhan saja yang tau betapa risaunya kami nak confess dekat Apau. kami cakap slowtalk.


+ Pau, boleh keluar padang tak ni?
- asal? asal ni?
+ Ada berita tak baik sikit pau. Ijad.
- kenapa dengan aney?
+ Dia dah takde pau. dia dah meninggal.


Harap maklum keadaan kami bertiga masa tu memang tersangat lah tak normal. otak bercelaru. Apau terduduk dekat jalan. sumpah kami semua terkedu. semua ni macam..entah. macam lightning. Kami balik kkm, charge fon semua, pick up Alang dengan abang Jebat, tunggu Kamil dengan budak2 lain dekat Petronas. and terus shoot selaju yang boleh ke Kg Baru. Nasib baik abang jebat tau jalan. Habis laju dah tekan minyak. Kami nak kejar masa sebab jenazah dah dimandikan dan lepas maghrib nak bawak ke Pahang.


Dugaan datang menguji kami bila jalan jammed. Dengan mesej dan call yang tak henti2 masuk keluar. Maaf kalau ada mesej tak berbalas. Tepat azan maghrib berkumandang, kami sampai dekat masjid. Jumpa dengan ahli keluarga arwah. Lepas maghrib, terus sambung solat jenazah, bawak masuk van, dan kami semua pakat ramai2 nak folo pergi Lanchang. Sebab arwah dikebumikan malam tu jugak. Sekali lagi kami diuji dengan jalan jammed. Kena sabar banyak. Lepas masuk highway Karak, speedometer memang tak reti nak kurang dari 100km/h. Duduk line paling kanan je sentiasa. Dua-dua kereta gerak macam tengah berlumba. After 45minits, kami sampai perkarangan Surau Al Ihsan. tak sempat nak tengok muka arwah sebab masa kami sampai surau, dorang tengah masukkan keranda dalam van, nak bawa ke kubur. Masa tu mak arwah tak sampai lagi.


Kami jalan kaki beramai2 pergi ke kubur. Memang jalan tu sangat gelap walaupun baru pukul 9.30mlm. hutan kiri kanan. kampung. harap maklum je lah. Bila sampai dekat kubur, tak berlengah, jenazah dibawa turun ke liang lahad. memang mula2 kami dekat belakang orang ramai. Tapi nasib baik Alang menyelit, dia panggil aku, aten dengan apau datang dekat liang lahad. Ya Allah, tak tertanggung sebak tengok kawan baik kita yang kita anggap macam adik beradik sendiri, yang makan bersuap, jalan berpapah, yang sakit berjaga..kita hantar sampai ke liang lahad. beberapa kaki dibawah bumi. Syukur aten dapat tengok muka arwah for the last time even kami yang lain ni tak nampak. Aten kata, muka arwah bersih, tenang, putih suci je. Aku sendiri tak pasti masih ada kekuatan atau tak kalau dapat jengah wajah dia.


Lagi pilu rasanya bila tanah yang merah tu ditolak masuk ke bawah, berbunyi bila terkena papan. Pedih terasa bila terpandang 2 nisan kecil terpacak menadah langit petanda kau bersemadi di bawah sana , kawanku. Hampir menitis air mata bila mendengar pesanan terakhir sebelum kau berangkat ke alam sebelah sana, meninggalkan kami yang masih bernafas di alam ini, jad. Lama aku terpaku merenung tanah kubur kau yang merah bila semua orang dah beredar balik. Aku sangat mengharapkan bukan kau dibawah sana. Bukan kau jad, tapi orang lain.


On the way kami ke rumah arwah, berselisih dengan Viva putih CCW 3325, sport rim dark brown tak sampai seminggu, baru pasang spoiler berumur sehari, hanya Allah je tahu perasaan tu. Kereta tu lah yang aku naik, kereta tu lah yang aku drive. Pergi makan, pergi tengok wayang, pergi lepak tasik, pergi Teluk Cempedak, Melaka, Pangkor, KL. kalau bukan kereta tu, aku takkan hafal jalan2 KL-Bangi-Putra ni. aku takkan pandai drive auto. Bantal kecik kalerful tu, aku dengan aten beli. Kalau aku rajin, aku cuci siap vakum kereta kau luar dalam jad. aku polish tayar. aku cuci kasut. aku isi botol air. aku lipat baju. Viva tu lah yang hantar aku pergi kelas, jemput aku balik exam. bawak aku pergi makan. Mau tak sedih weh, lepas ni aku payah nak pandang viva putih bernombor plat C, driver lelaki cenonet.


Sampai rumah lagi haru. Kami duduk luar. borak dengan Ibu, ayah Ter, dengan family dan kawan2 arwah yang lain. tak sanggup rasanya nak masuk ke dalam rumah. Banyak kenangan kami dalam tu. Then, Alang tanya masjid bukak ke tak. aku cakap tak tau. Ibu suruh solat je kat bilik Ijad. takde orang. tapi alang taknak. Dia kata, " alang tak jadi solat dalam tu nanti. sebab dalam bilik tu kita gosip dengan dia, kill tido kat  situ, lepak semua. tengok dapur,tnampak kita makan sama2 kat meja." Betul weh, sebak rasanya.


Tepat 12tgh malam, kami bertolak balik Bangi. dalam kereta, semua senyap dah penat. mata pedih, badan lenguh. tapi dalam hati teringat kat dia. telinga ni macam terdengar-dengar suara gelak dia. mata ni macam ternampak2 gelak dia. Sepanjang perjalanan, cakap aje, semua bende aku nampak ada dia. Syukur alhamdulillah, aku, aten and apau masih ada mereka2 yang mampu bagi kami semangat dan kekuatan untutk teruskan hari2 esok yang kami sendiri tak dapat bayangkan tanpa dia. Terima kasih abang Jebat dengan Alang, sanggup drive dalam keadaan penat program lagi tak habis. Thanks kawan2 yang lain, yang sampaikan salam takziah dan alfatihah. Thanks to those yang bagi kata2 perangsang pada kami yang terasa lemah. Yang mengiringi jenazah, kenalan UKM yang lain, Kamil, Hop, Min, Una. Jepa, aku tau kau sedih tak dapat ikut. tapi nanti kita pergi ziarah kubur dia yea.


Kalau ada hutang atau masalah berkenaan arwah ni, contactlah kami. Tolong jangan disimpan dalam hati. Yang pergi biarlah aman disana.


Mohd Rohaizad Mohd Bakari, dengan ini, aku bukan lagi PA kau. Lepas ni, dah takde orang nak panggil aku 'Keli'. dah takde orang nak bahan aku teruk2. dah takde orang yang aku boleh panggil 'sayang'.Kau kata, nanti aku grad, kau nak bagi bunga besar. tapi aku taknak bunga ros. tak suka. Lepas ni, kalau aku nampak teh o ais, aku ingat kau. Aku buat kek batik, aku ingat kau. Aku nampak Viva lalu, aku ingat kau. Banyak benda pasal kau dalam hidup aku dan tak mungkin aku lupakan. Sebab aku kan Sailormoon Power kau. :)


Rest in peace my dear. Aku hanya mampu membayangkan wajah kau bila rindu. Nanti kami tengok2 kan mak,abah yea. Aku sayang kau jad. Berjuta-juta lemon banyaknya. Aku janji, aku cuba yang terbaik. Selamat tinggal ijad. Damailah kau disana.