Monday 13 February 2012

Jemputan Umrah

bukan aku yang pergi. belom ada rezeki lagi. hehe. tapi nenek dengan atuk aku. kenduri doa selamat dah pun selamat dijalankan 22 Jan hari tu. alhamdulillah, ramai yang datang memeriahkan majlis. macam kenduri kawin pun ado. hehe.


kalau ikut jadual dan planning. pukul 12.3o tengah hari esok kitorang gerak dari masjid kampung terus pergi KLIA. gerak secara konvoi la. mau puluh-puluh kereta jugak esok ni. rumah aku je dah 2 kereta. ayah aku tak ikut sebab adik-adik aku ada ujian. so, aku kena lah bawak ibu pergi hantar esok dengan pak ngah. Apak dengan pak lang tunggu kat KLIA je siap-siap.


packing done. cuma hari ni ada few things nak kena settle kan. beli bekalan ubat atuk nenek, service kereta ayah yang dah lame tak jalan tu. prepare masak-masak untuk malam ni dengan esok. *malam ni ada sambutan maulid rasul kat masjid kampung. haha. seronok pulak tengok budak-budak sekolah berarak satu kampung macam dulu.


malam tadi, puas aku tahan mata jangan tido. haha. gara-gara nak temankan atuk study bacaan umrah tu sampai pagi. kekeke. lawak bila teringat hari sabtu kelmarin. Tiap-tiap hari sabtu ada pasar tani dekat pekan Gemas. hari tu nenek request aku teman dorang pergi shopping. While aku teman nenek tawaf pasar tu 2-3 kali, atuk kata nak pergi gunting rambut. then, bila dah habis round, kitorang pergilah kat kedai pak cik gunting tu.


+ nenek, atuk takde pun  (mata duk lilau-lilau cari atuk dalam kedai)
- takdo mondo eh. dopan bijik mato yo ah.
+ opocot. perghhhhhh atuk. dah serupa macam uncle setongkol. wakakakaka


(sila bayangkan aku gelak sampai senak perut kat luar kedai tu)
hehe. atuk pergi gondol habis kepala dia. sampai masuk kereta pun aku gelak tak henti-henti . atuk pun jadi bengang dengan aku.


+ lawak bonar ko rupo den ni esah? boriyo bonar cucu ekau ni mongilai.
- haha. dio tokojot tak abih laei la tu.
+ tuk. sumpah lawak gila. bulat jeeee kepala atuk. haha.


bertambah-tambah sakit hati atuk dengar aku gelak. kejap2 dia jeling aku yang kat seat belakang yang tengah leka tenung kepala dia tu. kekekeke.




p/s : nak dekat2 tarikh flight ni. ramai betul tetamu datang rumah. sesi memperkenalkan kewujudan aku yang paling malas tu. -.-"


NEK, ATUK.. have a barakah journey okay. doakan along kat sana nanti. wink3*

No comments: