Sunday 4 September 2011

Weekend Terakhir

keji la Irine ni. sedih tau background music blog dia. T_T. mood sedikit jiwa kacau malam ni. sebab effect citer Geisha Melayu Terakhir. owww. sempat la cuci mata dengan boifren angkat si Fir AF tu. ibu minat kat dia dah. ^^. this one cannot jadi your menantu okay ibu?..lepas tu topik tak menahan kan dengan ummu. [ ummu kita tak jadilah nak buat entry tu. haha ]. dotdotdot..XD


hmm. aku dah start rasa homesick la. hari tu kecoh sangat nak balik ukm kan. bosan duk rumah la ..rindu dorang la..rindu bangi laa.. tapi sekarang aku dah rindu rumah dahhh. [serius air mata tengah bergenang]. nak tau sebab apa? sebab aku tak boleh la kalau ada orang rindu aku. aku cepat tacing. hati tisu. T_T.


teringat last cuti raya tahun lepas ke cuti ape ntah yang seminggu tu. aku ni suka manjakan adik2. dan suka bermanja juga.^^ [gedik sangatttt]. aku ngaku la. aku tidur dengan adik2 semua. empat2 orang. bukan tak de bilik lain tapi dah biasa. lagi2 dengan yang kecik tu. tidur nak sebelah aku. nak makan mesti sebelah aku. nak pegi jenjalan dengan aku. kalau gi sekolah dengan aku. 


then, bila aku dah balik ukm. sehari selepas ibu n ayah hantar aku balik. ibu call..


+ along, adik demam panas.
- hah? hari tu okay jee hantar along.
+ dia rindu along. nak tidur pakai selimut along. nak mandi pakai towel along.
- dah tu?
+ dia tanya, bila along nak balik lagi.. bila along nak telefon dia lagi..
- along nak balik rumah esok boleh bu? 


sumpah masa aku tengah call tu berjurai air mata kot. itu baru cuti seminggu. ni aku cuti 5 bulan. haih aku tak tau lah tahap ke-homesick-an tu teruk camne nanti. risau pasal banyak keje. korang maybe rasa macam bende ni remeh. tapi aku yang duduk rumah. aku terfikir..nanti aku dah balik u.. sapa nak tolong ibu lipat baju yang banyak2 tu..sapa nak dengar ibu merepek.ya. kat rumah tu ramai. tapi..aku dah biasa buat 5 bulan..lagi2 next year, angah dgn alang duduk hostel. haih.JK betul.


ibu tanya tadi. aku nak makan apa minggu ni.semua ibu masakkan. haih ibu. ibu buat along rasa macam along dah tak balik rumah dah lepas ni..sedih la. lepas tu, tadi before maghrib, lepak dengan atuk dengan nenek dekat bawah pokok rambutan sambil tunggu puding karamel tengah kukus.


+ along masak apa kat dapur tu?
- puding karamel tuk. tapi tak tau lah atuk nenek suka ke tak.
+ masak je lah along. minggu depan nak balik dah.
- hmm..
+ nanti, along kat sana, sape lagi nak masak2 macam ni..


atuk, jangan buat along tacing boleh takkk?? ni yang nak nanges ni. time tu pun dah bergenang air mata. haih hati, awat berat sangat nak balik ni? tadi pegi kedai, ade boy ni datang jumpa member dia, bagitau dia otw balik kampus. naik motor je. pakai short pulak tu. beg besar kat motor. hrmm. sayu nya. tanak balik boleh?


minggu ni duk pulun lah puasa 6. sebab sabtu depan dah gerak keluar dari negeri sembilan.hmm. tadi dorang duk bahan aku lagi.


+ ape ni along makan macam budak2?
- along under age la ibu!
+ kat ukm makan mmg camni ke? nasi campur2?
- yelah tuk. bukan campur je. dah berkalerful dah. haha
+ selalu makan dengan sapa? kat mana?
- dengan kawan2.  kat bangi jugak la. jarang makan dalam u.


aku tak bleh la. atuk nenek tengok aku makan macam lepas ni tak dapat tengok aku makan dah. tak suka tau orang tenung2 ni. lepas tu dorang belikan aku punya stok air soya, mak aiiii..berkotak2. [ sehari aku wajib minum sekotak air soya yang 1 liter tu atas sebab2 kesihatan ].


and macam2 lagi. laaa. ni yang tanak balik ukm ni..tak tau nak manja dengan sapa kat sana nanti. tak de sapa nak masakkan, takde sapa nak belanja makan2, tak de sapa nak bawak pegi jenjalan..tak de sapa nak teman tidur, tak de sapa nak buli aku dah......:'( [nampak tak air mata dah jatuh?]


p/s : hati aku dah teruk betul. muka legend hati kiut.

No comments: