Monday 12 December 2011

Aku bukan lesbian

aku rasa betul lah aku ada penyakit. dah la penyakit ni berbahaya. tapi korang jangan risau sebab dia tak berjangkit. penyakit hati.


+ adin, aku tetibe rasa aku ni lesbian. -.-
- hahaha. bahaya ni kill


aku bukan ape weh. ye lah. cuba korang bandingkan situasi ni..


gadisgadis normal :
+ eeee, hensemnye mamat tu. jambu siot! comel je.
+ tengok ah stail dia. even tak hensem tapi macho tu ada!
+ kalau dapat jadi balak aku ni, mesti best! ohh indahnye dunia..


aku :
+ hensem ke? biasa je aku tengok.
+ pehhhhh, awek la siottttt. cun nak mampuih!
+ ni kalau aku laki la kan weh, memang cair habis dah niiiiiiiii


dekat ukm ni serius takde lelaki yang boleh dibuat untuk cuci mata. bosan gile. semua muka nerdynerdy. aku suka yang nakalnakal sikit sebab aku ni budak baik(sheesh ><). tapi hat pompuan tu..mak aiiiiiii, perfume je dah bau sebatu. belom ketapketupketapketup bunyi heels ke wedges ke bapa tingkat tu ( aku tak faham ape beza wedges dengan heels. cheesy wedges aku tau le -.-). 


belom gadisgadis yang pergi kuliah macam fashion show lagi. baju nak kalerful. tudung kuning, cardigan merah menyala, leggings purple, kasut sneakers. siap ada reben besar macam bapak kelawar. exception untuk aku. paling lawa aku pegi kelas pun, baju kurung yang tak bergosok. tudung yang fast n furious punya iron. n selipa jamban aku yang dah takde bunga tu. ( peristiwa jatuh kat bimb ss16 masih segar diingatan -.-).


gadisgadis ini terlalu banyak daya tarikan sampai aku pandang tak berkelip. and kalau nak cover malu sebab awek tu perasan aku usha dia macam dia tengah shirtless pun, aku cepatcepat pakai tinted chrome helmet aku tu. hehe. i just love the helmet. :)


and satu lagi. aku tak jumpa pun manamana lelaki yang boleh kasi aku pandang toleh dua kali lagi. setakat ni la. aku think positive je. maybe belom tiba masanya. sekarang ni biaq aku berfoyafoya dengan gadis yang sememangnya cun melecun, come lote, gojes bagai.. oh so awesomeeee!!. contoh : shila amzah. apesal la kau ni adorable sangat eh sayang? haha. macam barbie doll pulak i tengok u. kah3.


p/s : ya Allah, bukakan pintu hati sebenarku. :)

No comments: