Tuesday, 31 January 2012

Am i BIG enough in this 21?

lagi 9 bulan i'll add number 1 beside my 2 to be 21 years old. omai omai. can i turn back 10 years ago while im forgot to wear socks before going to afternoon iqra' school? haha.


21 tahun. angka yang agak mengerikan. orang kata nombor 21 is freedom number. hurm. i dont think so. bagi aku when im 21, i have more more more and more responsibility to all people around me. amanah kepada ibu ayah, siblings, family, friends, works, studies, myself and the only one, Allah.


someone told me once : bila dah masuk 20 nie, kita dah boleh tau sebenarnya kita ni macam mana. yup. apa yang kita perlukan is give time to ourselves. beri masa pada diri sendiri. duduk dengan tenang and flashback, what you've done so far in your life? apa yang kau suka dan apa yang kau tak suka. betul ke ini kehendak kau. doing nothing and just watch what people fussying around? thats what you called enjoy your life? TERPULANG. thats your choice.


bagi aku. aku sedar dan aku rasa yang semakin hari aku semakin matang. tapi perangai asal tu still ada lah. nakalnakal tu standard la. nakal tu kan menawan? hehe. in these past few months, aku terasa perubahan diri sendiri. mungkin sebab pergaulan dan juga supports family.


aku bersyukur di kelilingi orang-orang yang sangat memahami dan saaaaaaaaaaaangat baik hati. :) yes. bila fikirfikir balik. Allah tu maha adil. Dia temukan aku dengan kau yang sempoi, kau yang kepala hangin, kau yang kuat cemburu, kau yang sweet,kau yang kaya, kau yang sederhana, kau yang like my big bro and sweet sis, kau yang penyayang dan kau yang caring. sebab Allah nak aku tengok semua tu dan jangan jadi one-sided mind je.


Allah berikan aku sahabat yang perangai macam hantu supaya aku sabar, tak cepat melenting dan belajar menghormati orang lain. Aku cuba. aku cuba untuk terima semua orang. tapi aku hanyalah manusia biasa yang ada rasa benci dan meluat. Allah berikan aku teman yang lembut hati, suka mengusik supaya aku ada tempat untuk mengadu domba, tempat untuk bergurau senda sebab aku takde abang atau pun kakak macam orang lain. see, Allah tu maha Adil kan?


sepanjang aku bagi masa pada diri sendiri tanpa sibuk dengan kerja. aku perasan yang aku juga seorang workaholic.  i mean yang suka kerja kerja dan kerja. aku nampak yang aku ni suka bergaul dengan orang ramai. aku suka buat kerja luar alam. its like..i've lost a precious moment that i should gained. :( but its okay. aku anggap tu sebagai pengajaran.


aku baru tau yang family aku nak pegi holiday kat Bandung this year and i cant follow because tengah sem kot! serius rasa nak merajuk je tadi. but ayah kata.." along pergilah dengan kawan-kawan. dah besar panjang macam ni plan la jenjalan dengan dorang.". hurm. holiday dengan family and kawan lain ayahhh :((


p/s : aku dah request nak pegi picnic kat air terjun dengan dorang. harap-harap jadilah. hehe. :D

Monday, 30 January 2012

Keli Afrika

nothing to do sangat hari ni. just hantar-jemput budak2 tiga orang tu pegi sekolah and mengonline kan diri. lagha-lagha. -.-". tadi masa borak2, teman ibu buat minum petang, while aku buat aiskrim malaysia bebanyak, ayah dengan pak ngah balik dari memancing. kecoh betul adik aku si Ezzly tu. then, aku pun pegi la tengok.


MAK AIIIIIIII. GEDABAK LA WEHHH. mata terbuntang, mulut ternganga. sila bayangkan sendiri kalau aku cakap ikan keli tu lagi besar dari betis aku. besar kan?? sama besar dengan baby beb! ayah kata dorang dapat 4 ekor tadi tapi pakngah terlepas dua ekor sebab tali putus. sayangnyaaa :(


punyalah eksaited aku nak tengok ikan tu kena siang. 


+ pakngah, cepatlah siang. nak tengok dalam perut tu ada pe. cepat3!!
- sabar sabar.kan sabar tu separuh dari iman.
+ ye. along tau. tapi tengok perut dia , berat macam ada emas. haha.
- kan? kalau ada emas keluar tibi la kita kan?
+ tulah pasal along suruh siang cepat. tak sabar ni. hehe


ayah beria-ia asah parang kasi tajam. tapi tak lut jugak. last2 guna kapak. mang aii, bukan emas tapi telur ikan keli tu yang banyak. dah macam taik dah aku tengok. euwwww. bagi sesapa yang stil tak tau. ikan keli, kalau kita dah putus habis pun dia masih boleh gerak2. so, jangan panik. sebab tu memang pe'el dia okay :)


hidupkan api while ayah siang ikan tu sampai bersih. kitorang nak barbie-q kan ikan ni. hehe. gila sedap la cicah air asam. lagi2 air asam tu ibu baru je berguru dengan sorang nenek dari kemboja. memang. aummmmm! syiok sampai tutup mata, jilat jari. dari mata, masuk ke mulut, turun ke hati!. haha.


+ atuk, ahad ni kita pegi tau! kita pegi reramai.
- huh. bukan takat sungai tu, lubuk batu sana tu pun atuk juara.
+ ceh, cakap besarla. nanti habuk pon tarak!
- yelah. nanti kita berkelah sekali kat situ.
+ yeay! apak balik, pakngah ada. bestnye!!


p/s : so, ikan keli sungai kelamah . watch out! i'll catch you later. aummmm! :D

Sunday, 29 January 2012

Adat Bertandang to Kajang

Last minute planning sebenarnya schedule hari ni. ekceli semalam..aku memang tersangatlah letih sebab tak boleh tido. maybe sebab dah lama tak balik Rembau. so, jetlag kat situ. then, dari Rembau > Senawang > Seremban > Kuala Pilah > Gemas. then, sampai-sampai je rumah.. atuk ajak pegi Kajang hari ahad. means hari ni. and yang membuatkan mata aku bulat besor tu. " Tepat 8 pagi kita gerak ". mak aihhh. aku tak sempat nak bungkus amende pong. last2.. aku cakap kat ibu before tido yang pagi nanti aku nak kena bangun awal. sebab nak pegi panjat pokok rambutan belakang umah tu. nak bagi orang kenamaan kat ukm. haha.


stil. at 4am. aku masih tak leh tido. padahal nak kena bangun awal ni. hurm. tido2 ayam saje. and betul aku cakap. pukul 8 pagi TEPAT gerak keluar dari rumah. huarghhhhh. sumpah ngantok gila. tapi kena gagahkan bijik mata. satgi ada gak stereng ke mana, mimpi ke mana.  and pukul 11 pagi. selamat sampai Kajang. mula2 pegi Sg Sekamat. lepak sana jap. rileks hilang lenguh. then, bila abg Jebat kata dia nak pi Chini pukul 2. aku pun rushing heading to UKM. pakat mai dating depan blok je pong. lepas kasi boifren dua orang tu buah2. aku chow blah ah. 


rushing ke Sg Sekamat, pick up nenek atok, rempit ke Semenyih pulak. Apak makin teruk. badan dia dah kurus. muka merah. dah tak semangat dah nak bahan aku. aku usik dia sambil buat lawak bodoh pun, dia takde mood nak gelak. hurm. sebagai anak buah yang sweet lagi baik hati, aku rajinkan diri jap pegi KFC. sebab dah maklum sangat dah. Cadbury Black Forest dengan KFC. lagi2 cheesy wedges. dia memang takkan tolak. hehe. sanggup tuuu beratur sekian punya lama. sampai kepala lutut pun dah ketaq!


konon nak balik pukul 4-5. tapi besan nenek aku pulak datang. so, postponed gerak balik pukul 6.30. laju tak laju, drift tak drift. mata aku dah tak bleh bukak dah bila sampai Tampin. memang tawakal fisabilillah je lah harapharap sampai Gemas dengan selamat. nak suh atuk bawak, tak bleh. kaki dia sakit gaout. perut aku pulak bolehnye nak kena gastrik time2 tu pong. haih. dah atok kena ketuk makan satey sampai 30 cucuk. haha. aku letu. :)


sampai je rumah. dah tak nampak bende lain. cabut tudung, terus landing kat ibu. penat!! tapi layan je la ibu cerita pasal ayah pegi memancing dapat ikan besar betis aku siang tadi. dan..aku pun terus segar bijik mata. haha.


weekend ni dah pakat dengan ayah, atuk, pak ngah.. nak pegi menangguk ikan kat sungai besar belakang kebun sana. harap2 tak tangguk bende lain la macam dulu tu. :))


p/s : hari ni tambah ilmu lumba kereta rally. atuk gigih ajar balas dendam dekat orang yang buat spotlight kat kita! nice atuk! nice!

Friday, 27 January 2012

Kuah Durian

pekerjaan rasmi aku bila cuti adalah jadi driver untuk semua orang. kadang2 dalam satu hari tu, kadang2 sampai 3-4 kali keluar kampung. membuang minyak je keje. macam semalam, aku baru je nak bermanja2 duk kat seat belakang.. sekali.." along bawak kete, atuk nak jadi boss kat belakang sensorang". cis!


sampai kat pekan nampak durian. " nenek, tetibe nak makan durian la. hehe". " ha, pusing lah, po laei. jom boli doyan." hoyeahh!! dan ikut sukahati aku je nak pusing macam orang gila tengah2 tu kan. " omang gilo cucu den ni ha." ahaha. " lek luuu. atuk, ni orang pro bawak kete la. haha". and setakat ni dah 4 orang cakap aku bawak kete macam kete rally. ijad, aten, apau and atuk. haha.


sampai rumah, nenek offer nak tolong masak kan. tapi, its okay nenek. along bukan nak makan sangat pun sebenarnye. saja nak main masak2. omputeh kata improve kan skill chef. hehe. omang sonang boto buek kuah durian ni. petik jari je boleh siap. alalalalalala. kacang je pong. 


macam aten cakap, " kita suka masak bukan sebab kita suka makan . tapi kita masak sebab kita suka tengok orang lain makan apa yang kita buat." yup. its 100% true! aku suka masak sebab aku suka cuba resepi baru. aku suka menghias makanan. tapi aku tak suka makan apa yang aku buat tu. erk. cam keling kan ayat ni. -.-"


satu biji durian
50sen gula merah
1 cawan gula pasir
sebiji santan
daun pandan


ekceli, masa aku buat ni, nenek dengan ibu taknak bagi pong sukatan sebenarnye. dah aku kena adjust sendiri sampai jadi. sedih betul. :( kena parut kelapa sendiri. perah sendiri. semua bende sendiri lah! paling tak bleh bla..komen berjelan2 dari 3 orang juri. atuk, nenek and ibu.


" kurang manis ni."
" along, apesal cair ni? terlebih santan ke hape?"
" ni dah letak daun pandan ke belom? asal takde bau pun kat luar?"


memang kucar kacir jugak lah..mana taknak kasi santan pecah. mana nak berlari masuk semak carik daun pandan. mana nak adjust sweet durian tu. haha. ni baru lah mencabar. hohohoii!! lepas penat-penat masak. ayat keramat best dari adik2 is


HURMM, SEDAPNYAAA ALONG BUAT!

alahai korang... kasi along semangat. okay. hari ni along buat mihun singapore! :)) sila kosongkan perut masing2 okay.


Thursday, 26 January 2012

Brownie and Me

aku selalu berangan nak jadi brownie untuk rumah sendiri. Brownie is an angel. very hardworking angel that completing all the house chores in the blinking of eyes. macam magic. and sedar tak sedar almost 10 tahun aku dah jadi brownie tanpa aku sedar. tulah, effect join Tunas Puteri masa sekolah rendah dulu kuat sangat. aku stil ingat macam mana aku boleh berazam nak jadi brownie.


hari tu hari sabtu. hari kokurikulum kat sekolah. and dalam satu kelas ni, semuanya budak2 Tunas Puteri.


cikgu   : kamu tahu asal usul tunas puteri tu sebenarnya brownie?
studs   : ape tu cikgu?
cikgu   : brownie tu pari-pari yang datang waktu semua orang dah tido. pari2 ni buat semua kerja rumah tanpa sapa2 pun nampak. tau2 je esok pagi rumah dah kemas. sarapan dah tersedia.


and sumpah. start hari tu. aku mula latih diri jadi brownie dekat rumah sendiri. aku buat semua keje rumah bila semua orang dah tido. siang2, ibu duk membebel kat aku kata anak dara pemalas la bagai2. tapi malam2, after rumah dah gelap gulita. aku duk sapu , mop lantai. lap pinggan. kemas fridge, lipat kain and macam2 lagi la. kadang2 tu. aku saje tanya ibu esok pagi nak masak ape. sebab nanti aku dah siap hiris dah bawang, sayur bagai atas meja. tinggal goreng je. :D


macam aku cakap. sedar tak sedar. dah 10 tahun je bende tu aku buat. sampai sekarang. saat ni pun, aku duk pulun lipat baju, cuci baju. even dah pukul 2 pagi. masak air, isi air. paling gila pernah aku buat, cuci toilet pukul 4 pagi. haha. punya lah tak nak bagi semua orang bangun, aku siap sental dengan paling perlahan. siap tak de bunyi langsung! hebatkan?


and bende ni dah jadi habit. since after SPM, hobi dah bertukar dari main playstation, pomen basikal, tanam pokok tu doing house chores. dah mula minat nak belajar pegang sudip, senduk,pisau bagai. dan makin rajin cuci semua kereta padahal takde habuk pong. and yang paling payah tu.. aku dah jadi terlampau bersih. haih. problem. sampai hanger pun nak kena susun ikut warna and saiz. see, aku dah kata makin payah. terlampau perfectionist.


at least, that was one of the way that im trying to help my mom, dad and families. sebab bila duduk kat perantauan ni.. makin jauh dari family, makin jarang balik, makin banyak bende kita tak tau ape jadi kat rumah. ibu dan ayah kita takkan bagitau kita dorang penat buat keje. kita as anak, pepaham sendiri sudahla. awak dah besar. fikirlah susah senang mak ayah. jangan tau nk keluar enjoy je. :)


p/s : lagi2 bila ada adik yang mengada2 taknak buat keje bila kakak dorang ada kat rumah macam nihaaaa. demand mintak hantar gi sekolah pepagi subuh macam princess. dorang ingat along dorang ni rajin sangat ke la nak harung sejuk beku hutan nuuu?  -.-"