Monday 1 August 2011

Orang tak tahu dalam hati kita

betul kata aten. orang tengok kita happy di luar..tapi dalam hati sapa yang tahu. kegembiraan sebenar tak terpancar dekat muka, menerusi kata-kata ataupun lenggok badan. cuma mata hati yang boleh tembus semua tu.


orang mungkin nampak aku keras. keras dari segala-galanya. tapi, keras diluar, tak semestinya keras didalam. orang ape tau, sebab dorang tak rasa! aku mengaku, aku perempuan biasa. perempuan yang lembut hatinya. aku mengaku aku senang terluka,terguris..senang menangis tapi senang jugak dipujuk hatinya. dalam sesaat, aku boleh sedih.. dalam sesaat juga aku boleh ketawa.


aku tak tujukan pada sesiapa. cuma, sekarang ni aku rasa terhiris, pedih. sedih. hari puasa pertama kan. yelah..korang bayangkan.. korang excited. happy happy nak prepare untuk berbuka..time nak mengadap makanan tulah spoil gila. sebab satu ayat je..sumpah aku terasa gila. aku try cover, minum air..and masuk bilik. sumpah aku tak de selera. yes. itu memang cara aku pujuk diri sendiri..


memang selama ni..kalau aku marah, aku sedih..aku pujuk diri sendiri. tak de pun orang nak pujuk. aku tak kisah pun. dah biasa. bila aku try nak cool, aku akan duduk bilik diam-diam tanpa sorang pun bleh masuk. lepas 10minit..aku keluar macam biasa.


untunglah. ada dua orang ni kasi aku ceria sikit. hilang duka nestapa. haha. sekarang dah okay. cuma bila teringat, tipulah kalau tak rasa apa-apa. tengs guys. selamat berpuasa and berbuka. 


p/s : kuih yang banyak2 aku bertungkus-lumus dengan ibu buat dari pagi tanpa non stop tu..habis licin! hoho. alhamdulillah. even keje belakang tabir je :) esok kena masak lagi banyak! 

No comments: