Sunday 1 April 2012

Selamat Tinggal MRMB

Pertama kali aku jumpa kau dekat cafe KKM, Apau bawak.
Pertama kali kita keluar sama, kita race 3 motor pergi McD
Pertama kali aku jaga orang sakit, kau, kat Hospital Serdang
Pertama kali aku drive auto, kereta kau kat Restoran Aliff
Pertama kali hati aku sakit pilu, sebab kau pergi...Ijad


30 Mac 2012,
Jumaat. Aku tak tido dah 2 hari. Insomnia teruk. Bajet lepas solat jumaat, memang nak bantai tido le. Tapi aten suruh be ready, siap. lepas dorang habis talk LI, terus gerak.  So, around pukul 4ptg, Dorang pick up aku dekat KKM, shoot pergi Akasia. jemput Malin pulak. Aku ponteng kelas modelling, keluar pergi Shah Alam weh. Lepas pick up Ling, we were heading to Pizza Hut Seksyen 7. Dia amek seat sebelah aku. Between aku dengan Apau. Dia nak yang ada chicken je, so kitorang order Hawaian Chicken dengan Island Supreme.


Aku   : nah, tadi nak sangat hawaian chicken kan?
Ijad    :  bila masa aku kata nak hawaian chicken le?
Aku   : tadi! kau yg cakap. aten saksi dgn ling!
Ijad    : aku nak yang ada ayam je, tak cakap pun nak hawai2 ni.
Aku   : aten! tengok budak ni. ok fine.taknak cakap dah lepas ni. (no more lepas ni dah jad.)


dia bahan aku cakap omputeh.
Aku   :  please give me a slice of island supreme please. passed it with cheese powder too.
Ijad    : erghhh. nak speaking london pulak dia. tau la aku ni kampung je keli. lanchang jee.
(Siap nak tacing. haha)


Masa nak keluar pizza hut tu. Apau perasan ada satu motor Kriss sebijik macam aku punya. no plat pun sama. BGR, kaler purple. sport rim je lain sikit. Puas dorang bahan aku suruh carik owner kat dalam. katanya jodoh. WE WILL SEE THAT LATER, ok! haha Then, we're heading to JJ Bukit Raja. saje jenjalan buang masa. While aten dgn Ling pi toilet, kami masuk FOS. test2 baju. pastu, aku dengan apau main kerusi urut kat luar FOS tu, tapi dia sensorang pergi jalan pusing JJ. takde ape pun kitorang beli. Malin je beli kasut. Pastu, hantar Ling balik Akasia and teru masuk federal highway balik Bangi.


Dalam kereta macam biasalah, bahan2, gelak2, nyanyi. Ijad memang pantang aku suka lagi tu mesti dia nak tukar." erk, nak aku alih lagu ke keli?" "aihh jangan!!! dengki la kau ni.". haha. Then, hantar aten balik rumah cuepacs. Dia mintak aku carik KFC, payung cheesy wedges. Aku okay je, tapi ingat nak tunggu aten ada baru beli. so, aku tak beli la. Tetibe Apau mengajak pi karok. ok fine, kitorang pi Malaysian Idol. Memang rezeki lah masuk2 terus dapat bilik. Masa tu, dia tukang pilih lagu. Still terbayang, still terdengar sampai sekarang suara dia menyanyi penuh perasaan tu. Siap tutup2 mata! Sambil berdiri. Kami duet 3 orang, gamat gila bilik tu. haha. Last memories dengan dia. Entah camna, apau ada rakam satu part dia tengah karok. At least, kalau tertibe nak dengar suara dia, boleh carik Apau. :)


Pastu, konon nak gi downtown, carik seluar dia. tapi tak jadi. katanya esok malam. tunggu aten sume ada. ok takpelah. then, kitorang balik ukm sebab esok pagi tu aku ada fieldwork. Kami hantar dia kat Zaaba. tulah last aku tengok dia. Aku pandang dia bernafas. Last aku cakap dengan dia. " Bye Ijad, gud nite. sweet dream and take care tau! Balik dulu." itu lah last aku tengok dia bergerak.


31 Mac 2012. Aku fieldwork dengan weirdo feelings. Tanya faa dengan ida. memang mood aku macam keling sikit. Aku pergi Alamanda, aku beli Big Apple untuk Ijad, Apau, Aten, Alang. memang aku nak bagi dorang. Then, bila sampai dekat Masjid Putra untuk naik Putra Cruise, aku tinggalkan dalam bas. lepas jalan sikit, sandal aku putus tetiba. Pergi beli selipar. Oleh sebab selipar tu kecik, aku dah niat nak bagi Ijad atau Apau pakai je. Baru beberapa langkah aku gerak, ada call. " Mummy Ijad is calling " . Aikk, lose contact dengan mamat tu lagi ke. Oleh sebab kat situ bising, aku tak bape jelas dengar.


Aku        : assalamualaikum mak cik.
Mummy  : wslm.kila kat mana ni?
Aku        :  saya dekat putrajaya cik, ada fieldwork sikit. kenapa ye?
Mummy  : oh. ni kila tau tak ijad kat hospital dah meninggal? ( aku bajet salah dengar )
Aku        : erm. dia kenapa? ( aku mmg salah dengar ni. )
Mummy  :  ijad pengsan . sekarang dekat hospital kg baru dengan tengku.
Aku        :  ohh. dah tu acik kat mane ni?
Mummy  :  kat Bukit Tinggi lagi, nak pegi hospital la ni.
Aku        : okayyy. so, ijad camane?
Mummy  : kilaaaaa, ijad dah takde kila. dia dah meninggal!


Bercampur baur perasaan aku masa tu weh. aku tak tau nak buat apa. automatik, terus meraung kat situ. terduduk. " plis kata aku tengah mimpi faa. pliss. dia ada lagi kan? dia tak tinggalkan aku lagi kan?"  baru aku tahu meroyan tu macam mana. aku dah tak peduli sekeliling dah. nak pegang fon pun tak larat. rasa nak pitam. jantung berdegup laju. kepala jadi berat. mata jadi rabun. aku terus call aten, dia baru dapat tau. and request dia datang amek aku kat putra ni. aku nak balikkkk! call ibu ayah, tak angkat. call alang, betri habis pulak. call apau,tak dapat sebab tengah game. aku jadi lost!


at last, aten on the way pick up aku. alang pun on the way pick up aku. kami discuss dekat Masjid Putra. Finally, alang bawak kitorang balik ukm. First, terus pergi padang rugby. Cari Apau. dia sorang tak tau lagi. Ya Allah, tuhan saja yang tau betapa risaunya kami nak confess dekat Apau. kami cakap slowtalk.


+ Pau, boleh keluar padang tak ni?
- asal? asal ni?
+ Ada berita tak baik sikit pau. Ijad.
- kenapa dengan aney?
+ Dia dah takde pau. dia dah meninggal.


Harap maklum keadaan kami bertiga masa tu memang tersangat lah tak normal. otak bercelaru. Apau terduduk dekat jalan. sumpah kami semua terkedu. semua ni macam..entah. macam lightning. Kami balik kkm, charge fon semua, pick up Alang dengan abang Jebat, tunggu Kamil dengan budak2 lain dekat Petronas. and terus shoot selaju yang boleh ke Kg Baru. Nasib baik abang jebat tau jalan. Habis laju dah tekan minyak. Kami nak kejar masa sebab jenazah dah dimandikan dan lepas maghrib nak bawak ke Pahang.


Dugaan datang menguji kami bila jalan jammed. Dengan mesej dan call yang tak henti2 masuk keluar. Maaf kalau ada mesej tak berbalas. Tepat azan maghrib berkumandang, kami sampai dekat masjid. Jumpa dengan ahli keluarga arwah. Lepas maghrib, terus sambung solat jenazah, bawak masuk van, dan kami semua pakat ramai2 nak folo pergi Lanchang. Sebab arwah dikebumikan malam tu jugak. Sekali lagi kami diuji dengan jalan jammed. Kena sabar banyak. Lepas masuk highway Karak, speedometer memang tak reti nak kurang dari 100km/h. Duduk line paling kanan je sentiasa. Dua-dua kereta gerak macam tengah berlumba. After 45minits, kami sampai perkarangan Surau Al Ihsan. tak sempat nak tengok muka arwah sebab masa kami sampai surau, dorang tengah masukkan keranda dalam van, nak bawa ke kubur. Masa tu mak arwah tak sampai lagi.


Kami jalan kaki beramai2 pergi ke kubur. Memang jalan tu sangat gelap walaupun baru pukul 9.30mlm. hutan kiri kanan. kampung. harap maklum je lah. Bila sampai dekat kubur, tak berlengah, jenazah dibawa turun ke liang lahad. memang mula2 kami dekat belakang orang ramai. Tapi nasib baik Alang menyelit, dia panggil aku, aten dengan apau datang dekat liang lahad. Ya Allah, tak tertanggung sebak tengok kawan baik kita yang kita anggap macam adik beradik sendiri, yang makan bersuap, jalan berpapah, yang sakit berjaga..kita hantar sampai ke liang lahad. beberapa kaki dibawah bumi. Syukur aten dapat tengok muka arwah for the last time even kami yang lain ni tak nampak. Aten kata, muka arwah bersih, tenang, putih suci je. Aku sendiri tak pasti masih ada kekuatan atau tak kalau dapat jengah wajah dia.


Lagi pilu rasanya bila tanah yang merah tu ditolak masuk ke bawah, berbunyi bila terkena papan. Pedih terasa bila terpandang 2 nisan kecil terpacak menadah langit petanda kau bersemadi di bawah sana , kawanku. Hampir menitis air mata bila mendengar pesanan terakhir sebelum kau berangkat ke alam sebelah sana, meninggalkan kami yang masih bernafas di alam ini, jad. Lama aku terpaku merenung tanah kubur kau yang merah bila semua orang dah beredar balik. Aku sangat mengharapkan bukan kau dibawah sana. Bukan kau jad, tapi orang lain.


On the way kami ke rumah arwah, berselisih dengan Viva putih CCW 3325, sport rim dark brown tak sampai seminggu, baru pasang spoiler berumur sehari, hanya Allah je tahu perasaan tu. Kereta tu lah yang aku naik, kereta tu lah yang aku drive. Pergi makan, pergi tengok wayang, pergi lepak tasik, pergi Teluk Cempedak, Melaka, Pangkor, KL. kalau bukan kereta tu, aku takkan hafal jalan2 KL-Bangi-Putra ni. aku takkan pandai drive auto. Bantal kecik kalerful tu, aku dengan aten beli. Kalau aku rajin, aku cuci siap vakum kereta kau luar dalam jad. aku polish tayar. aku cuci kasut. aku isi botol air. aku lipat baju. Viva tu lah yang hantar aku pergi kelas, jemput aku balik exam. bawak aku pergi makan. Mau tak sedih weh, lepas ni aku payah nak pandang viva putih bernombor plat C, driver lelaki cenonet.


Sampai rumah lagi haru. Kami duduk luar. borak dengan Ibu, ayah Ter, dengan family dan kawan2 arwah yang lain. tak sanggup rasanya nak masuk ke dalam rumah. Banyak kenangan kami dalam tu. Then, Alang tanya masjid bukak ke tak. aku cakap tak tau. Ibu suruh solat je kat bilik Ijad. takde orang. tapi alang taknak. Dia kata, " alang tak jadi solat dalam tu nanti. sebab dalam bilik tu kita gosip dengan dia, kill tido kat  situ, lepak semua. tengok dapur,tnampak kita makan sama2 kat meja." Betul weh, sebak rasanya.


Tepat 12tgh malam, kami bertolak balik Bangi. dalam kereta, semua senyap dah penat. mata pedih, badan lenguh. tapi dalam hati teringat kat dia. telinga ni macam terdengar-dengar suara gelak dia. mata ni macam ternampak2 gelak dia. Sepanjang perjalanan, cakap aje, semua bende aku nampak ada dia. Syukur alhamdulillah, aku, aten and apau masih ada mereka2 yang mampu bagi kami semangat dan kekuatan untutk teruskan hari2 esok yang kami sendiri tak dapat bayangkan tanpa dia. Terima kasih abang Jebat dengan Alang, sanggup drive dalam keadaan penat program lagi tak habis. Thanks kawan2 yang lain, yang sampaikan salam takziah dan alfatihah. Thanks to those yang bagi kata2 perangsang pada kami yang terasa lemah. Yang mengiringi jenazah, kenalan UKM yang lain, Kamil, Hop, Min, Una. Jepa, aku tau kau sedih tak dapat ikut. tapi nanti kita pergi ziarah kubur dia yea.


Kalau ada hutang atau masalah berkenaan arwah ni, contactlah kami. Tolong jangan disimpan dalam hati. Yang pergi biarlah aman disana.


Mohd Rohaizad Mohd Bakari, dengan ini, aku bukan lagi PA kau. Lepas ni, dah takde orang nak panggil aku 'Keli'. dah takde orang nak bahan aku teruk2. dah takde orang yang aku boleh panggil 'sayang'.Kau kata, nanti aku grad, kau nak bagi bunga besar. tapi aku taknak bunga ros. tak suka. Lepas ni, kalau aku nampak teh o ais, aku ingat kau. Aku buat kek batik, aku ingat kau. Aku nampak Viva lalu, aku ingat kau. Banyak benda pasal kau dalam hidup aku dan tak mungkin aku lupakan. Sebab aku kan Sailormoon Power kau. :)


Rest in peace my dear. Aku hanya mampu membayangkan wajah kau bila rindu. Nanti kami tengok2 kan mak,abah yea. Aku sayang kau jad. Berjuta-juta lemon banyaknya. Aku janji, aku cuba yang terbaik. Selamat tinggal ijad. Damailah kau disana.

3 comments:

Nur Farahin Rashidi said...

kill. tabah k? insyaAllah Ijad berada dalam kalangan org2 yg soleh. Doakan dia selalu. Bekalan doa korang sangat dia perlukan. Jangan tangisi kepergiannya kill. Aku pasti Ijad taknak korang bersedih. Semoga arwah ditempatkan di syurga yg abadi. InsyaAllah

mieyra~^-^~ said...

banyakkan bersabar k kill..titipkan doa buat arwah sebanyak yang mungkin..moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amin..

mIsS n_n said...

Setiap yg bernyawa pasti akan pergi kembali kpd Penciptanya...

Redha dgn pemergiannya..doakan ketenangan arwah di sana...

*menitik air mata baca entry ni..ya Allah.. be strong kill..