Saturday 15 December 2012

Penjenayah Teraniaya

2 GSC Free Ticket. Alamanda. The Hobbit : An Unexpectable Journey.

Macam biasa. Last minute.
" roger ali tersayang. date jom. cakap aku nak tengok sangat malam ni "
" yeah. dia kata jom "

Balik KKM, duk bertapa depan laptop cara-cara nak booking seat tapi fyi la kengkawan, sekarang GSC dah takde tab 'Showtimes and Reservation'. haprak betul. Decided to shoot early sebab nak reconform availablity seats and free tickets aku tu, so pukul 11 rempit gi Alamanda. Rempit dengan kelajuan 40km/j. Penegasan di situ 40km/j SAHAJA. Romantik sangat berdua.

" kau ni kenapa macam takut nak bawak motor je sekarang? kura-kura "
" sejak jad takde memang aku bawak slow sikit. practise make perfect "

Nak dijadikan cerita, sampai lah kitorang berhamparkan red carpet depan GSC tu. Beli tiket done for 4 seats. Meanwhile tunggu Ali Masterchef datang dari dinner rugby dekat Subang, kitorang lepak la around tasik tu. Siap kena halau dengan pak gad uols. Around 12.30, Ali sampai dengan Bibah, his bestfriend. Nasib bestfriend je, kira ada can lagi nak masuk ni. kahkahkah. Lepak2 kejap cerita pasal helmet la, blender la, beli popcorn * thanks bibah blanje kiteorang*.. masuk hall.


Nak dijadikan cerita lagi, orang lain tengah khusyuk siap tayang muka serious tak berkelip mata tengah tengok screen, aku dengan Aten berdekah gelak keluar angin. * sapa yang pernah tahan nak gelak kuat-kuat sampai merah muka tau lah*. Sebab apa? Sebab kitorang tengok Bilbo The Hobbit tu macam Athif. Dengan kena bulinye. Dengan keciknye. hahaha. pastu Bilbo ni si pencuri dalam citer ni. Teringat kat Ali curi stokin dia pastu dia mengadu kat aku. hahahahaha. serius penat kiteorang tahan gelak dalam tu. Sampai berair mata. Nasib amek seat tepi. Depan pulak tu.

2.45am
Aten dah gerak kiri kanan kiri kanan, dua ekor sebelah kanan aku keras lagi pandang screen.

3.15am
Aten : " ok dah klimaks. nak habis dah ni "

3.30am
Aten : " aku syak subuh baru kita keluar cinema la kill "

3.45am

Wehoo!! pinggang meletup-letup, kaki cramp. 3jam bakhanggggggg!

Meanwhile aku queue bayar tiket, Ali dah terpengaruh dengan kitorang nak shoot Broga lepas tu. haha. Siap nak lepak mamak lagi. Siap nak follow kitorang dari belakang.

Aten : " takpe Li. korang gerak la dulu. "
Ali    : " aku risau dengan korang ni. Kill ni dah la muka bawak moto laju "
Aku  : " tadi aku tibai 40 je kot. Nanti dah sampai, aku msg ko ek "
Ali    : " makesure roger ek Kill. kena inform aku jugak. bawak leklok. slow2 "
Aku  : " ye Ali. slow je. 40km/j je. serius "

Sampai kat park motor..


Aku : " wehhh helmet aku mana????? " * pusing-pusing tengok keliling *
Aten : " ko jangan main-main kill "
Aku : " eh babi mana dah curi helmet aku ni? babiiii woi helmet aku gila!"
Aten : " slow sikit kil. org tengok kita. malu aku "
Aku : " eh babi babi babiiiii. kita nak balik camane sendukkkkkk"

Last-last kitorang decide, redah je balik UKM macam tu. tapi aku pakai helmet Aten. takkan orang belakang pakai helmet, orang depan togel. At first traffic light nampak Ali dalam kereta belah kanan. Belah kiri ada van cabuk dalamnya ada orang gila. Oleh sebab aku tak tahan panas telinga, terus pecut macam pelesit. Lupa pulak aten takde helmet kat belakang. So, as mini precaution aku suruh dia peluk aku kuat-kuat. Aku syak Ali tak terkejar dengan kitorang. 100km/j. Semua traffic light aku langgar. pukul 4 pagi oi. Memang dalam kepala otak nak sampai cepat je UKM tu.

10minit. Dengan kelajuan kuasa kuda, 4.15am kitorang sampai UKM. Sambil usha pakgad dari jauh, kepala duk pikir helah nak cari Ali. Kalau tak lepas, memang pakat tumpang Ali sampai FPI. tapi alhamdulillah, dengan keringnya, kitorang siap waving dengan pakgad tu. wuu wuu wuu~~~~. Sampai bilik, text Ali dengan gigihnya.


+ ali ktorg dh sampai dgn selamatnya. btw, thanks kerana sudi dtg memeriahkan majlis wayang pd malam ni'
- esok aku bayar.korang bwk laju gila.tak sempat nak folo
+ tadahal thn depan sem depan pun boleh bro
- eh td kau tak pakai helmet eh
+ ali long story nak cite ngn kau.nanti kita lepak kita borak pnjg ek memang kau akan berdekah! confirm!

alkisahnya kitorang dua lapar lepas aksi melarikan diri macam penjenayah tu. 2 minit kemudian, kitorang shoot Fariz Maju dengan minyak kereta kering kontang. Makan jap, tarik nafas jap, rileks kepala otak. Terus balik. Gila macam tak percaya je rasa jadi penjenayah tadi. gilaaa ahhh! Betul kerja gila. tu belum part terniat nak shoot broga lepas balik mapley. Kalau jadi, sumpah aku tak tau nak cakap apa. Ni kalau arwah jad ada, konfom kena sebijik. Belum Apau lagi, perghhh bernanah telinga dengar ayat seorang pak imam muo. Tapi nasi dah jadi bubur. helmet punya pasal la ni.

Buat si pencuri helmet,

Kau mungkin terbaca entry ni sebab kat helmet aku tu terang-terangan ada link blog aku. Kalau kau ni bodoh sangat tak reti baca lain la cerita. Macam ni la, aku nak kawtim dengan kau. Aku maafkan kau kalau kau pulangkan balik helmet tu, kalau takde tali pun aku redha, tapi helmet tu ada sentimental value. Tolonglah pulangkan. Aku janji kita boleh jadi bestfriend. Kau tak rasa aku ni baik hati ke?  Hmm. ko komen guna anon account pun takpela.


Sekian, terima kasih.


Yang benar dan ikhlas,

KILL THE MURDER.


4 comments:

Anonymous said...

now i know ur true colours

Anonymous said...

thnks a lot!

Anonymous said...

best ke hobbit?

Kill said...

best? okay je la. best bila masuk klimaks sampai the end. yg lain biasa je.