Thursday 19 May 2011

Tahlil untuk arwah

Hari khamis. Malam Jumaat. Hari yang mulia. tapi cuak. sebab banyak citer hantu contohnya. Mantera Anjasmoro.hehehhe(pontianak mengilai). tapi malam2 jumaat ni jugak perkara2 sunat kalau dilakukan dapat pahala contohnya..baca yasin, kenduri tahlil, dan sebagainya. oleh sebab hari tu dah buat kenduri arwah kat rumah..la ni. nenek pi join kt surau felda je la sebab dorang buat kenduri beramai2. so, kena bagi nama je kat tok imam tu.


besenyer kt kampung aku ni, kalau join kenduri beramai2 cmtu, setiap family or orang yang join tu akan masak sebarang makanan untuk juadah. So, kali ni..kitorang masak Rendang ayam kampung dengan pucuk mali mali. and aku dipertanggungjawabkan buat kuih. tapi mana lah aku tau kena buat kuih orang kampung suka. so, puding jagung je la. haha.bapak sempoi.


 Sebenarnya, nenek nak join tahlil tu untuk arwah pak long aku yang meninggal tahun lepas. Seminggu sebelum puasa. Doktor kata penyakit kencing tikus or leptospirosis. tapi 2 hari lepas aku ada beli majalah i-Sihat. tup tup..terbukak pasal "Misteri Serangan Adenovirus". so, lepas baca2. rupanya penyakit kencing tikus tu tak wujud. Ia berkaitan dengan bende alah ni la. Adenovirus. ni ada sikit aku petik dari artikel tu:


"Adenovirus dikatakan berasal daripada sekumpulan virus di kelenjar Adenoid yang berada di dalam kepala berdekatan dengan rongga hidung. Ia berfungsi untuk melindungi serangan penyakit tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. Untuk makluman anda juga, Adenovirus tidak berkaitan langsung dengan binatang seperti tikus kerana ia wujud dimana2 sahaja di sekeliling kita."


yang lawaknya. tadi time nenek sruh aku tulis nama arwah pak long kat kertas, seb bek aku tak salah tulis nama. mana taknya. nama arwah pak long: Mohd Nor Bin Eyub. nama ayah pulak: Mohd Nor Bin Ahmad. mau tak tersalah tulis tadi. seb bek aku sedar awal2. astaghfirullah. ayah sendiri nok!! haha. kalau tak, naya je. tok imam duk tahlil kan ayah aku. masya-Allah.kesimpulannya, hati-hatilah ketika menulis. haha 


RENUGNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!






p/s : alfatihah untuk arwah pak long, arwah atok rembau dan tak lupa untuk arwah iela.

No comments: