Friday 2 March 2012

PTPTN dah masuk. yeay !

dua minggu hidup bercatu. mula-mula , risau la jugak takut nak kena guna duit untuk beli hape ke. tapi berkat kesabaran dan kebijaksanaan diri sendiri , gila! jauh dari expectation!! memang saving banyakkkk sangat. haha. takde on diet sangat pun, sebab memang dah tau dah .bila nak masuk musim mengawan tak jadi je..mesti selera makan kurang. banyak tidur and rehat je la. sebab badan cepat letih kan.


lagi pun, aku bukan la jenis yang mintak duit kat parents or family. memang jarang sesangat laa. kadang-kadang tu, tengah terdesak pun, buat bodoh je. segan punya pasal.even dengan parents sendiri :D. 


aku pulak boleh lupa duit ptptn masuk hari ni. semalam keluar dengan kak yin, kak maz pun tak pakai duit. dorang belanja. hehe. macam biasa, girl's night mestilah dipenuhi dengan aktiviti2 wanita. haha. shopping, lepak, borak-borak, makan-makan. sedar tak sedar, dekat 4 jam jugak lah dalam downtown serdang tu. hehe.


then, masa gap kelas pagi tadi. even kaki sakit gila babeng punya nak jalan.. pegi la jugak pusanika. teman dorang check akaun. aku malas. sekali, punya lah kecoh satu kelas, duit dah masuk. -.-"". aku takde perasaan pun. sebab aku dah ada plan lain. plan masa hadapan untuk sem ni. bak kata Faa : " kil kan bakal perancang ekonomi rumah tangga.". hampeh orang tua ni.


there's something i need to do with the money. 
Ida, Aini.. JOM PERGI KURSUS KAHWIN NEXT WEEK. kah33333 :D




p/s : currently fully managing my account book. secretly. =D