dari pagi semalam aku tak tido lagi. ni konfom lah. lepas zuhur kang aku tido tak sedar diri sampai petang. beryoutube tahap tak hengat diri. sedar2 dah pukul 5 sebab jam loceng ibu dekat bilik sebelah dah nyanyi lagu lullaby. hahaha.aku stil on9. pastu tutup lappy. bangun dari katil. pegi dapur. dengan tak cuci muka (air takde sehari ni so bertayamum kabus pagi je la)..aku pegi melahap nasi goreng yang dibungkus masa open table semalam. serius, aku pedulik hape korang nak kata aku anak dara tak senonoh!
semua orang pelik.
+ dah cuci muka?
- belum.
+ awalnye bangun.
- nak bangun apa, tidur pun belum.
+ knp tak boleh tidur?
- sebab sibuk on9.
wahahhaha. rasa macam satu kepuasan selepas berpuasa mengadap lappy 5 hari. acececeh. rindu jugak sebenarnye nak on9. tapi tahan diri kill! ajar diri tu degil sikit. kah3. lepas tu lepak2 tengok tv sambil tunggu budak-budak ni bangun. macam bese merepek tak sudah dengan ibu sambil gelak terbahak-bahak.
lepas tu. sambil tunggu atuk balik kitorang . tengok satu drama ni. dekat DIVA kot klo tak silap. pasal family. lepas tu tgk citer Salleh Yaakob pasal die kawen banyak. then, ntah kenapa mulut aku ni gatal sangat cakap kat nenek..
+ nek, suruh atuk carik nenek baru lah. nenek tanakkan payung emas ke?
- hahahaha. bukan sonang nak dapek payung omeh tu long oii! tak buleh sikit pun jelos.
+ xpe. nanti along tanya atuk ok.
pastu,atuk pun balik dari masjid. atuk masuk je, siap je letak kaki kat pintu grill..
+ atuk, pegi lah carik nenek lagi satu. nanti along ada dua nenek. boleh cukai banyak2.
- atuk kalau nak kawen satu laie, nak carik yang kayo. sonang buleh kikih.
+ peh. masalhnya. sini tak de mak jan kaye la tuk. sumer standard. haha
- kalau cmtu tak yah la kawen.
serius aku dah nak kena ketuk kepala hotak dengan senduk. HAHAHAHAHAHAHA.
p/s : rasa nak pegi kedah. hoho
No comments:
Post a Comment