Tuesday, 6 September 2011

Album Raya '11

weiii. aku sebenarnya tak tau pulak begini banyak gambar.haha.hmm. ader lagi.tapi tunggu tuan-tuan punya camera upload. aku manede snap. ayah ah. aku sruh pakai snap camera bese, dia duk rakam sana sini. mana best...maaflah. aku memang tak bape nak cun sebab aku tak cun okay!


tadaaaa. nikmatilah family aku yang..errr.. berwarna warni? haha. keseluruhan gambar ni masa hari raya kedua. hmmm.


 ibu.mak su.mak lang. [ muka ibu camtu sebab aku yang kacau. XD ]
 mak ngah.ibu.alang.angah. [ ni rumah adik makngah]
 adik n ayah [ kitorang lapar gila time ni!]
 honda: apak n mak su   
ct : aku n adik
[ time ni aku kena bahan sebab kantoi selalu rempit .haha]
 mak su. apak. dik da. [ dik da is anak makngah n anak angkut apak]
 asya. aku. harith [ suka pedajal aku weyyy!]
 ayah n ibu [ fes time ayah senyum malu2. MUAHAHAHA.sorry ayah]
pak ngah. ayah. paklang [i told ya..ayah sorang pakai jeans.rock tak ?^^]

 mak lang : " smile paling kiut plisss!". [ u got it mak lang. sampai blur pic ni.]

yang atas ni adalah family sebelah ibu aku. family paklang sekamat and apak semenyih.yang bawah ni pic sebelah ayah pulak. kitorang tak ramai sebab sebelah ayah memang sikit je.lagi pun ada yang tak balik lagi time ni. credit to nabila for the picture.

before konvoi balik Melaka. [ sikit kan? wuu wuu]

dalam pic ni. wan tanak join sekali. dia ada duduk kat tepi tu. korang tau ayat sentap wan bagi apa kat kitorang? 

+ wan, jom la amek gamba. setahun sekali kot...
- tayah lah eh. korang aje lee.
+ ala wan.. jom laaa.sekali ajeee.
- sapo suka amek gmba ni mati copek!

hamek kau. haha. aku tak sempat pergi kubur arwah atuk time ni. ayah kata singgah time nak hantar aku balik ukm nanti. hmm. this one pulak gambar masa kat rumah aku. dorang kacau dodol or penganan. tiap2 raya kedua okay!

 pak lang tunjuk skill terpendam
 aku tak tau apak tengah wat ape mende ni. haha
[tengok belakang]  > otai gila nenek!!

huh. sempot uploading gambar lepas tu buat caption. haha. ade lagi. tapi kat camera pak lang kapar. hmmm. kena tunggu lagi la. gambar fes raya tade pon .harap mak lum sebab aku spoil the day. haha. mandi lambat!

and you guys mesti perasan sumthing. ayah aku cam dah tua gila kan? muahahah. sebab rambut dia whole putih kan? muahahah. this is thread dari Melaka. umur ayah baru 49 okay tahun  ni. :D

p/s : this raya memang dull. nak pic dengan kawan2.hurmm T_T

Monday, 5 September 2011

Jangan Frust kalau tak de orang nak texting kau okay!

nite sweetheart, take care h0ney, sweet dream darling, miss u. errkk nak jugak dapat wish selamat malam cam nie !! sweet bangat. hee. ♥

haha. macam gersang je member aku sorang ni. i thought dia kapel dengan boyfren dia yang dulu tu. tak tau pulak la kan..haha. dia ni almost jadi gelfren kezen aku tak tahan. taste nak muda2 cam mamat senget tu. and aku saje lah usik dia. kot si syafiq betul2 nak tolong hantar mesej cmtu supaya dia dapat tidur dengan lena malam ni. haha. [ kami insomnia malam ni!]


+ aku rasa aku pernah dapat kot. tapi macam tak cukup sweet aje. in bm. haha
- uish. bm kill? baku kot. pelik pelik. tapi boleh la dari tade.
+ ekk? sorilah aku ni tak jiwang macam capiqq the hot stuff. haha
- untunglahhhh ader orang sayang.
+ aku memang saynag semua kengkawan aku sama rata. ^^
- yg tu aku tau. kau mmg pentingkan kawan memanjang dari dulu.
+ hahahahaha. pandai!!


and story la kat aku, dia dah lame tak dapat mesej. tak de orang mesej. haha. weyy, takyah nak kecewa sangatlah. kalau kau tunggu pun tak de guna. kau yang boring. kalau gian sangat, meh bagi number fon. aku rela text kau madah2 jiwang aku tu. haha. janji kau bahagia.


texting girls : konfom 2 page text msg pun tak cukup.
texting guys : half page is enough.


hahahahahahha.


p/s : aku suka kengkawan wish "takecare" and "gudnitemoning"."nak tido dulu". haha. nampak sweet.

Sunday, 4 September 2011

Hasrat hati

still nak pumpang pumpang pasal cuti sem yang tinggal.. isnin,selasa,rabu..sabtu, 6hari je lagi. harap je lebih kurang 5 bulan cuti. planning kononnya banyak. tapi dapat buat sikit je.


Yang dah DONE.


- menuntut ilmu masak-memasak
- pergi berkubang kutip siput kat sungai
- carik port sawah padi
- menghambakan diri depan tv
- tambah lemak sekitar tubuh badan


Yang TAK DONE


- pergi picnic kat air terjun or pantai
- pergi keje
- jadi tutor budak2 ni yang nak exam
- tinggal kat Rembau
- berjenjalan ke Perak [seb bek postponed Dis ni ]
- balik Meru


hmmmmm. dah lama tak jumpa highway. haha.


p/s : tengah buat list barang2 yang nak diangkut. aku lupa letak mana!!

Terharu dorang still ingat kat aku ni T_T

awat cuti ni suma duk buat aku jadi panaih muka ja ni? pasai pa aku panaih? tok sah nak tau lah. aku baru nak masuk first step..hangpa suma dah gear 5. malu aih tengok gambaq. segan pun ada. cam tak layak ja rasa nak damping dengan hangpa2 ni suma. bagai melukut ditepian gantang!


okay, tu intro try speaking utara. amacam? ada can tak nak jadi anak orang utara? haha. tang selatan pun tak lopeh laie, ngado boto nak jadi orang jauh. hmm. hari ni hari ahad. ahad minggu depan dah jadi pemastautin ukm yang berjaya. hoho. jadi budak selangor balik. jadi budak bandar balik.


hari ni aku tengok tv dengan online aje. padahal orang lain sibuk beraya. bosan pulakkan tak de buat pape. tusha2 news feed tengok, mak aihh..member2 sekolah dulu pakat beraya umah cikgu! cun cun, ayu ayu je semua. muka suci murni. depa pakai bidang besaq besaq la ni. aku? segan aih nak cakap. haha.aku duk sentap bukan pasai pa. cuma depa tak tau , aku ni dah 2 tahun berhijrah, murtad negeri selangor. wuu wuu.. aku bukan tanak habaq kat hangpa, tapi aku pun tak sedaq yang aku dah pindah. tau tau ja dah dah pindah. pelik dak?


suma duk tanya aku, bila nak mai sana, bila nak balik sana, bila nak jumpa. hang bukan tak tau..aku pun rindu gak kat hang. tapi..hang ingat aku ni ada jet peribadi ka?  kalau ada pun..ingat minyak petrol suma murah ka nak terbang ulang-alik selangor-negeri tiap2 hari raya ni. T_T.


+ aku tak tau pun kau dah pindah qilah.
- lehh, dah tu ni mana tau aku dah pindah?
+ tiqa bagitau. kalau tak..sampai bebila tak tau.
- adoi, aku pun tak sedar la aku dah pindah.


sorry babes. nanti aku buat announcement kat depan masjid meru tu, bagi tau,,saya Nur Aqilah Syazwani, yang dulunya tinggal di Taman Sri Puteri telah berpindah ke Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan. sila jemput datang rumah untuk sesi beramah mesra menjalinkan hubungan silaturrahim. aku happy gak sebab dah jumpa member lama yang almost terputus hubungan. Farah Najihah. ^^. terharu lah dorang inagt kat aku lagiii..since form1 kot terpisah. :)


p/s : jemput bulan 3 tahun depan datang rumah aku naa ..ada kenduri sikit. tapi kira besar jugak la..sebab tumbang lembu kambing bagai.^^. aku tunang kot. HAHA

Edisi Jodoh | Nak Kawen jugak!

Selamat melangsungkan hubungan kepada semua yang bakal berhubungan. senang citer kita pendekkan ayat, selamat bertunang dan berkahwin. sampai hati tak jemput. takpeee..taku tak amek hati, cuma tacing sikit je. :(


mm. sedikit rasa tak selesa untuk orang yang bujang dan single macam aku untuk buat entry ni sebenarnya. HAHA. camni citer dia. oleh sebab hari ni kebosanan melampau. nak makan tak boleh. nak keluar panas. nak tengok tv tak best. so, kita online okay!


skodeng punya skodeng. masyaAllah! member member member sekolah aku semua pakat dah kawen bhaiii! yang tunang pun ramai. huih. kalau takat relationship tu aku tak heran pun. dorang bukan tak berpelajaran, sumer masuk u. keje baguih baguih. ye ah. dulu, sekor2 perangai macam budak tak cukup umur. lepas tu serabai nak mampus. sekali keluaq fb, gambaq dah bersarung cincin liplap liplap gitteeww. mau tak terkejut aku? naik bulu roma bhai tengok gambaq depa ni!


+ beb, apesai korang pakat tunang kawen awai ni? gigih benor!
- dah jodoh beb. wtpe lama2 kapel. parent suma dah kenal.
+ kot ye pun, habehkan le ape yg patut. korang tak rasa awai sgt ke?
- family suruh awalkan. kitorg ok je. rezeki jgn ditolak. haha
+ hampehhh.
- kau bila plak kil?
+ tggu ketua mafia bawak anak buah mai umah carik gaduh ngn bapak aku ah. haha


aku bukan nak mempersoalkan doh urusan ajal maut jodoh ni suma. you know, kita bukan gadis-melayu zaman pascamerdeka. zaman pak-mak hang dulu. dorang duk pakat nak beranak awai. nanti dapat cucu-cicit-piut-miut-kiut awai. [ aku bajet sophisticated sangat ].


aku tau ada yang duk doa aku kawen awai, sebab aku suka duk meraban bende2 ni. bajet kawen lambat. haha. tak tau ah. target after 25-27 gitew. kalau nak over pun boleh. parents kasi je. siap suh melawat negara luaq lagi. tapi tu ah. tuk nek aku ah problem. duk buat ayat sedih. haih. aku bagi depa cicit angkat sudahla kan. buat syarat. HAHAHA.


tahun 2012, tahun paling ramai member aku tunang-kawen. bak mai hantar kad la weh. camna aku nak datang usha hang kawen! 


SELAMAT BERTUNANG DAN BERKAHWIN MEMBER2 GUA!


p/s : aku amek port cuci pinggan umah depa sudah. janji aku mai kan ^^.