Sunday 13 November 2011

Nickname comel aku famous masuk cerpen beb!!

sila angkat tangan sapa yang tak tau nickname aku yang femes lagi macho tu? mana mana? seyes ada yang tak tau? KESIANNNNNN.. meh tengok biodata aku meh.

Nama ikut IC : Nur Aqilah Syazwani Bt Mohd Nor Bin Ahmad Bin Bujang Bin Mat Noh.
Nama manja  : Keli Klaksen (sila sebut macam orang sakit sengau)

 SIAP CAYEEEE!

haha. tak ah. orang panggil aku Kill je. camne aku dapat nama suweeet tu? lai baca hikayat princess rock n roll ni.

Masa aku duk Shah Alam dulu, orang panggil aku Aqilah. Then, masa half year darjah 1 aku pindah Klang. kat sana orang panggil aku dengan nama tu lagi. siap musuh paling aku benci : K-man, Apip, Luqman, Azim bagi nama " Gori" from Gorilla sebab aku selalu baling meja dengan kerusi kalau gaduh dengan dorang. seyes pecah n patah selalu hartabenda sekolah tu. Baju uniform aku takyah citer la. hari hari mak aku bising main macam budak lelaki. kotor yang amat amat! and nama tu melekat sampai darjah 6.

Masuk form 1. aku dah start jadi prefect. time tu sekolah sesi petang. masuk pukul 2. kitorang dah gerak dari rumah. ohh ya. time tu aku ada besfren. Ain, Amni,Azwa. plus aku, Aqilah.. jadi 4A. kekekeke. kitorang gi sekolah nek beskal. meracing gila gila punya ni. bayangkan. sepatutnya gi sekolah 10 minit, kitorang punya racing jadi 3 minit. HAHAHAHAHA. bes gila. selalu je eksiden sebab basikal aku mana ada brek sebab asik rosak. kasut aku 2 bulan je dah haus sebab brek guna kaki. Pernah je aku pegi sekolah, duty pengawas, time tu Pengarah PPD datang, aku selamber jadi MC dengan baju kotor + kain koyak sebab baru lepas jatuh time nak kejar pintu masuk jangan tutup dengan pak gad. PREFECT LAMBAT NI BEB!

Kitorang bagi nickname masing2. Amni = Am. Ain = N . Azwa = Wa. Aqilah = Qil. bende ni jadi heboh satu sekolah sampai aku form 5. almaklumlah. aku ni memang femes sikit kat sekolah. semua pertandingan aku je wakilnya. wakakakkakaa. jangan salahkan aku. korang pegi tanya cekgu2. macam dah takde orang lain. padahal 3000++ budak sekolah tu.

Then, bila pegi PLKN. kelas CB ( aku tak ingat nama panjang dia apa). kena pakai nametag. aku dapat marker. aku tulis nama aku besar2 full kertas tu. "KILL" kaler hitam merah. time tu tengah minat emo dengan gothic. memang jelingan maut ah tiap2 kali aku turun DM or padang kawad. "nama budak tu kill beb"" gila tak penah senyum sejak masuk kelas CB""bapak garang gila". tu luaran je..padahal dorang tak tau.. aku sengsara takde member sekepala. haihh.tapi lepas sebulan, aku dah jadi kamceng dengan satu kem. siap buli ouh jurulatih. almaklumlah, dah la muda, baru lepas kuar U, lelaki pulak. kah33333.

and nama tu melekat la sampai asasi and now kat UKM ni. dah tua dah aku. 20 kot. haihhh. bak kata atep: 

+ kau dah cukup pakej nak kawen dah kill ( kepala hangguk diaaaa)
- takde calon. kalau tak, aku dah suh dia datang umah pegi pinang aku.
+ menipu ah. kau takde? huh
- kau je la kawin dengan aku tep. amacam? kau bongsu, aku sulung. ohh sweetttt.
+ ngek kau kill!
- HAHAHAHAHAHA. kau taknak? takpelahh. :(


abaikan. tu hasil merepek kami berdua . gedik pegi diskus hal masa depan. hahahaha. back to tajuk. aku tengah buffer cite Libas kt youtube and tengah download cite In Time ni. sebab malas nk gi GSC . kah3. so, meanwhile aku pegi la bukak Penulisan2u and TERbaca lah satu cerpen ni. what the hell??? asal macam kisah aku je ha? campur zaman sekolah sikit, zaman asasi sikit, zaman ukm sikit. kah33. siap nama sama!!! aku bajet mesti nama writer ni Aqilah or Shakilla or wateverrrr. tak caya? lai baca ni. 

( sila klik ek )

serius aku gelak sekor2 sambil membebel sikit sebab samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. okay 60% aku rasa sama. kah333..

p/s : aku kena bising je cuti seminggu ni. mak aku kata aku ada personality problem. tak tau aku ni pompuan ke jantan. hurmmmmm :(

No comments: