Thursday 1 September 2011

Syawal : 2nd travelling day

2 Syawal | 31 August 2011


Selamat hari merdeka. tapi aku tak rasa langsung tengah merdeka. sebab bendera tak banyak kot. supposed to be seawal subuh lagi kitorang dah gerak pegi Jerantut ,Pahang and bermalam kat sana. tapi malam semalam, Sara call wan. dia cakap. dia balik rumah Rembau hari khamis. so, tak jadilah ke Pahang. cis. cancel lagi plan aku. rumah gila bising dengan suara budak kecik menangis, bergaduh,gelak2, pakcik2 borak. aku pulak tak tau nak buat bende lagi dah. then, pergi hall. join sekaki borak. topik yang tak bleh bla. GADIS BERKACA MATA. what the? hahaha.


ni sumer gara-gara kitorang jarang jumpa. kalau dorang balik, aku takde. kalau aku balik, dorang pulak takde. kadang2 sengaja tanak jumpa. malas. haha. time nilah baru nak perasan macam2.


+ eh, wani dah kurus lah! diet ke?
+ kak wani dah pakai spect? power dah berapa?
+ wani tengah cuti kan? bila nak masuk sem baru?


and blablabla. sorang lagi kezen aku tu nurse. tapi dia KPJ. apedehal. aku ni cuti 5 bulan siap tambah lemak lagi. sihat aje. dia kecoh gila satu hari makan sesenduk nasi. itu pun lunch je. zzzzz. kau sekeping. haha. dengan semua muka bangun tido. pyjamas pun tak tukar lagi, baik aku iron baju siap2. jeans lusuh, kemeja dgn tdg bawal. ohh tak lupa selipar jamban. kah3.


+ ibu, tanak pakai baju kurung tau. nak pakai jeans macam alang.
- sukati lah. tak bwk baju kurung ke?
+ bawak. tapi tak suka la. jeans lagi senang nak gerak.


hoyeahhh!!! fes time ibu kasi pegi jalan raya pakai jeans. kah3. tahun2 before ni konfom kena sarung baju kurung. maybe sebab dah 20 kot. so, ibu malas nak bising. ayah? sempoiiiii habis. jeans dengan t-shirt fit. muahahahaha. kira dalam konvoi kitorang , family aku paling cikai. membership jeans dengan tshirt je. ibu sorang pakai baju kurung. family pak lang dgn mak long..siap bermekap bagai. pakai baby johnson je sudaaahhhh.


MELAKA. here we come. penat. ada text addin. tanya rumah dia kat mana. time tu kitorang dah sampai Alor Gajah. memang aku dah story kat ibu and ayah pasal member2. siap katanya..


+ call lah addin. tanya rumah dia kat mana.
- along tengah text dia la ni. jap.
+ budak batau anam tu sape?
- ohh Azzah. kenapa?
+ dekat je kalau nak pegi raya. ayah hantar pun boleh.
- nanti along roger.
+ jangan lupa ajak family dia datang rumah. boleh ayah tambah kawan.


ape gigih gila parents aku tahun ni? haha. seb bek dia tak suruh aku beraya kat Bukit Rokan tu. memang aku rasa nak hantuk kepala kat dinding. Melaka? best. memang kampung gila. jalan kecik. seb bek aku suruh ayah bawak kereta balik Rembau. kalau naik van memang konfom tak lepas nak lalu jalan denai tu. tak nak aku mendaki bukit jalan kaki. hisyy.


soalan wajib bila beraya.


+ nor, anak kau mano satu?
- angkat tangan. [ semua anak mohd nor sila angkat tangan ]
+ godang2 dah. bilo nak menantu eh?
- belajar laie. muda amek. baru 19 tahun.[ terbaik ayah. along dah 20 kot ]


boring gila soklan. cuba tanya. suka kaler apa ke. suka makan apa ke. ceh. tiap2 tahun bende yang sama. lepas tu, singgah dusun jap. picnic makan buah rambutan. untung aku pakai slipa jamban. takyah susah2 macam dorang pakai heel 4 inci nak redah tanah merah. haha.


balik Gemas dah pukul 5 lebih. meamng penat lah. untung aku jadi co-driver. duduk je sambil buat taik mata. haha. masuk rumah tengok..walaweyyyy..penuh umah aku! dengan entah sesapa datang raya. wa penat nih! lepas maghrib pegi raya umah Tok Cik. sekampung je pun. oleh sebab aku dapat turn mandi paling lambat. aku kena pi asing. merempit.haha. tiga2 motor lesap. aku mestilah nak naik motor baru.


aku dengan alang naik Modenas. Pak lang dengan mak lang naik PetPet [motor lama takde lampu]. Apak dengan Mak su naik EX5. baguslahh.. kitorang merempit. haha. yang lain naik dengan ayah. satu van. gemapk tak gempak. Mak Lang dengan Harith jadi fotographer. bukan guna DSLR. guna BB. bajet gila nak show off kat aku camera HD. ceit. aku pakai 3310 je pon. haha.


entah camne. aku terjoin family pinky ah semalam. dari Melaka ke Gemas. pinky dayyy. muahahaha. rumah orang buat macam rumah sendiri. gelak tak hengat dunia. seb bek dorang pun kaki pontianak macam kitorang :)







yang pinky girl dengan pinky boy tu. kezen2 sungai sekamat aku. macam haram sekor. aku taulah aku buang tebiat pakai pink. lagi mau snap banyak2. korang nak kutuk pun kutuklah. dah macam beruk makyeh. haha.


balik dari beraya. dah pukul 11. penat gla. tu pun rumah aku stil ramai orang datang. buat air. and aku macam biasa jadi bibik tengah malam. kemas rumah. basuh baju. ampai baju.lipat kain. then, bukak kelas tusyen Add Math homework budak2 nih.ngumpat orang kt FB. tidur pukul 5 pagi. zzzzzz.


and semua dah balik. tinggal lah aku sorang macam biasa. :((

No comments: