Tuesday 17 January 2012

Riang Ria Semerter Holiday!

aku habis paper 18 jan. itu pun acom. means esok la kan? hurmm. lepas tu tercongok dua hari kat bilik tunggu panggilan pulang ke rumah. what the fish? nak packing pun takde bende nak packing. balik rumah biasanya bawak badan dengan henfon dengan wallet je. padahal cuti sebulan tu. pedehal.muahaha.


aku balik dengan apak, hari jumaat malam. alkisahnya..aku malas nak naik ktm ke seremban lepas tu nak kena naik bas lompat-lompat sampai dua kali transit ke Gemas. dah la bas southern tu memendekkan lutut aku. kecik kot. aku kena amek dua seat baru kaki aku boleh bernafas. almaklumlah, kaki panjang. -.-"


so, petang jumaat tu nak lari ke Alamanda jap, semata2 nak beli Big Apple untuk adik-adik tersayang. *ayah dengan atuk aku yang gila makan donut kalerful ni. haha. dah jadi habit. kalau nak balik Gemas je, mesti beli oleh2. tak kisah la. donut ke, mexican bun ke mcD ke. apape jela. mesti kena bawak.selalunye aku beli Dunkin Donut le. itu pun kat Terminal One Seremban. ngeri gak orang tengok aku beli donut berkotak-kotak. haha. ye lah. tak ke naya bila aku sampai..satgi semua cousin-cousin and sedara -mara ada? mana cukup oiiii.


bertolak balik rumah Apak maybe lepas maghrib, sampai sana, letak motor, terus masuk kereta. bertolak pulang ke Gemas. hoyeah! sebab ape. malam tu dah start rewang untuk kenduri hari Ahad. kenduri aku tunang eh nikah. jemputlah datang ye semua. No 49, Felda Sungai Kelamah, Gemas, N9. kalau tak jumpa rumah, calling2. aku jemput kat bawah nun pintu masuk felda. almaklumlah, rumah aku ni ceruk. jauh dari pekan. ngeri sikit.:D kampung kannn.


haha. taklah. just kenduri kecik je. kenduri nenek dengan atuk nak pergi umrah. dorang memang tunggu aku balik masa plan nak buat kenduri ni. sebabnya kenapa tunggu aku balik? haha. ade leh. :) lepas tu, nanti ada event kat situ. Ayah, as secretary kelab yang anjurkan program tu, beriya suruh aku balik jadi MC majlis. muahaha. segan kot. dah la Adun datang. aku nak cakap ape lah pulak depan orang2 ramai ni. haih. kalau majlis universiti ke sekolah ke..biasalah.. ni public kot. haiyaaa. seb bek dapat gaji. haha.


lepas tu. aku dah plan nak gi masuk sungai, kutip siput sedut. kena tunggu bulan mengambang baru siput naik. kena tengok gak air dalam ke tak. lepas tu nak balik dusun kat Melaka. kemas-kemas dusun. jadi cikgu tusyen tak bertauliah kat adik-adik, kawan adik2, kezen2. jadi chef terhormat kat rumah. muahaha. punah le dapur ibu aku anak dara yang sorang ni balik. mesti ibu terjerit2 kan barang dia dah beralih tempat. haha.


p/s : harap2 cuti sebulan ni tak membosankan.dah la takde kawan. henfon pun taknak bunyi dah. hurmmm.

No comments: