Monday 30 January 2012

Keli Afrika

nothing to do sangat hari ni. just hantar-jemput budak2 tiga orang tu pegi sekolah and mengonline kan diri. lagha-lagha. -.-". tadi masa borak2, teman ibu buat minum petang, while aku buat aiskrim malaysia bebanyak, ayah dengan pak ngah balik dari memancing. kecoh betul adik aku si Ezzly tu. then, aku pun pegi la tengok.


MAK AIIIIIIII. GEDABAK LA WEHHH. mata terbuntang, mulut ternganga. sila bayangkan sendiri kalau aku cakap ikan keli tu lagi besar dari betis aku. besar kan?? sama besar dengan baby beb! ayah kata dorang dapat 4 ekor tadi tapi pakngah terlepas dua ekor sebab tali putus. sayangnyaaa :(


punyalah eksaited aku nak tengok ikan tu kena siang. 


+ pakngah, cepatlah siang. nak tengok dalam perut tu ada pe. cepat3!!
- sabar sabar.kan sabar tu separuh dari iman.
+ ye. along tau. tapi tengok perut dia , berat macam ada emas. haha.
- kan? kalau ada emas keluar tibi la kita kan?
+ tulah pasal along suruh siang cepat. tak sabar ni. hehe


ayah beria-ia asah parang kasi tajam. tapi tak lut jugak. last2 guna kapak. mang aii, bukan emas tapi telur ikan keli tu yang banyak. dah macam taik dah aku tengok. euwwww. bagi sesapa yang stil tak tau. ikan keli, kalau kita dah putus habis pun dia masih boleh gerak2. so, jangan panik. sebab tu memang pe'el dia okay :)


hidupkan api while ayah siang ikan tu sampai bersih. kitorang nak barbie-q kan ikan ni. hehe. gila sedap la cicah air asam. lagi2 air asam tu ibu baru je berguru dengan sorang nenek dari kemboja. memang. aummmmm! syiok sampai tutup mata, jilat jari. dari mata, masuk ke mulut, turun ke hati!. haha.


+ atuk, ahad ni kita pegi tau! kita pegi reramai.
- huh. bukan takat sungai tu, lubuk batu sana tu pun atuk juara.
+ ceh, cakap besarla. nanti habuk pon tarak!
- yelah. nanti kita berkelah sekali kat situ.
+ yeay! apak balik, pakngah ada. bestnye!!


p/s : so, ikan keli sungai kelamah . watch out! i'll catch you later. aummmm! :D

No comments: