Tuesday 3 April 2012

Hidup Baru

Hari ni 2 April 2012, bermakna dah 2 hari kau pergi jad. Even aku tau kau dah tak boleh nak stalk blog aku macam biasa, but still i wrote it for you. Jad, ni aku nak cerita kat kau ni. ( kau selalu kata aku cerita over, sampai air tumpah bagai2. haha.)


1 April 2012. Kami sampai UKM pukul 2pagi. Memang dah tak larat, kepala sakit, badan dehydrate. On9 kejap, mandi semua. Then, aten roger aku, Apau hantar mesej bagitau dia dah sampai depan blok. Pukul 3 pagi kitorang pergi Faris. Pelik rasanya jad. Biasa kalau kita open table, kau ada. Ni, just aku, apau dengan aten. Sumpah awkward gila. Perut aku sebenarnya tak lapar, tapi aku order macam tak makan berminggu.Sebab aku tak tau nak buat apa kat situ. Aku dengar je aten cerita dekat apau pasal kau. Aku tak angkat muka pun jad. Aku tunduk je pandang nasi. Betul kata Tengku. Aku pandang aten je, aku nampak kau.
Masa tu, entah camne aku order macam kau selalu order. Nasi goreng ayam taknak sayur langsung dengan teh o ais. Biasanya aku telan je sayur2 tu. tapi still tak cukup zat besi kan? HAHA.


Tengahhari, aku lunch dengan aten dengan Ling. Ling datang dari Shah Alam nak tengok kami. especially Aten. Memang takde selera wa cakap lu. tapi telan je. Aku kena gigih berusaha, kalau tak camna nak jaga Aten dengan Apau kan? Hari Ahad tu aku dah tak menangis. Cuma kadang2 menitis jugak bila orang naik chat, hantar mesej, wall semua..tanya pasal kau. Tapi aku reply seikhlas hati, seredha yang mungkin. Aku try tengok runningman, aku try nak gelak setan macam selalu aku buat kat kau. Tapi dia taknak gelak jad. (nada cam Adnan Sempit ) haha. Aku baca balik entry2 blog aku masa kat hospital dulu. aku gelak sensorang jad. aku tak menangis. betul aku tak nangis. kau nampak kan? :)


Malam tu, aten takde. dia balik rumah. Around pukul 11mlm, Apau lapar. motor dia pancit. Aku pi teman dia makan kat Aliff. Kitorang tak mention langsung pasal kau. Kitorang cerita pasal sup, pasal bola, pasal LI, pasal study. cam cool gila. tapi aku nampak, dari air muka apau..hati dia tak setenang tu.Dia kata sup daging tu tak sedap, tapi aku rasa hati dia yang tak sedap. Balik bilik, puas kami fikir macam mana nak hadapi hari esok tu jad. First day kuliah tanpa kau. Aku risau aten dengan apau. sebab korang satu fac. Pergi arah mana pun kat ftsm tu, kau mesti muncul punya. lain lah aku, terpinggir gila kat FST sana.


2 April 2012. Isnin. Kelas aku pukul 2ptg. Biasanya aku membuta sampai tengah hari. tapi kali ni tak. aku bangun jugak pagi even aku tido lambat. Bangun2 tido, aku check fon. Aten hantar mesej. Dia kata dia dalam bas. Dia taknak pergi kelas, dia lemah, tak larat. Tapi malam semalam, aku suruh jugak dia pergi kelas. Aku tau memang payah tapi dia kena cuba. Dia inbox aku, dia kata dia tak kuat, budak2 kelas tanya dia macam2. Aku suruh dia sabar jad. Sabar tu separuh dari iman. Allah uji kami supaya jadi lebih kuat. Mungkin before ni kami lemah sangat. Then, aku text Kamil dengan Jepa. aku suruh dorang tolong tengokkan Apau dengan Aten kat fac. Syukur jad, kita dikurniakan sahabat2 yang sangat bertimbang rasa dan memahami. Even aku tak selalu keluar dengan Kamil, Jepa sume. tapi dorang sanggup tolong aku. Menitis jugak air mata ni, jad.


Pukul 2ptg. Aku pergi kelas. Syukur alhamdulillah,  budak kelas aku tak tanya apa2. Sikit2 aku dah boleh hadapi semua ni. Aku dah boleh senyum even semua orang tau aku senyum plastik. Aku boleh buat lawak, even dalam hati Allah je yang tahu. Aku boleh menyanyi2 even semua lagu tu lagu dalam folder kau. Aku dah tak seteruk semalam jad. Aku dah boleh bangun. Aku balik balik, aku bukak 'young and dangerous'. Kau tahu remuk nya hati aku bila aku terdelete album gambar yang selama ni aku simpan. Sumpah aku sedih. Tapi bila orang tanya, "kill, kau ok tak ni?" ..aku kata.." eh, aku okay je. rilek ah.".  hakikatnya, aku tengah cuba.


Tadi aku makan dengan kak maz, abg jebat, aten kat cafe. Kami cerita pasal kau. Pasal keluar dulu2. Setiap apa yang kau buat. Kau suka apa, kau tak suka apa. Alhamdulillah, kami sikit2 dah boleh tersenyum dan bahan orang. Mungkin berkat usaha, doa dan kata2 semangat kawan2 yang lain. :) Aku buang cover photo fb, aku tukar dp ultraman. kan kau suka ultraman. hehe. :D. Aku redha kau pergi jad. Tapi aku masih anggap kau ada dekat sini. Aku rasa macam kau dekat Zaaba, tengah tido ke keluar dengan aten ke. Aku anggap kau tak on9 je. Satu je hakikat yang pasti, kami bertiga tak boleh tengok gambar kau. Sebak ,pedih dalam hati.


Ijad, itu cerita 2 hari kau pergi. Good nite. Assalamualaikum. Kami akan cuba happy dengan hidup baru ni dan aku tau, kau tengah tengok dan tunggu doa kami. :)


p/s : semoga hari esok, aku, aten and apau semakin tabah.

No comments: