Friday 8 July 2011

Aku Risaukan Ayah

selama 3 bulan aku duk bertempek kat rumah ni..hari -hari aku mengadap muka ayah. Ya, aku mengaku.. dulu, hubungan kitorang tak berapa nak macam anak-ayah. tak macam orang lain. entah la. sebab dah biasa dari kecik takut dengan ayah kot. masa kecik2 dulu.. aku manja dengan ayah. manja sangat. bukan dengan ayah jer..dengan semua orang..sebab aku kan antara cucu,anak sedara paling awal lahir..so, semua orang macam pay attention lebih la kat aku. tapi entah cmne..aku sendiri tak sedar..aku makin jauh dengan ayah..

masa sekolah dulu..aku busy. tak cukup sekolah sesi pagi..dengan sesi petang aku rembat bertapa kat sekolah. banyak sangat tanggungjawab. balik rumah..aku dah penat. terus memerap dalam bilik. ayah pulak balik keje terus lepak kat hall rumah. kiranya aku jarang face-to-face dengan ayah even satu rumah. and the scene berterusan sampai aku form 5. after form 5..masuk PLKN. dah berpisah dengan family..balik cuti pon 2 minggu..lepas tu terus daftar asasi. lepas tu..cuti 3 bulan tu aku duk rumah.. tapi ayah busy jugak. ada banyak minor-project keliling kampung. so,aku jarang lagi dengan ayah.

Meanwhile ni. cuti almost 5 bulan. satu-satunya peluang yang aku ada untuk keep-warm balik antara kitorang. aku mengaku. memang susah. after 20 tahun..baru nak create surrounding..perlukan keberanian yang tinggi. sebab ayah bukan seorang yang suka bercakap pot-pet-pot-pet. dia caka bila perlu saja. bila its very very very important. dah macam jimat bateri pulak. nowadays..aku cuba untuk  buat semua tu...Buat semua yang boleh getting back our happiness macam aku kecik kecik dulu.

Ayah tau aku minat buat keje2. tapi aku tak tau kenapa dia tak kasi aku pegi keje. dia siap suh aku duk diam diam lagi kat rumah. aku pelik lah. pelik sesangat. Padahal bukan ada apa pun dekat rumah. kejenye main dengan ayam,itik,tengok tv n selongkar bilik. what the fish kan? Tapi..lama-lama aku sedar...cara ayah interact dengan aku bukan macam orang lain yang nak berpeluk-mengendeng-merengek. He acts like aku ni adults. so, i treat as adults too.

Kalau isteri kena pikat suami dengan masakan. Same goes to me.. cuma ni ayah. Ayah suka makan macam-macam. Kadang2 bende tu..ibu tak nak buat..sebab kekangan masa..then, aku sedar..ayah dah lama mintak nak makan bende tu. Satu hari..masa aku tengah menyelak koleksi buku resepi ibu yang bertimbun2 macam lemari tu.."Along, buatkan ayah kek batik". Now, go gets girl. Bila lagi nak tunaikan? bende kecik ni. Small the matter! Oleh sebab aku buat dengan senang hati..sangat senang hati..kek tu yang before ni tak ikut piawaian kehendak aku.. dah jadi.. the most lovely ever kek batik! haha. Senyum lelama lah!

Cuma..sekarang ni ada satu bende aku risau. Ayah tak nak pergi buat check up Hospital Serdang. Degil! itu dah kira beruntung sebab dapat call doctor postponed 5 July to 19 July. Yep. 19 July. Birthday Ayah. aku ingat dia nak pi bila dah tangguh ni. Then, still tak nak pi. *moody gila aku..Tadi petang, ayah dapat miscall banyak gila! Uncle Zaman..bestie ayah masa dekat Shah Alam dulu.. kena immediately operation tadi. Dekat Hospital Universiti. Serangan jantung. 3 artery kena masuk spring. Fully blocked. hampir maut. damn. aku risau gila. Ibu dah membebel bla bla bla..sebab ayah still tak mau pegi buat check up even kawan dia dah jadi macam ni. aku?? dah tak tau nak cakap ape lah..Kalau ibu pun dah tak makan saman.. ini kan aku..

aku cuma harap ada magic la 19 July nanti. kot pukul 2 pagi dia ajak pegi hospital pun aku dah kira bersyukur sangat2. tak pun..sebenarnya.dalam kepala hotak aku ni dah ada idea macam mana nak paksa ayah balik kajang. HAHAHAHAHAHAHA. harap2 jadilah!

p/s : ibu bagi nama bollywood kat adik2 baru aku. Shah Rukh Khan, Kajol, Rani Mukherjee. :)

No comments: