Monday 6 June 2011

UM | A Very historical moment

Universiti Malaya. sapa tak nak beb dapat study kat sini. even ditawarkan course yang tak berapa nak berkenan dihati..mesti pegi punyalah demi mak bapak.aku pon ada sejarah tersendiri. cerita ni terbangkit bila lately ramai sangat orang kampung tny family aku pasal kes2 nak masuk u ni. aku pelik ah. anak kau yang nak pegi belajar, asal kitorg pulak yang kena pilih. mana satu bagus, mana best. ngeng. aku dulu pon main taram je pilih 8 choice tu. mana aku tau nak dapat um.

ekceli..masa aku skolah rendah..ada skali tu..ayah bawak kitorg jalan2 KL. n time lalu depan UM tu..aku ingat lagi..ayah cakap :" along..ni u paling tua kt malaysia..satu hari nanti along kena belajar kat sini. ayah bangga sangat kalau termakbul along." time tu aku mmg rasa aku takkan masuk lah. haha. tapi bila dah dapat.. ayah tak penah cakap die bangga.. tapi aku tau dalam hati dia..sebab die sanggup hantar aku pegi balik hari kalau aku nak balik rumah. sebab tu..sampai sekarang..aku tak berani mintak apa2 lagi dari dia..

 tak paham aku ngn org2 sekarang. tak memasal ada sorang anak jiran aku kat Klang dulu jadikan aku idola die. macam haramm. UPSR,5A..dapat MRSM Grik. tanak pegi .alasan,nk belajar macam along padahal die tak tau aku tak dapat nak gi maktab even aku tringin gila!. nak masuk kelas KAA mcm along (Kelas Aliran Arab : kelas elit la kononnya). pastu PMR, 9A. again dia dapat maktab. pon tak pegi. alasan..nak ikot along boleh je belajar kat sini..along tak pi pon asrama. ni sumer kes aku tolak tawaran SBP tu. lepas die kata nak stay sekolah yg sama, time tu aku dah abis SPM. tgh dalam kem PLKN. aku memang target nak masuk matriks la.tapi mana aku tau kan..

macam yang aku selalu inginkan. aku dapat jugak KMM (Kolej Matrikulasi Melaka). dah prepare nak folo group budak2 yang nak check out kem pi matriks..aku dapat call dari rumah. ibu kata surat dari UM pulak sampai. tawaran buat asasi. ahhh sudahhhhh. aku mengaku la..time tu memang susah sangat nak buat keputusan. dengan aku yang kat kem lagi..dengana keputusan yang kena bagi dalam masa 2 hari. mana aku tak gelabah. 2 hari tu jugak la aku bergayut kat tiang telefon. discuss dengan family. sebab.. yang matriks tawarkan sains hayat yang mana aku nakkkk sesangat..while asasi pulak kena buat fizikal. seyes la. aku nak pi sangat matriks time tu. tapi. kita sebagai anak..ikut jugak kehendak mak bapak. yup.aku pegi jugak um.

masa aku check out kem. aku sorang je yang balik atas nama panggilan universiti. yang pegi atas nama matriks dah selamat mendaftar dah time tu. aku balik dengan budak2 yang dapat form 6. sekali perjalanan dengan bebdak kem yang balik cuti semester. hmm. mana tak teringat samapai sekrang. masa aku nak balik, dorang mainkan gitar sambil nyanyi kat aku..dalam bas,aku kena bahan. masa nak berpisah..dekat stadium shah alam..dorang kawad last..sebab untuk aku. i really appreciate it. tapi tulah. member2 baik dorm n kompeni aku..ramai budak Perak n Kelantan.. terkilan lah jugak..sebab dorang balik awal sesangat. 6.30pg dari kem. tak sempat nak jumpa semua.

masa kat rumah tu. adoi la..sumpah dapat kunjungan jiran tetangga. tanya pasal kem..tanya pasal u..oleh sebab terlampau dah tak tahu. aku redah pegi sekolah. aku pegi jumpa sorang cikgu ni. sebab die Ex-UM. dia bagi pendapat semua. last2 bukan die sorang je.. almost ramai jugak la cikgu jumpa aku pasal time tu aku sorang je dpat pegi UM. jiran aku pulak.. dah die yang macam mak bapak aku. bangga tahap cipan ah bila dapat pegang surat tawaran ada lencana UM tu. aku tak rasa pape pon time tu.

n last minute. seminggu sebelum daftar. aku dah decide habiis. UM, i'll come to you! pergh ramai giler bhai. PP (Pembantu Pelajar) kata, intake ni adalah intake paling ramai dalam sejarah Pasum. sebanyak 2400 tempat ditawarkan..batch aku.. 2000 orang didaftar masuk after tolak bebudak yang tolak sebab pegi oversea. pack bila tahap jahanam ah. kah3. aku bajet macam asrama dah. sekali..perghh...bukan dorm..bukan rumah.. flat yang ada 9 tingkat bagi blok pompuan. n 7 tingkat bagi blok lelaki. serious aku ingat kondo yang kat lembah pantai. rupanya KK12. kah3.

Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah or lebih femes n senang kalau dipanggil KK12. kalau ada abg or kakak senior kolej lain tanya budak mana.. ktorg ckP.."budak 12th!". orang duk sibuk bangga la dapat masuk UM. sumpah la setahun aku duduk sana.. kekadang aku rasa xde bangga mana pon. seyes ye aku cakap. UM xbest. tapi bebudak n live kt um tu yang best. dorang very open..very understanding..very fresh. nak fesyen terbaru? dorang semua tahu. kuliah its not a kuliah.. tapi macam pentas catwalk.haha

too much kenangan kat dalam tu.haha. bila masuk ukm. tipu la kalau aku tak rasa macam hampeh sikit. sebab semuanya tak macam apa yang aku jangka. sumpah bosan! senior pasum aku dah explain semua kat aku.. tapi aku tak cye. die kata..kau experience dulu MMP.pastu, kau komen kt aku.okay. 1st week.boring. hahah
after few months. kenal beberapa seniors n bebudak netball. hmmm. not bad. tapi bila dorang ade je la. other than dat. BOSANNNNNNN! n tiap2 kali aku bukak fb..semua budak2 um naik chat. "kill..bosan la sini".hahahhaha.

n bout my FB pro pic. hahahahhahahhahahahahhah. aku sebenarnye terbukak photo sorang budak yang Ex-Pasumians (panggilan budak2 pasum)..die pakai baju i love um. SUMPAH LA SGT CUTE! hahaha. pastu tetiber nak terusha geng2 UM.n terbukak la kes rindu-merindu.hahaha. habis wall aku!.terbukak plak rahsia yang tersimpan rapi. hahahahahahaah. tapi tulah. suka tak suka..bosan tak bosan.. dah nak masuk 2nd year dah aku kt UKM ni. dah dapat junior plak. kau junior.. ex-pasumian ke tak ke.. jangan nak mengendeng tak tentu pasal dgn aku. hahaha.

 dewan konvo paling sejuk penah aku masuk.
KK12 



sekian. tu je nk merepek. haha

4 comments:

cma said...

ak tawu ko rindu um gyle ooo. meh nest sem dtg um. ak pon da lame x jupe ko :)

Kill said...

haahahahaah. tau2 je ko.. ehh korang stil lepak 12th ke kolej laen? rindu cincau cafe n tasekkkk!

cma said...

tok next sem ak dpt 12th lg. kaled pon same. hoho. lai lai. cincau cafe tu masih wujud lg.

Kill said...

terbaekkkkkk!! cun2.hahah