Friday 6 April 2012

6th Day

Jumaat, 6 April 2012.
Pejam celik pejam celik dah nak dekat seminggu kau pergi jad. Kau macam mana? Alhamdulillah, kami semua baik sihat walafiat even hati kat dalam ni takde sapa tahu kecuali Dia. 


Der, betul kau ni hotstuff. Ingat tak dulu kau selalu kata kat kami yang kau ni femes, satu UKM kenal kau? haha. memang syok la time tu nak kena menganjingkan. Memang betul pun jad. Makin hari makin ramai orang kenal kau. Syukur alhamdulillah. Ramai orang doa untuk kau kat sana. At first, memang payah bagi aku nak terima yang kau sebenarnya dah pergi jauh. Jauh sangat. Aku masih rasa yang kau ada dekat sini. Kau tak pergi mana-mana pun. We need time to heal our hearts, jad. Biar masa tentukan semua kan?


Kami bertiga dah boleh ketawa macam dulu. Dah boleh menganjing orang macam biasa. Dah boleh makan walaupun selera tu tak banyak mana. Even sometimes, the tears falling down because we miss you so much. Punyalah aku rindu dekat kau jad. Hari2 aku tengok gambar kau, entry blog dulu2 pasal kau, inbox chatting kita, dengar lagu2 from your folder. Kau selalu perli aku, konon aku ni hafal semua lagu, tapi tak tau nak nyanyi Arctic Monkey. Aku ingat lagi punyalah beriya aku search Boyce Avenue punya version sebab dah jatuh cinta dengan acoustic bila kau repeat banyak kali dalam mp3 kereta. haha. SEMANGAT GILA AKU!!


Aku pergi cafe, aku nampak lauk gulai ikan patin fevret kau. Dulu, masa cuti 4 bulan tu, hari2 kita chatting, gayut, mesej fon semua. Kau kata, asal ada lauk ikan patin lah, sehari 7 kali kau makan nasi. HAHA. Aku request kau yang masak even hangus macam mana pun bila kita lepak Lanchang lagi. Tapi apakan daya, kau pergi dulu before aku sempat rasa air tangan kau yang dah sah tak sedap tu. =D


Jad, ramai orang kata kami dah makin kurus. Aku makan banyak jad. serius banyak gila. Sebab kau tak suka kami kurus kan. Kau paksa kami makan banyak2. haha. Semalam aku nampak orang makan ice blended kat Pusanika. Aku teringat kau suka Vanilla Oreo Coolblog. Semua bende la nak vanilla. Nasib kek batik tu je tak boleh nak buat perasa vanilla. haihh.


Semalam, aku dengan aten buat family outing dengan Abg Jebat, Abg Adam, Alang, Kak Maz, Kak Yin, Kak Niza masa dinner. Kami naik kereta Kak Maz, rasa macam duduk dalam CCW 3325 je jad. Cuma takde la bau perfume khas jenama 'kasut kau' lagi. HAHA. Rindu nak naik viva putih tu.


Rohaizad Bakari, aku tau kau ada datang lawat kami kan? Ya Allah rindunya nak dengar suara kau. Nak tengok kau senyum. Nak dengar kau menganjing aku. Nak tengok kau gaduh dengan aten. Hari ni aku tido dalam kelas sambil sumbat earfon leee macam biasa. tiba, ada lagu LMFAO yang sexy and i know it tu. Aku gelak dalam mamai kot. Sebab macam terdengar je kau mengajuk bunyi dia. haha.


Jad, tadi abah dengan mak call masa aku dalam kuliah. Alhamdulllah, dorang sihat walafiat. Esok kitorang datang sana kalau takde pape halangan okay. InsyaAllah, kau selalu dalam doa dan hati kami. =D


p/s: hari ni aku dengan aten nak pergi tahlil untuk MRMB kat Dewan Multimedia, FTSM lepas talk LI depa around pukul 4pm. Abg Adam pun mai dari GMI. 

No comments: