Monday 9 April 2012

Midsem Holiday

Selamat bercuti midsem untul students ukm sebab u lain dah habih cuti dah. kami ja lambat sikit. Semua duk kalut balik hari khamis-jumaat. Aku rilek je tak tau nak balik bila. But currently, updating blog dari atas katil, dengan bilik yang maha sejuk, bersila bawah selimut dengan headphone di kepala. Nampak kat ibu ni, mampus aku. Free je kena perli malam2 buta. =.=


Check out dari blok pukul 11.20am, then terus shoot pecal lele ayam penyettt kat hentian kajang. Then, aku hantar aten nai bas. Pastu sambung melepak lagi dengan dorang kat situ. Around pukul 1 lebih, abg jebat dengan kak maz hantar aku pi ktm. Thanks abg, akak. Orang tak kena culik pun.=D


Hari ni aku dapat ride ktm baru tuuu. Hehe. sharp gila on time. tepat 1.30pm kot. Dah la enjin senyap, gerabak besar + banyak. Ada tv , semua. Serba baru la. ni yang rajin nak balik Gemas lepas ni. haha. Sampai Seremban pun lebih awal dari jangkaan. 30minit sharp! biasanya 45-50minit. Pastu niat nak masuk Seremban Parade. Macam ni lah kehidupan seorang lone ranger. T,T. Lepak sensorang, jalan sensorang. 


Lepas tu gigih jalan laju macam marathon sebab nak kejar bas punya pasal kat Terminal One. Then, tetiba migrain datang. Dia dah mai dahhh. tepi jalan raya dik oii. Aku rasa nak pengsan, mata pun dah tak nampak sangat. Terus duduk je tepi jalan tu. Sebab utama kena serangan : PANAS! haihh. satu ni aku tak tau lah nak ubat camne. tak boleh diri tengah panas terik lama sikit. Terus migrain. Nasib baik dapat jugak selamat masuk dalam bas.


Aku pulak pergi tido. Orang rumah call pun aku tak dengar. Nice kill. Buatla lagi, nasib baik aku sedar. Kalau tak haru je aku patah balik Seremban , padahal dah sampai Tampin. Pastu, ade budak2 comel tau dalam bas. Aku kan baik. Aku hulur le kat bebudak tu ceklat Daim yang Abang Jebat kasi. Suka kemain dorang. haha. =D


At last. pukul 5 lebih, aku selamat sampai kat rumah walaupun hujan lebat. Yang sengalnya, ayah ni pun satu. Dah tau anak dia besar gedabak, boleh pulak datang jemput aku naik motor kecik sama saiz dgn C70?? haru gilaaaaaaaa. dah la kaki panjang, siap nak tercicir! Serius lepas ni, nak atuk jemput je. T.T. And sempat bechitchat gossip dengan Apak-Maksu before dorang balik Kajang.. uwarghh rindu rumah. Macam biasa, masuk je pintu rumah, salam dengan semua orang. Campak beg dalam bilik, tukar baju. Bomm, dah mimpi atas katil. HAHA.


Bangun2 terus tengok ABPBH. zzz. tak best. k tu je nak update. Bye. =D

No comments: