Monday 1 November 2010

Kerana kau sahabatku~

Gambar time sekolah..[yang lelaki pakai baju biru n bersongkok sebelah budak lelaki pakai baju putih beg oren itu adalah Sayfiq]..missed you babe! haha

Damn!! Hari ni cam siot..hahahhaha..

Exam cam apa hari ni..etnik..hahaha..korang tau paper maut course aku adalah Calculus, Ekonomi, Fizis..boleh pula aku tenung buku Hubungan Etnik tu sampai boleh hafal Perlembagaan Malaysia!! kakaka..Yang buat aku geram tu dengan budak Sains Aktuari, aku tau lah dorg tak da paper fizis..siap tag aku kt post entry FB tuh!! uwaa..Nurina siap cakap.."aku tengah buzy layang movies nih"..haih..sabarlah wahai hati..

Then tetibe je aku teringat seorang kawan..kawan yang aku tak tahu nak cakap macam mana..aku teringat dia pernah cakap kat aku.." Bila kita pergi tempat lain nanti, kita akan jumpa orang lain, cara kita layan dia pun lain, cara kita mengingatinya pun lain. Bila kita pergi tempat baru, kita akan jumpa kawan baru, kawan lama kita akan tetap dihati, tapi kita hakikatnya lupa juga. Aku harap kau tak lupa aku"..Ok fine, aku mengaku, aku rindu dia. tapi ego aku ni tinggi..aku bukan sengaja nak simpan tinggi-tinggi..tapi tulah aku..Bila aku sedih, aku tak suka orang tahu, sebab aku tak mahu orang simpati. Aku dah latih diri aku, biar kita tunjuk yang baik-baik je dekat orang, supaya semua happy..sebab bila orang tak happy..hidup aku sunyi..So guys :" BIAR PUTUS KASIH, DARI PUTUS KAWAN, SEBAB PERASAAN PUTUS KAWAN TU LEBIH SEKSA DARI DITINGGALKAN KEKASIH"..Sorry aku baru nak cakap..tapi aku rindu kau.

Macam biasa aku kan suka tang facebooking ni..tengah duk syok komen komen.aku ternampak satu post entry dari kawan sekolah aku dulu..Nur Syafiq Kamaruzzaman.. dia ni dulu nakal.even ketua pengawas sekolah..hahha..actually dia baik jer..alah nama pun budak laki kan. Aku bukan apa..dulu dia nih mamat kecoh tau..boleh tahan gak playboy dia..tapi since degree in Law kt UITM..aku dengar dia dah baik..tak campur dengan perempuan sangat dah..kurang cakap..aku tak sedar perubahan tu.. sampailah tadi..dia post entry macam ni kt news feed :

buat kali pertama .
aku rasa rindu kat kau .
rindu sangat2 .

dulu waktu kau ada aku tak pernah hargai .
...

tapi baru sekarang aku sedar .
kau yang ada .
waktu aku senang ,
waktu aku susah .

waktu aku perlu duit belanja sekolah .
waktu orang nak gaduh dgn aku .
waktu hp aku nak hancur .
semua kau .
kau yang lindung aku .
kau yang cover aku .
kau yang jaga aku .

...
aku rindu kau .

Al Fatihah untuk kau , abang .
aku rindu kau .
aku sayang kau .

maaf , sebab tak pernah bagitau waktu kau ada .
aku tak terluah .


kalau korang lah kan..apa korang akan rasa bila baca ni..aku TERKEJUT BERUK ko tau..aku tanya dia bila? Syafiq kata bulan Mei hari tu..cancer.. Innalilahiwainnalillahirojiunn..Sorri fiq, aku xtau apa apa..SUMPAH aku xtahu..bila ko post nih la aku baru tahu..Patutlah bila kau cakap kau dah xmacam dulu..baru aku faham sebab dia..takziah Fiq..aku harap kau tabah..

Ni lagu yang Syafiq entry lagu.Hijjaz-Kau Sahabat Kau Teman..By the way, aku tahu fatin and apau pun suka sangat lagu nih..sebab tu aku simpan dalam my lappy :))


ni plak lirik dia:

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



So, moral of the story:

"BIAR PUTUS KASIH, DARI PUTUS KAWAN, SEBAB PERASAAN PUTUS KAWAN TU LEBIH SEKSA DARI DITINGGALKAN KEKASIH"..

Renung-renungkan dan selamt beramal :))))))))

No comments: